![]() |
| Dia mahu kamu. |
Dia ingin kamu. Dia mahukan kamu. Kamu yang
dia inginkan. Ah… kamu memang tidak mengerti keinginannya bukan? Di saat kamu
muncul di hadapan dia, keinginannya mula terasa. Kamu yang dia mahukan. Ah…
mengertikah kamu?
Di saat rasa aneh itu muncul dalam dirinya.
Di saat rasa aneh itu mula menunding ke arah kamu. Di saat dia sedar betapa
kuatnya jantungnya berdegup di saat kamu muncul, di saat itulah sayap cinta
muncul dari dirinya. Dirinya yang satu lagi muncul. Dirinya yang jatuh cinta
pada kamu. Itu dirinya yang satu lagi.
![]() |
| Hatinya berdegup untuk kamu sahaja tahu. |
Ah… tapi kamu tidak mengerti. Kamu yang dia
inginkan. Dia mahu kamu. Keinginan dia adalah kamu. Tapi, mana bisa kamu
mengerti semua itu. Sama ada dia yang bodoh atau kamu yang bodoh. Kebodohan
kamu yang tidak menyedari keinginannya terhadap kamu atau kebodohannya jatuh
cinta pada orang seperti kamu?
Ah… nampaknya dia terpaksa biarkan
keinginannya terhadap kamu. Ah… nampaknya dia terpaksa lepaskan keinginannya
terhadap kamu. Sia-sia sahaja segala usaha untuk buat kamu sedar bahawasanya
kamu yang dia inginkan. Sia-sia sahaja jantungnya berdegup kencang tatkala kamu
muncul. Sia-sia sahaja semua itu. Keinginannya itu tiada apa-apa kebaikan
padanya.
![]() |
| Semua sia-sia sahaja |



8 comments:
teringat lagu kuingin kamu~hehe
takpe,idop per;u diteruskan.anggap aje itu proses pembelajaran dalam sekolah kehidupan ini..
yang kita cinta, tak semestinya kita akan dapat..^__^
sebab Allah nak gantikan dengan sesuatu yang lagi baik.=)
kita dah cuba yg termampu..
yang lain allah uruskan :)
semua sia-sia..
huhuhu..
sakitttttt... :(
sudah biarkan saja masa yang mengubati.....
err sory aku tak reti tulis ayat cm kau, hehe... :)
Layyinur Harir---> Jadika ia sbgai pengalaman.. heee.
#####
CikZaituL--->huuuu... betul3... errr.. sakit ke?? heheh. Tak tahu.=.=
#####
LynnDAmya--->biarkan sahaja.. heheh.
#er... aku pn tk reti sgat... hehe. Ni pun main bantai je.. ngeh ngeh,
peliknya hati tu kan.. bila i mahu.. bila ia ingin.. tak ada lojika lagi..
mungkin ia sia-sia. tapi sebenarnya tidak.. pasti tidak.
sayangi diri lebih dari org lain dan itu tidak akan sia-sia.. tapi Cik hati? mahukah dia mengerti?
*a.. kan dah merupu eekekekeke..
NONG ANDY---> hee... aku pun tak faham entah komen kau yg awal3.. aku fsham part yg last tu je.. huhuhu.
betul.. sayang diri sendiri lagi baik... hati sukar ditafsir.. =)
bile nk kene dptkan
cume xselalu nsib kite baik
IFFAH AFEEFAH---> mungkin ada hikmah d sebalik yg berlaku.. huuu
Post a Comment