Tuesday, June 5, 2012

Cerpen: Gila #END



Bunyi pisau dijatuhkan. Julia menarik nafas. Nafasnya turun naik. Ah… dia tak patut membenarkan Izzati masuk ke rumahnya. Ingatkan Izzati benar-benar ikhlas untuk memohon maaf. Dia menyesal. Dia menoleh ke bahu kirinya, satu kelaran terhasil dari cubaan Izzati untuk membunuhnya sekali lagi.

Dia muncul lagi.
Izzati memandang perempuan di hadapannya. Ah… mengapa sukar sangat untuk membunuh perempuan ini? Dia teringatkan ayat Haikal yang Julia punya ilmu seni pertahanan diri seperti Haikal. Mereka menyertai kelas itu bersama-sama. Ah… Izzati benci bila teringatkan hal itu. Dia benci  Julia yang wujud dalam hidup Haikal.

Julia dan Izzati memandang pisau yang berada di lantai. Mereka saling berpandangan sebelum bergegas mencapai pisau itu. mereka berebut untuk mendapatkan pisau itu. Akhirnya Izzati menolak tubuh Julia dan mengambil pisau itu. Julia merenung tajam ke arah pisau di tangan Izzati.

Kau harus mati, kau tahu tak!” Izzati menjerit sambil memandang perempuan di hadapannnya. Dia benci perempuan itu terlalu. Teramat. Dia menerpa sekali lagi ke arah Julia. Pergelutan berlaku. Satu kelaran hinggap di perut Julia. Julia menolak Izzati sekali lagi sehingga membuatkan gadis itu jatuh.

Izzati bangun. Pisau di tangannya kini dipenuhi dengan darah. Dia memandang Julia. Ah… bila lagi kau mahu mati?

Kita boleh bincang benda ni,” Julia cuba untuk menenangkan Izzati. Dia dan Izzati kini bergerak dalam satu bulatan yang tidak kelihatan.

Nak bincang apa? Kau penghalang kepada kebahagian aku! Dah lama aku mahukan tu, dan kau tiba-tiba muncul dalam hidup Haikal.

kau penghalang
Aku muncul dulu sebelum kau!” Julia cuba memperbetulkan ayat Izzati. Izzati tersenyum sinis. Dia tahu itu. Julia pernah menjadi kekasih Haikal sebelum mereka membuat keputusan untuk bersahabat sahaja. Tak mungkin mereka dapat menjadi kekasih hanya disebabkan mahu menurut kehendak kedua-dua belah keluarga.

Tahu. Tapi dia pilih aku bukan? Dan kau tak patut goda dia lagi!” Izzati menjerit.

Aku tak buat semua tu! Aku dah lama tak jumpa dia!” Julia berkata benar. Benar, sudah lama dia tidak berjumpa Haikal semenjak insiden di rumah Haikal.

“Kau tipu!” Izzati tidak mahu mempercayai langsung ayat Julia. Dia teringat kejadian semalam. Sepatutnya semalam, patut menjadi malam yang indah untuk dia dan Haikal, tapi Julia merosakkan malam mereka. Dia benci. Perempuan mana yang sanggup bertahan bila suami tanpa sedar menyebut nama perempuan lain ketika mereka ‘bersama’. Sebab itulah, tahap kebencian terhadap Julia semakin bertambah-. Dia tahu Julia dan Haikal lebih dari itu.

Izzati!” kedengaran suara seorang lelaki dari luar. Julia dan Izzati menoleh ke arah pintu. Haikal muncul di muka pintu.

Awak…” Izzati bersuara lemah sambil memandang suaminya. Dia memandang Julia pula. Ah… adakah Haikal mahu selamatkan gadis ini? Tidak. DIa tak akan benarkan. Julia harus mati hari ini juga.
Kau harus mati!
Izzati… jangan buat benda bodoh.” Haikal memandang isterinya sebelum kembali memandang Julia. Ah… baju yang dipakai Julia sudah bertukar warna. Muka Julia pucat. Dia sedar di tangan Izzati ada pisau yang berlumuran darah.

Saya tak buat benda bodoh. Saya buat ini untuk kebahagian kita.” Izzati memandang suaminya.

Haikal menarik nafas. Dia teringatkan nota dari Izzati yang dibacanya pagi tadi. Mujur dia tertinggal telefonnya, lantas dia memandu pulang. Dan bila dia tiba di rumah, Izzati tiada di rumah. Qamarina ditinggalkan di rumah jiran. Dia sedar ada satu nota di cermin bilik lalu dia membacanya. Lantas dia bergegas ke rumah Julia selepas membaca nota itu.

Lepaskan dia… dia tak bersalah.” Haikal memandang Julia. Julia memandang Haikal. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dia katakan.

Awak bela dia. Sampai hati awak. Sampai hati awak sebut nama dia masa kita…” Izzati tidak sempat menghabiskan ayatnya. Air matanya mengalir laju.

Haikal menarik nafas. Ah.. Izzati sedar dia tersebut nama Julia ketika mereka ‘bersama’ semalam. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia terbayangkan Julia ketika Izzati datang menggodanya. Setiap kelakuan Izzati padanya semalam, dia membayangkan itu adalah Julia. Ah… dia memang gila fikirkan itu tentang Julia.

Saya… saya minta maaf.” Haikal melirikkan mata ke arah Julia. Dilihatnya Julia sedang tersenyum sinis. Agaknya Julia faham apa yang diperkatakan Izzati.

Tak apa. Saya akan hapuskan dia supaya awak, saya dan Qamarina akan bahagia.” Izzati melangkah ke arah Julia yang kini sedang bersandar di dinding. Darah mengalir dari tubuh badannya dengan tidak henti-henti.

Izzati… jangan! Ada cara lain. Ini bukan caranya.” Haikal cuba mendekati Izzati perlahan-lahan. Niatnya mahu merampas pisau di tangan isterinya itu.
Please, dont do something stupid.
Selagi dia hidup. Selagi dia cintakan awak, selagi itulah dia menjadi penghalang kepada kebahagian kita.

Dia tak cintakan saya.” Haikal memandang Julia. Julia sedang tersenyum sinis.

Mana awak tahu?” soal Izzati lagi.

Betul! Aku tak cintakan dia. Aku dah nak kahwin dengan seseorang,” Julia mencelah dengan lemah. Haikal memandang Julia dengan rasa terkejut. Kenapa dia tidak tahu? Dia tidak dapat bayangkan lelaki lain yang Julia mampu cintai selepas dirinya. Julia mungkin punya ramai kawan lelaki, tapi itu semua hanyalah kawan sahaja.

Kau tipu!” Izzati tidak mempercayai ayat Julia. Dia tahu itu hanyalah perangkap supaya dia tidak membunuh Julia.

BEtul… aku boleh telefon tunang aku. suruh dia datang sini. Kalau itu yang kau nak…” Julia bersuara lagi.

Izzati memandang Haikal. Benarkah? “Awak bagi telefon awak pada dia?” arah Izzati pada Haikal.

Haikal memandang Julia. Julia menganggukkan kepalanya. Akhirnya Haikal melangkah ke arah Julia, meghulurkan telefon bimbitnya kepada Julia. “Jue… I don’t think this is a good idea. You’ll make things worst.” Haikal berbisik kepada Julia. Julia hanya tersenyum sambil tangannya ligat mendail nombor seseorang.
Dia sudah tidak berdaya lagi.
Hello sayang. Yeah, it’s Jue. Boleh tak you datang rumah I? Haikal dan Izzati ada. Diorang nak jumpa you. Yes… it is. As soon as possible okey? Bye.” Talian dimatikan. Julia menghulurkan kembali telefon bimbit kepada Haikal. Haikal memandang telefon bimbitnya sebelum memandang Julia. Julia mengukirkan senyuman kepadanya. Perlahan-lahan Julia duduk. Dia tidak mampu lagi untuk berdiri. Haikal turut menjatuhkan dirinya. Memandang Julia yang lemah.

Jue…” Haikal bersuara. Dia risau keadaan Julia. Pucat lesi. Tanpa dia sedari, air matanya jatuh. Julia menyentuh muka Haikal dengan tangannya yang dipenuhi darah.

I love you.” Julia berbisik. Haikal mengukirkan senyuman.

Izzati memandang kelibat dua orang di hadapannya. Dengan Haikal yang membelakanginya. Dengan wajah Julia yang dia tidak nampak, dia membayangkan dua orang itu sedang melakukan sesuatu yang bukan-bukan. Yaaa… dia membayangkan Haikal dan Julia sedang berciuman. Lantas dia menerpa ke arah 2 orang itu.

Julia terus menolak Haikal dengan kudrat yang dia ada bilamasa dia sedar Izzati sedang menerpa ke arahnya. Haikal terkesima dengan tindakan Julia. Dia dapat lihat izzati dan Julia sedang bergelut. Julia sedang menahan diri Izzati dari menikamnya. Dia mahu mendekati, tapi Izzati dengan lantas mengacukan pisau ke leher Julia.

Sekali awak gerak, saya kelar leher dia.” Izzati mengugut. Haikal menelan air liur. Dia tidak berani mengambil apa-apa tindakan. Risau jika Izzati benar-benar bertindak apa yang dia katakan.

One step closer, I kill her.
Julia menarik nafas. Entah mengapa, dia punya kudrat untuk menarik tangan Izzati yang sedang mengacukan pisau ke arahnya. Izzati terkejut. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Tangannya dilipat ke belakang oleh Julia. Pisau di tangannya jatuh.

Izzati cuba menghentakkan kepalanya kepada Julia. Mengena! Akhirnya dia mencapai lagi pisau di lantai, cuba menikam Julia tapi tidak berjaya, Haikal telah datang memeluknya dari belakang. Membawanya jauh dari Julia. Pergelutan berlaku di antara Haikal dan Izzati. Haikal jatuh terbaring. Izzati sudah hilang kewarasannya, dia mahu menikam Haikal. namun, belum sempat pisau dihunus kepada Haikal, Julia bergerak ke arah Haikal.

Jue…” Haikal memandang Julia yang sedang terbaring di atasnya. Julia tersenyum kelat.  Haikal memandang pula Izzati, Izzati tersenyum kemenangan. Haikal bangun sambil memeluk erat Julia dalam dakapannya.

Jue… please say something!” Haikal menjerit. Air matanya mengalir laju apabila Julia perlahan-lahan memejamkan matanya. Haikal memeluk erat Julia sambil menangis teresak-esak. Izzati memandang kosong sahaja situasi di hadapannya. Dia tersenyum. Julia sudah mati. Bahagia akhirnya miliknya seorang!

Dia kini mati. Ah.. bahagia!

##################


Dia memandang laut dari tingkap bilik. Angin malam menyentuh tubuhnya. Air matanya mengalir laju. Dia mengesat. Berapa kali dia buat perkara sebegitu. Tiba-tiba, pinganggnya dirangkul mesra. Dia tersenyum kelat.

Fikir apa ni?” soalan Haikal mematikan lamunan Julia. Haikal memusingkan tubuh Julia menghadapnya.

Tak ada apa-apalah. Just thinking about…” Julia tidak mampu menghabiskan ayatnya. Air matanya mengalir lagi.

Izzati?” Haikal membuat andaian.

And her baby.” Julia menambah.

Ah.. dia teringatkan kisah itu lagi.
Haikal tersenyum sambil mengesat air mata Julia. Julia masih tidak dapat lupakan kejadian setahun lepas. Dia ingat lagi, di saat dia menangis meratapi ‘pemergian’ Julia, Tasya tiba dengan beberapa anggota polis dan staff dari hospital. Dia tahu Julia menelefon Tasya, bukan menelefon tunangnya seperti yang dikatakannya. Izzati dibawa pergi oleh anggota polis. Julia pula di bawa ke hospital. Nasib Julia baik, Tuhan masih mengizinkan dia hidup. Walaupun Haikal terpaksa menanti beberapa bulan untuk Julia sedar dari koma. Dia menanti Julia sedar. Dia mahu mendengar lagi 3 perkataan yang disebut Julia. Dia mahu ucapkan ayat itu pada Julia.

They will be fine. Mak ayah Izzati cakap, Qamarina dah pandai berjalan dan Izzati…” Haikal tidak tahu apa yang harus diceritakan tentang Izzati. Tasya memberitahu, tiada langsung perubahan pada Izzati.

Just forget about them okey? Sekarang ni kita tengah berbulan madu. Pengantin baru should be happy. Bukan bersedih.” Haikal mencubit pipi isterinya.

Pengantin baru la sangat.” Kali ini giliran Julia mencubit pipi Haikal. Haikal ketawa.
Thanks for loving me.. =)
BEtullah. I’m married with a virgin. Kita buat something nak, malam ni?” Haikal mengusik.

Ah… tolonglah. Boleh tak kau jangan nak mengada?” Julia bengang dengan usikan sebegitu.

Kau? Still tak nak ubah benda tu? You should call me something yang menyenangkan macam… abang ke?” Julia tersenyum.

Kita sebaya. Pelik panggil macam tu.”

Tapi I was born earlier than you.” Haikal mengukirkan senyuman. Dia membelai rambut Julia yang kini panjang. Walaupun dia lebih suka Julia berambut pendek, tapi katanya Julia, dia mahu berambut panjang pada hari perkahwinannya sahaja.

Okey. Nantilah kita fikir hal itu. Boleh?” Julia cuba berdolak-dalih. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia panggil Haikal kini. Haikal menganggukkan kepalanya. Julia mengukirkan senyuman.

I love you.” Haikal mencium bibir Julia sebelum beralih ke pipi Julia. Diciumnya berkali-kali pipi gebu Julia. Julia mengukirkan senyuman.

I love you too.” Julia membalas ciuman itu. Malam indah itu menjadi milik mereka berdua!

And they live happily ever after.


#YeaY... Haikal kini selamat!!!! hahaha.#




p/s--- err.. ending dia sebenarnya panjang. But since aku nk 2 part je, so aku pendekkan part ni je. hahah. Semua3 ada 10 muka surat. Siapa nak full, sila PM.. kekeke


12 comments:

  1. aku nk.

    untungla haikal due bini

    cium2 lagi
    grrrr

    ni ape ni

    kate exam

    #aku rase kau pun kne buih2 cinte nmpknye

    ReplyDelete
  2. Perghh.. reen physco nye cerpen nie.. seram una..

    ReplyDelete
  3. rasa mcm diri sendiri yg kena tikam pulak... hahahaha

    ReplyDelete
  4. Iffah Afeefa--->hahaha.. stress dengan exam.. jadi aku buat citer psiko.. kekeke. Errr... untung Haikal.. kekeke.

    #buih buih cinta??? Err... buih cept hilang tahu.. kekekeke.

    #############

    Una---> heee...psycho ke??? Oh.. nasib baik,, ingt kan tak psycho.. kekek. Terima kasih sudi baca.. huhu.

    #######

    kiera sakura---> heheheh. Mesti byang kan jadi Julia.. huhu

    ReplyDelete
  5. eh.. napa tak publish aja semuanya. lantak lah pjg. kompom gue baca hahaha..

    memula aku geram dgn Haikal. tapi bila dah happy ending aku maafkan dia..

    sebut nama perempuan lain masa make love? itu memang tak layak mendapat kemaaafan!!

    tapi seriuslah.. dlm cerita ni Haikal paling untung ekekekekeke..!

    ReplyDelete
  6. Nong ANdy---> hehehe. Kan dah kata aku nk selamatkan Haikal. Tentu lah Haikal yang paling bahagia.. hehehe.

    #serius... pnjg gila. Kalau nk sila PM eh.. =)

    ReplyDelete
  7. peh best gila. mmg gila la cite ni. nasib haikal ngn julia jgak. suspen je igt jue mati. smpi ke akhir zati tu x brubah ek..ksian jgk..cntik tp gila haha

    ReplyDelete
  8. eera shera---> huuu.. kadang3 pompuan cantyiki ni bahaya juga.. kekek.

    Izzati jadi gila sebab redza tu.. hehehe

    ReplyDelete
  9. saya nak cerpen yg panjang nie mcm maner yea

    ReplyDelete
  10. Durian Berduri---> err.. kau mahukah? Sila emel aku.. =D

    ReplyDelete
  11. hahaaa .. sengih2 macam orang gila juga aku baca part kissing. mwahahaaaa :D

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.