#1 @ #2 @ #3 @ #4
![]() |
| Ah... dia cuba melupakan kisah lalunya. |
Telefon Sarah berbunyi untuk kali keberapa
entah. Dia malas untuk menjawab panggilan itu. Dari siapa entah, tiada dalam
contactnya. Dia mengagak sudah tentu itu Syazril Haikal. Huda memberitahunya,
dia memberi nombornya kepada seseorang yang bertanyakan tentang Sarah Qistina
ketika mereka mahu bertolak pulang dari Cameron Highlands. Sarah mengagak itu
sudah semestinya Syazril Haikal.
Telefonnya berbunyi lagi. Sarah biarkan
sahaja sambil matanya masih menghadap skrin laptop. Dia kembali meneruskan
minatnya dalam penulisan. Entah mengapa, semenjak hari itu, kamera Nikon D3000
nya tidak disentuh langsung. Semenjak hari dia terluahkan perasaan yang disimpannya
selama ini terhadap Syazril Haikal. Ah… ia akan membuatkan Sarah mengingati
Syazril Haikal.
Huda tiba di ruang tamu. Memandang Sarah
yang masih membiarkan telefonnya berbunyi untuk keberapa kali entah. Dia
menggelengkan kepala. “Kau memang tak nak jawab panggilan tu ke?” Huda
mengambil telefeon Sarah yang diletakkan di atas meja. Sarah menggeleng.
“Really?” Huda menyoal lagi. Sarah
mengangguk.
“But it’s from Hakimi.” Huda menunjukkan
telefon Sarah yang tertera nama Hakimi.
Sarah menoleh. Betullah apa yang
dikatakan oleh Huda. Lantas dia mencapai telefon dari tangan Huda. Huda
tersenyum.
![]() |
| Dia masih mahu memberi peluang pada Hakimi. |
“Hello,” kedengaran suara di hujung sana.
“Hello. Sorry lambat. Tak dengar.” Huda
tersenyum mendengar ayat Sarah.
“Ingatkan awak tak nak angkat call saya.
Yeela, sebab saya tak boleh nak call awak beberapa hari ini.” Hakimi bersuara.
Sarah tersenyum kelat.
“Taklah. Hari itu, telefon rosak. Ini baru
siap baiki. Sorry eh awak.”
“It’s okey. Dah lama tak dengar khabar
awak. Awak masih marah saya lagi?”
“Awak rasa kalau saya masih marah awak
lagi, saya nak ke jawab awak punya call?” Sarah menguji Hakimi. Huda tersenyum.
Sarah pandai memujuk.
“Baguslah macam tu. Saya cuma nak tahu
keadaan awak je. Sihat ke tak.”
“Oh, saya okey je. Sihat. Jangan risau.”
“Baguslah. Eh, nanti saya call awak balik.
Saya ada hal nak uruskan sekarang ni. Assalamualaikum.”Talian dimatikan.
Huda tersenyum melihat Sarah. Sarah
memandang Huda. Dia faham maksud senyuman itu.
“Hairan aku dengan kau.” Sarah memandang
dengan wajah hairan.
“Maksud kau?”
“Yeela, Hakimi. And then mamat Cameron
Highlands. But kau macam pilih Hakimi lagi. Why? Aku thought kau suka mamat
Cameron Highlands tu lagi.” Sarah tersenyum kelat. Huda tahu kisah sebenarnya.
Akhirnya dia membongkarkan rahsianya yang itu. Rahsia kenapa dia tidak berminat
dengan cinta. Huda akhirnya memahami kenapa sahabatnya ini mahu membuang rasa
cinta dari dirinya.
![]() |
| Dia rasakan dia terikat dengan janji. |
“Entah. Mungkin sebab aku terikat dengan
perjanjian yang aku buat dengan Hakimi. Aku mintak Hakimi bagi aku peluang
sekali lagi. Takkanlah aku nak ignore je janji yang aku buat dengan dia.” Sarah
membalas.
“Kau
tak pernah berjanji dengan Hakimi. Memanglah kau mintak Hakimi bagi peluang kat
kau sekali lagi. But aku rasa it’s not perjanjian Sarah Qistina. Kau tak boleh
nak paksa diri kau untuk suka Hakimi. Cinta bukan paksaan tahu. Kalau Tuhan dah
tetapkan yang cinta kau bukan untuk Hakimi, walau macam mana sekalipun kau cuba
nak berpegang teguh pada ‘peluang’ kau tu,ia tak akan pernah berjaya. Jodoh tu
bukan kau yang aturkan tahu.” Huda memandang
sahabatnya. Yaa… dia mungkin kasihan dengan hakimi jika ditakdirkan cinta Sarah
Qistina itu bukan untuknya, namun dia juga kasihan dengan Sarah dan mungkin
dengan lelaki yang ditemuinya di Cameron Highlands itu.
Sarah menelan air liur. Ayat Huda menusuk
terus ke jantungnya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Huda, namun dia yang
pilih jalan itu. Dia mahu beri lagi peluang kepada dirinya. Dan dia rasakan,
Hakimilah orang yang paling layak untuk dia wujudkan lagi rasa cinta itu.
dengan melihat kepada kesungguhan Hakimi, yaa… dia rasakan Hakimilah yang
paling layak untuk menerima cintanya.
“So, kau nak suruh aku pilih mamat yang
seorang lagi? Dia bukannya suka aku pun. Kau tahu itu kan. Kau juga yang kata
buat apa keep feeling pada lelaki yang tak punya perasaan pada kita bukan? Kau juga yang kata pilih yang mencintai kita. Yang terima diri kita seadanya bukan? Aku
malas nak bertindak bodoh lagi.” Sarah membalas. Huda menggelengkan kepalanya.
![]() |
| Ah... dia stop hoping pada yang itu. |
“Macam mana kau tahu dia tak suka kau? Kau
terus blah lepas kau luahkan perasaan yang kau simpan pada dia bertahun-tahun.
Kau tak tunggu pun jawapannya. Macam mana kau boleh nak kata dia tak suka kau?
Lainlah dia reject kau, but he say nothing right?”
“Yeah… but I know his answer will be ‘NO’.
Aku tahu aku bukan taste dia.” Sarah masih tidak mahu mengalah.
“Really? Tapi dari cara dia yang berusaha
nak tahu kenapa kau nak elak dia dari zaman U lagi. Cara dia minta nombor
telefon kau dari aku, kau boleh nak kata yang dia tak ada perasaan yang sama
dengan kau? Kau pernah fikir tak?”
Sarah mengigit bibirnya. Dia tidak pernah
terfikir pula hal itu. Ah… kalau lah dia fikir dan membuat andaian sendiri,
sudah tentunya andaiannya salah. Andaiannya sentiasa salah. Dia tahu itu.
“Kau fikirlah baik-baik. Aku happy bila kau
cuba nak bukakan hati kau untuk terima cinta lagi, it’s good. Bila kau cakap
kau nak bagi peluang pada diri kau. Bagi peluang pada Hakimi, but then
sometimes everything happens for a reason tahu. Mungkin ada sebab mengapa baru
sekarang kau nak bukakan hati kau pada cinta lagi. Ada sebab mengapa kau
dipertemukan dengan Hakimi but it’s not necessary that Hakimi jodoh kau. It’s
not necessary that kau kena tamatkan kisah single kau dengan Hakimi. Kau kena
tahu tu. Tuhan dan aturkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.” Sarah menelan
air liur lagi.
“Kau fikirlah baik-baik,” Huda berkata lagi
setelah melihat Sarah mendiamkan diri. Sarah menarik nafas panjang-panjang. Ah…
bagaimana dia harus membuat keputusan ini.
![]() |
| Everything happens for a reason. |
###########
Sarah baru tiba di tempat kerjanya bilamasa
seorang staff memberitahu ada seorang perempuan mahu bertemu dengannya. “So,
apa kes kau datang nak jumpa aku pagi-pagi ini?” soal Sarah sambil memandang
Nadia yang kelihatan tenang. Terlalu. Ah… apa permainan dia ni?
“Saja. Aku ada berita gembira nak beritahu
kau.” Balas Nadia dengan angkuh. Ah… kali ini dia pasti rancangannya akan
berjaya. Hakimi Fazril akan menjadi miliknya.
“That would be?” Sarah memandang Nadia.
“Aku pregnant.” Bohong Nadia. Sarah
tersenyum. Dia tahu Nadia mungkin mahu mengatakan anak yang dikandungnya adalah
anak Hakimi.
“Oh, congratulations.” Jawapan Sarah benar-benar
buat Nadia bengang. Lain yang dia harapkan.
“Itu je? Kau tak ada soalan lain?”
“What for? Bukannya ada kaitan dengan aku.
And anyway, aku tak tahu apa tujuan kau nak bagitahu aku ini. It's not like aku
boleh jadi bapak pada anak dalam perut kau tu.” Sarah tersenyum sinis.
![]() |
| Ah... apa permainan dia kali ini? |
Nadia mengetapkan gigi. Ah… perempuan di
hadapannya sukar untuk dipermainkan. Dia berfikir lagi, apa ayat yang harus dia
balas.
“Aku mengandungkan anak Hakimi.” Sarah tersenyum
sinis. Dia sudah mengagak, Nadia akan berkata sedemikian.
“So? Pergilah beritahu dia. Bukannya aku
boleh tolong apa-apa pun.” Sarah tidak kisah sama ada apa yang diberitahu nadia
itu benar atau tidak.
Nadia tersenyum. Ah… dia tak mahu mengaku
kalah.
“Kalau aku bagitahu Hakimi, sah-sah Hakimi
akan memilih tidak percaya.”
“Tahu pun kau. Entah-entah bukan anak dia.
Macam mana kau tahu itu anak dia? Kau ada bukti nak tunjukkan pada aku?”
![]() |
| Cuba memilih untuk tidak percaya tapi bukti di depan mata. |
Nadia bengang dengan Sarah. Akhirnya dia
keluarkan surat dari doctor yang diterimanya beberapa hari lepas. Yang
mengesahkan dirinya sedang mengandung 2 minggu. Sarah melihat kertas itu. Sarah
menelan air liur bila membaca apa yang tertulis di atas kertas itu. Apa yang
dikatakan oleh Nadia benar. Sarah memandang Nadia.
“So? Kau dah percaya? See… itu anak Hakimi.”
Nadia berbohong. Dia sendiri tidak tahu siapa ayah kepada anak yang
dikandungnya. Kehidupannya yang liar sudah menjadi kebiasaan. Ah… cuma kali ini
dia tidak berhati-hati. Tapi ada baiknya juga. Nadia tersenyum memandang wajah
pucat Sarah.
“Apa lagi bukti yang kau mahu? Oh, kau
tahu, Hakimi ada tanda lahir di bahagian punggungnya. Tentu kau tak tahu yang
itu bukan?” Nadia berbohong. Dia sendiri tidak tahu. Sengaja dia menokok tambah untuk
mengesahkan lagi ceritanya.
Sarah menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia
tidak mahu melenting di tempat awam. Akhirnya dia bangun dan beredar. Ah…
haruskah dia percaya pada hal itu? Dia cuba berfikir dengan tenang. Tidak mungkin
itu adalah benar. Itu cuma pembohongan Nadia. Tapi surat itu? Ia benar. Ah…
Sarah keliru.
Nadia tersenyum melihat kelibat Sarah
beredar. Ah… kali ini jerat mengena. Hakimi pasti akan menjadi miliknya.
![]() |
| Jerat telah mengena. Dia puas. |
p/s--- heee… aku kekangan masa. Huuu.. maaf
lambat .
#agak-agak korang, korang side Hakimi atau Syazril???? =)
#agak-agak korang, korang side Hakimi atau Syazril???? =)








5 comments:
huda bengang dgn sarah tu patut nadia bengang ngn sarah kan?
nway aku rase sarah kejam sbb mainkan hakimi
sian hakimi
hakimi adek iffah ade membantu meh3 hahaha
nampaknya aku terlepas beberapa episod. nanti ada masa luang aku hadamkan. :)
iffah afeefah---> heee... nasib baik kau sedar. Hehehe. Ak dah betulkan.. kekeke.
Alaaa... still side Hakimi eh.. wuuuu..
#######
hanaahmad---> heee... yaaa... ada bnyak masa lagi.. =)
haha.. taktau napa. aku rasa tercabar bila nadia beria-ia nak rebut Hakimi. nampaknya hakimi tu hot stuff ahahaha.. so. utk part ni aku at hakimi side!!
Nong Andy---> errr... tecabar???sarah tak pun.. hehehe. Yes... sila bayangkan.. eh.. Syazril pun hot stuff juga.. hehehe. Ohoooo.. tunggu next part, sah-sah kau akan side Syazril pula.. hahha
Post a Comment