kisah #1@ kisah #2@ kisah #3@ kisah #4@ kisah #5@ kisah #6@ kisah #7@ kisah #8 @ kisah #9
![]() |
| Dia terluka sekali lagi. |
Seorang gadis bertubuh gempal , sebenarnya
tidaklah gempal sangat, dia mungkin berisi sedikit baru sahaja selesai menjawab
kertas terakhirnya untuk semester kali ini. Dia berjalan keluar dari dewan
peperiksaan dengan mengukirkan senyuman palsu. Tidak tahu reaksi apa yang harus
ditunjukkannya. Gembira atau kecewa? Entah. Jangan tanya tentang ujian tadi.
Dia tidak tahu.
Di saat dia melangkah keluar dari dewan
peperiksaan, dia ternampak lelaki itu. Berbual gembira dengan rakan-rakannya.
Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Hatinya gementar. Dia tidak mahu lelaki itu
melihat dirinya. Tapi, lelaki itu menyedari kewujudannya. Lelaki
itu memerhatikan dirinya. Yaa… mereka berpandangan seketika sebelum lelaki itu
mengalihkan pandangannya dengan reaksi sinis. Dia menelan air liur. Terlalu menyakitkan
perbuatan lelaki itu.
Dia mahu saja menangis di saat itu, tapi
dia tahan sahaja. Menanti sehingga dirinya tiba di bilik. Di saat itulah dia
menangis semahu-mahunya. Dia menangis sampai dia mahu. Ah… perbuatan lelaki itu
benar-benar melukakannya. Terlalu. Dia teringat kembali perbuatannya terhadap
lelaki itu. Hukum karma kah ini?
Dia terluka. Again. Terluka sebab tindakan
lelaki itu. Dia terluka. Terlalu. Ah… perit tahu. Bukan niat dia mahu melayani
lelaki itu sedemikian. Dia terpaksa tahu. Ah… bodohnya dia. Bodoh sebab
menyimpan perasaan pada lelaki itu. Dia bodoh sebab melayani lelaki itu
sedemikian. Kalaulah dia bisa putar balik masa, dia mahu memilih untuk tidak
mengenali lelaki itu. Lelaki itu melukakannya. Terlalu. Dari saat dia mengenali
lelaki itu lagi.
Yaa… lelaki itu kini membencinya. Membencinya
sebagaimana dia membenci lelaki itu. Tuhan telah memakbulkan doanya. Dia cuba senyum.
Senyuman dalam tangisan, itu sahaja yang dia mampu lakukan sekarang ini. Dia
patut gembira sebab doanya supaya lelaki itu membencinya ditunaikan. Bukankah
itu yang dia mahu? Tapi kenapa dia menangis? Dia memujuk dirinya. Perit
sebenarnya. Terlalu perit.
Dia mengalirkan lagi air mata. Mungkin ini
masa yang sesuai untuk lupakan lelaki itu. Lupakan lelaki itu. Dia harus
memaksa hati dan otaknya tidak lagi mengingati tentang lelaki itu. Ah… dia
benar-benar menyesal. Terlalu.
![]() |
| Dia harus lupakan lelaki itu. |
p/s--- aku nak tamatkan kisah ini. Boleh
aku kata ini the end? Sekian. Terima kasih. =)
.jpg)


8 comments:
xbolh
kne panjangkan lgi
ni bkn ending y aku nk
seharusnya dia lupakan...sekian :D
Iffah Afeefah---> heee... aku dah tak ada idea nak update kisah ini. So, aku nak buatkan ia sad ending... hahaha.
#####
ChooT---? huuuu.. yes. it yg terbaik. =)
loh..awat cam tu ??
cik ZaitUL---> ahhaha.. Aku dah malas nak fikir sambungan ni.. hahha. It's useless.. kekke
dah boleh buat novel nih, hehe
xpelah..jgn dikenang lelaki itu..
make it new guys lah..dalam next story ea..
kisah aku ke..wakakakkakaka!!
shupalula---> hahaha. Terima kasih sudi baca.. =D
######
Cik ZaitUL---> kekkeke. Meh sini cerita kau.. huhu
Post a Comment