Monday, June 4, 2012

Cerpen: Gila #1



Haikal memandang gadis di hadapannya dengan perasaan yang bengang teramat. Ah… Julia memang gila. Teramat.
Tolonglah dengar kata aku!!
Dengarlah cakap aku. She’s not good.” Sekali lagi Julia berkata sedemikian. Dia tidak mahu Haikal mengahwini Izzati. Dia tak mahu Haikal menjadi pak sanggup kepada anak dalam kandungan Izzati. Izzati gila, itu yang dia tafsirkan sejak kali pertama memandang anak mata hitam milik Izzati itu.

Jue… kau yang sebenarnya yang gila. Macam mana kau boleh kata seseorang jahat atau baik just by looking at their face? Kau tak kenal dia. Dia ada masalah dengan bekas suaminya. You should know that, dia dah alami banyak masalah sejak dia berkahwin dengan lelaki tak guna tu. Dan lelaki tu dah terima balasan dia!” Haikal mendengus.

Juliana menarik nafas. Ah… dia sendiri tidak tahu. Sejak kali pertama bertentang mata dengan Izzati, hatinya gelisah. Dan bila Haikal menceritakan tentang Izzati. Tentang bekas suaminya yang dibunuh ketika perompak datang merompak mereka, Julia tahu, Izzati berbohong. Mungkin Izzati sendiri yang membunuh arwah suaminya.
renungannya mengambarkan siapa dia sebenarnya
Dan kau sanggup jadi pak sanggup? Kau sanggup biarkan anak dalam kandungan dia dengan nama kau? Kau yang gila kau tahu tak!” Julia melenting.

Aku ikhlas nak tolong dia! Apa yang kau tak faham?” Haikal juga melenting. Tidak memahami mengapa Julia tidak membenarkan dia mengahwini Izzati. Katanya, Izzati bukan baik. Tidak sesuai untuk dia.

Dan kau sanggup jadi lelaki dayus?” Sekali lagi Julia meninggikan suaranya. Berang dengan Haikal di depannya. Cintanya pada Izzati membuatkan dia menjadi buta. Baru sebulan berkenalan dengan Izzati, terus mahu berkahwin, dengan alasan, anak dalam kandungan Izzati yang berusia sebulan perlu seorang ayah. Itu kerja gila namanya.

I donno what I have to feel about.
Haikal memejamkan matanya. Ayat Julia benar-benar mencabar kelakiannya. “Kau tahu. Kau dan aku dah lama berakhir. Masa kau dan aku bersetuju yang kita mahu jadi kawan baik sahaja. Itu. Kau kena faham, aku cintakan Izzati dan aku sanggup berbuat apa saja pada dia. Kau tahu itu bukan? Aku sanggup berbuat apa sahaja untuk wanita yang aku cintai.” Haikal berkata sebelum berlalu pergi. Meninggalkan Julia keseorangan di situ.

Tanpa Julia sedar, air matanya jatuh. Dia menarik nafas. Benar, dia dan Haikal bukan lagi pasangan kekasih di saat mereka bersetuju, menjadi kawan lagi sesuai untuk mereka berdua. Itu yang terbaik bagi mereka berdua. Tapi Haikal tidak tahu, di satu sudut di hatinya, dia masih berharap pada Haikal. Julia mengeluh. Dia harus lindungi Haikal walau bagaimana sekalipun ia mungkin meragut nyawanya.

I still love you

##########

Assalamualaikum.” Julia memberi salam dari luar pagar.

Waalaikumusalam,” Izzati menjawab sambil melangkah ke pintu pagar. Izzati mengukirkan senyuman palsu sambil memandang gadis di hadapannya. Dia tidak selesa dengan gadis itu. Kawan baik suaminya yang dinikahi 10 bulan yang lalu. Yaa… Izzati mengahwini Haikal. Bahagia miliknya kini, namun kehadiran gadis ini benar-benar buat dia berasa terancam.

Sorang je?” Julia menyoal. Ah… bodohnya soalan dia. Sudah tentu Haikal tak ada. Haikal pergi kerja. Dia sahaja yang bercuti pada hari ini.

Taklah, Qamarina ada juga. Tengah tidur kat dalam. Masuklah,” Izzati mempelawa dengan tidak ikhlas. Julia tersenyum sambil menuruti Izzati dari belakang. Dia tahu Izzati tidak menyenanginya. Dari pandangan mata gadis itu, dia sudah dapat mengesan. Ah… bukannya dia mahu sangat menghadap Izzati ini. Hanya mahu melawat bayinya sahaja. Qamarina yang baru dilahirkan 2 bulan yang lepas.
Bayi itu tidak bersalah.
Julia memandang keadaan ruang tamu rumah itu. Rumah yang dia sendiri mereka hiasan dalamannya. Masa Haikal beli rumah ini, Haikal mahu dia menghiasi dengan warna merah. Katanya, itu warna kegemaran Izzati. Julia turutkan sahaja sebab itu tugasnya. Pereka dalaman.

Qamarina sayang… tengok siapa datang. Auntie Jue datang.” Izzati mengambil bayinya yang berada dalam buaian lalu diberikan kepada Julia. Julia menyambut sahaja walaupun dia sebenarnya kekok dengan bayi. Terlalu.

Julia memandang bayi itu. Langsung tiada iras Haikal. Benarlah. Ini bukan anak Haikal. Ini anak Izzati dengan bekas suaminya. Bekas suaminya yang mati dibunuh. Qamarina comel, seperti Mamanya.

Jue duduk la dulu. Biar saya buatkan air dulu ya,” Izzati bersuara sebelum menghilangkan diri ke dapur. Julia kembali meletakkan bayi itu ke dalam buaiannya. Dia berjalan sekeliling di ruang tamu di rumah itu. Ada gambar Haikal dan Izzati. Julia cemburu.

Perlahan-lahan dia mencuba
untuk menghapuskan halangannya
Beberapa minit kemudian, Izzati datang membawakan minuman dan sedikit kek. Izzati memerhatikan sahaja Julia yang sedang ralik memerhatikan gambar-gambar yang berada di ruang tamu itu. Izzati mengukirkan senyuman sinis sebelum tangannya mengeluarkan pisau yang disorok di bawah dulang minuman. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah Julia yang masih belum menyedari kehadirannya.

Julia khusyuk memerhatikan gambar-gambar Haikal dan Izzati. Dia tersenyum walaupun hatinya kecewa teramat. Mungkin benarlah, dia patut cari seseorang di usianya sekarang. Tiba-tiba entah mengapa, jantungnya berdegup laju. Dia akhirnya berpaling ke belakang, dilihatnya Izzati sedang menuju ke arahnya dengan sebilah pisau di tangannya yang diangkat tinggi, mahu menikamnya.

Kau harus mati!” jerit Izzati sambil cuba untuk menikam Jue. Tapi cubaanya tidak berjaya. Julia menepis menyebabkan dia jatuh bersama-sama pisau di tangannya. Dia mendongak memandang Julia. Lengan gadis itu berdarah. Izzati senyum lagi.

Apa yang kau buat ni?” Julia menjerit. Dia menahan kesakitan akibat kelaran pisau di lengannya.

Kau perlu mati kau tahu tak! Selagi kau hidup, selagi itulah aku tak tenang.” Perlahan-lahan Izzati bangun. Pisau masih lagi berada ditangannya.
Bunuh kau!!!
Julia tersenyum. Benarlah, apa yang dia andaikan selama ini. Perempuan di hadapannya adalah gila. “Asal kau nak bunuh aku? Aku bukannya buat salah apa-apa pun pada kau!” Julia bersuara tenang.

Kau suka Haikal kan? Aku takkan bagi kau dekati Haikal. Haikal hak milik aku seorang je.” Izzati memandang dengan wajah yang bengis kepada perempuan di hadapannya.

Julia menarik nafas. Jadi, Izzati tahulah, dia ada hati dengan Haikal? Ah… sudah tentu. Perempuan. Tentu memahami walaupun tidak menyukai antara satu sama lain.

Izzati menerpa lagi ke Julia. Pisau di tangannya diangkat tinggi, mahu menikam lagi Julia. Julia dan Izzati kini bergelut. Satu kelaran singgah lagi di bahu Julia. Izzati tersenyum lagi. Akhirnya Julia berjaya menjatuhkan pisau di tangan Izzati, lantas dia menyepaknya. Jauh darinya dan Izzati. Julia kemudian menolak Izzati sehingga Izzati rebah di hadapannya.  Nasib baik, ilmu seni pertahanan diri Julia masih boleh dipakai.
She's bautiful but crazy
Tangisan bayi kedengaran. Julia bergerak laju ke arah buaian. Risau jika Izzati mahu mencederakan bayi itu. Tiba-tiba Haikal muncul di pintu. Haikal memandang Julia dan Izzati silih berganti. Dia lihat Julia kini sedang bergelumang dengan darah di bahu dan lengannya, berada di buaian Qamarina.

Awak, dia nak bunuh Qamarina,” Izzati berpura-pura bersuara lemah. Dia tahu Haikal akan menyebelahinya.

Julia merenung tajam Izzati. Ah… perempuan ini pandai gila berlakon. Haikal lantas berjalan ke arahnya.
“Jue… jauhkan diri dari bayi itu.” Haikal bersuara. Risau jika Julia akan mengapa-apakan bayi yang tidak berdosa itu.

She’s crazy!” Julia bersuara. Dia menahan kesakitan.

Dia nak bunuh Izzati. Dia cakap, sebab Izzati ada, dia tak dapat awak.” Sekali lagi Izzati memainkan lakonannya. Julia menarik nafas. Rasa mahu saja mencari semula pisau yang disepaknya tadi dan menikan terus ke jantung Izzati.

Why you do this Jue? Kau kata kau dah boleh terima yang kita kawan.” Haikal cuba bersikap tenang. Walaupun hatinya membara bila mendengar Julia sanggup mencederakan wanita yang dia cintainya.

Kau percaya apa yang dia kata? Kau memang gila. Kau dah jadi gila sebab perempuan gila tu. Kau tahu tak?” Julia menjerit.

PANGGGGG!!!! Satu tamparan hinggap di pipi Julia. Julia memandang Haikal. tidak menyangka Haikal sanggup berbuat sedemikian padanya. Ah… tiada rasa kasihan kah Haikal padanya. Dia sedang menahan kesakitan.
Sudah lama aku bersabar dengan kau.
Berambus! Aku tak nak dengar kau hina isteri aku! Kau yang gila sebenarnya! Kau sanggup bunuh orang yang tak bersalah. Kau gila! Aku patut suruh je Tasya masukkan kau kat wad psikiatri tu. Kau yang gila!” Haikal meninggikan suara.

PANGGGGG!!! Julia menghayunkan tangannya ke pipi Haikal. Dia benci bila Haikal mengukit kisah silamnya. Sebab siapa dia hampir jadi gila? Sebab Haikal! Yaaa… dia tidak mampu menerima perpisahannya dengan Haikal suatu ketika dulu. Dia hampir menjadi gila. Julia terus berlari keluar dari rumah Haikal dan menuju ke keretanya. Darah yang mengalir tidak dihiraukannya.

Haikal menarik nafas. Dia memegang pipinya. Tamparan Julia masih lagi bersisa. Dia menelan air liur sebelum berjalan ke arah Izzati. Dia mengankat Izzati. Izzati memeluknya erat. Izzati berpura-pura menangis di bahu Haikal.

It’s okey. Haikal ada. Dah tak ada apa-apa.” Haikal membelai rambut Izzati.

Izzati takut.” Izzati berpura-pura. Dia tersenyum sinis. Kali ini tiada lagi halangan kepada kebahagiannya. Tak ada!
Tak ada lagi yg akan menghalang kebahagiannya



P/s--- yaaa… ada sambungan. Hahah. Aku tetiba dapat idea nak buat ini selepas cerpen Iffah Afeefah ini. Aku mahu selamatkan Haikal. hahaha.

15 comments:

  1. arghhh aku bnci haikal

    sian julia

    arghhh sile smbung ngn cpt sblom asid kat blog ko merata2 hahaha

    ReplyDelete
  2. arghhh aku bnci haikal

    sian julia

    arghhh sile smbung ngn cpt sblom asid kat blog ko merata2 hahaha

    ReplyDelete
  3. wah.. aku ternanti-nantikan. Julia dan Izzati.. siapa yang akan menang..

    Haikal? buta kerana cinta hehehe..

    *Selamatkan Qamarina! ini pinta seorang ibu hehehe

    ReplyDelete
  4. wah.. aku ternanti-nantikan. Julia dan Izzati.. siapa yang akan menang..

    Haikal? buta kerana cinta hehehe..

    *Selamatkan Qamarina! ini pinta seorang ibu hehehe

    ReplyDelete
  5. sume grene jun ni bunuh-psiko ea..
    nong pun psiko, iffah pun..

    sila sambung cepat ea reen !!!

    seksa nak tgk izzati tuh..

    ReplyDelete
  6. sume grene jun ni bunuh-psiko ea..
    nong pun psiko, iffah pun..

    sila sambung cepat ea reen !!!

    seksa nak tgk izzati tuh..

    ReplyDelete
  7. Iffah--->hahaha.. asid je kau tahu.. yaaa.. aku cuba.. kekekek.

    #####

    Nong ANdy---> tentunya.... errr yg tu kau fikir sendiri.. hahaha.

    #Yaa... aku selamatkan Qamarina.. sebab tu just jadikan dia watak sampingan.. kekeke.

    #####

    cik Zaitul---> err.. yeke??? tak perasan pula... huhuhu

    ReplyDelete
  8. Iffah--->hahaha.. asid je kau tahu.. yaaa.. aku cuba.. kekekek.

    #####

    Nong ANdy---> tentunya.... errr yg tu kau fikir sendiri.. hahaha.

    #Yaa... aku selamatkan Qamarina.. sebab tu just jadikan dia watak sampingan.. kekeke.

    #####

    cik Zaitul---> err.. yeke??? tak perasan pula... huhuhu

    ReplyDelete
  9. Haikal xbetoii! Xsuka Haikal. Tp suka Izzati sbb dia jahat. hehe

    ReplyDelete
  10. Arifah Lee--->heee.. seram.. =D

    ReplyDelete
  11. Alaaaa nak sambung lagiiiiii!!!!!

    ReplyDelete
  12. fya zainal---> hee... dah ada sambungannya. Sila pergi ke cerpen bersiri. =)

    ReplyDelete
  13. peh psiko gila zati tu. sbb die kena dera dgn suami die ke yg buat die jd gila tu?

    oh kesiannye julia

    ReplyDelete
  14. peh psiko gila zati tu. sbb die kena dera dgn suami die ke yg buat die jd gila tu?

    oh kesiannye julia

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.