Monday, May 7, 2012

Cerpen: Peluang #4


#1 @ #2@  #3

Dia khusyuk dengan "asset" kesayangannya sehingga
tidak sedar kehadirannya.
Sarah keseorangan di kafe. Kawan-kawannya mahu keluar ke mana entah. Dia tidak ikut. Penat hal semalam masih lagi bersisa. Dia khusyuk membelek kamera Nikon D3000 miliknya.  Dia masih tidak sedar ketika kelibat Syazril melangkah ke arahnya dan mengambil tempat berhadapannya.

Hi,” ujar Syazril. Sarah menoleh.
Hi,” balas Sarah dengan nada keriangan. Syazril tersenyum.
Seorang je?” soal Syazril. Sarah mengangguk sambil menghirup minuman coklat panasnya.

Syazril memerhatikan Sarah. Gerak geri Sarah. Dia tidak pernah berbual mesra dengan Sarah seingatnya. Entah mengapa, dia merasakan Sarah seolah-olah mahu mengelak darinya. Pernah sekali, dia nampak Sarah mengelak darinya. Dia memerhatikan sahaja Sarah berjalan melintasinya dengan menundukkan wajahnya. Ada juga satu ketika itu, dia dan Sarah bertentang mata namun Sarah cepat-cepat menoleh ke arah lain. Seolah-olah Sarah beranggapan Sarah tidak pernah melihat dirinya. Dia sedar itu. Dia tertanya-tanya sama ada dia pernah buat salah pada Sarah. Tanpa sebab Sarah removenya dari facebooknya. Tanpa sebab, Sarah berlagak tidak mengenalinya hatta mereka face to face.

Yes, you let me down once
Kau seorang jugak?” soal Sarah pula. Syazril tersenyum.

Mungkin la. Ibu dengan ayah aku nak pergi mana entah. Aku tak larat nak jalan. So, datang lepak kat sini dan suddenly nampak kau. Macam aku alert pulak dengan kewujudan kau even aku just nampak belakang kau je.” Syazril mengukirkan senyuman.

Jawapan Syazril membuatkan Sarah tersentap. Dia pernah alami sedemikian. Terlalu alert dengan kewujudan Syazril. Ah… hatinya kembali berdebar. Sarah kembali membelek kamera Nikon D3000nya. Dia senyap. Tidak tahu apalagi yang harus dibualkan dengan Syazril Haikal yang pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dulu. Lelaki terakhir dia jatuh cinta. Lelaki yang menyebabkan dirinya berazam tidak mahu jatuh cinta lagi. Lelaki yang buatkan dia rasa jatuh cinta itu merupakan satu perkara yang paling bodoh pernah berlaku dalam hidupnya.

Syazril kembali memerhatikan Sarah. Dia tahu Sarah seorang pendiam. Dia tahu Sarah cuma akan bergelak ketawa dengan orang yang dia selesa dan dia tidak menyelesakan Sarah. Dia tahu itu. Dari saat Sarah cuba mengelak dari memandangnya. Dia sedar, Sarah tidak menyukainya. Mungkin membencinya. Dia pandang lagi Sarah, dia perhatikan Sarah, anak mata yang berwarna coklat. Wajah Sarah yang polos tanpa sedikit pun calitan mekap. Sarah biasa sahaja. Entah mengapa, dia suka perhatikan Sarah dari kali pertama dia lihat Sarah. Namun Sarah tidak memyedari pandangan itu. Betapa dia mengharap Sarah akan membalas balik pandangannya. Perhatikannya kembali sebagaimana dia perhatikan Sarah.

Kau pun minat ambil gambar jugak?” soal Syazril setelah berasa tidak selesa dengan keadaan sunyi itu. Dia menyedari kamera Nikon D3000 di tangan Sarah.
Oh, mereka ada minat yang sama. 
Sarah menoleh. Sarah menganggukan kepala sambil mengukirkan senyuman. Syazril membalas senyuman itu.

Sejak bila lagi? Asal aku tak tahu pun hobi kau ambil gambar? Kalaulah aku tahu, dah lama kita boleh jadi kawan baik. Aku pun suka ambil gambar juga.”

Sarah menelan air liur. Ah… bagaimana dia mahu jawab yang ini. Hobinya yang ini bermula setelah dia tahu minat lelaki itu. Setelah dia tahu Syazril punya sebuah kamera DSLR. Dari situ dia cuba mendalami minat Syazril Haikal walaupun minatnya lebih ke arah penulisan.

Baru je. Aku baru beli kot. Kamera aku yang lama rosak, so abang aku suggest beli yang ini. Katanya ini lagi mengikuti citarasa aku. Entah, dia yang beli. Aku ikut je.” Sarah menghulurkan kameranya kepada Syazril. Syazril mengambil kamera itu dari tangan Sarah.

Cantik juga gambar kau ambil. Kau mesti suka ambil gambar pemandangan bukan?” Syazril melihat gambar yang diambil Sarah. Sarah tersenyum.

Mungkin. Aku suka ambil gambar langit. Itu lagi cantik. Tapi aku tak adalah expert sangat. Baru nak belajar benda alah ini.” Syazril ketawa kecil.

Sarah memerhatikan Syazril. Ah… dia rindu wajah itu. Dia ingat kejadian di zaman U nya. Berapa puluh kali dia mengelak dari bertembung Syazril. Dia mengelak dari bertembung Syazril, tapi pada masa yang sama, dia rindu untuk lihat wajah itu. Namun, bila difikirkan balik, dia sedang bertindak bodoh. Syazril tak akan pernah jatuh cinta padanya. Syazril tak akan pernah pandangnya. Syazril sudah punya kekasih. Dia tidak mampu untuk dibandingkan dengan kekasih Syazril.
Ah... aku sudah janji akan lupakan kau. Aku janji tahu.
Ah… aku sudah berjanji  aku akan lupakan kau. Aku janji aku akan lupakan kau.’ Hati Sarah berbisik.

Kau kerja kat mana sekarang ni?” soal Syazril sambil menghulurkan kembali kamera Sarah.

Oh, aku… kerja kat 1 company kat PJ. Kau?” Sarah memandang Syazril. Rasa debaran di hati sudah mulai berkurangan.

Kat Putrajaya,” balas Syazril pendek. Syazril memandang Sarah. Mata mereka bertaut. Beberapa saat kemudian, Sarah mengalihkan pandangannya. Ah… dia lemah dengan pandangan itu. Syazril tersenyum.

Ah... dia lemah dengan pandangan lelaki itu.
Kau selalu elak aku bukan?” Soalan Syazril membuatkan Sarah menelan air liur. Ah, bagaimana Syazril tahu itu? Obvious sangatkah dia cuba elak dari bertembung dengan Syazril Haikal itu suatu ketika dulu?

Maksud kau?” Sarah berpura-pura tidak mengerti. Syazril tersenyum. Dia tahu Sarah faham apa yang dikatakannya.

Kau tahu apa yang aku katakan ini, Sarah Qistina.” Syazril memandang lagi Sarah Qistina di hadapannya. Sarah menelan air liur. Ah, jadi Syazril tahu lah selama ini, dia mengelak dari bertembung dengan dirinya.
This is a mistake.
Aku tak patut being friendly dengan kau.
Aku tak suka look people into their eye.” Sarah mencipta alasan lain. “Aku blah dulu lah, aku janji dengan kawan aku nak jumpa nanti. Jap lagi diorang balik,” Sarah berbohong.

Syazril tersenyum. Dia tahu Sarah berbohong. Dia mungkin tidak mengenali Sarah Qistina dengan lebih mendalam tapi dia tahu bilamasa seseorang itu berbohong. Sarah memandang Syazril kosong sebelum mengankat punggungnya bersama-sama kamera Nikon D3000 nya.

Tiba-tiba Syazril merentap lengan Sarah. Sarah terkesima. Dia memandang tangan Syazril yang kini berada di lengannya sebelum memandang Syazril Haikal itu. Dia menelan air liur.

 “Asal kau nak elak aku?” soal Syazril lagi. Syazril kemudian melepaskan peganganya secara perlahan-lahan sambil matanya masih memandang Sarah Qistina itu.
Sarah menelan air liur. Tidak tahu bagaimana soalan itu harus dijawabnya. Ah… Syazril tahu itu. “Aku tak suka kau. That’s why aku avoid kau. Mana-mana orang yang aku tak suka aku avoid.” Sarah separuh berbohong.

Why you want to avoid me?
Syazril menelan air liur. Jadi betullah sangkaannya selama ini, Sarah Qistina tidak menyukainya. Syazril kembali merenung anak mata Sarah, Sarah mengalihkan matanya dari pandangan Syazril. Tidak selesa direnung sebegitu. Syazril tersenyum. Tahulah dia, Sarah berbohong.

Kau tahu, dah lama aku nak tanya kau. Asal kau treat aku macam ni? At one point kau okey dengan aku. But the other point, kau boleh pretending tak nampak aku? Do I hurt you? Aku ada buat salah pada kau kah?” soalan bertubi-tubi keluar dari mulut Syazril. Syazril turut berdiri. Memandang wajah Sarah Qistina yang kelihatan pucat.

Sarah menarik nafas. Ah… dia tidak tahu bagaimana dia harus jawab yang ini. Takkan mahu diceritakan hal yang sebenar? Ah… itu namanya mencari maut. Dia sudah berjanji akan melupakan Syazril Haikal walau macam mana sekalipun.

Sarah Qistina.” Syazril memanggil lagi pabila melihat Sarah mendiamkan diri. “Kau tahu aku terluka dengan tindakan kau. Aku terasa dengan sikap kau.”Syazril meluahkan hal yang sebenar.

Sarah memejamkan matanya. Dia mahu saja menangis. Mujurlah di kafe itu, tiada orang. Air matanya jatuh. Ah… sekali lagi Sarah merasakan dia bodoh. Ah… dia selalu bodoh bila berhadapan dengan rasa cinta.

Yes, I used to fall in love with you.
Aku rasa aku suka kau. Bilamasa aku lihat kau dengan kekasih kau di U, aku terluka tahu. Setiap kali aku lihat kau anywhere, hati aku sakit. Sebab itu, aku mahu avoid kau. Aku rasa dengan pretending semua itu, hati aku tak akan sakit but I can’t, bila kau buat dingin dengan aku, lagilah aku terluka. Kau lukakan aku.” Akhirnya beban perasaan yang disimpan bertahun-tahun hilang. Sarah lega. Dia akhirnya beredar dari situ, meninggalkan Syazril keseorangan di situ.

Syazril terkesima dengan pengakuan Sarah. Dia tidak tahu perasaannya sekarang. Gembirakah? Entah, dia sendiri tidak tahu. Akhirnya, dia telah menjumpai jawapan yang sebenar kepada persoalan-persoalannya. Syazril tersenyum.
Akhirnya bebanan perasaan itu yang disimpan
bertahun-tahun hilang. Dia lega.



p/s---aku  selalu nak tertulis Syazril itu Haikal.. hehehe. Dan entah mengapa aku rasa watak Sarah dalam ini berubah, mungkin dia berhadapan dengan Syazril Haikal. Lelaki yang dia suka suatu ketika dulu. Sarah kembali menjadi dirinya mungkin. Pandangan korang?
And Hakimi? Coming soon. Heheh.



9 comments:

Pencari Allah said...

terkesan :)

Iffah Afeefah said...

ye aku tgu hakimi muncul

alamak cm ske syaxril plak

cmne ni ishhh

reenapple said...

Pencari Allah---> erk.. thanks for dropping. =)

######

Iffah Afeefah---> heee... kn dah kata, ada sesuatu yg buat kau akan suka Syazril wlaupun ia cuma watak dalam cerpen je.. hehehe.

#tunggu Hakimi eh... tunggu tau.. =)

Nong Andy said...

Ala.. luka lama berdarah semula. cinta lama datang kembali.. so sarah ke mana kau nak larikan diri? heheheeh..

Hakimi.. pastikan kau ragut hati Sarah. Kalau tidak kau akan kuciwa hehehe...

reenapple said...

Nong Andy----> hahahah... Aku pun tak tahu macam mana nak kembangkan part Hakimi itu.. heheh. Tengoklah kalau aku ada masa dan Idea, aku cuba.

#errr... kau di pihak Hakimi atau Syazril??? Jeng jeng..

Nong Andy said...

aku anak bulan (berkecuali)

sapa2 yg paling romantik/paling tabah.. paling hebat, aku sokong ekekekeek..

aku suka kereta BMW
-Best Man Win-

reenapple said...

NOng Andy---> heee.. ye... sila tunggu siapa yg menang. hehehe.

Bidadari Syurga said...

pergh pergh pegh.... sila buat jadikan novel... aku rasa sgt bagus cerita kat sini.... huh... kalau jadi serius aku beli satu...

reenapple said...

Bidadari syurga---> novel? Ah... aku dah tak larat nak fikir sambungannya.. hehehe. Ini bukan novel. Cuma cerpen bersiri.. ahahah