![]() |
| Biarkan mereka. |
Ah.. biarkan mereka dengan cara mereka. Jika itu yang membahagiakan mereka. Biarkan sahaja. Bukankah kau sepatutnya turut tumpang bahagia di atas kebahagian mereka? Bukankah kau sepatutnya turut tersenyum dengan kebahagian mereka? Benar, kadangkala ia menjengkelkan. Kadangkala ia membuatkan kau menggelengkan kepala. Tapi itu cara mereka. Kau punya tiada hak untuk mempertikaikan cara mereka.
Benar, cara kau dan cara mereka berbeza. Biarkan sahaja cara mereka asalkan cara mereka tidak menganggu kau. Biarkan sahaja mereka asalkan cara mereka tidak melukakan kau. Kau terluka kah? Tidak bukan? Jadi, mengapa mahu mempertikaikan cara mereka? Biarkan sahaja mereka dengan cara mereka. Cara mereka membahagiakan mereka dan mungkin kau juga turut bahagia dengan kebahagian mereka?
Mungkin kau pernah mendengar kisah-kisah yang tidak enak tentang mereka, tapi itu punya tiada kaitan dengan kau bukan? Jadi buat apa kau mahu menilai mereka berdasarkan apa yang orang lain ceritakan pada kau? Kau tiada hak untuk menilai mereka dengan persepsi buruk orang lain. Biarkan sahaja mereka dengan cara mereka dan kau dengan cara kau. Mungkin itu yang lebih baik.
Ah… biarkan sahaja mereka. Cara mereka membahagiakan mereka. Begitu juga dengan cara kau bukan? Cara kau membahagiakan diri kau. Setiap dari kita punya cara yang mampu membuat diri kita tersenyum dengan tersendiri. Cara kita dan cara mereka berbeza.
![]() |
| Kau juga punya cara yang membahagiakan kau bukan? |
p/s- aku sedar, susah rupanya mahu menjangkakan perangai manusia. Sekejap mereka tinggalkan kita keseorangan seolah kita sebenarnya tidak wujud dan sekejap mereka hadir kembali dalam hidup kita seolah-olah mereka tidak pernah tinggalkan kita. Dan yang terluka? Kita bukan? Penat tahu berlagak tiada apa-apa yang berlaku.



9 comments:
aku tak tahu aku patut biarkan atau tak
aku tak tahu sama ada aku mampu senyum saat mereka tggalkan aku
aku terfikir entry y da lame aku peram kat otak
deep meaning~
i like
makanya kita tak boleh bergantung sangat dgn sesiapa pun.. bergantung saja padaNya. Dia x pernah tinggalkan kita (unsur agama)
manusia tetap adalah manusia. byk kelemahan dan byk kesilapan.. dan kita sebagai manusia tidak lari dari pelbagai rasa yang kadang kecil hati dan kadang terluka. itu biasa tapi " alah bisa tegal biasa' ewah.. ber kata pepatah pula mami shinta ni Heee...
*setiap org caranya berbeza. tapi yg sama : setiap org cuma manusia biasa :)
Iffah afeefah--> sila kuat.=D
####
layyinur harir---> thanks.. =)
#####
Nong Ansy---> heheh. Aku suka pepatah kau. huhu.
Yaa setiap orang berbeza namun mereka cuma manusia biasa sahaja..=)
manusia memang susah nak pahammm. :(
hati manusia sukar di tafsirrr
syazana---> yup.. that's right. =)
####
ZAujah until jannah---> begitu juga dengan hati kita bukan.???
senang je biarkan..jgn paksa diri..
cik ZaiTuL---> yup.. jgn memaksa diri.. huhu
Post a Comment