nuffnang

Sunday, June 17, 2012

Cerpen: Pohon Merah

Pohon merah yang besar.
Nenek aku satu ketika dulu selalu menceritakan tentang pohon besar yang berada di tengah-tengah padang di bukit tidak jauh dari rumah kami. Sekali tengok, dari kejauhan la, serius, memang nampak cantik. Kau akan rasa itulah satu-satunya alam flora tercantik yang pernah kau pernah lihat di alam dunia ini. Bila bulan mengambang, cahaya  bulan akan menyuluh pohon itu seolah-olah pohon itu adalah tumpuan di atas pentas. Menakjubkan bukan?


Nenek juga pernah menceritakan, di sekeliling pohon-pohon itu, ada putaran bunga ros berwarna putih. Yaa… ditambah dengan daunnya yang berwarna merah dan dihiasi dengan bunga yang berwarna putih, membuatkan aku tidak pernah walau satu hari terlepas menikmati pemandangan itu dari jendela bilik aku.

Aku sedikit pun tidak pernah bertanya Nenek kenapa daunnya berwarna merah bukan berwarna hijau kerana bagi aku, pohon itu terlalu cantik bagi aku. Mungkin sebab itulah aku langsung tidak mengambil tahu tentang mitos pohon besar itu. Aku asyik memerhatikan daun-daunya yang berguguran tatkala musim luruh tiba, kelihatan cantik apabila daun-daun itu jatuh berguguran diatas bunga ros putih. Ah… benar-benar buat aku jatuh hati pada pokok itu. Aku selalu menikmati pemandangan ini dari jendela di bilik aku.


Ada pohon besar yg selalu menjadi pemerhatian aku
Tapi, itu dulu. Itu dulu sebelum Nenek tidak lagi benarkan aku menikmati pemandangan itu dari jendela bilik. Jendela itu sudah pun dikunci dan tidak akan lagi dibuka mungkin. Ini semua berlaku selepas aku memaklumkan pada Nenek yang aku terlihat ada seorang perempuan yang cantik seperti bidadari sedang duduk di atas dahan pohon itu di suatu malam itu. Dari situ Nenek tidak lagi membenarkan aku melihat pohon itu mahupun mendekati pohon itu lagi. Nenek melarang aku dengan sekerasnya jangan lagi bercakap tentang pohon itu.

Dia sudah kembali. Mahu mengambil kembali apa yang patut menjadi hak miliknya….” Itu je jawapan yang terkeluar dari mulut Nenek tatkala aku tanyakan siapa perempuan yang seperti bidadari itu.

Kau akan tahu juga satu hari nanti, semua ini adalah dusta belaka..” tambah Nenek lagi. Aku yang ketika itu berusia 7 tahun, tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Nenek. Aku tertanya-tanya dusta apa yang Nenek maksudkan. Aku bingung. Namun aku diamkan sahaja kerana aku tahu, satu hari nanti segala-galanya akan terjawab.


Nenek tidak jelaskan hal yang sebenar
#########

Disaat aku berusia 15 tahun, ketika Nenek tiada di rumah, aku dengan beraninya pergi ke pohon itu sendirian. Waktu pagi dipilih, seusai matahari terbit dari timur, aku berjalan ke pohon besar itu ditemani Serafina, tupai putih kesayanganku.

Dan aku terpegun tatkala melihat sendiri kecantikan pohon besar itu. Masih langsung tidak berubah dari saat mata aku terpaku padanya 15 tahun yang lalu. Ros putih masih menjadi hiasan di sekelilingnya, daun merah masih tumbuh dengan lebat. Aku terpegun. Aku biarkan Serafina memanjat pohon besar itu dengan bersugguh-sungguh. Aku tersenyum melihat keletah Serafina.

Sudah lama aku menanti kamu…” kedengaran suara seorang gadis. Lantas aku mendongak ke atas. Ah… bidadari itu. Dia benar-benar kelihatan cantik. Dengan mata berwarna biru laut, rambut panjang berwarna keemasan, kecantikannya benar-benar buatkan aku terpegun.
Dia datang menyapaku
Aku? Kau menanti aku?” soal aku sambil tangan aku diletakkan di dada.

Ya! Aku menanti kamu. Dari saat aku turun ke sini, kamu yang aku nantikan,” ujar bidadari itu sambil melompat turun. Halus dan lembut lompatannya seolah-olah aku rasakan dia sebenarnya sedang terbang ke arah aku.

“Kau siapa?” soalku.

Aku? Panggil sahaja aku Arianna,” jawab Bidadari itu.

Bidadari itu mendekatkan wajahnya ke arah wajah aku. Memerhati diri aku dengan penuh senyuman terukir di bibirnya. Aku hairan.

Kau seperti ibumu, wajah kau saling tak tumpah sepertinya, tapi matamu, matamu… seperti ayahmu seperti mataku,” Bidadari itu meletakkan tangannya ke pipi aku. Aku lihat ada linangan air mata di wajahnya.

Aku memandang lagi Bidadari itu. Tidak memahami apa yang dikatakannya. Bagaimana dia mengenali ayah dan ibu ku?  Ayah dan ibu ku yang mati akibat membunuh diri. Itu yang aku dengar dari penduduk kampung ceritakan pada aku.

Hulurkan tanganmu.” Aku menuruti sahaja permintaan bidadari itu. Dia memegang tanganku dengan senyuman sebelum melepaskannya. Aku pandang tanganku, ada sekuntum bunga ros putih yang menawan diatas tapak tanganku. Aku memandang bidadari itu, masih lagi mengukirkan senyumannya.

Dia serahkan ros putih kepadaku
Helena!” kedengaran suara Nenek. Aku berpaling, Nenek sedang menarik nafas sedalam-dalam sebelum melangkah ke arahku.

Lilian… sudah lama tidak bersua. Kau nampaknya masih sihat dan bertenaga. Menjaga puteri kesayanganku dengan sempurna.”Bidadari itu melangkah ke arah Nenek.

Aku ingat Tuanku tak akan pernah lagi jejakkan lagi kaki ke sini,” Nenek bersuara. Bidadari itu mengukirkan senyuman.

Sudah tentu aku akan jejakkan lagi kaki aku ke sini walaupun pohon ini sudah dicemari dengan darah manusia. Lihatlah mengapa daun itu bertukar menjadi merah. Kau tahu itu bukan?

Mereka mencemarkan kesucian pohon itu
Salah aku tidak menghalang kejadian itu. Aku menyesal.” Aku lihat Nenek melutut di hadapan Bidadari itu. Mengalirkan air mata. Aku tidak faham mengapa Nenek mahu berbuat sedemikian.

Ada sesuatu yang kita tidak mampu halang Lilian… bukan salah kau. Mereka yang tidak sedar diri. Berdolak dalih di atas sesuatu yang bukan milik mereka dan lihatlah, pohon ini menjadi mangsa. Sudah tercemar dengan darah kotor mereka.

“Aku…” Nenek bersuara lagi. Aku hanya memerhatikan sahaja pertemuan dua insan itu.

Bukan salah kau, Lilian. Jangan pernah minta maaf di atas sesuatu yang bukan kesalahan kau. Sekurang-kurangnya ros putih itu masih terpelihara bukan? Ros putih yang abangku tanam di saat kelahiran puteri sulungnya bukan?” Aku sedar bidadari itu memandang ke arahku, mengukirkan senyuman.

“Kau mahu…” Nenek tidak dapat menghabiskan ayatnya, air matanya jatuh lagi.

Aku mahu mengambil kembali hak yang sepatutnya aku ambil. Dari dulu lagi.” Bidadari itu memandang ke arah ku. Sekali lagi mengukirkan senyuman kepadaku!

Dia mahu mengambil kembali haknya.
Aku tak akan menghalang… Aku gembira dapat tunaikan tangungjawab ini sebaik mungkin,” Nenek membalas. Bidadari itu berjalan ke arah nenek. Menolong Nenek bangun.

Yaa… kau jalankan tanggungjawab kau dengan baik. Sepatutnya kau yang abangku pilih dari dulu lagi sebagai “Guardian” tapi dia buta disebabkan rasa simpati terhadap pasangan suami isteri itu bukan?” Bidadari itu menepuk-nepuk perlahan tangan Nenek sebelum berjalan ke arah ku.

Siapa nama penuh kau?” Bidadari itu menyoalku.

Nenek memandangku, aku memandang Nenek. Aku teringat ayat Nenek, mengatakan nama aku panjang. Dia mahu aku ingat setiap patah perkataan yang ada pada nama aku. Nenek menganggukkan  kepalanya.

Helena Annabella Gwenyth Vians,” balas ku. Bidadari itu tersenyum.

Anabella Vians! Itu nama kamu yang sebenarnya,” ujar Bidadari itu sambil mengukirkan senyuman.

Aku undurkan diri dahulu. Aku akan mengambilnya di saat kuasanya sudah mula muncul. Jumpa lagi, Anabella, Lilian,” dengan satu putaran, Bidadari itu menghilangkan diri. Aku pandang nenek. Meminta penjelasan lanjut. Nenek mengukirkan senyuman pada aku. Perlahan-lahan berjalan ke arah ku sebelum memimpin ku pulang bersama-samanya.

Akhirnya rahsia Pohon itu terbongkar.
Setibanya di rumah, Nenek menceritakan segala-galanya padaku. Siapa aku, asal usul aku dan tidak lupa pohon merah di bukit itu. Rupanya dahulu, daun-daun pohon merah itu bukan berwarna merah. Ia berwarna biru laut seperti warna mataku. Ia bertukar menjadi warna merah setelah ibu dan ayah angkatku yang dilantik sebagai ‘Guardian’ aku membunuh diri di situ dengan mengantungkan diri mereka hanya disebabkan tidak mahu Bidadari itu yang merupakan ibu saudaraku, mengambil kembali diri aku. Mereka merasakan, dengan membunuh diri di situ, membiarkan darah mereka menitis di pohon itu, mampu mengelakkan dari Bidadari itu dari menjejakkan lagi ke alam ini. Itu satu-satunya pintu yang menghubungkan ke alam sini. Fahamlah aku dengan ayat Nenek, semua ini hanyalah dusta belaka bagi diriku.

Dan masih tinggal 2 tahun saja lagi untuk kuasa aku muncul. Kuasa yang diwarisi oleh Ayah dan Ibu kandungku, Raja Anawill dan Permaisuri Rowena.

Satu hari nanti kuasa aku akan tiba


p/s--- serius rindu Harry Potter. Wuuu. Err… nama? Aku tak tahu sangat nama tuk cerita cam ni. Biasanya Bidadari Syurga yang expert untuk ini. Kekeke. Terima kasih sudi baca. Aku mimpi pohon merah yang besar kat tengah padang semalam. Sebab tu dapat idea nak tulis cerita ini even aku cakap nak cuti untuk bulan ni kan?? Heheh. Sekian.

12 comments:

Nong Andy said...

hebat lah..

fantasi yang menarik berdasarkan gambar..

*ia masih lagi projek terbengkalai aku huhuhu... aku tak berdaya nak sambung.. material dah lengkap tapi entah mood dan idea langsung tak memberangsangkan... anugerah masih tak datang :)

reenapple said...

Nong ANdy---> hahha. Terima kasih sudi baca. First time tulis fantasi ni... kekek. =)

Iffah Afeefah said...

tula aku rase cm kak yana y tulis

genre die ni

hhehe

ko patut simpankan je cite ni

buat koleksi haha

reenapple said...

Iffah Afeefah---> kau kata tema cinta bukan? Jadi ini bukan tema cinta.. hehehe. Yg itu aku tgah fikirkan.. huuu

CikZaitul said...

fuh fiksyen nih..


terrer gk ko bab nih..

adesss...

reenapple said...

cik ZaiTul---> huuu... masa aku kecil aku selalu berangan seperti ini. Heheh. Aku pernah berangan mahu menjadi seperti Harry Potter.. hehe.

hee.. terima kasih sudi baca. =D

guest writer said...

alaaaaaaaaaaaa... yang aku tak sempat baca... aku tgh stuggle keje yg busy. aku komen ni untuk yg lom baca... nanti dah baca aku komen balik... *aku hutang kau 2 cerpen*

ps: tajuk yeak? nanti aku baca... aku akan cadangkan satu tajuk... hik hik hik hik... best! best...! genre fantasy sci-fiction...

reenapple said...

guest writer---> huuuu... 2 cerpen? Tertanya apakah yg 1 lagi.. hehe.

Tajuk tak sesuai kah??? huuhuhu. Terima kasih..even aku rasa macam tak kena je fantasi aku.. huhu =)

guest writer said...

bidadari syurga---

hik hik hik... aku tak log in akaun sendiri. aku tersilap baca nota last kau. sorry yang. aku terkejut bila baca kispen kau ni. satu permulaan cerita yang berimaginasi sgt3 baik dari kau. berdasarkan dari pic yang kau pilih aku rasa kau adaptasi dari pic. terbaik. aku harap sgt lagi kau ada satu naskah yang lain. ini adalah satu genre fantasi sci-fiction... nama2 dalam watak tu sgt bagus. huhuhuhu. aku selalu cari nama mcm hapa2 gak sebenarnya... contohnya puteri araneeya tu... kah kah kah... aku hutang kispen terbaru kau. belum sempat nak bw sepenuhnya... jaga diri tau....

reenapple said...

Guest Writer---> huuu.. dah tahu kau Bidadari Syurga.. heheh,

Oh.. aku pun ta tahu.. tapi betullah. Aku dapat idea dari situ.. dari gambar itu.. hehe.

Terima kasih even aku rasa genre ini tak berapa sesuai dengan jiwa aku.. kekek.

Bidadari Syurga said...

aku nak buat genre fantasy sci-fiction guna gambar2... aku suka cerita kau yg ni. kalau aku minta izin nak copy boleh tak?

reenapple said...

Bidadari syurga---> huhuhu. Bukan ke aku dapat idea dari kau nk buat cerpen cam nie based on picture??? uhuhuhhu. terima kasih 'ajar' aku... hehehe.

copy?? Ok je.. nanti PM kat FB la.. huhu.