nuffnang

Monday, June 18, 2012

Penat



Dia penat.
Rupa-rupanya cinta tu penat tahu. Terlalu. Hati dia sudah penat dengan cinta. Terlalu. Dia mahu berehat dari perasaan cinta. Dia mahu hilangkan perasaan cinta dari dirinya untuk seketika. Penat dan menyakitkan. Penat dan mengecewakan. Penat dan melukakan. Penat dan membodohkan. Penat dan memeritkan.

Penat rupanya cinta itu. Dia baru tahu. Dia baru sedar. Ah… bodohnya dia bila diingati kembali saat saat dia jatuh cinta. Terlalu bodoh dan dia menyesal. Menyesal sebab benarkan hatinya hadirkan rasa aneh itu. Dia menyesal. Dia patut halang itu di saat dia masih punya kudrat dan kini sia-sia sahaja. Rasa aneh itu menjadi sesuatu yang paling ‘dark’ di lubuk hatinya.


Pandangannya salah
Dia menarik nafas. Menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia pejamkan matanya seketika. Lama sebelum matanya kembali dibuka. Ah… dia tidak patut menyalahkan rasa itu. Rasa cinta yang pernah hadir dalam hatinya itu. Bukan salah rasa itu. Bukan. Dan bukan juga salah dirinya. Tiada salah sesiapa pun. Ia sudah ditentukan. Jatuh cinta itu satu ketentuan.

Yaa… cinta itu tidak bersalah. Yang bersalah adalah dirinya. Bagaimana dirinya menzahirkan rasa cinta itu. Bagaimana dirinya tafsirkan cinta itu. Bukan salah cinta itu. Ianya salah dirinya. Pandangannya terhadap cinta.

Dia yang bersalah menzahirkan cinta itu sebagai sesuatu yang memenatkan. Menzahirkan cinta itu sebagai sesuatu yang bodoh. Benarlah cinta itu indah. Cinta hadir sebab DIA mahu ia hadir dalam diri kita dan semua dariNYA adalah indah semua. Tiada yang menyakitkan. Tiada yang melukakan. Dia harus faham itu. perlahan-lahan dia menarik nafas dan mengukirkan senyuman. Cuba untuk mempercayai kembali, cinta sebenarnya indah!

Cinta itu indah tahu.
p/s--- aku tulis ni untuk kembalikan kepercayaan aku tentang cinta but unfortunately, it's useless. I'm still heartbroken now. Nak hadam kisah cinta pun dah tak mampu. Maaf. 


12 comments:

..cik gugu.. said...

biarlah msa yg mngubatnya syg ..

Nong Andy said...

Cinta itu indah.. it like a magic.. kalau ia sakit maka ia bukan cinta.. tentulah bukan. sebab cinta itu membawa bahagia.. dan kalau ia membawa derita maka itu bukan cinta.. itu mungkin hanyalah dusta.

*er.. kalau aku ada sihir, akan aku sihir 'hati yang patah ' itu menjadi sembuh dan kembali ceria!! tapi aku tak ada sihir jadi hanya mampu menconteng ruangan komen sahaja..

reenapple said...

cik gugu---> yaaa.. biarkan sahaja masa mengubatinya.. hehuhu. =D

#####

Nong Andy---> itulah kalau kau ad akuasa seperti Harry Potter tu dah tentu aku senyummm,,,, tapi tapi tapi... baca komen kau dah pun buat aku senyumm.. heheh. Mekasey

Nong Andy said...

a.. senyum tu ubat utk sakit hati.. senyum selalu.. tapi jgn senyum sorang2 nanti kena ckp sewel hehehe...

reenapple said...

NONG ANDY---> hahaha. Aku selalu senyum sorang3 tanpa aku sedar. maybe sebab aku teringatkan kisah yg mlucukan. hehehe

LadyBird said...

cinta itu memang penat dan perit jika diberikan pada org yg salah... sangat2 perit.. tp amat bahagia jika diberi pada insan yg betul..

Iffah Afeefah said...

cinta memenatkan bila ia tak beri faedah pade kite

#aku penat kejar cinta

#aku penat ngn ikan kaloi

ehhh tetibe

reenapple said...

LADYBIRD---> yup.. betul tu.. =D.

######

IFFAH AFEEFAH---> Penat kan? Seolah-olah kita je yg terlalu asyik dengan semua tu. Kiya je yg menipu diri kita... huuuu.

#tetiba je ikan kaloi? Sudah jatuh cinta sama dia kah?hehehe.

Lady Windsor said...

Aku pernah kecundang dan penat dengan cinta, tapi aku tetap mahu memburunya sehingga aku dapat yang benar2 aku mahu...

guest writer said...

aku bukan manusia terbaik untuk buktikan cinta itu hebat. tetapi dalam aku belajar untuk terima cinta itu ada adilnya aku kenal DIA. dari DIA aku kenal apa makna cinta. cinta sesama manusia bisa buat hati sakit dah derita... tetapi kalau manusia dpt jumpa cinta DIA. lega yang tak dpt aku bayangkan. seolah2 pelengkap kepada semua perkara yang aku cari disepanjang hidup aku.

reenapple said...

Lady Windsor---> huuu.. mungkin aku akan kembali memburu.. heheh.


#####

Guest writer---> yaa.. betul tu. Cinta DIA lagi terbaik.

CikZaitul said...

take ur time :)


ape guna blog .. ko boleh experisakan perassan ko.. :)