![]() |
| Sakit bukan memendam rasa itu. |
Cinta dalam diam… err… aku rasa banyak kali kot aku tulis tentang ini. Aku dah lupa entri mana, ke aku apply dalam cerpen? Entah, aku pun tak ingat tapi aku rasa aku pernah dah tulis tentang ini, banyak kali juga, tapi tak apalah, ada orang request aku tulis tentang ini. Heee….
Cinta dalam diam, aku rasa ini dekat dengan aku… hehehe. Aku pernah alami rasa ini. Menyukai seseorang tanpa pengetahuannya dan Yes,… ia menyakitkan bukan? Sakit sebenarnya menyimpan perasaan terhadap seseorang yang tidak mengetahui kewujudan kita dan lagi sakit bila orang itu tidak pernah sedar rasa yang kita pernah ada padanya.
Mahu meluahkan, tapi tak sanggup sebab dia sudah berpunya. Jadi kita perhati sahaja dia bersama si kekasihnya. Berdua-duan di hadapan kita, bergelak ketawa dan so on, dan tentunya mengharapkan kitalah si kekasih itu bukan? Dan bila difikirkan kembali, kita seharusnya gembira melihat si dia yang pernah kita simpan perasaan gembira bersama dengan orang yang mampu buatkan dirinya gembira.
![]() |
| Doakan sahaja dia akan kekal bersama si kekasihnya itu. |
Kita gembira bilamasa dia gembira bukan? Itu yang sepatutnya berlaku. Mendoakan dia akan kekal bahagia dengan si kekasihnya walau hati kita kecewa. Ah.. aku mahu menangis bila tulis tentang ini. Sakit sebenar nya perasaan itu bagi aku. Ia menyakitkan aku. Terlalu.
Dan sehinggalah, satu hari tu, aku jumpa ayat ini, MENCINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI. Yes, from there, aku akur. Even mungkin ia sebenarnya pahit untuk akui yang dia takkan pernah jadi milik kita sampai bila-bila.
Dan ada kawan aku kata, aku should keep hoping, berharap yang satu hari nanti dia jodoh aku, but then, aku give up. Aku tak sanggup menjadi penyebab kepada kehancuran hubungan dia. Yaaa… mungkin dia akan break up dengan si kekasihnya not because of me, but then, aku tak nak lagi mengharapkan. Aku berharap, jodoh aku dengan orang lain. Dan aku berharap dia dengan si kekasihnya sampai bila-bila even aku mungkin orang yang paling kecewa mendengar berita perkahwinan mereka satu hari nanti.
![]() |
| mencintai tidak semestinya memiliki. |
Tak salah sebenarnya menyimpan perasaan pada seseorang itu. Tapi kalau rasa itu buat diri kita sakit, terluka, aku rasa lagi baik sebenarnya stop hoping. Lagi baik buangkannya dari terus simpannya. Tak ada gunanya jika mahu kekalkan lagi rasa itu sedangkan si dia itu tidak pernah menyedari rasa itu. mungkin langsung tidak mengetahui kewujudan kita. Ah.. sadis bukan? Cinta itu buta sebenarnya. Sentiasa menghalakan ke arah orang yang bukan untuk kita. Orang yang kita sedar tak akan pernah menjadi milik kita.
Dan percayalah, mencintai tidak semestinya memiliki. Itu lagi baik sebenarnya. Mencintai dari jauh mungkin itu lagi baik. Teruskan sahaja berdoa semoga kau akan lupakan dia satu hari nanti dan mungkin berdoa sama akan ketemu orang yang lagi baik darinya. Doakanlah kebahagiannya bersama si kekasihnya walaupun si kekasihnya bukan kita. Itu lagi baik.
![]() |
| Kadang-kadang melepaskan rasa itu lagi baik. |
p/s---- aku senyum baca ini. . =)




9 comments:
tenkiu.aku pun tersnyum bile bce entri ini.ngeh3=)
yup.. mecintai tak semestinya memiliki kan..
da cinta tuh nanti.. =)
oh! saya senyum aje baca,
menyintai tak semestinya memliki.so,jaga hati dari awal supaya takkan jatuh cinta..hehe~
p/s: request entry mengejar dan dikejar pulak la..haha~=p
botolairkosong---> sama-sama.
######
Haniasyira---> kan kan kan...
#####
Layyinur Harir---> yg tu kau tulis sendiri.
kalau dia belum berpunya boleh je confess kan. lagi lega hati. hewhew.
Aku pnh wat entry
cerpen
puisi n video sal ni
haha die sllu terjadi pade aku juga
n aku xpnh bhnti percaya tntg cinte
bunbun---> hahahhaa.. tapi pernah ke kita suka pada orang yg single? dan pernah ke orang yg kita thought tu betul-single??? hehehe. Eh... apa yg aku merepek ni... ignorekan. =)
########
iffah afeefah--->waaaaa... bagusla.. kekeke. Oh, tapi aku berhenti.. heheheh. =)
ya.. cinta tak semestinya memiliki. tapi insyallah kamu akan miliki cinta dgn jodoh kamu nanti.. insyallah.
*Cinta bukan janji sebuah bahagia.
Nong Andy---> itu yang pasti bukan? Suatu hari nanti.. hahaha.
#yaa... aku akan ingat itu.
Post a Comment