![]() |
| ini kisah tentAng roomate. |
Semester baru telah bermula, Huda kini
bergelar pelajar senior walaupun dia baru sahaja memulakan tahun keduanya di
university itu. Semester kali ini, ditakdirkan dia berpindah ke bilik baru,
jauh dari bilik kawan-kawannya. Dan itu semestinya dia akan punya roommate
baru. Roomatenya pada semester lepas adalah senior tahun akhir yang kini telah
menamatkan pengajiannya.
Dia melangkah masuk ke bilik barunya.
Kelihatan roomatenya sudah bersiap mengemas dengan hamparan cadar di katil.
Tapi roomatenya tidak kelihatan. Dia tertanya-tanya ke manakah pergi, namun di
biarkan sahaja kerana mungkin malam nanti akan berkenalan,namun, malam tiba,
roomatenya masih tidak kelihatan lantas Huda mengambil keputusan untuk tidur
awal.
Bangun pagi keesokan, baru Huda bersua
dengan roomatenya. Namanya Fatin, cantik dan manis orangnya dengan rambut hitam
panjang paras pinggang. Sekali pandang, akan mahu pandang berkali-kali tapi
Huda tidak tahu hal yang sebenarnya. Siapa Fatin yang sebenarnya.
![]() |
| She's a beutiful girl. |
4 bulan telah berlalu. Persahabatan Huda
dan Fatin kelihatan baik sekali. Tidak pernah walau sekali Huda terasa dengan
Fatin tapi yang dia hairan, setiap kali senja menjelma, Fatin akan
menghilangkan diri. Dan bila jam menunjukkan pukul 5 pagi, barulah Fatin akan
balik. Huda tahu itu dari bunyi pintu bilik yang terbuka. Namun, Huda tidak
pernah tanya ke mana Fatin pergi setiap malam. Baginya itu adalah hak Fatin dan dia tiada kena-mengena dengan hal peribadi Fatin.
Dan sehinggalah berlaku satu malam, malam
itu Huda tidak tidur kerana mahu menyiapkan assingment yang harus dihantar
keesokan pagi. Dan jam menunjukkan 5 pagi. Seperti biasa Fatin akan pulang. Dia
dengar bunyi pintu bilik terbuka walaupun matanya masih menghadap pada skrin
laptopnya.
Keadaan kemudian senyap sunyi. Dia diam.
Fatin pun diam. Tika itu, Huda sudah merasakan kelainannya. Hatinya berdebar
semacam. Lantas dia menoleh ke belakang. Ke arah katil Fatin. Dia melihat Fatin
sedang bersila di atas katil. Huda perhatikan Fatin, keadaan Fatin tidak
terurus. Dengan rambut hitam panjangnya yang kelihatan berserabai, dengan
mukanya kelihatan pucat, Huda lantas mendekatkan diri ke arah Fatin.
“Kau kenapa?” Huda memandang Fatin.
Fatin mengukirkan senyuman. Dengan keadaan
rambutnya yang berserabai, entah mengapa, Huda berasa seram melihat senyuman
Fatin itu. Senyuman itu lain dari kebiasaanya. Huda menelan air liur.
“Kau kacau tempat aku!” Fatin bersuara.
Huda menelan air liur lagi. Akalnya
berfikir tentang soalan Fatin tadi. Kacau tempat Fatin? Huda tidak pernah kacau
tempat Fatin apatah lagi menyentuh barangan Fatin. Di saat itu, Huda berasa
sejuk tiba-tiba. Dia menoleh ke arah tingkap, jika dia ada membiarkan tingkap
terbuka. Namun tiada.
Dia menoleh semula ke arah Fatin. Tiada! Fatin tiada di katil. Kemanakah Fatin pergi? Seingatnya, dia tidak mendengar bunyi pintu terbuka. Dia tidak mendengar itu. Ke manakah Fatin pergi? Dia hairan. Ahirnya Huda mengambil keputusan untuk menyambung kembali menyiapkan assingmentnya.
Dia menoleh semula ke arah Fatin. Tiada! Fatin tiada di katil. Kemanakah Fatin pergi? Seingatnya, dia tidak mendengar bunyi pintu terbuka. Dia tidak mendengar itu. Ke manakah Fatin pergi? Dia hairan. Ahirnya Huda mengambil keputusan untuk menyambung kembali menyiapkan assingmentnya.
Keesokannya, entah mengapa, hati Huda
tergerak untuk ke pejabat kolej pada hari itu. Dia mahu siasat lebih lanjut
siapa Fatin. Dia bersama-sama seorang kawannya ke pejabat. Mahu bertanya siapa
sebenarnya Fatin kepada staff yang
bertugas.
Dia terkejut. Staff itu
memberitahu bilik Q341 hanya punya seorang penghuni sahaja, Huda Farhana iaitu
dirinya. Huda bertanyakan tentang Fatin. Mahu membuat andaian, staff tersebut
mungkin tersalah. Namun andaiannya salah. Bilik itu memang dihuninya seorang. Tiada
teman sebilik. Huda menelan air liur. Jadi Fatin itu, siapakah dia?
“Siapa Fatin yang kau tanyakan?” soal Shima
kawan Huda.
“Roomate aku. Takkan kau tak pernah nampak
dia? Dia kan selalu ada setiap kali kau pergi bilik aku?” soal Huda kehairanan.
“Roomate? Kau biar betul? Setiap kali aku
pergi bilik kau, mana ada orang lain selain kau. Sebab itu aku pelik hari itu
bila kau bercakap dengan kerusi kosong. Aku ingatkan kau saja nak usik aku.”
Shima teringat saat Huda bercakap dengan kerusi kosong sebelum mereka keluar
makan, bercakap seolah-olah kerusi kosong itu adalah manusia, menanyakan mahu
makan sesuatu atau tidak. Shima hairan.
“Kau biar betul? Takkan kau tak tengok
katil sebelah aku ada cadar, buku-buku…. Kau tak perasan ke bahagian satu lagi dihias
lawa dengan warna pink?” Huda menelan air liur lagi. Di saat itu, dia sudah
berasa takut.
“Huda Farhana, tak ada. Bahagian satu lagi
kosong kau tahu. Kosong! Mana ada hiasan berwarna pink apa bagai. Tak ada!”
Jawapan Shima benar-benar buatkan Huda tergaman.
Hari itu juga dia meminta ditukarkan ke
bilik lain. Bilik yang dekat dengan kawannya. Nasib baik, ada satu bilik yang
punya seorang penghuni. Sejak hari itu, Huda jadi fobia dan trauma dengan warna
pink.
![]() |
| Dia trauma dengan warna pink. |
#########
Beberapa tahun yang lalu, bilik Q341 digemparkan
dengan penemuan mayat seorang gadis bersama-sama mayat seorang bayi di
sebelahnya ketika para pelajar sedang bercuti. Bau hanyir dan busuk yang datang
dari bilik itu, membuatkan pekerja “cleaner” membuat laporan dan akhirnya mayat
itu ditemui. Diandaikan, gadis itu meninggal selepas melahirkan anaknya
disebabkan pendarahan yang tidak henti-henti. Dan gadis itu bernama Fatin
Aqilah!
Selepas kejadian Huda, bilik Q341 dikunci untuk selama-lamanya.
![]() |
| Ditemui dengan berlumuran darah. |
p/s--- aku gelak masa kawan aku cerita
tentang ini. Maybe sebab cara dia cerita tu. Haha. Tak ada feel nak tulis ini,
tapi aku cuba.Maaf, kalau tak best.Haha. Korang rasa seram tak??? Eh lupa, cerita ini ditulis pada malam
Jumaat. Ngeh. nGeh.







13 comments:
seram skitla
da la malam
cissss
aku tak ske
genre ni bkn utk aku
Iffah Afeefah--> tak seram ke??? hahaha. Aku tak tahu bagaimana nak tambah seram. hehehe.
Sengaja aku post malam3.. hehehe.
grrr...Reen tegezut haku, dahlah aku sensorang...baca kispen kau malam2 gini buat aku terpaksa buka semua lampu...huhu...
Lady Windsor---> heeee.... sengaja aku post malam2.. nak suruh rasa seram tu ada.. kekekeke.
Jangan takut. Cerita je,.. heheh. Kau takut, panggil je aku.. =P
aku ada terbaca kisah mirip ini di warna kasih, cuma wataknya lelaki, jadi aku asik buat perbandingan sampai lupa nak takut ahahahahaha..
* ini kisah btul kawan ko citer ke? aku masih not in the mood menulis.. aduh! smpai bila ni.. aku ada satu kisah hantu puchong dlm simpanan, tapi tak boleh nak 'persembahkan' dlm bentuk cerpen sebab otak aku masih lagi frozen hadoi.. tolong aku!!
da la orang sesorang dalam umah malam ni. saje tau wat kisah cenggini. huwaaaaa
Nong ANdy---> yeke?? aku takter baca pulak yg itu.. heheh.
tak tahu kawan aku yg ceritakan. Aku ubah sedikit mengikut citarasa aku..kekeke.
*itu cerpen baru sudah siap di blog kau.. hehehe
########
fRaMe+LenSeS---> la... siapa suruh baca seorang diri.. hehehe. =P
aku rasa patut berterima kasih dgn ko. baca kispen seram ni juga buat aku terfikir nak buat citer hantu hehehe.. walaupun citer hantu komidi :)
Nong Andy---> sama-sama.. hehehe. AKu pun tak sangaka aku nak mnulis cerita hantu.. hehehe. Tapi kispen hantu kau memang thumbs up!!! =)
komen aku kan syah.. ko kene tmbh ckit seram2 kat bahagian 'kau kacau tempat aku'. x aci la si fatin tu hilang mcm tu je n si huda tu mcm x takot je sampai sempat buat eseimen pastu. klu aku lari dah..hahahha~
fahir ahamd ishak---> hahahha. Aku tak tahu la. Tak dapat idea. hahaha. AKu tak berani untuk menakutkan diri aku. kekekeke.
u just lack of imagination untuk cite2 seram ni syah.. however it is a nice ry..huhu~
fahir ahmad ishak---> err.. thanks.. hehehe. Aku tak percaya sangat benda ini.. heheh epLus kurang tonton cerita hantu.. kikikik
Post a Comment