![]() |
| Aku suka kau. |
Zahra Aliya menghembuskan nafasnya untuk
kali ke berapa entah. Berfikir 456 kali sama ada patut atau tidak SMS itu
dihantar. Ah… dia keliru. Apa yang akan terjadi? Malu sudah semestinya berada
di tempat yang pertama.
Aku suka kau.
Dibaca lagi SMS yang ditaipnya. Mahu atau
tidak menghantarnya kepada penerimanya. Perlukah dia menjadi perigi mencari
timba kali ini? Adakah Arman akan membalas mesejnya itu? Apa yang akan
dibalasnya? Menerima cintanya atau menolak? Dia dan Arman sahabat baik namun
dia punya perasaan terhadap Arman lebih dari seorang kawan baik dan Arman tidak
pernah sedar akan hal itu.
Zahra menarik nafas sedalam-dalamnya
sebelum dia menekan butang send. Dengan satu tekan, SMS itu dihantar kepada Arman
Haikal. Zahra menanti dengan penuh sabar. 5 minit bertukar menjadi 1 jam. Ah…
Zahra tidak mampu untk duduk tenang lagi. Adakah Arman marah kepadanya? Adakah
Arman mendiamkan diri bermakna jawapannya adalah menolak cintanya?
![]() |
| Dia berdebar memnati balasan. |
Tiba-tiba kedengaran bunyi SMS masuk.
Lantas Zahra mencapai telefonnya. Ada SMS dari Arman. Tangan Zahra
terketar-ketar untuk membaca SMS dari Arman.
“Sorry lambat. Kau kenapa? Salah
send mesej eh? =)”
SMS dari Arman membuatkan rasa kecewa
menghurungi jiwa Zahra.
“Sorry. Aku tersalah send. Hehe.”
1 minit kemudian, Arman membalas.
Ok. =)
Zahra mengeluh. Ah… Arman tidak memahami.
Dia benar-benar maksudkannya. Ah… bagaimana mahu buat ini. Buat pertama kali
dia memalukan dirinya.
#####
“Kau kenapa semalam?” soal Arman ketika
mereka makan tengahari bersama-sama selepas tamat kuliah.
Zahra menelan air liur. Mahu beritahu hal
sebenar kah? “Kan aku dah kata aku tersalah send.” Zahra berbohong. Arman
tersenyum mendengar jawapan sahabat baiknya.
“Kau nak confess kat sape ni? Asal aku tak
tahu pun. Ce citer. Dah pandai berahsia dengan aku eh.” Arman mengukirkan
senyuman.
![]() |
| Aku kata benar lah. |
“ Kau ni, busy body betul.” Arman ketawa.
Zahra tersenyum.
“Siapa yang kau suka ni? Asal aku tak
pernah tahu?” Arman masih lagi mahu mengorek rahsia kawannya itu.
“Tak ada apa-apa lah.”
“Kau suka Adam eh?”Pertanyaan Arman
benar-benar buat Zahra menelan air liur.
“Kenapa kau tiba-tiba kaitkan dengan Adam
pulak?” Zahra hairan.
“Yeela, Adam kan hot stuff. Ramai secret
admire. Kot-kot kau pun terinclude as his secret admire.”
Zahra menunjukkan reaksi jengkel. Ah…
tolonglah. Asyik Adam je yang selalu dia dengar. Adam itulah. Adam inilah. Naik
menyampah betul.
“Ke, kau yang suka Adam? Asyik sebut pasal
Adam je.” Kali ini giliran Zahra mengusik.
“Ish kau ni! Aku bukan gay ok. Memanglah kalau
aku jadi perempuan, sah-sah aku akan jadi secret admire dia juga. Tapi
masalahnya, aku bukan jadi perempuan sekarang.” Zahra ketawa mendengar lawak
Arman.
“Nasib baik. Risau aku kalau aku kawan
dengan gay.” Zahra ketawa lagi. Arman tersenyum sahaja.
“Kalau kau suka Adam, aku boleh tolong.”
Zahra memandang Arman. Hairan.
“Asal kau ni? Aku tak suka dia. Dia bukannya
taste aku pun.” Arman mengangguk faham. Dia faham Adam Almi, bukan citarasa
Zahra Aliya.
![]() |
| Aku pandang kau je. |
“Really? Aku selalu sedar, kau perhati dia
dari jauh.” Zahra hairan dengan Arman. Bilamasa dia perhatikan Adam, dia
sendiri tidak tahu. Yang dia tahu, memang hobinya suka perhatikan kawasan
sekeliling. Mungkin Adam kebetulan berada di tempat yang dia sedang perhatikan.
“Mana ada. Kau ni mengarut lah.” Zahra menidakkan.
“Eleeee… dengan aku pun nak berahsia.
Bagitahu je hal yang sebenar. Aku simpan je.” Arman ketawa. Zahra mencebik. Bengang
dikaitkan dengan lelaki yang dia tidak begitu kenali.
“Fine, kalau betullah aku suka dia, so what’s
the problem?” Zahra bengang. Arman tersenyum.
“Kau memang betul-betul suka dia la?” Zahra
mengankat bahu.
“No. No. Aku rasa kau dengan dia tak
sesuai.” Kali ini kehairanan Zahra bertambah. Tadi, beria-ia kata aku suka
Adam. Ni bila aku cakap aku suka, cakap aku tak sesuai pulak. Gila ke apa?
Zahra memarahi Arman dalam hati.
“Asal pulak? Tadi kau yang cakap aku suka
dia. Ni kata aku dengan dia tak sesuai. Kau sewel ke hari ini?” Arman ketawa.
“Yeela. Kalau katakanlah jodoh kau dengan
dia…” Zahra mencebik. Dia harapkan Arman jodohnya. “Tunggu kau berubah, dan dia berubah.” Arman menyambung kata-katanya.
![]() |
| Aku harap kau jodoh aku. |
“Means?”
“Means, kau dengan dia, 2 dunia yang
berbeza. Kau suka putih, dia suka hitam. Berbeza.”
“Whatever. Tadi kau kata nak tolong aku
kalau aku suka dia, ni kau cakap terbalik lak. Daaa… aku memang tak salah cakap
dengan orang ke? Ke aku tengah mimpi? Kau siapa eh?” Zahra berkata dengan nada
jengkel. Arman ketawa.
“Yeela. kalau kau betul-betul suka dia, aku
boleh tolong kau ubah diri kau jadi taste Adam.” Zahra mencebik.
“Oh, pleaselah. Aku takkan berubah just
only untuk orang yang aku suka.” Arman tersenyum. Dia tahu Zahra sukar ubah
keputusan. Hitam katanya, maka hitamlah.
“Baguslah. Aku suka diri kau yang ini.
Lantaklah kau tak mekap ke, kau selekeh ke, kau tak gedik macam perempuan lain.
Tapi aku suka diri kau yang ini. Kekalkan tahu.” Arman tersenyum.
Zahra menelan air liur mendengar ayat
Arman. Ah… dia salah dengarkah? Kalaulah Arman tahu, dia pernah mahu berubah
menjadi perempuan yang pandai bergaya hanya untuk menawan hati Arman, namun,
bila Arman suka dirinya yang ini, dia batalkan sahaja. Dia juga suka dirinya
yang ini.
“So, macam mana kau punya taste? Kau tak
rasa kau patut cari someone sekarang?” Arman kembali bersuara
Zahra menelan air liur. Kalaulah dia
ceritakan hal yang sebenar, Arman lah lelaki yang dia pilih. Namun, Zahra tahu,
Arman takkan pernah percaya.
“Kalau aku cakap, taste aku macam kau,
boleh tak?” Zahra mengukirkan senyuman. Mengharapakan Arman akan mempercayai
kata-katanya.
“Kau suka aku ke?” Soalan Arman benar-benar
membuatkan jantung Zahra berdegup kencang.
“Ha’ah.” Zahra berkata benar. Arman
mengangguk.
“Aku tahu.” Arman memandang sahabatnya
dengan senyuman.
“Kau tahu?”Zahra hairan.
“Yup. Aku tahu kau suka aku sebagai kawan
kan?” Arman mengukirkan senyuman pada Zahra. Zahra kecewa. Ah… dia benar-benar
maksudkannya. Akhirnya Zahra mengangguk. Dia berbohong.
#######
Zahra kecewa memandang situasi di hadapannya.
Arman bersama kekasihnya, Amalina, perempuan yang selalu Arman ceritakan. Perempuan
yang Arman pernah ceritakan padanya. Perempuan tanpa nama yang Arman katakan
telah jatuh hati pada kali pertama bersua. Zahra ingatkan perempuan itu adalah
dirinya, namun bukan. Andaiannya salah. Dia kecewa.
![]() |
| Dia kecewa. |
Arman menyedari kehadirannya, lantas dia
melambaikan tangan. Amalina menoleh, mengukirkan senyuman kepadanya. Zahra
hanya mengukirkan senyuman sebelum dia mengambil keputusan untuk beredar.
#####
“Zahra Aliya! Tahniah.” Kedengaran suara
Arman memanggilnya. Zahra menoleh. Dia senyum.
“Aku ingat kau tak nak datang.” Zahra
merajuk.
“Sorilah. Aku tunggu wife aku mekap. Kemain
lama. Mengalahkan pengantin baru hari ini,” Arman memandang isterinya, Amalina.
Amalina mencebik. Zahra tersenyum melihat pasangan suami isteri yang baru
berkahwin 2 minggu lepas di hadapannya.
![]() |
| Akhirnya dia ketemu yang sesuai untuknya. |
“Mana Adam? Tak elok suami isteri bergerak
berasingan.” Arman mengusik. Amalina mencubit lengan suaminya.
Zahra hanya mampu tersenyum sahaja. Dia
sendiri tidak tahu bagaimana dia dan Adam mampu ke tahap ini. Yang dia tahu,
dia sedikit pun tidak menyukai Adam, bahkan hanya mengenali Adam dari Arman dan
kawan-kawannya yang lain. Selepas tamat pengajian, dia dan Arman masih lagi
bersahabat baik. Masih lagi saling menghubungi antara satu sama lain walaupun perasaanyang
disimpan terhadap Arman akhirnya mampu dihilangkan.
Dan sehinggalah satu hari tu, dia bertemu
dengan Adam yang selalu Arman ceritakan. Mereka berkawan sehinggalah Adam
meluahkan perasaan kepadanya sejak pertama kali bersua di U. Ah… rupa-rupanya
Adam selalu memerhatikan dirinya dari jauh namun dia tidak sedar itu kerana
apabila Arman berada di hadapannya, dia tidak hiraukan keadaan sekeliling.
![]() |
| Cinta itu unik |
“Adam,” Arman bersuara lagi setelah
menyedari kedatangan Adam. Adam mengukirkan senyuman sambil mengambil tempat di
sebelah isterinya. Tangan kedua-dua lelaki itu dijabat dengan mesra.
“Macam pinang dibelah dua.” Arman mengusik.
Adam dan Zahra tersenyum mendengar ayat Arman.
“Eleh, hari tu kemain kata aku dengan dia
tak sesuai. Kau cakap aku dengan dia dua dunia yang berbeza.” Arman ketawa. Dia
ingat lagi ayat yang dia katakan pada Zahra. Tapi siapa dia yang mahu
menidakkan kuasa Tuhan.
“Yang berbeza itulah yang melengkapi antara
satu sama lain.” Adam mencelah. Zahra mengukirkan senyuman. Dia tahu itu. Ada
baiknya, dia tidak meluah perasaannya pada Arman. Betullah, kadang-kadang apa
yang kita suka, kita tak akan dapat. Apa yang kita tidak suka, itulah yang kita
dapat. Tuhan itu mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-NYA.
p/s--- mati otak duk fikir tajuk. Kalau korang rasa tajuk tak sesuai sila bagi cadangan,.. hahhaa
.jpg)







8 comments:
Haha aku suke. Even mmg frust gile mase arman reject
ahhhh geram je
tp btul
jodoh tu unik
kita tak tahu pon die akan cross gni
tapi bak kata azhar, jodoh dlm cite prnulis y tentukan
Iffah Afeefah---> hehehhehe. Betul3... jodoh itu unik.. hehehe. Jodoh dalam cerita, penulis y tentukan.. heee... Memula nak buat dgan Arman, pas tu tak jadi sebab aku baca cerpen kau... heheh. Kawan selamanya.. =)
#amboi Azhar naik nama kat sini.. kekeke.
akan di baca dgn bersungguh2 malam ni... :D
terase FRUSTTTT..
tingat org rejek aku dulu, mmg jodoh tu pelik..au suke tajuk kau..
pepun mmg best akhirye NO sad ending :))
Nong Andyyy---->> yaaa. baik.. =D
#####
cikZaitul--->haaaa.. nasib baik ada org suka tajuk.. hehehe. Terima kasih. =)
best.. tapi pendek sangat.. ah tapi kan dah namanya cerpen? hehehee..
Nong Andy---> heee... pendek kau kata??? Aku tulis pun daa rasa pnjang.. kekek. Betullah ini cerpen je.. =)
aduhai .. pernah berada di situasi ini .. memang betul lah kan. seorang perempuan tak boleh berkawan baik dengan seorang lelaki sebab pasti akan timbul rasa cinta pada salah seorang atau kedua2nya .. huhu ..
Post a Comment