#1 @ #2@ #3
![]() |
| Dia khusyuk dengan "asset" kesayangannya sehingga tidak sedar kehadirannya. |
Sarah keseorangan di kafe. Kawan-kawannya
mahu keluar ke mana entah. Dia tidak ikut. Penat hal semalam masih lagi
bersisa. Dia khusyuk membelek kamera Nikon D3000 miliknya. Dia masih tidak sedar ketika kelibat Syazril
melangkah ke arahnya dan mengambil tempat berhadapannya.
“Hi,” ujar Syazril. Sarah menoleh.
“Hi,” balas Sarah dengan nada
keriangan. Syazril tersenyum.
“Seorang je?” soal Syazril. Sarah
mengangguk sambil menghirup minuman coklat panasnya.
Syazril memerhatikan Sarah. Gerak geri
Sarah. Dia tidak pernah berbual mesra dengan Sarah seingatnya. Entah mengapa,
dia merasakan Sarah seolah-olah mahu mengelak darinya. Pernah sekali, dia
nampak Sarah mengelak darinya. Dia memerhatikan sahaja Sarah berjalan
melintasinya dengan menundukkan wajahnya. Ada juga satu ketika itu, dia dan
Sarah bertentang mata namun Sarah cepat-cepat menoleh ke arah lain. Seolah-olah
Sarah beranggapan Sarah tidak pernah melihat dirinya. Dia sedar itu. Dia
tertanya-tanya sama ada dia pernah buat salah pada Sarah. Tanpa sebab Sarah
removenya dari facebooknya. Tanpa sebab, Sarah berlagak tidak mengenalinya
hatta mereka face to face.
![]() |
| Yes, you let me down once |
“Kau seorang jugak?” soal Sarah pula.
Syazril tersenyum.
“Mungkin la. Ibu dengan ayah aku nak pergi mana entah. Aku
tak larat nak jalan. So, datang lepak kat sini dan suddenly nampak kau. Macam
aku alert pulak dengan kewujudan kau even aku just nampak belakang kau je.” Syazril mengukirkan senyuman.
Jawapan Syazril membuatkan Sarah tersentap.
Dia pernah alami sedemikian. Terlalu alert dengan kewujudan Syazril. Ah…
hatinya kembali berdebar. Sarah kembali membelek kamera Nikon D3000nya. Dia
senyap. Tidak tahu apalagi yang harus dibualkan dengan Syazril Haikal yang
pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dulu. Lelaki terakhir dia jatuh cinta.
Lelaki yang menyebabkan dirinya berazam tidak mahu jatuh cinta lagi. Lelaki
yang buatkan dia rasa jatuh cinta itu merupakan satu perkara yang paling bodoh
pernah berlaku dalam hidupnya.
Syazril kembali memerhatikan Sarah. Dia
tahu Sarah seorang pendiam. Dia tahu Sarah cuma akan bergelak ketawa dengan
orang yang dia selesa dan dia tidak menyelesakan Sarah. Dia tahu itu. Dari saat
Sarah cuba mengelak dari memandangnya. Dia sedar, Sarah tidak menyukainya.
Mungkin membencinya. Dia pandang lagi Sarah, dia perhatikan Sarah, anak mata
yang berwarna coklat. Wajah Sarah yang polos tanpa sedikit pun calitan mekap.
Sarah biasa sahaja. Entah mengapa, dia suka perhatikan Sarah dari kali pertama
dia lihat Sarah. Namun Sarah tidak memyedari pandangan itu. Betapa dia
mengharap Sarah akan membalas balik pandangannya. Perhatikannya kembali
sebagaimana dia perhatikan Sarah.
“Kau pun minat ambil gambar jugak?” soal
Syazril setelah berasa tidak selesa dengan keadaan sunyi itu. Dia menyedari kamera
Nikon D3000 di tangan Sarah.
![]() |
| Oh, mereka ada minat yang sama. |
Sarah menoleh. Sarah menganggukan kepala
sambil mengukirkan senyuman. Syazril membalas senyuman itu.
“Sejak bila lagi? Asal aku tak tahu pun
hobi kau ambil gambar? Kalaulah aku tahu, dah lama kita boleh jadi kawan baik.
Aku pun suka ambil gambar juga.”
Sarah menelan air liur. Ah… bagaimana dia
mahu jawab yang ini. Hobinya yang ini bermula setelah dia tahu minat lelaki
itu. Setelah dia tahu Syazril punya sebuah kamera DSLR. Dari situ dia cuba
mendalami minat Syazril Haikal walaupun minatnya lebih ke arah penulisan.
“Baru je. Aku baru beli kot. Kamera aku
yang lama rosak, so abang aku suggest beli yang ini. Katanya ini lagi mengikuti
citarasa aku. Entah, dia yang beli. Aku ikut je.” Sarah menghulurkan kameranya
kepada Syazril. Syazril mengambil kamera itu dari tangan Sarah.
“Cantik juga gambar kau ambil. Kau mesti suka
ambil gambar pemandangan bukan?” Syazril melihat gambar yang diambil Sarah.
Sarah tersenyum.
“Mungkin. Aku suka ambil gambar langit. Itu
lagi cantik. Tapi aku tak adalah expert sangat. Baru nak belajar benda alah
ini.” Syazril ketawa kecil.
Sarah memerhatikan Syazril. Ah… dia rindu
wajah itu. Dia ingat kejadian di zaman U nya. Berapa puluh kali dia mengelak
dari bertembung Syazril. Dia mengelak dari bertembung Syazril, tapi pada masa
yang sama, dia rindu untuk lihat wajah itu. Namun, bila difikirkan balik, dia
sedang bertindak bodoh. Syazril tak akan pernah jatuh cinta padanya. Syazril
tak akan pernah pandangnya. Syazril sudah punya kekasih. Dia tidak mampu untuk
dibandingkan dengan kekasih Syazril.
![]() |
| Ah... aku sudah janji akan lupakan kau. Aku janji tahu. |
‘Ah… aku sudah berjanji aku akan lupakan kau. Aku janji aku akan
lupakan kau.’ Hati Sarah berbisik.
“Kau kerja kat mana sekarang ni?” soal
Syazril sambil menghulurkan kembali kamera Sarah.
“Oh, aku… kerja kat 1 company kat PJ. Kau?”
Sarah memandang Syazril. Rasa debaran di hati sudah mulai berkurangan.
“Kat Putrajaya,” balas Syazril pendek.
Syazril memandang Sarah. Mata mereka bertaut. Beberapa saat kemudian, Sarah
mengalihkan pandangannya. Ah… dia lemah dengan pandangan itu. Syazril
tersenyum.
“Kau selalu elak aku bukan?” Soalan Syazril
membuatkan Sarah menelan air liur. Ah, bagaimana Syazril tahu itu? Obvious
sangatkah dia cuba elak dari bertembung dengan Syazril Haikal itu suatu ketika
dulu?
“Maksud kau?” Sarah berpura-pura tidak
mengerti. Syazril tersenyum. Dia tahu Sarah faham apa yang dikatakannya.
“Kau tahu apa yang aku katakan ini, Sarah
Qistina.” Syazril memandang lagi Sarah Qistina di hadapannya. Sarah menelan air
liur. Ah, jadi Syazril tahu lah selama ini, dia mengelak dari bertembung dengan
dirinya.
![]() |
| This is a mistake. Aku tak patut being friendly dengan kau. |
“Aku tak suka look people into their eye.”
Sarah mencipta alasan lain. “Aku blah dulu lah, aku janji dengan kawan aku nak
jumpa nanti. Jap lagi diorang balik,” Sarah berbohong.
Syazril tersenyum. Dia tahu Sarah berbohong.
Dia mungkin tidak mengenali Sarah Qistina dengan lebih mendalam tapi dia tahu
bilamasa seseorang itu berbohong. Sarah memandang Syazril kosong sebelum
mengankat punggungnya bersama-sama kamera Nikon D3000 nya.
Tiba-tiba Syazril merentap lengan Sarah.
Sarah terkesima. Dia memandang tangan Syazril yang kini berada di lengannya
sebelum memandang Syazril Haikal itu. Dia menelan air liur.
“Asal kau nak elak aku?” soal Syazril lagi.
Syazril kemudian melepaskan peganganya secara perlahan-lahan sambil matanya
masih memandang Sarah Qistina itu.
Sarah menelan air liur. Tidak tahu
bagaimana soalan itu harus dijawabnya. Ah… Syazril tahu itu. “Aku tak suka kau.
That’s why aku avoid kau. Mana-mana orang yang aku tak suka aku avoid.” Sarah
separuh berbohong.
Syazril menelan air liur. Jadi betullah
sangkaannya selama ini, Sarah Qistina tidak menyukainya. Syazril kembali
merenung anak mata Sarah, Sarah mengalihkan matanya dari pandangan Syazril.
Tidak selesa direnung sebegitu. Syazril tersenyum. Tahulah dia, Sarah berbohong.
“Kau tahu, dah lama aku nak tanya kau. Asal
kau treat aku macam ni? At one point kau okey dengan aku. But the other point,
kau boleh pretending tak nampak aku? Do I hurt you? Aku ada buat salah pada kau
kah?” soalan bertubi-tubi keluar dari mulut Syazril. Syazril turut berdiri.
Memandang wajah Sarah Qistina yang kelihatan pucat.
Sarah menarik nafas. Ah… dia tidak tahu
bagaimana dia harus jawab yang ini. Takkan mahu diceritakan hal yang sebenar?
Ah… itu namanya mencari maut. Dia sudah berjanji akan melupakan Syazril Haikal
walau macam mana sekalipun.
“Sarah Qistina.” Syazril memanggil lagi
pabila melihat Sarah mendiamkan diri. “Kau tahu aku terluka dengan tindakan
kau. Aku terasa dengan sikap kau.”Syazril meluahkan hal yang sebenar.
Sarah memejamkan matanya. Dia mahu saja
menangis. Mujurlah di kafe itu, tiada orang. Air matanya jatuh. Ah… sekali lagi
Sarah merasakan dia bodoh. Ah… dia selalu bodoh bila berhadapan dengan rasa
cinta.
![]() |
| Yes, I used to fall in love with you. |
“Aku rasa aku suka kau. Bilamasa aku lihat
kau dengan kekasih kau di U, aku terluka tahu. Setiap kali aku lihat kau
anywhere, hati aku sakit. Sebab itu, aku mahu avoid kau. Aku rasa dengan
pretending semua itu, hati aku tak akan sakit but I can’t, bila kau buat dingin
dengan aku, lagilah aku terluka. Kau lukakan aku.” Akhirnya beban perasaan yang
disimpan bertahun-tahun hilang. Sarah lega. Dia akhirnya beredar dari situ,
meninggalkan Syazril keseorangan di situ.
Syazril terkesima dengan pengakuan Sarah.
Dia tidak tahu perasaannya sekarang. Gembirakah? Entah, dia sendiri tidak tahu.
Akhirnya, dia telah menjumpai jawapan yang sebenar kepada
persoalan-persoalannya. Syazril tersenyum.
![]() |
| Akhirnya bebanan perasaan itu yang disimpan bertahun-tahun hilang. Dia lega. |
p/s---aku selalu nak tertulis Syazril itu Haikal..
hehehe. Dan entah mengapa aku rasa watak Sarah dalam ini berubah, mungkin dia
berhadapan dengan Syazril Haikal. Lelaki yang dia suka suatu ketika dulu. Sarah
kembali menjadi dirinya mungkin. Pandangan korang?
And
Hakimi? Coming soon. Heheh.









9 comments:
terkesan :)
ye aku tgu hakimi muncul
alamak cm ske syaxril plak
cmne ni ishhh
Pencari Allah---> erk.. thanks for dropping. =)
######
Iffah Afeefah---> heee... kn dah kata, ada sesuatu yg buat kau akan suka Syazril wlaupun ia cuma watak dalam cerpen je.. hehehe.
#tunggu Hakimi eh... tunggu tau.. =)
Ala.. luka lama berdarah semula. cinta lama datang kembali.. so sarah ke mana kau nak larikan diri? heheheeh..
Hakimi.. pastikan kau ragut hati Sarah. Kalau tidak kau akan kuciwa hehehe...
Nong Andy----> hahahah... Aku pun tak tahu macam mana nak kembangkan part Hakimi itu.. heheh. Tengoklah kalau aku ada masa dan Idea, aku cuba.
#errr... kau di pihak Hakimi atau Syazril??? Jeng jeng..
aku anak bulan (berkecuali)
sapa2 yg paling romantik/paling tabah.. paling hebat, aku sokong ekekekeek..
aku suka kereta BMW
-Best Man Win-
NOng Andy---> heee.. ye... sila tunggu siapa yg menang. hehehe.
pergh pergh pegh.... sila buat jadikan novel... aku rasa sgt bagus cerita kat sini.... huh... kalau jadi serius aku beli satu...
Bidadari syurga---> novel? Ah... aku dah tak larat nak fikir sambungannya.. hehehe. Ini bukan novel. Cuma cerpen bersiri.. ahahah
Post a Comment