nuffnang

Sunday, May 27, 2012

Cerpang: Cinta Si Ulat Buku.



Tugasan dari Nong Andy. Dia mahu aku cuba buat ending untuk cerpen: Cinta si Ulat buku hasilnya. Aku cuba buat ending ikut kemahuan aku. Tapi dia dah tahu serba sedikit ending yang aku nak. Hahaha.

####
Tiba-tiba aku rindu dia.

Sudah beberapa hari Adam tidak datang menjenguk aku di Pustaka Biru. Entah mengapa aku rasakan hari aku tidak lengkap tanpa SMS dari Adam yang kadang-kadang selalu buatkan aku ketawa bila aku berasa bosan dengan kerja di Pustaka Biru. Setiap kali aku call Adam, dia katakan dia sibuk, ada kerja terbesar. Kerja apa entah, aku tidak tahu. Aku sedar Adam sudah pandai merahsiakan sesuatu dari aku.



Neera,” Ariman memanggil ku. Aku menoleh dengan senyuman.
Tak lama lagi ada launching buku terbaru Mayang Setia, awak nak datang tak?” Ariman memandangku dengan senyuman. Ah, jantungku berdegup kencang melihat senyumannya.

Aku mengangguk pantas. Mahu juga aku ketemu pemilik nama Mayang Setia itu. Hensemkah? Jelitakah? Atau biasa-biasa sahaja tapi sedap mata memandang? Kebiasaannya penulis yang tidak menggunakan nama sebenarnya, sudah tentu seorang yang kacak dan cantik rupa parasnya seperti Chace Crawford. Itu yang aku tahu dari Ariman. Banyak yang aku belajar dari Ariman tentang dunia penulisan. Aku dan Ariman kini punya minat yang sama, iaitu buku-buku hasil karya Mayang Setia.

Ini tiket dia. Saya ada kawan yang kerja kat publication tu, dia bagi 3. Satu untuk awak, satu untuk Risa dan satu lagi untuk saya.” Ariman mengukirkan senyuman.

Aku kecewa mengetahui Risa juga akan turut hadir ke pelancaran buku terbaru Mayang Setia. Ah… kacau daun betul Risa. Tapi bila difikirkan Risa adalah kekasih Ariman, aku sepatutnya tidak mempunyai rasa sebegitu. Ah… cinta terhadap Ariman benar-benar buat aku buta.
Buku-buku itu menjadi saksi cintanya pada Ariman.
Terima kasih.” Aku menyambut helaian kertas kecil warna biru yang sederhana tebal itu dari Ariman.
Sama-sama. Jom keluar makan tengahari?” Aku memandang Ariman. Biar betul mamat ni ajak aku keluar makan tengahari bersama-sama?
Errr… Risa?” Soal aku ragu-ragu.
Kan dia cuti hari ini?” Ariman tersenyum lagi. Aku mengangguk. Aku lupa itu. Kebiasaannya hari Rabu, Risa akan bercuti. Itu jadual kerjanya.

Jom, Pustaka ni, biar Irman yang jaga.” Ariman berkata lagi. Irman pembantu lelaki. Irman lebih banyak mendiamkan diri dan banyak menghabiskan masa dengan buku, seperti Ariman.

Aku mengangguk sambil menurutinya dari belakang. Kami tiba di satu restoran yang selalu aku dan Adam lepak. Ah… tiba-tiba aku rindu Adam. Ah… hairan benar perasaan ini. Belum pernah aku punya perasaan sebegini pada Adam.

Aku biarkan sahaja Ariman yang memesan makanan kami sambil aku galak memerhatikan keadaan sekeliling. Ah, dah lama aku tak ke restoran ini. Semuanya disebabkan kegilaan aku terhadap Ariman, aku sanggup menghabiskan masa di Pustaka Biru semata-mata untuk berada dekat dengan Ariman. Setiap kali Adam mengajak aku keluar, sudah tentu alasan sibuk yang aku utarakan. Ah… Adam benar-benar merajuk dengan aku.
Ah.. aku gembira dengan situasi ini.
Ariman mengukirkan senyuman kepada aku. Sekali lagi jantung aku berdegup kencang. Ah… Ariman benar-benar satu daya tarikan pada aku. Aku membalas senyumannya.

Boleh saya tanya awak sesuatu?” Entah mengapa aku tiba-tiba mahu mengutarakan soalan kepada Ariman. Soalan yang telah lama bermain di fikiran aku sejak kali pertama terlihat gambar Risa dalam dompet Ariman.
Apa dia?” Ariman memandangku.
Risa tu kekasih awak?” Aku bersuara dengan ragu-ragu. Risau jika Ariman akan melenting sebab aku tanya tentang hal peribadinya.
Ariman mengukirkan senyuman lagi. Aku dapat lihat wajahnya bersinar-sinar. Ariman menggeleng. Aku hairan dengan jawapannya.
Maksud awak?” Soal aku lagi. Tidak puas hati.

Ah... aku masih ada peluang lagi.
Saya dan Risa kawan baik.” Hati aku tersenyum mendengar jawapan Ariman. Ah, dia masih bujang rupanya. Jadi, aku masih ada peluang lagi. Hati aku berjoget keriangan. Terlalu. Kalaulah aku dapat berjoget di restoran itu, menunjukkan betapa gembiranya aku mendengar jawapan Ariman.

Tapi saya suka dia.” Kali ini aku kecewa mendengar ayat yang seterusnya dari mulut Ariman.
Oh.” Itu sahaja yang aku mampu katakan. Aku kecewa. Itu yang sejujurnya.
Tapi dia tak tahu. Dia ingat saya suka dia macam seorang kawan tapi sebenarnya ia lebih dari itu.” Tiba-tiba aku bersimpati mendengar ini. Simpati dengan Ariman.

Nanti dia akan suka awak juga. Awak ada satu magnet yang mampu buatkan mana-mana perempuan jatuh hati pada awak.” Entah mengapa ayat itu yang terkeluar dari mulut aku. Aku hairan, sejak bila aku jadi seorang yang petah berkata-kata tentang ini. Mungkin disebabkan kemaruk dengan buku-buku Mayang Setia.
She will fall in love with you seomeday
Macam mana awak tahu?” Soal Ariman hairan.
Errr….saya… saya…” aku hampir-hampir mahu meluahkan hal yang sebenarnya, yang aku simpan perasaan padanya. Yang aku bekerja di Pustaka Biru tu semata-mata untuk mendekatinya. Namun aku masih dapat berfikir dengan rasional lagi.

Tentu buku-buku Mayang Setia tu dah ubah awak jadi seorang yang puitis,” Ariman mencelah. Aku hanya mampu tersenyum. Aku kemudian mengambil keputusan untuk memerhatikan sekali lagi keadaan sekeliling sementara menanti pesanan kami tiba. Dan tiba-tiba, mata aku tertancap pada tubuh seorang lelaki yang aku kenali. Teramat. Bersama seorang gadis yang cantik yang aku tidak pernah terserempak lagi.

Ah… Adam sudah punya kekasih kah? Kenapa aku tidak tahu? Ah… di saat itu, aku kecewa. Lagi kecewa ketika aku mengetahui Ariman menyimpan perasaan terhadap Risa. Rasa sakit kecewa itu seperti menikam-nikam jantung aku. Ah.. Aku teramat kecewa memerhatikan situasi itu. Aku melihat sahaja Adam bersama gadis itu bergelak ketawa. Aku cemburu. Adam langsung tidak menyedari kehadiran aku. Aku kecewa.
Entah mengapa aku kecewa saksikan kejadin itu.

######

Aku tiba di majlis pelancaran buku terbaru Mayang Setia, BACA KE MATAKU. Agak meriah .Itu yang aku boleh gambarkan suasana majlis itu. Ramai wartawan. Ah… Mayang Setia mungkin seorang yang terkenal. Itu yang aku andaikan. Risa dan Ariman telah mengambil tempat mereka. Tiba-tiba aku terpandangkan seseorang di situ. Di satu sudut. Adam. Tak mungkin dia. Apa yang dia buat di sini? Dia tahukah aku berada si sini?



Mahu saja aku menyapa Adam yang segak berbaju kemeja biru, warna kegemaran aku, baju yang aku belikan untuknya satu ketika dulu.. Namun Adam tidak menyedari kehadiran aku, aku kecewa lagi. Adam khusyuk berbual dengan perempuan yang aku nampak hari itu. Ah… aku cemburu.

Neera… jom,” kedengaran suara Risa memanggil aku. Aku mengangguk lantas mengambil tempat di sebelah Risa.

Sementara menanti penulis Mayang Setia muncul, aku cuba membaca buku terbaru penulis itu. Aku dapat percuma. Aku baca helaian pertama. Helaian pertama itu menggegarkan jiwa aku. Terlalu.

Kalaulah kau bisa membaca mataku, nescaya kau pasti mengetahui perasaan yang tersimpan untuk dirimu. Bacalah mataku sepertimana aku membaca matamu.

Ayat itu benar-benar menggegarkan jiwa aku. Aku teringat Adam. Ah… kenapa Adam yang muncul dalam fikiran aku? Bukankah sepatutnya Ariman? Aku menoleh ke arah Ariman. Ariman sedang berbual dengan Risa. Aku tersenyum melihat dua orang itu. Mudahan-mudahan Ariman akan berjaya dalam mendapatkan cinta Risa.

Bacalah ke mataku
Aku mendengar tepukan dari penonton. Sudah tentu, Mayang Setia sudah muncul. Aku memandang ke hadapan. Ah… Adam. Apa yang Adam buat di situ. Di pentas itu? Aku salah dengarkah bila pengerusi majlis memperkenalkan Adam sebagai Mayang Setia?

Encik Adam, boleh awak ceritakan, bagaimana awak dapat idea nak menulis kisah-kisah sebegini? Seolah-olah watak yang awak tulis tu, benar-benar hidup, benar-benar dekat dengan diri seseorang. Dengan pembaca awak.

Aku perhatikan Adam mengukirkan senyuman apabila mendengar wartawan itu mengutarakan soalan kepadanya. Aku juga seperti wartawan itu, mahu tanya siapa watak yang diceritakan dalam buku-buku yang ditulisnya. Seolah-olahnya aku dapat rasakan watak itu wujud walaupun aku tahu ia hanyalah fiksyen semata-mata.

Kau jiwa penulisan aku.
Setiap buku yang saya hasilkan, akan ada seseorang yang saya fikirkan ketika menulis itu. Saya fikirkan dia setiap kali saya menulis dan dialah menjadi intipati kepada setiap watak yang saya ciptakan. Mungkin tidak 100% sama dengan watak sebenarnya, tapi itu adalah dia. Dia watak kepada setiap buku saya.” Aku lihat Adam mengukirkan senyuman menjawab soalan itu. Aku turut tersenyum.

Boleh kami tahu siapa dia?” Soal wartawan lain.

Dia…” Entah mengapa, aku dapat rasakan Adam sedang memandang aku di saat ini. Mungkin kedengaran janggal, sebab dia hanya memandang ke hadapan dan sudah tentu, bukan aku yang dipandangnya.

Dia… seseorang yang saya cinta. Seseorang yang saya pendam perasaan dari dulu lagi. Dari saat saya bertentang mata dengannya.” Jawapan Adam benar-benar buat aku menelan air liur. Entah mengapa, aku rasakan, akulah yang dia maksudkan. Ah… macam sengal je aku fikirkan tentang hal itu. Ah… tak mungkin Adam suka pada aku. Tak mungkin.

Tak mungkin dia suka aku. Tak mungkin.
Sekali lagi aku dapat rasakan anak mata hitam itu sedang merenung anak mata coklat kepunyaanku. Ah… aku sedang berkhayal kah? Mungkin aku sedang bermimpi. Aku cubit paha aku. Sakit. Benarlah aku tidak bermimpi.

#####

Neera…” Adam memanggil aku setelah majlis pelancaran selesai. Aku, Risa dan Ariman menoleh. Aku cuba untuk tersenyum. Cuba untuk menyembunyikan rasa riang di hati aku mendengar pengakuan Adam sebentar tadi.

Mayang Setia huh?” Ariman menumbuk bahu Adam. Adam hanya ketawa.
Sorry. Terpaksa rahsiakan ini.” Adam memandang Ariman. Ariman mengangguk tersenyum.
It’s okey. Majority penulis akan buat macam tu, tapi, tak sangka la Mayang Setia tu kau.” Ariman menambah lagi.

 Adam tersenyum sambil memandang aku. Aku membalas senyuman Adam. Entah mengapa, agak janggal berhadapan dengan Adam di saat ini. Jantung aku berdegup dengan kencang. Kali ini bukan disebabkan Ariman, tapi disebabkan Adam.

Neera…” Adam bersuara lagi. Aku mampu senyum sahaja.

Jom Rika, kita pergi supper, tiba-tiba je rasa lapar.” Ariman dan Risa tersenyum memandang aku sebelum meninggalkan aku berdua-duaan dengan Adam.

Aku tak mampu untuk berkata

Adam merapatkan dirinya ke arah aku. Aku senyum lagi. Aku tak tahu apa yang harus aku katakan.

Asal kau tak beritahu aku, kau Mayang Setia?” Aku menyoal Adam. Adam senyum lagi.

Entah… kalau aku beritahu, kau akan percaya ke?” Soalan Adam benar-benar buat aku terfikir sejenak. Betul juga. Kalau adam beritahu aku hal sebenar, belum tentu aku mahu percaya.

Aku senyum je. Itu sahaja yang aku mampu lakukan. “Jadi… watak… yang… kau…” Aku cuba untuk bertanyakan tentang apa yang dia katakan tadi.
You are my soul.
Yup. Itu kau… setiap kali aku tulis cerita tu, kau, ilham aku.” Aku dapat rasakan jemari aku dan jemari Adam bertaut. Aku memandang tangan aku. Adam memegang erat tangan aku.

Aku… entah. Kalau kau tunjukkan aku buku-buku tu sebelum ni…” Aku tak tahu ayat apa yang harus aku ucapkan. Adam tersenyum.

Sebab aku tahu kau bukan ulat buku. Aku tahu kau jadi peminat buku tegar sekarang ni pun sebab Ariman je.” Aku tersenyum mendengar ayat Adam.

Dan, kalau bukan Ariman tak perkenalkan buku Mayang Setia pada kau, dah tentu kau takkan baca ia bukan?” Aku senyum lagi. Adam memang pandai kenakan aku.
kau jadi ulat buku sebab dia je kan?

jadi, kau kena ucapkan terima kasih pada Ariman lah,” balas aku selamba. Aku dapat lihat muka Adam berubah.

Kau masih ada hati pada Ariman eh?” Adam perlahan-lahan melepaskan tangannya yang memegang tangan aku. Aku senyum sahaja.

Aku… entah, aku rasa aku dah jatuh cinta dengan Mayang Setia. Lebih dari cinta aku untuk Ariman. Tapi aku selalu fikir yang Mayang Setia tu perempuan, yeelah dari nama dia, cara dia tulis, betul-betul aku ingat perempuan. Sebab tu aku cuba untuk kembali pada Ariman. Cuba kau fikir, takkanlah aku nak jatuh cinta dengan perempuan kan?” Aku memandang Adam. Aku lihat mukanya masam. Merajuk mungkin.

Tapi yang sebenarnya, Mayang Setia tu lelaki. Aku rasa aku boleh kembali untuk terus jatuh cinta pada Mayang Setia, itupun kalau Mayang Setia benarkan.” Aku mencapai kembali tangan Adam sambil mengukirkan senyuman kepada Adam.

Aku cinta kau tahu.
Aku dapat lihat Adam kembali tersenyum. “Aku cinta kau tahu.” Adam mengucapkan ayat itu pada aku. Aku mengangguk tersenyum. Aku pegang erat tangan Adam. “Aku juga.” Adam tersenyum mendengar ayat aku. Akhirnya kami berjalan keluar, aku menghabiskan masa dengan Adam semenjak hari itu. Tidak lagi di Pustaka Biru. Aku kini hanya akan menjadi ulat buku kepada buku-buku tulisan Mayang Setia atau nama sebenarnya Adam.

---THE END---


p/s--- aku puas ini. Hahaha. Nong Andy.. jangan marah. Ending dia dengan Adam.. kekekek.



12 comments:

Iffah Afeefah said...

kat pertengahan aku dapat agak ending kau

ye aku juga suke


tahniah


best

name pempuan tu rika ke risa.

ko ngn nong sme je memeningkan aku

nway aku cinta kau tahu

sangat2 sweet moment tu hahahaha

Lady Windsor said...

Adehhh...kenapalah aku tak de idea nak menulis ni...mana Mayang Setia ni....

Nong Andy said...

wei.. apasal aku asik senyum smpai telinga baca ni ha... hehehe.. aku happy la dgn sambungan kau ni.. sweet sangat!! macam aku dah rasa malas nak tulis cinta ulat buku versi aku akakakaka...

*ntah nama aku suka gila mayang setia di sebut-sebut (perasan lah tu!) :p

Nong Andy said...

apasal Neera kerja hari rabu ah? heeeee.....

CikZaitul said...

aku suka kau


pheww...reen cinta tu peliks lah..
lain yang diminati , lain yang dapat ..
:)

reenapple said...

Iffah Afeefah---> hahaha,... Aku sedang dalam mood yg sweet. hahaha. Kau cinta aku??? eeee.. bahaya ni..

####

Lady Windsor---> Adeh... meh aku pinjamkan idea aku.. hehehe. Aku nak berehat seketika.. kekkeek.

#####

Nong Andy---> heee.. entah jgn tnya ak. Aku pun tak tahu asal aku pilih hari rabu.. hahha.

Sweet ke??? Hahaha.. daa agak.. kau rasa sweet, aku yg tuli spun rasa sweet.. keh keh.

#####
cik Zaitul---> itulah.. kadanng3 kita ignore org yg suka kita semata3 untuk kejar orang yg kita suka.. aku apply itu di sini.. =)

Iffah Afeefah said...

aku suke ayat tu je

bkn kau

haha

#die kan keje weekend je. mne dtg rabu?nmpk sgt neera gtl

reenapple said...

iffah afeefah---> hahaha. Aku tak perasan pulak yg Meera kerja weekend.. hahha. Aku main bantai je.. kekeke.

AdiaLuze said...

Assalammualaikum ..

Hurrmmm .. CINTA ni pelik kan. Suka jatuh cinta kat seseorang yang tak kita sangka. Hehe

reenapple said...

AdiaLUze--> itulah.. cinta itu tak terduga.. =)

tanpanamaputeri said...

arha~
reen sorang je pilih adam...

ngehngehngeh..
saya sokong ariman..:p

reenapple said...

tanpanamaputeri---> tak apa... kau sokong Ariman, aku sokong Adam.. hahaha.

#Iffah pun pilih Adam juga.. haha