nuffnang

Friday, June 1, 2012

Sebab dia cinta kau...


Dia cinta kau tahu
Sebab dia cinta kau, dia lepaskan kau. Sebab dia sayang kau, dia lepaskan kau. Lepaskan kau pada orang lain. Dia memendam rasa itu sampai mati. Dia pendam rasa itu walau rasa itu hampir-hampir membunuhnya. Dia pendam sahaja rasa itu walau dia hampir-hampir sahaja mahu menangis bila dia terfikirkan tentang kau.

Yaa… dia rindu untuk lihat kau. Dia rindu untuk berbicara dengan kau. Dia kata, kalau dia diberikan peluang untuk mengubah masa, sudah tentu dia mahu mengubah saat itu, saat dia dan kau berkenalan. Dia mahu ubah itu. Kau lukakan dia. Kau buat dia rasa dia bodoh menyimpan perasaan pada kau. Bodoh bukan dia? Menyimpan perasaan pada kau yang langsung tidak pernah sedar akan kewujudan dia.

Dia bodoh sebab punya perasaan pada kau
Yaa… dia suka kau. Dia cinta kau. Mungkin bukan pada permulaan dia kenal kau. Mungkin bukan pada kali pertama kau ingat nama dia. Tapi dia suka kau. Dia cinta kau. Dia sedar itu bila dia berkecil hati dengan layanan dingin kau. Bila dia cemburu melihat kau bersama kekasih kau. Bila kau ignore dia saat kau dan dia face to face. Dia cinta kau tahu.

Kau tahu, kau mimpi ngeri bagi dia. Setiap kali dia fikirkan tentang kau, di saat itulah, dia akan mimpi ngeri tentang kau. Bila dia terjaga dari tidur hanya disebabkan dia mimpikan kau, dia menangis. Menangis sampai dia mahu. Kau mimpi ngeri bagi dia tahu. Kau berikan dia mimpi ngeri tahu.

Kau bagi dia nightmare 
Kau tahu kenapa dia pendamkan sahaja rasa itu? Dia kata, dia tak sanggup hancurkan hubungan kau bersama sang kekasih walaupun dia ada pilihan lain, iaitu luahkan segala rasa yang dia ada pada kau. Yaa… itu pilihan kedua yang dia ada, luahkan rasa cinta itu pada kau. Namun dia tahu kau sudah tentunya akan menolak bukan? Dia bukan ciri kau. Langsung tiada persamaan di antara kau dan dia. Kau dan dia 2 dunia yang berbeza tahu.

Dia lepaskan rasa pada kau untuk kau
pilih orang yang kau suka
Dia cinta kau tahu, sebab itu dia rela lepaskan kau. Dia lepaskan kau untuk kau memilih orang yang kau suka. Dia cuba lepaskan perasaan yang dia ada pada kau. Dia pendamkan sahaja rasa kecewa melihat kau bahagia bersama kekasih kau. Ah… kalaulah kau bisa memahami mengapa dia berbuat sedemikian pada kau. Namun, kau tak akan pernah tahu perasaan itu. Kau tak akan pernah tahu sampai bila-bila. Sehingga nafas kau yang terakhir mungkin. Dia doakan sahaja kebahagian kau tahu.

Dan sekarang, dia benci kau sebab dia cinta kau. Dia benci dirinya yang memendam rasa pada kau. Dia benci dirinya sebab jatuh cinta pada kau. Dia lepaskan rasa itu supaya hati dia tak akan lagi dipenuhi luka-luka hasil kebahagian kau bersama si dia. Dia lepaskan kau supaya dia tak akan lagi rasa sakit. Dia biarkan kau menjadi satu pengalaman untuk dia. Ah… dia benci kau. Terlalu.

Dia cuba benci kau.


p/s--- jangan tanya aku, why aku boleh tertulis tentang ini. Mungkin aku terbaca entry kat sini dan sini sebab itu dapat idea nak tulis tentang ini. hahah. Maaf, jika ia menghampakan. =)

16 comments:

Iffah Afeefah said...

aku br nk kate cm aku nye entry

yeahhh aku tau kisah siapa

benci sbb cinta

bole jd cerpen

reenapple said...

iffah afeefah--->hahaha.. kau memang memahami.. hahha.

buatla cerpen , kau ada idea.. aku rasa aku dah buat yg tu.. hahha

Nong Andy said...

ada di antaranya mcm aku baca kisah Sofe Zulaika hehehe..

ada di antaranya macam kisah Benci itu cinta..

dan memang aku terbaca La Tahzah Iffah di beberapa bait itu :D

*Ah.. sakitnya cinta terpendam. Ia bagai duri dalam daging..

reenapple said...

Nong Andy---> kan kan... hahaha. Eh, apa kaitan dengan Sofia Zulaikha?? heheh

tanpanamaputeri said...

entah kenapa, aku dpt rasa emosi kau dalam ni..:)

SaddLone said...

aku pandang kau dalam dirinya..

mungkin cuba untuk membenci amat menyakitkan dari cuba untuk menyanyangi.

reenapple said...

tanpanamaputeri---> kau dapat rasa ke?? Entah, yang pasti ini bukan emosi aku.. hehehe.

#####
saddlone---> diri aku?? Entah, mungkin aku pernah alami situasi sebegini. Mungkin.

membenci itu jalan yang terbaik. =)

izzad bahruddin said...

emosi terganggu?

reenapple said...

izzad---> tak adalah. Sila baca p/s..=)

ahsfantasy24 said...

manusia sering tak hargai
apa yang mereka miliki..

Woofer Storm said...

kau bencikan aku sampai sanggup kau malukan aku kat sini,aku mula merasa erti perderitaan kau,namun kau sia-siakan demi dendam yang tak sudah2..kau berubah ya,demi masa depan yang masih ada.

#merepek pula komen ni..haha salam syah^^
#tukar2lah dp tu,seram tengok..ingat dulu awak ni jantan mana ntah,tukar yang ayu sikit baru ada hati dan perasaan bercambah lagi^^hahaaa

reenapple said...

ahsfantasy24---> benar... manusia jarang menghargai apa yg mereka ada. =)

######

Woofer storm---> eh eh eh.. (tak tahu nak kata apa)

#jantan?? Wow... kagum.. (=.=)

Bidadari Syurga said...

hurmmmm aku ingat cerpen.... tapi rasanya bukan... aku baca byk perasaan tg terkubur dilepaskn dlm artikel ni.. itu yg aku rasa

reenapple said...

Bidadari Syurga---> artikel?? wah.. aku lebih rela dipanggil entry suka suki..heheheh.

Mungkin, aku dapatilham dari 2 entry yg akubaca di 2 blog sebelum itu.. =)

CikZaitul said...

awwwwwuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..
awat sedey..

tak mampu nak bace lagik...


:(

reenapple said...

cik zaitul--- heee.. sedey ka?? kekek. =)