Haikal memandang gadis di hadapannya dengan
perasaan yang bengang teramat. Ah… Julia memang gila. Teramat.
![]() |
| Tolonglah dengar kata aku!! |
“Dengarlah cakap aku. She’s not good.”
Sekali lagi Julia berkata sedemikian. Dia tidak mahu Haikal mengahwini Izzati. Dia
tak mahu Haikal menjadi pak sanggup kepada anak dalam kandungan Izzati. Izzati
gila, itu yang dia tafsirkan sejak kali pertama memandang anak mata hitam milik
Izzati itu.
“Jue… kau yang sebenarnya yang gila. Macam mana
kau boleh kata seseorang jahat atau baik just by looking at their face? Kau tak
kenal dia. Dia ada masalah dengan bekas suaminya. You should know that, dia dah
alami banyak masalah sejak dia berkahwin dengan lelaki tak guna tu. Dan lelaki
tu dah terima balasan dia!” Haikal mendengus.
Juliana menarik nafas. Ah… dia sendiri
tidak tahu. Sejak kali pertama bertentang mata dengan Izzati, hatinya gelisah.
Dan bila Haikal menceritakan tentang Izzati. Tentang bekas suaminya yang
dibunuh ketika perompak datang merompak mereka, Julia tahu, Izzati berbohong.
Mungkin Izzati sendiri yang membunuh arwah suaminya.
![]() |
| renungannya mengambarkan siapa dia sebenarnya |
“Dan kau sanggup jadi pak sanggup? Kau sanggup
biarkan anak dalam kandungan dia dengan nama kau? Kau yang gila kau tahu tak!”
Julia melenting.
“Aku ikhlas nak tolong dia! Apa yang kau
tak faham?” Haikal juga melenting. Tidak memahami mengapa Julia tidak
membenarkan dia mengahwini Izzati. Katanya, Izzati bukan baik. Tidak sesuai
untuk dia.
“Dan kau sanggup jadi lelaki dayus?” Sekali
lagi Julia meninggikan suaranya. Berang dengan Haikal di depannya. Cintanya
pada Izzati membuatkan dia menjadi buta. Baru sebulan berkenalan dengan Izzati,
terus mahu berkahwin, dengan alasan, anak dalam kandungan Izzati yang berusia
sebulan perlu seorang ayah. Itu kerja gila namanya.
![]() |
| I donno what I have to feel about. |
Haikal memejamkan matanya. Ayat Julia
benar-benar mencabar kelakiannya. “Kau tahu. Kau dan aku dah lama berakhir.
Masa kau dan aku bersetuju yang kita mahu jadi kawan baik sahaja. Itu. Kau kena
faham, aku cintakan Izzati dan aku sanggup berbuat apa saja pada dia. Kau tahu
itu bukan? Aku sanggup berbuat apa sahaja untuk wanita yang aku cintai.” Haikal
berkata sebelum berlalu pergi. Meninggalkan Julia keseorangan di situ.
Tanpa Julia sedar, air matanya jatuh. Dia menarik
nafas. Benar, dia dan Haikal bukan lagi pasangan kekasih di saat mereka
bersetuju, menjadi kawan lagi sesuai untuk mereka berdua. Itu yang terbaik bagi
mereka berdua. Tapi Haikal tidak tahu, di satu sudut di hatinya, dia masih berharap
pada Haikal. Julia mengeluh. Dia harus lindungi Haikal walau bagaimana
sekalipun ia mungkin meragut nyawanya.
![]() |
| I still love you |
##########
“Assalamualaikum.” Julia memberi salam dari
luar pagar.
“Waalaikumusalam,” Izzati menjawab sambil
melangkah ke pintu pagar. Izzati mengukirkan senyuman palsu sambil memandang
gadis di hadapannya. Dia tidak selesa dengan gadis itu. Kawan baik suaminya
yang dinikahi 10 bulan yang lalu. Yaa… Izzati mengahwini Haikal. Bahagia
miliknya kini, namun kehadiran gadis ini benar-benar buat dia berasa terancam.
“Sorang je?” Julia menyoal. Ah… bodohnya
soalan dia. Sudah tentu Haikal tak ada. Haikal pergi kerja. Dia sahaja yang
bercuti pada hari ini.
“Taklah, Qamarina ada juga. Tengah tidur
kat dalam. Masuklah,” Izzati mempelawa dengan tidak ikhlas. Julia tersenyum
sambil menuruti Izzati dari belakang. Dia tahu Izzati tidak menyenanginya. Dari
pandangan mata gadis itu, dia sudah dapat mengesan. Ah… bukannya dia mahu
sangat menghadap Izzati ini. Hanya mahu melawat bayinya sahaja. Qamarina yang
baru dilahirkan 2 bulan yang lepas.
Julia memandang keadaan ruang tamu rumah
itu. Rumah yang dia sendiri mereka hiasan dalamannya. Masa Haikal beli rumah
ini, Haikal mahu dia menghiasi dengan warna merah. Katanya, itu warna kegemaran
Izzati. Julia turutkan sahaja sebab itu tugasnya. Pereka dalaman.
“Qamarina sayang… tengok siapa datang. Auntie
Jue datang.” Izzati mengambil bayinya yang berada dalam buaian lalu diberikan
kepada Julia. Julia menyambut sahaja walaupun dia sebenarnya kekok dengan bayi.
Terlalu.
Julia memandang bayi itu. Langsung tiada
iras Haikal. Benarlah. Ini bukan anak Haikal. Ini anak Izzati dengan bekas
suaminya. Bekas suaminya yang mati dibunuh. Qamarina comel, seperti Mamanya.
“Jue duduk la dulu. Biar saya buatkan air
dulu ya,” Izzati bersuara sebelum menghilangkan diri ke dapur. Julia kembali
meletakkan bayi itu ke dalam buaiannya. Dia berjalan sekeliling di ruang tamu
di rumah itu. Ada gambar Haikal dan Izzati. Julia cemburu.
![]() |
| Perlahan-lahan dia mencuba untuk menghapuskan halangannya |
Beberapa minit kemudian, Izzati datang
membawakan minuman dan sedikit kek. Izzati memerhatikan sahaja Julia yang
sedang ralik memerhatikan gambar-gambar yang berada di ruang tamu itu. Izzati
mengukirkan senyuman sinis sebelum tangannya mengeluarkan pisau yang disorok di
bawah dulang minuman. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah Julia yang masih
belum menyedari kehadirannya.
Julia khusyuk memerhatikan gambar-gambar
Haikal dan Izzati. Dia tersenyum walaupun hatinya kecewa teramat. Mungkin benarlah,
dia patut cari seseorang di usianya sekarang. Tiba-tiba entah mengapa,
jantungnya berdegup laju. Dia akhirnya berpaling ke belakang, dilihatnya Izzati sedang
menuju ke arahnya dengan sebilah pisau di tangannya yang diangkat tinggi, mahu
menikamnya.
“Kau harus mati!” jerit Izzati sambil cuba
untuk menikam Jue. Tapi cubaanya tidak berjaya. Julia menepis menyebabkan dia
jatuh bersama-sama pisau di tangannya. Dia mendongak memandang Julia. Lengan gadis
itu berdarah. Izzati senyum lagi.
“Apa yang kau buat ni?” Julia menjerit. Dia
menahan kesakitan akibat kelaran pisau di lengannya.
“Kau perlu mati kau tahu tak! Selagi kau
hidup, selagi itulah aku tak tenang.” Perlahan-lahan Izzati bangun. Pisau masih
lagi berada ditangannya.
![]() |
| Bunuh kau!!! |
Julia tersenyum. Benarlah, apa yang dia
andaikan selama ini. Perempuan di hadapannya adalah gila. “Asal kau nak bunuh
aku? Aku bukannya buat salah apa-apa pun pada kau!” Julia bersuara tenang.
“Kau suka Haikal kan? Aku takkan bagi kau
dekati Haikal. Haikal hak milik aku seorang je.” Izzati memandang dengan wajah
yang bengis kepada perempuan di hadapannya.
Julia menarik nafas. Jadi, Izzati tahulah,
dia ada hati dengan Haikal? Ah… sudah tentu. Perempuan. Tentu memahami walaupun
tidak menyukai antara satu sama lain.
Izzati menerpa lagi ke Julia. Pisau di
tangannya diangkat tinggi, mahu menikam lagi Julia. Julia dan Izzati kini
bergelut. Satu kelaran singgah lagi di bahu Julia. Izzati tersenyum lagi.
Akhirnya Julia berjaya menjatuhkan pisau di tangan Izzati, lantas dia
menyepaknya. Jauh darinya dan Izzati. Julia kemudian menolak Izzati sehingga
Izzati rebah di hadapannya. Nasib baik,
ilmu seni pertahanan diri Julia masih boleh dipakai.
![]() |
| She's bautiful but crazy |
Tangisan bayi kedengaran. Julia bergerak
laju ke arah buaian. Risau jika Izzati mahu mencederakan bayi itu. Tiba-tiba Haikal
muncul di pintu. Haikal memandang Julia dan Izzati silih berganti. Dia lihat
Julia kini sedang bergelumang dengan darah di bahu dan lengannya, berada di
buaian Qamarina.
“Awak, dia nak bunuh Qamarina,” Izzati berpura-pura
bersuara lemah. Dia tahu Haikal akan menyebelahinya.
Julia merenung tajam Izzati. Ah… perempuan
ini pandai gila berlakon. Haikal lantas berjalan ke arahnya.
“Jue… jauhkan diri dari bayi itu.” Haikal
bersuara. Risau jika Julia akan mengapa-apakan bayi yang tidak berdosa itu.
“She’s crazy!” Julia bersuara. Dia menahan
kesakitan.
“Dia nak bunuh Izzati. Dia cakap, sebab
Izzati ada, dia tak dapat awak.” Sekali lagi Izzati memainkan lakonannya. Julia
menarik nafas. Rasa mahu saja mencari semula pisau yang disepaknya tadi dan
menikan terus ke jantung Izzati.
“Why you do this Jue? Kau kata kau dah
boleh terima yang kita kawan.” Haikal cuba bersikap tenang. Walaupun hatinya
membara bila mendengar Julia sanggup mencederakan wanita yang dia cintainya.
“Kau percaya apa yang dia kata? Kau memang
gila. Kau dah jadi gila sebab perempuan gila tu. Kau tahu tak?” Julia menjerit.
PANGGGGG!!!! Satu tamparan hinggap di pipi
Julia. Julia memandang Haikal. tidak menyangka Haikal sanggup berbuat
sedemikian padanya. Ah… tiada rasa kasihan kah Haikal padanya. Dia sedang
menahan kesakitan.
| Sudah lama aku bersabar dengan kau. |
“Berambus! Aku tak nak dengar kau hina
isteri aku! Kau yang gila sebenarnya! Kau sanggup bunuh orang yang tak
bersalah. Kau gila! Aku patut suruh je Tasya masukkan kau kat wad psikiatri tu.
Kau yang gila!” Haikal meninggikan suara.
PANGGGGG!!! Julia menghayunkan tangannya ke
pipi Haikal. Dia benci bila Haikal mengukit kisah silamnya. Sebab siapa dia hampir
jadi gila? Sebab Haikal! Yaaa… dia tidak mampu menerima perpisahannya dengan
Haikal suatu ketika dulu. Dia hampir menjadi gila. Julia terus berlari keluar
dari rumah Haikal dan menuju ke keretanya. Darah yang mengalir tidak
dihiraukannya.
Haikal menarik nafas. Dia memegang pipinya.
Tamparan Julia masih lagi bersisa. Dia menelan air liur sebelum berjalan ke
arah Izzati. Dia mengankat Izzati. Izzati memeluknya erat. Izzati berpura-pura
menangis di bahu Haikal.
“It’s okey. Haikal ada. Dah tak ada
apa-apa.” Haikal membelai rambut Izzati.
“Izzati takut.” Izzati berpura-pura. Dia
tersenyum sinis. Kali ini tiada lagi halangan kepada kebahagiannya. Tak ada!
![]() |
| Tak ada lagi yg akan menghalang kebahagiannya |
P/s--- yaaa… ada sambungan. Hahah. Aku
tetiba dapat idea nak buat ini selepas cerpen Iffah Afeefah ini. Aku mahu
selamatkan Haikal. hahaha.









10 comments:
arghhh aku bnci haikal
sian julia
arghhh sile smbung ngn cpt sblom asid kat blog ko merata2 hahaha
wah.. aku ternanti-nantikan. Julia dan Izzati.. siapa yang akan menang..
Haikal? buta kerana cinta hehehe..
*Selamatkan Qamarina! ini pinta seorang ibu hehehe
sume grene jun ni bunuh-psiko ea..
nong pun psiko, iffah pun..
sila sambung cepat ea reen !!!
seksa nak tgk izzati tuh..
Iffah--->hahaha.. asid je kau tahu.. yaaa.. aku cuba.. kekekek.
#####
Nong ANdy---> tentunya.... errr yg tu kau fikir sendiri.. hahaha.
#Yaa... aku selamatkan Qamarina.. sebab tu just jadikan dia watak sampingan.. kekeke.
#####
cik Zaitul---> err.. yeke??? tak perasan pula... huhuhu
Haikal xbetoii! Xsuka Haikal. Tp suka Izzati sbb dia jahat. hehe
Arifah Lee--->heee.. seram.. =D
Alaaaa nak sambung lagiiiiii!!!!!
fya zainal---> hee... dah ada sambungannya. Sila pergi ke cerpen bersiri. =)
peh psiko gila zati tu. sbb die kena dera dgn suami die ke yg buat die jd gila tu?
oh kesiannye julia
HAIKAL! KAU BUTAAAA ..
Post a Comment