Sarah baru tiba di keretanya setelah
berhabis pulun menyiapkan kerjanya. Ah… penat usah dikira. Dia yang meminta
kerja sedemikian, jadi dia harus kuat. Walau sesusah mana kerjanya sekalipun,
itu adalah minatnya. Dan tiba-tiba muncul seorang perempuan di belakangnya.
![]() |
| Ada pesaing nampaknya. |
“Hi.” Sarah menoleh. Seorang gadis berambut
panjang paras bahu sedang memandangnya dengan pandangan sinis.
“Kau Sarah Qistina bukan?” soal gadis itu
lagi. Sarah hairan. Bagaimana gadis itu mengenalinya.
“Kau siapa?” Sarah menyoal. Gadis itu tersenyum sinis lagi.
“Kau tentu tak pernah tahu tentang aku
bukan? Hakimi tak pernah beritahu kau?” Gadis itu tersenyum sinis lagi.
Sarah menelan air liur. Jadi gadis ini
tentunya ada kaitan dengan Hakimi Fazril. Dia memandang lagi gadis itu dari atas
sampai bawah. Cantik.
“Kau siapa?” soal Sarah lagi. Otaknya
tengah bingung buat masa sekarang ini.
Gadis itu tersenyum sinis lagi. “Aku Nadia.
Takkan Hakimi sikit pun tak pernah bagitahu kau tentang aku?”
“Apa kaitan kau dengan Hakimi? Asal Hakimi
perlu bagitahu aku tentang kau?” Sarah masih bingung lagi.
![]() |
| Kesiannya kau, dipermainkan oleh kekasih sendiri. |
“What a really pathetic person you are.”
Ujar Nadia dengan selamba. Sarah tersentap. “Aku hadir sebelum kau. Dalam hidup Hakimi
Fazril itu. Aku rasa kau patut tahu siapa aku even Hakimi tak pernah bagitahu
kau siapa aku. Kewujudan aku dalam hidupnya.” Sarah memandang Nadia. Otaknya
ligat memikirkan sesuatu.
“Hakimi’s ex girlfriend?”Sarah meneka.
Nadia tersenyum sinis.
“Bingo!”
“Apa yang kau nak?” soal Sarah lagi.
“Aku dengar kau akan kahwin dengan dia bukan?”
Nadia memandang Sarah dari atas ke bawah.
“Mana kau tahu? And macam mana kau tahu
tentang aku?”
“Well, kalau kau rapat dengan ahli keluarga
Hakimi, senang je nak korek rahsia. Isn’t it?” Nadia teringatkan Hazlina.
Hazlina yang tidak pernah menyukainya. Ada baiknya dia menaikkan marah Hazlina.
Ah… perempuan senang sahaja nak korek rahsia. Buatkan mereka marah dan tanpa
sedar, mereka akan bocorkan rahsia.
Sarah tersenyum. Nadia tidak mengerti senyuman
itu. Sarah menarik nafas. Dia sudah mengagak perkara sebegini akan berlaku.
Selalu sahaja dia membaca situasi sebegini dalam novel mahupun drama di TV.
“Let me guess, kau datang jumpa aku, just
only to ask me to let go Hakimi isn’t it? Sebab
kau dengar rumours yang aku dengan Hakimi akan berkahwin, that’s why kau
cari aku? Am I right Cik Nadia?”
Nadia memandang perempuan di hadapannya
dengan satu perasaan kagum. Ah… dia tersalah tafsir perempuan di hadapannya.
“Kau dah faham. So, aku tak perlu nak
explain lebih lanjut.” Balas Nadia dingin.
“Kau nak suruh aku lepaskan Hakimi? Atas
dasar apa?” Sarah tersenyum dalam hati.
“Kau tak kenal Hakimi as much as I do. Kau
might tunang dia. Kau akan berkahwin dengan dia, but trust me, kau tak kenal
dia as much as I do. Dia terlalu banyak rahsia.” Nadia memandang Sarah. Ah…
tenang gila perempuan ini. Kalau aku di tempat dia, sah-sah aku akan mengamuk.
Sarah tersenyum. Dia sebenarnya tidak kisah
tentang itu. Entah, dia tidak kisah sangat tentang masa silam Hakimi. Yang dia
tahu, dia sedang memberi peluang kepada dirinya dan juga Hakimi.
![]() |
| Belum tentu aku dengan dia. |
“Aku bukan tunang dia. Dan itu belum tentu
yang aku dan dia akan berkahwin.” Sarah memandang nadia. Nadia hairan mendengar
ayat Sarah.
“Maksud kau?”
“Kitaorang dalam fasa pengenalan. Knowing
each other better than before. Entah, kalau ada jodoh, adalah.”
“Tapi, dia bawak kau pergi jumpa parents
dia.”
“Yeah, right. Tapi dia yang nak bawak aku
pergi jumpa parents dia. Dan aku pun tak tahu sangat hal itu. Kitaorang tak
pernah cakap tentang kahwin. Not at all.” Sarah teringat perbualannya dengan
Hakimi ketika menghantarnya setelah berjumpa ibubapanya. Tiada perkataan kahwin
disebut. Yang Hakimi katakan, hanyalah peluang. Entah Sarah sudah lupa.
“Tapi Hakimi beritahu dia pilih kau.” Nadia
masih tidak mahu mengalah. Dia masih ingat kata-kata Hakimi itu. Mengatakan dia
sudah jumpa seseorang yang mampu menjadi pengganti kepada dirinya.
“Aku tak tahu apa masalah dia dengan kau.
Kisah silam dia dengan kau. Aku tak tahu. Dan aku tak ada hak untuk tahu semua
itu. Kau cakap dia ada banyak rahsia? Entah. Aku tak tahu sangat tentang dia.”
Sarah memandang gadis di hadapannya. Terbit rasa simpati. Mungkin Nadia
benar-benar mahukan kembali Hakimi namun Hakimi menolak.
Nadia menelan air liur. Dia tidak tahu
perasaannya sekarang ini. Yang dia tahu, Hakimi harus jadi miliknya. Bukan
milik perempuan di hadapannya.
“Aku masih jumpa dia.” Nadia cuba untuk
membuat Sarah cemburu.
“So? Ia bukan hal aku. Dia ada hak nak
jumpa sesiapa pun hatta kau sekalipun.” Sarah kelihatan tenang. Ah… buat apa
dia mahu cemburu. Dia bukannya jatuh cinta lagi dengan Hakimi. Mungkin bila
saat itu tiba, ya, dia akan cemburu, tapi bukan sekarang. Dia masih cuba
memberi peluang kepada dirinya.
“Is there anything else? Kalau tak, aku
minta diri dulu.” Sarah melangkah ke arah keretanya.
“Hakimi dan aku pernah jadi lebih dari
itu.” Sarah menoleh ke arah Nadia. Tidak mengerti ayat Nadia.
“Kau tahu maksud aku. Aku dan dia pernah
lebih dari itu. Dan sekarang pun.” Nadia berbohong.
“Aku tak faham.”
![]() |
| Hakimi harus jadi milik aku. |
“Kau tahu, bersekedudukan. I think you
understand that.” Sarah menelan air liur. Terkejut dengan pengakuan dari Nadia.
Sarah tersenyum. Dia cuba berfikir dengan
waras. Tak mungkin. Dengan keperibadian Hakimi. Tak mungkin. Sarah memilih
untuk tidak percaya.
“Kau tahu, agak-agak la kau nak buat
pengakuan sebegitu. Tak payah nak tipu. Nanti ia memalukan diri kau.” Nadia
tersentap. Ah, bagaimana perempuan ini tahu dia berbohong.
“Mungkin kau tengok keperibadian dia
sekarang bukan? Kau pernah dengar don’t judge book by its’ cover?” Nadia masih
tidak mahu mengalah.
“Aku takkan percaya kata-kata kau.” Sarah
cuba menyembunyikan rasa gelisah di hatinya. Risau jika apa yang difikirkannya
tentang Hakimi adalah benar.
“Kau boleh pilih untuk percaya. But aku
kenal dia. Aku kenal dia lebih dari kau kenal dia. Dan sekarang pun aku masih
jumpa dia. Aku rasa kau faham itu bukan?”
Sarah menelan air liurnya. Tidak tahu apa
yang harus dijawabnya. Dia keliru. Hakimi itu berlakon kah di hadapannya selama
ini?
“Better kau tanya dia tentang kisah
silamnya.”Nadia beredar meninggalkan Sarah keseorangan di situ.
Sarah kaku di situ. Otaknya ligat
memikirkan tentang apa yang di beritahu oleh Nadia tadi. Benarkah? Atau itu
hanyalah cubaan untuk dia meninggalkan Hakimi? Sarah keliru.
![]() |
| Ditipukah dia? |
p/s--- aku tetiba dapat idea nak buat ini sebagai cerpen bersiri.. Hahaha.
Jangan marah. =)





9 comments:
wah.. imaginasi berkembang nampak.. semakin menarik. cinta itu indah.. tapi kena ada cabarannya baru boleh nak hargai keindahan cinta tu kan hehehe..
Nong Andy---> heee... entah. Aku ada masalah sekarang.. Menulis je kereja aku.. hahaha. betul.. kena ada cabarannya.. hehehe.
#ending dia bukan dengan Hakimi. Mungkin. hehehe
hah? bukan dgn Hakimi? oh takpe.. mungkin dia tak berjodoh dgn Hakimi :)
nk ngn kimi jugak
xkire
suke aku pempuan y kool je ni
Nong Andy--> entah... aku dapat idea... jodoh bukan kita yang aturkan.. =)
######
Iffah Afeefah---> errr... agak berat ini punya permintaan.. err... kau tunggulah. Endingnya bagaimana.. =)
better kau tamatkan dengan happy ending... biar nadia tu kena balik... kalau tidak... arghhhhhhhhhhhhhhhhhh... aku mogok!
Bidadari Syurga---> yaaa... aku jamin ini happy ending... Sarah jumpa happy endingnya.. =)
hahaha lempang jugak nadia ni! menyibuk je keje. hahaa.
Noraim---> ahahhaa. Lempang jangan taj lempang.. =D
Post a Comment