nuffnang

Sunday, May 13, 2012

Cerpen: Peluang #7


#1 #2#3#4 #5@ #6

Masa silamnya membawa masalah kepadanya.
Hakimi Fazril menunggu Sarah Qistina dengan tenang dan sabar. Ah… dia sendiri tidak tahu apa perasaannya ketika ini. Marah ataupun kecewa. Semuanya bercampur aduk. Dia teringatkan pertemuannya dengan Nadia.

You tahu, I rasa, soon your Girlfriend akan tinggalkan you.” Ujar Nadia dalam nada angkuh ketika terserempak dengan Hakimi hari itu.

Hakimi menoleh. Sebenarnya, mahu saja dia biarkan sahaja Nadia. Berpura-pura dia tidak mengenali Nadia. Mungkin itu lagi baik.
What you’re talking about?
Well…” Nadia berjalan ke arah Hakimi. Dia mengukirkan senyuman. “I bagitahu dia yang I pregnant. Surprise isn’t it?”
Jangan nak tipu yang you pregnant!
Unfortunately I memang mengandung.”Nadia meraih tangan Hakimi lalu diletakkan ke perutnya. Hakimi menarik tangannya. Nadia tersenyum.

So, ia bukan ada kaitan dengan I pun.”
Of course ada sebab I bagitahu you punya girlfriend yang I mengandungkan anak you. How is it?” Nadia ketawa.
Hakimi membesarkan matanya. Terkejut dengan ayat yang didengarnya sebentar tadi. Biar betul perempuan ni. Memandai buat fitnah.
You jangan nak fitnah I!

Tapi I dah buat. Sorry. Like I told you before this, you’re gonna be mine no matter what.” Nadia tersenyum sinis lagi. Hakimi bengang.
Then, bila awek kesayangan you dah tinggalkan you, sila bagitahu I ya. I nak jadi orang first yang gantikannya.” Nadia menyambung lagi pabila melihatkan Hakimi mendiamkan diri.

Ah... kau boleh mimpi je lah.

Jangan harap yang aku akan pilih kau walau macam mana sekali pun. Kau tu dah ditebuk oleh tupai tahu tak? Kau ingat aku akan kembali pada kau? Sila mimpi je lah.” Ujar Hakimi dengan sinis.

Nadia menelan air liur. Ah… ayat Hakimi benar-benar buatkan dirinya tersentap. “Really? Then, I boleh bagitahu family you yang I pregnantkan anak you. Sah-sah diorang akan paksa you kahwin dengan I walau macam mana sekali pun.

Hakimi tersenyum sinis. “Really? You thought diorang akan percaya tanpa asal usul? I boleh saman you sebab benda tu tak betul.

Nadia mengetapkan gigi sebelum beredar. Ah… Hakimi selalu buat dia kalah. Ah… walau macam mana sekali pun, dia harus mencari jalan untuk memastikan Hakimi Fazril itu menjadi miliknya seorang walaupun dia mungkin akan cederakan Sarah Qistina itu.

Hai…lama tunggu? Sorry lambat.” Suara Sarah mematikan lamunan Hakimi. Hakimi cuba mengukirkan senyuman kepada Sarah tapi tidak mampu.

Kenapa ni? Marah eh lambat? Sorry, I didn’t mean to.” Sarah memandang Hakimi. Ada kelainan pada wajah Hakimi. Takkanlah marah dia lambat? Bukannya 1 jam pun, just 30 minit saja. Selama ni tak ada pun.
Hakimi menggeleng. “Boleh awak jujur dengan saya?” Hakimi terus kepada soalannya.

Ah... soalannya benar-benar buat dirinya berdebar.
Sarah memandang dengan rasa hairan. Seolah-olah Hakimi mahu menanyakan sesuatu yang penting. Adakah ia berkaitan dengan Syazril? Adakah Hakimi sudah tahu tentang perasaan yang dia pernah ada terhadap Syazril Haikal itu? “Apa dia?” Sarah cuba menyembunyikan rasa gelisahnya.

Nadia ada pergi jumpa awak bukan?” Soalan Hakimi itu membuatkan Sarah menelan air liur. Ah… mahu mengiyakan atau tidak?

Err…
Jawab ya atau tidak.” Sarah akhirnya mengangguk.
Hakimi mengeluh. “Dan kenapa awak tidak beritahu saya tentang hal ini?
Sebab ia tak penting.” Hakimi bengang mendengar jawapan Sarah.

Tak penting awak kata? Nadia beritahu yang dia dah mengandungkan anak saya dan awak boleh diamkan sahaja tanpa cakap apa-apa pasa saya tentang ini?”Nada Hakimi sudah ditinggikan.

Yang awak nak marah sangat pehal? Dah memang betul benda tu tak penting, buat apa saya nak bincangkan tentang hal itu dengan awak. Benda tu bukannya betul pun. Awak dan saya tahu itu kan?” Jawapan yang keluar dari mulut Sarah buatkan Hakimi tersedar. Dia beristigfar di dalam hati. Benar juga, buat apa dia nak marah Sarah tentang hal ini. Nadia cuma menabur fitnah. Dan dia patut bersyukur yang Sarah langsung tidak mempercayai kata-kata Nadia.

Siapa sebenarnya saya pada awak?

Siapa sebenarnya saya pada awak?”Tiba-tiba soalan itu terpacul keluar dari mulut Hakimi. Sarah memandang Hakimi. Hairan dengan pertanyaan sebegitu.
Maksud awak?

Benda ni tentang kita berdua. Tapi awak sikit pun tak bincang dengan saya yang Nadia jumpa awak. Awak kata benda tu tak penting. Saya ni tak penting bagi awak ke?” Hakimi bersuara tenang. Ah… dia sendiri tidak tahu mengapa dia keluarkan soalan sedemikian.

Sarah menghembus nafas. Dia tidak tahu bagaimana mahu jawab ini. “Saya dah pilih awak. Saya dah mintak awak bagi peluang pada saya, apa lagi yang awak tak faham?

Hakimi tersenyum. “Hati awak? Awak tanya tak hati awak?” Sarah hairan dengan soalan ini. Apa yang Hakimi mahu?

Awak bagi peluang pada saya. Tapi hati awak bagi tak peluang tu pada saya? Awak pernah tanya tak hati awak?”Soalan Hakimi benar-benar buatkan Sarah menelan air liur. Entah, dia sendiri tidak tahu, yang dia tahu, dia harus hadirkan rasa cinta pada Hakimi walau macam mana sekalipun.

Ah... dia tidak tahu siapa yang berada di hatinya
tika ini.

Kenapa dengan awak ni? Kalau awak mintak saya datang jumpa awak just only to ask this stupid question, baik tak payah. Saya dah pilih awak. Itu yang awak nak tahu bukan? Yes, saya pilih awak. Lantaklah hati saya terima awak atau tidak saat ini, yang penting saya terima awak.Lambat –laun saya akan hadirkan rasa itu untuk awak.” Sarah melenting. Bengang ditanya soalan sebegitu. 

Hakimi tersenyum sinis. Ah… hati Sarah belum lagi dia miliki sepenuhnya. Cinta Sarah belum lagi untuknya. Hakimi mengeluh.“Sebab awak tak cemburu bila Nadia datang jumpa awak. Awak tak rasa terancam dengan kehadiran Nadia, jadi saya rasakan saya ini tidak penting bagi awak.

Sarah menghembuskan nafasnya. Ah… benarkah begitu? “So? Do I have to get jealous with her? Asal benda yang dia bagitahu saya tentang awak betullah semuanya?” Hakimi tersentap. Dia cuba bertenang. Sarah dalam keadaan marah. Dia tidak tahu apa yang dikatakannya.

Jadi, betullah Nadia mengandungkan anak awak?” Sarah memandang Hakimi yang mendiamkan diri. Ah… jadi benarlah apa yang Nadia katakan tentang Hakimi. Ah… bodohnya dirinya.

Saya tak pernah cakap ia betul.” Hakimi cuba untuk menenangkan Sarah.

benarlah, rasa itu buatkan dirinya kelihatan bodoh.
Dan awak tak pernah cakap ia bohong. Bodoh bukan saya, percaya awak lah orang yang selayaknya untuk saya hadirkan rasa cinta ni, but now, look what you’ve done to me. Awak bukan seperti yang saya sangkakan.” Sarah beredar. Air matanya jatuh. Entah mengapa dia merasa menyesal untuk hadirkan rasa cinta untuk Hakimi fazril. Benarlah, rasa cinta itu buat dirinya bodoh. Dia bodoh bila melibatkan rasa cinta.

Hakimi mengeluh. Dia memandang kelibat Sarah yang sedang beredar. Dia biarkan sahaja Sarah. Biarkan Sarah tenang dahulu baru dia memujuk. Dia sedar Sarah sedang mengalami masalah dilemma perasaan itu. Dia sedar itu walaupun Sarah cuba menyembunyikannya dengan senyuman. Dia sedar itu semenjak hal hari itu, hari dia berkenalan dengan rakan Sarah ketika di U. Dia dapat merasakan ada tempat tertentu untuk lelaki itu di hati Sarah. Ah… kalaulah dia punya kebolehan membaca hati manusia, sudah tentu Sarah dibacanya.

Saya harap awak berikan peluang yang betul pada diri awak.” Ujar Hakimi sebelum mengambil keputusan untuk beredar. Malam nanti, dia akan memujuk Sarah.

Saya harap awak berikan peluang yang terbaik untuk
diri awak



p/s--- argh... nak Hakimi atau Syazril??? Aku kompius nak buat ending dia.. (padahal lambat lagi).. hahaha.


7 comments:

Lady Windsor said...

Reen,
Hwaaa tak sempat aku nak follow cerpen2 kau..rajinnya update..Ada masa nanti aku zass one short ya...selamat berhujung minggu...xoxo!

Nong Andy said...

ah.. aku terharu dengan Hakimi... pentingkan perasaan Sarah. Kalau aku single.. aku tentu jatuh cinta dengan Hakimi hehehe...

Iffah Afeefah said...

Hakimi jugak

aku rase die da minat hakimi

even cinte lme seakan berputik

kite akn lupekan y lame kalo cinte y baru

kalo die bnr2 bkk ati die

hakimila jawapannye

sayang ko lebih ah gni

reenapple said...

LW---> heee... tak apa. Aku faham kesibukan kau.. hehehe.

######

Nong ANdy---> itulah sampai aku pun tak tahu nak pilih Hakimi ke Syazril dan dipasangkan dengan Sarah... heeee.

######

Iffah Afeefah----> haaaa... itulah. Hakimi ke??? Aku kompius nak buat ending dia... kekek.

CikUna said...

Hakimi !!! yeay.. eceh tetiba pulop.. lalala jumpa blog ni dari iffah punya blog..ngeee

Bidadari Syurga said...

alahhh
jgnlah endingkan...
cer buat jadi novel... argghhh....
aku rasa dedua baik... tapi kan? hakimi mcm baik... kah kah kah... jadi aku rasa baik pilih syazril.... huhuhuhuhuhu... aku dah dilamun cinta cerita kau ni tau dak?

reenapple said...

CikUna---> heee...sokong Hakimi kah?? heee...


######

Bidadari Syurga---> heee.. terpkasa ending kan. Hahaha. Tak larat nak buat novel. Jadi kau di pihak Syazril???

#oh... ada orang jatuh cinta.. heheh.