nuffnang

Tuesday, May 15, 2012

Lelaki itu #9





Seorang gadis bertubuh gempal keluar bersama rakan-rakannya. Meluangkan hujung minggu dengan gembira. Melilau di pusat membeli-belah setelah selesai menonton wayang. Dia bersama kawan baik lelakinya dan beberapa lagi orang kawannya.  Hari itu mungkin hari yang paling menggembirakannya sebelum dia terlihat sesuatu yang buatkan dirinya kecewa sekali lagi. Di saat itu, dia hanya bersama kawan baik lelakinya. Kawan-kawannya yang lain ke mana entah, dia tidak tahu.

Yaaa… lelaki itu turut berada di situ. Turut berada di pusat membeli-belah. Mereka terserempak, by face to face. Dia pandang lelaki itu. lelaki itu pandang dia. Masa seolah-olah berhenti untuk seketika. Dia tersedar ketika kawan lelakinya memanggil namanya. Dia menoleh ke arah ke arah kawannya itu sebelum kembali memandang lelaki di hadapannya. Tiada senyuman yang diukirkan olehnya mahupun lelaki itu. Dan tiba-tiba, muncul kekasih lelaki itu. “Sayang,” Kekasih lelaki itu memanggil lelaki itu.
Mereka berpegangan tangan di hadapannya.
Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia kecewa sekali lagi. Lagi kecewa apabila melihatkan kekasih lelaki itu memegang tangan lelaki itu dengan erat sambil mengukirkan senyuman sinis ke arahnya seolah-olah mengetahui dia punya perasaan terhadap teman lelakinya. Ah… dia menarik nafas lagi. Dia memandang pasangan kekasih di hadapannya sebelum mengukirkan senyuman sinis.

Akhirnya, dia berlalu pergi bersama-sama kawan lelakinya meninggalkan lelaki itu bersama kekasihnya. Berlalu pergi ibarat tidak mengenali lelaki itu. Dia sedar, kekasih lelaki itu melirikkan mata ke arahnya, namun dia biarkan sahaja. Berlagak seolah-olah tidak menyedari hal itu. 

Lelaki itu menelan air liur. Tidak memahami senyuman yang diukirkan oleh gadis di hadapannya sebentar tadi. Yaaa… lelaki itu tahu itu adalah senyuman sinis. Lelaki itu mengenggam tanganya erat-erat. Rasa bengang muncul di hatinya. Itu belum lagi dengan rasa cemburu melihat gadis itu bersama teman lelakinya. Kemudian, kekasihnya mengheretnya ke arah satu kedai berdekatan. Lelaki itu tersenyum tawar sambil mengikuti sahaja gerak-geri kekasihnya. Ah… dia bengang dengan kejadian sebentar tadi. Terlalu.

Lelaki itu bengang.

4 comments:

Nong Andy said...

aku try nak bayangkan.. apa agaknya rasa kalau duduk kat kasut lelaki tu.. :)

reenapple said...

Nong Andy---> hurmm.. entahlah. Kalau kau dapat rasakan apa yg lelaki tu rasa baguslah.. ahahah. Aku main taip je... kekekeke.

Iffah Afeefah said...

Erm lelaki ske die rsenye kan?

reenapple said...

iffah afeefah---> entah. Mungkin.. hehehe. =)