![]() |
| Yooo.. Saya Mat Rok.haha |
Aku selalu nampak cicak dalam bilik. Setiap
kali aku nak buat kerja, seekor cicak yang sama akan muncul. Lepas tu, dia buat
bunyi. Bajet macam nak usha aku je. Aku tahulah aku single, tak payah la nak
usha-usha… daaa. Okey.. agak kesengalan di situ.
Macam mana aku tahu cicak yang sama? Entah,
aku assume je la. Sebab dia akan lalu tempat yang sama. Dengan saiznya yang
sama. Ah… kalaulah aku pandai melastik, sah-sah aku dapat pahala melastik cicak
di malam jumaat. Namun, aku ni masih punya hati lagi. Aku tak sanggup nak
membunuh even aku suka cerita bunuh-bunuh. Ahaha.
![]() |
| Peace everyone. |
Cicak ni ada mitos dia kan? Haa.. yang itu
aku malas nak explain panjang. Aku rasa sah-sah korang tahu. Kekeke. Padahal malas
nak taip. And cakap pasal cicak-cicak ni, sah-sah akan dikaitkan dengan tahi
cicak dan ekornya yang putus itu. Hahaha.
Okey, kita ignorekan tahi cicak itu. kah
kah kah. Jijik lak nak cakap pasal ini. Huuu. Sekarang ni aku nak cakap pasal
ekornya. Daaa… yang aku tahu pasal cicak ni, dia akan putuskan ekornya bilamasa
cicak itu merasakan dirinya berada dalam keadaan bahaya. Oh… tetiba aku
teringat insiden Gary bermain dengan ekor cicak yang putus. Sigh betul Gary ni.
Aku tak kisah dia main dengan ekor cicak, tapi yang dia bawa ke katil aku
pehal. Heee… selamat aku sedar, kang tak pepasal ekor cicak tu jadi ARWAH sebab
kena tindih oleh aku. Hahhaa.
![]() |
| Ini Gary |
Aku masa kecil aku suka tengok ekor cicak
yang putus tu. Bagi aku itu adalah satu seni tahu. Haha. Bagaimana ekor cicak
tu masih bergerak-gerak setelah terpisah dari tuannya. Satu keajaiban Tuhan
tahu. Huuuu. Dan percaya tak, aku pernah main dengan telur cicak. Kekeke. Aku pun
dah lupa bagaimana aku jumpa telur cicak tu. Huuu… Tapi aku main dengannya
sehinggalah telur tu pecah. Oh.. kejam juga aku masa kecil. Sekarang pun kejam
juga. HUhuhu
![]() |
| Aku rasa macam nak bela sekor yang macam ni. Apa namanya, Chameleon? |
p/s---aku rasa korang mesti geli tengok
gambar2 cicak. Sengaja aku letak. Hahaha. Nanti aku update entry baru dalam
masa terdekat nak hilangkan entry pasal cicak ni.




8 comments:
Masa kecik2 dulu aku n adik lelaki aku selalu lastik cicak hahaha.. masa tu ntah aku tak geli pun dgn cicak. tapi sekarang.. mengada betul!! aku geli.. ish..ish..ish.. apasal ah?
* aku suka gambar cicak yg rock itu. cool!!
kekeke
dr seekor cicak lahirlah sebuah entri
yg begitu byk isi
hehehehe
guuudddd :D
Nong Andy---> eheheheh... ni emesti sebab kau dah jadi mak.. kekeke. harap Shinta geli juga.. kekeke.
#aku pun suka.. hahaha
hmmm,saya tahan jee geli tengah bace entry ini.hihi~
ah.. ya! kirim salam cium dengan Gary. cumil sangat... aku rasa nak pinjam nak peluk cium si gary heee..
aimie amalina---> heee.. terima kasih pada cicak yg lalu depan aku tadi.. kah kah kah.
#####
Layyinur Harir---> heee... entry je. Bukan cicak betul pun. =P
#######
Nong Andy---> ah... yaa... salam dan peluk akan disampaikan bulan 7 nanti.. kekekek.
Slamat aku tgh makan
eh tak slmt aku tgh makan dan gamba tak klihatan
ALLAH LINDUNGI AKU
jgn jeles
Iffah afeefah--> alaaa... baru nak buat kau geli.. kekekeke.
Post a Comment