Sunday, May 6, 2012

Cerpen: Peluang #3


 #1 @ #2

Pemandangan yang menghijau itu
 menenangkan dirinya.
Sarah baru selesai mengambil beberapa gambar menggunakan kamera  Nikon D3000 miliknya. Satu-satunya harta yang memberinya kepuasan. Dia suka mengambil gambar. Terutama pemandangan yang menghijau di hadapannya. Baginya ia merupakan satu nikmat yang tidak terkira. Sekali lagi kamera Nikon D3000 di tangan didekatkan ke mukanya. Dia tersenyum sambil melihat gambar-gambar yang baru diambilnya sebentar tadi. Dia membuat pilihan yang terbaik mengikuti Huda dan rakan-rakannya yang lain  bercuti ke Cameron Highlands. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke situ. Sekurang-kurangnya ia dapat hilangkan fikirannya dari masalah yang melanda diantara dia dan Hakimi. Dia teringat pertemuannya dengan Hakimi sebelum dia bercuti.

Sekarang ni, awak bagitahu saya, betul atau tidak apa yang Nadia beritahu saya?” Sarah memandang Hakimi di hadapannya. Wajah Hakimi kelihatan sukar ditafsir. Entah, kali ini, dia tidak dapat membaca air muka Hakimi. 

Hakimi menarik nafas sedalam-dalamnya. Ah, mahu saja dia mencari Nadia sekarang ini. Mahu saja melempiaskan kemarahannya terhadap Nadia yang mencipta kisah yang bukan-bukan tentang dirinya.

Setiap orang ada masa silam dia, Sarah.” Hakimi tidak tahu bagaimana mahu memberi penjelasan kepada Sarah. Benar, dia bukan seperti waktu sekarang ini. Dia pernah berada dalam keadaan jahiliah suatu ketika dulu. Ketika dia berpacaran dengan Nadia. Tapi dia tidak pernah lakukan apa yang Nadia ceritakan pada Sarah. Itu suatu pembohongan semata-mata.
Ah... Hakimi sudah tidak tahu bagaimana lagi mahu
membuat Sarah percaya pada dirinya.
Jadi, betullah apa yang Nadia bagitahu pada saya? Awak dengan dia pernah lebih dari itu?” Sarah sehabis mungkin menenangkan dirinya. Entah mengapa, dia rasakan peluang yang dia bagi pada dirinya dan Hakimi sia-sia sahaja. Dia rasa tertipu. Dia rasa bodoh memikirkan, Hakimi adalah orang yang paling layak untuk berada di hatinya setelah sekian lama dia menutup pintu hatinya.

Macam mana awak boleh yakin yang Nadia tak tipu awak? Berapa kali saya kata, saya tak pernah buat sampai tahap sedemikian.” Hakimi memandang Sarah. Meminta simpati. Sarah menoleh ke arah lain. Hakimi mengeluh.

Macam mana saya nak tahu awak tak tipu saya?” Sarah memutarkan balik soalan. Hakimi menelan air liur. Ah… Sarah, bagaimana lagi aku mahu buat kau percaya, aku tidak sejahat yang kau fikirkan?

Telefon Sarah berbunyi, menghentikan lamunannya, lantas dia mencapai telefon bimbit yang berada dalam poket jeansnya. 

Sarah, kitaorang nak pergi makan ni? Kau kat mana?” kedengaran suara Huda di hujung talian. 
Aku kat ladang teh lagi. Nanti aku pergi kat korang. Korang kat tempat yang sama kan?
Ha’ah… jumpa nanti.” Talian dimatikan.

Sarah memalingkan tubuhnya sambil matanya masih melekat di skrin telefon. Ada mesej dari Hakimi. Dia mengeluh. Mahu atau tidak membalasnya. Kakinya melangkah tanpa dia memandang ke hadapan dan tiba-tiba, dia terlanggar seseorang. Telefonnya terjatuh, pecah.
Ah... dia bertemu lagi lelaki itu. 
Ah, maaf. Saya tak nampak,” Sarah berkata sambil mengutip Sony Xperia S miliknya. Sarah mengeluh dalam hatinya. Dia memandang gerangan di hadapannya. Kali ini dia tidak alert dengan kehadiran lelaki itu.

Sarah Qistina.” Lelaki di hadapannya tersenyum sambil memandangnya. 

Sarah menelan air liur. Dia tidak tahu apa perasaannya melihat lelaki di hadapannya. Sudah lama dia tidak bersua dengan lelaki di hadapannya. Semenjak dia tamatkan pengajiannya. Dia memandang lelaki itu dari atas sampai bawah. Di leher lelaki itu juga turut tergantung kamera jenama Canon EOS 60D.

Ah.... Kau,” Sarah gugup. Jantungnya berdegup kencang. Dia dapat rasakan mukanya panas.

Lama tak nampak kau. What a really coincindence.” Lelaki itu masih mengukirkan senyuman. Sarah membalas senyuman itu.

Kau buat apa kat sini?” giliran Sarah untuk menyoal. Dia sehabis mungkin cuba menenangkan hatinya yang kini gementar berhadapan.

Ah... perasaan itu tiba lagi. 
Holiday.” Lelaki itu mengarahkan ibu jarinya ke arah belakangnya. Sarah menoleh. Lelaki itu menunjukkan ke arah perempuan yang cantik yang sedang berbual-bual dengan seorang lelaki. Ah… itu mungkin isterinya. Hati Sarah kecewa.

Honeymoon eh?” Sarah memandang lelaki di hadapannya. Lelaki itu memandangnya dengan wajah yang hairan.

Kau tunjuk arah sana. Ada perempuan around your age, must be your wife.” Sarah cuba tersenyum. Lelaki itu menoleh.

Oh, sorry. Salah tunjuk. Kat sana,” Lelaki itu menoleh sambil menunjuk ke arah seorang lelaki dan perempuan dalam lingkungan 50 an, mungkin itu ibu bapanya dan Seorang lelaki dan perempuan bersama seorang anak kecil. Sarah mengangguk. Hatinya tiba-tiba berasa lega. Dia tersenyum.

Kau ingat aku lagi kan?” soal lelaki itu. Sarah memandang lelaki itu.
Of course. Kita 1 U dulu kan? Coursemate kan?” Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum.
Nama aku?” Lelaki itu menyoal lagi.

Sarah menelan air liur. Ah… dia tahu nama lelaki itu. Dia tahu. Namun lidahnya tidak dapat menyebutnya nama itu. Ah… lidahnya kelu untuk menyebut nama lelaki itu. Seolah-olah ada gam yang melekat dalam mulutnya.

Kau tak ingat nama aku kan? Nak buat macam mana, aku bukannya penting dalam hidup kau.” Sarah tersentap dengan ayat lelaki itu. Ah… kalaulah lelaki itu tahu hal yang sebenarnya. 

Ah... lidahnya kelu bila berhadapan dengan lelaki itu.
Tak, aku ingat. Nama kau… Syaa….” Sarah cuba menarik nafas. Lelaki itu masih memandang Sarah sambil tersenyum. Ah… Sarah gelabah melihat senyuman lelaki itu. “Syazril Haikal…” akhirnya Sarah mampu mengucapkan nama lelaki itu. Lelaki itu tersenyum.

Nasib baik kau ingat nama aku. Ingatkan aku kena buat sesi perkenalan semula dengan kau.” Syazril tersenyum. Sarah membalas senyuman itu. Dia makin gementar. 

So, kau buat apa kat sini? Honeymoon juga?” usik Syazril. Sarah ketawa. Syazril tersenyum.

Tak adalah. Macam kau juga. Holiday. Tapi aku holiday dengan kawan-kawan aku. Diorang pergi mana entah. So, aku kat sini,….”

… ambil gambar.” Syazril mencelah. Sarah tersenyum. “Aku perasan dari tadi lagi. Ada perempuan yang ambil gambar kat sini sorang-sorang, tak tahu pula kau. Sebab tu aku datang sini.” Syazril berkata. Sarah tersenyum. Akhirnya dia dapat hilangkan rasa gugupnya.

Yeah… pathetic isn’t it? Macam tak ada kawan je.” Entah mengapa Sarah mengeluarkan ayat sedemikian. 

Tak lah. Kau tak ada la pathetic sangat. Normallah berseorangan. Tak semua macam kau. Isn’t it?” Sarah menoleh. Entah mengapa dia merasakan kelainan dengan ayat yang didengarnya sebentar tadi. Tangannya mengusap-ngusap skrin telefonnya yang pecah itu. Syazril memandang telefon Sarah.

Sorry, I break your phone isn’t it?” Syazril memohon maaf. 

Pertama kali dia berbual mesra dengan lelaki itu.
Taklah. Bukan salah kau pun. Aku yang jalan tak pandang hadapan.” Sarah menelan air liur. Tidak tahu apa lagi yang harus dibualkan dengan lelaki dihadapannya. Dia tahu dia boleh bertanya di mana Syazril bekerja sekarang, tapi seperti biasa, lidahnya kelu bila berhadapan dengan lelaki di hadapannya. Dari zaman university lagi.

Mungkin aku boleh gantikan yang lain,” Syazril memberi cadangan.

Eh, tak apalah. Tak rosak teruk sangat pun. Just skrin pecah je. Maybe kalau baiki, okey kot.” Sarah masih memandang skrinnya yang pecah itu. Ah… dia tidak sempat untuk membalas mesej dari Hakimi. 

Tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 4 tahun berlari ke arah sini. “Pak Ngah,” si kecil itu bersuara. Syazril dan Sarah menoleh.Di belakang si kecil itu, kelihatan seorang perempuan dalam lingkungan 50-an.

Perkenalkan ibu aku,” Syazril memperkenalkan ibunya kepada Sarah. Sarah bersalaman dengan ibu Syazril.

Oh, saya Sarah.”Sarah memperkenalkan diri.

Kawan Syazril masa belajar UKM dulu.” Syazril bersuara. Sarah lihat ibu Syazril tersenyum ke arahnya. Terbit rasa segan di hatinya.

Dia segan dengan situasi ini.
Err… saya pergi dulu la Mak Cik, dah janji dengan kawan,” Sarah cuba meminta izin. Ibu Syazril mengangguk. Sarah bersalaman sekali lagi sebelum beredar. Dia menoleh ke belakang setelah dia jauh dari Syazril. Ah… entah mengapa hatinya mengukirkan satu rasa kegembiraan.

Ibu nampak dia macam baik je,” Puan Hamidah tersenyum sambil memandang anaknya, Syazril. Syazril tersenyum.

Memang. Dia baik tanpa perlu tunjukkan kebaikannya. Dia unik dalam caranya tersendiri.” Syazril membalas senyuman ibunya sambil matanya masih lagi melekat kepada kelibat Sarah Qistina. Ah… dia rindu wajah itu.

I wish I can say that, my heart beats for you.

p/s---- sila bersabar. Masih ada beberapa episode lagi. Hahaha. Otak aku tetiba dapat idea nak kembangkan ini. Hehehe.
#Oh lupa, Syazril tu Mr.A.. hahha. Last-last aku tak letak nama watak 1 lagi bermula dengan huruf A.. heheh. Nong Andy, jangan marah. hehe.. Siapa Marah kena jual. kekeke#

9 comments:

  1. ahahaha.. best!!

    sila sambung n kembangkan lagi.

    dan.. aku suka nama Syazril tu hehehehe...

    dan aku suka gambar tu.. o.k ensem enough kikikiki..

    memula aku kuciwa sebab Sarah tak boleh terima masa silam Hakimi. well aku ada pendapat sendiri ttg itu---> kisah silam adalah sejarah yg x boleh di ubah tetapi kita x boleh nak hukum utk sesuatu yg dia x boleh ubah. yg pnting apa dia sekarang.. hehehe..

    tapi bila aku 'jumpa' Syazril? okeh aku dah faal in love with him. so lantaklah dgn Hakimi muahahahahaha...

    ReplyDelete
  2. ahahaha.. best!!

    sila sambung n kembangkan lagi.

    dan.. aku suka nama Syazril tu hehehehe...

    dan aku suka gambar tu.. o.k ensem enough kikikiki..

    memula aku kuciwa sebab Sarah tak boleh terima masa silam Hakimi. well aku ada pendapat sendiri ttg itu---> kisah silam adalah sejarah yg x boleh di ubah tetapi kita x boleh nak hukum utk sesuatu yg dia x boleh ubah. yg pnting apa dia sekarang.. hehehe..

    tapi bila aku 'jumpa' Syazril? okeh aku dah faal in love with him. so lantaklah dgn Hakimi muahahahahaha...

    ReplyDelete
  3. haha sengaljek

    nak a jugak

    nway aku xnk die ngn syazril

    tergeliat lidah weh

    ReplyDelete
  4. haha sengaljek

    nak a jugak

    nway aku xnk die ngn syazril

    tergeliat lidah weh

    ReplyDelete
  5. Nong Andy---> heee... kan kan. kan.. Sebab itu Sarah fall in love dengan Syazril.. hahaha.

    err.. betul, kita boleh judge seseorang berdasarkan masa silamnya. Nanti yg itu aku kembangkan.. ah, kau bagi idea untuk aku kembangkan.. hehehe.

    # Syazril itu hensem tahu.. lagi hensem dari Hakimi... sila bayangkan.. kekekekeke.

    ########

    Iffah Afeefah-->>hahahhaa... maaf la... tak boleh nak tolong. Syazril sudah dipilih.. A tu dah hilang.. kikikiki.

    Kita tengok, jodoh dengan siapa.. kalau ada jodoh diantara Hakimi dan Sarah, adalah.. ehehhe.

    *eh, macam realiti lak.. hehehe,. =)

    ReplyDelete
  6. Nong Andy---> heee... kan kan. kan.. Sebab itu Sarah fall in love dengan Syazril.. hahaha.

    err.. betul, kita boleh judge seseorang berdasarkan masa silamnya. Nanti yg itu aku kembangkan.. ah, kau bagi idea untuk aku kembangkan.. hehehe.

    # Syazril itu hensem tahu.. lagi hensem dari Hakimi... sila bayangkan.. kekekekeke.

    ########

    Iffah Afeefah-->>hahahhaa... maaf la... tak boleh nak tolong. Syazril sudah dipilih.. A tu dah hilang.. kikikiki.

    Kita tengok, jodoh dengan siapa.. kalau ada jodoh diantara Hakimi dan Sarah, adalah.. ehehhe.

    *eh, macam realiti lak.. hehehe,. =)

    ReplyDelete
  7. arghhhh best gila... smooth gila baca.... lalalalaala usha sambungan dia jap.

    ReplyDelete
  8. Bidadari syurga---> heee.. smooth ka?. usha jngan tak usha.. kekekek.

    ReplyDelete
  9. watak baru dah muncul dah. hehe.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.