nuffnang

Sunday, May 20, 2012

Cerpen: I wouldn’t change a thing.



Aku terlihat sebahagian kisah silam aku.
Aku berjalan-jalan sekitar di pusat membeli belah itu sementara menanti seseorang. Ah… aku rasa hampir setengah jam aku di sini. Dari satu kedai aku ke satu kedai, namun tiada yang aku beli. Sengaja berbuat sedemikian untuk hilangkan rasa bosan.  Menunggu manusia kadang-kadang menguji kesabaran. Tambah-tambah lagi manusia yang sukar untuk tepati masa. Ah… aku bukannya marah sangat pun. Lagipun, ini adalah kali pertama dia lambat, jadi aku maafkan sahaja dirinya. Tiba-tiba mata aku ternampak kelibat pasangan kekasih mungkin, tidak jauh dari tempat aku berdiri. Ah… dia. Sudah lama aku tidak lihat dirinya. Kali ini dengan orang lain. Masih belum berubah kah? Aku tersenyum sinis sebelum melangkah keluar dari kedai itu. aku melangkah ke restoran yang berdekatan, menanti orang yang ditunggu di situ.

##########

Salam… awak, maaf ganggu malam sebegini. Saya mahu minta hubungan ini ditamatkan. Saya rasa, tiada gunanya saya dan awak lagi. Awak tipu saya. Selama ni, saya sangka awak betul-betul ikhlas tapi awak tipu saya. Awak masih dengan kekasih awak yang awak katakan telah menjadi bekas kekasih awak. Awak cuma mahu uji keegoan saya sahaja bukan? Sebab selama ini, saya asyik menolak setiap kali awak minta saya jadi kekasih awak. I should know about that. Saya minta maaf di atas sikap saya yang saya rasa telah membebankan awak dan terima kasih di atas hubungan 3 bulan ini. Saya doakan awak bahagia dengan dia. Saya tak dapat jamin  kita masih dapat berkawan lagi atau tidak. Sorry and thanks for everything.”

He's the first boy 'kill' me.
SMS sepanjang 4 muka surat dihantar pada malam itu selepas aku menyedari bekas kekasih yang dikatakannya masih lagi post something di wallnya. Ayat biasa aku tak kisah, tapi kalau ayat “I love you.” Siapa yang dapat buat donno sahaja . Aku tunggu balasannya. 1 jam, berlanjutan kepada beberapa hari. Sehingga aku sendiri yang menelefonnya. Meminta jawapannya. Ah.. bodoh bukan diri aku. Sudah tentu jawapannya adalah YA. Aku tahu itu. Aku mungkin tidak selalu membuat andaian tapi andaian aku kebanyakan adalah tepat.

Aku telefon dia, meminta jawapan. Katanya, dia akan fikirkan kembali. Aku tebalkan muka tahu meminta jawapan walaupun aku tahu dia tentunya akan bersetuju. Aku tahu dia dan aku ada krisis sebelum itu. Dan sangkaan aku benar bila malam itu juga, dia hantar SMS, “Saya rasa lagi baik sebenarnya kita putuskan sahaja hubungan ini. Saya tak boleh nak ikut cara awak.” Itu sahaja balasan mesej kepada mesej 4 muka surat aku. Saat itu juga aku nangis. Dia lelaki pertama yang lukakan aku. lelaki pertama yang aku mengalirkan air mata. Saat itu, aku rasa bodoh.

Aku membodohkan diri aku.
Dan ia lagi bodoh bila beberapa hari selepas itu, aku menelefonnya kembali. Nombor telefonnya masih lagi aku ingat walaupun aku telah padam ia dari phone aku. Aku rasakan aku tak mahu kehilangan dirinya. Aku sendiri tidak tahu apa yang aku buat ketika itu. Aku telefonnya lagi,meminta hubungan kami kembali berjalan seperti biasa. Aku sangka, aku yang tersalah membuat andaian. Dan dia bersetuju sahaja. Dan hubungan kami berjalan seperti biasa sehinggalah aku tahu sesuatu dari facebooknya. Kali ini mungkin aku sudah dapat biasakan.

Aku ternampak gambarnya dengan perempuan. Berpegangan tangan. Tapi kali ini perempuan lain. Bukan lagi perempuan yang dia pernah buat status in realationship with. Bukan lagi perempuan yang dia pernah kata itu adalah bekas teman wanitanya. Dan jujur, saat itu aku bengang teramat. Ah… sekali lagi aku ditipu. Bodoh bukan aku? Sepatutnya aku biarkan sahaja masa dia bersetuju untuk berpisah. Sepatutnya aku tidak patut menelefonnya kembali, meminta hubungan kami berjalan seperti biasa. Ah… bodoh bukan aku. tapi kali ini, aku biarkan sahaja. Aku tidak lagi menghantar mesej untuk berpisah atau apa-apa sahaja. Aku biarkan sahaja. Dan dia pun tidak lagi hubungi aku selepas itu, selepas aku meminta hubungan kami berjalan seperti biasa. Langsung tiada, yang selalu hubunginya adalah aku. Aku yang selalu hubunginya.

kali ini aku bersedia.
Dan saat itu, aku tekad. Aku takkan lagi hubunginya. FB dia telah aku remove dan block. Itu lagi baik. Aku biarkan sahaja even tika itu, hati aku memang terluka teramat. Terlalu. Aku cuba bertenang. Namun tak mampu, setiap kali aku bersendirian, bila roommate aku tiada di dalam bilik, aku akan menangis. Yaa… bodoh sebenarnya mengalirkan air mata untuk lelaki sedemikian. Aku terluka dengan dirinya. Bagaimana dia yang menjadi kawan baik aku selama 4 tahun, aku tidak sedar dark sidenya itu? Mengapa? Aku asyik menyalahkan diri aku tika itu. menerimanya sedangkan selama ini, aku asyik menolak permintaan untuk punya hubungan lebih dari seorang kawan.

Entah, mengapa kali itu aku menerimanya, mungkin aku rasakan dia ikhlas. Mungkin. Sebenarnya tiada langsung keikhlasan itu. tiada. Aku ditipu. Dan di saat ini, tiada langsung  kata maaf darinya. Aku sendiri tidak berharap lagi pada kata maafnya. Aku tidak lagi punya rasa dendam padanya. Aku sudah lupakan dia. Even, ada juga aku pernah terserempak dia dengan perempuan lain.Tapi, aku berlagak tidak mengenalinya.
You let me down.


##########


Sorry lambat.” Seorang lelaki mengambil tempat berhadapan aku. Adam ukirkan senyuman pada aku. Aku balas senyumannya.

Ah… dia datang sini. Aku perhatikan bekas kekasih aku melangkah masuk ke restoran itu. Aku sedar dia pandang aku. Mungkin menyedari kehadiran aku. Aku biarkan sahaja. Berlagak tidak menyedari hal itu.

Jom.” Aku mengajak Adam keluar dari restoran itu. tidak selesa dengan pemerhatin bekas kekasih lelaki itu. Mungkin mahu melihat siapa lelaki bersama aku.

Kenapa? Adam baru sampai kot.” Adam membalas. Aku senyum.

Saja. Kan kata nak belanja aiskrim?” Aku senyum. Adam mengangguk dengan senyuman di bibirnya. Kami akhirnya bangun dan melangkah keluar.

Aku jumpa Adam sebab sikap dia itu. Terima kasih.
Aku sempat melirikkan mata aku ke arah dia. Aku sedar dia juga pandang aku. Aku biarkan sahaja. Mungkin aku sengaja mahu buatkan dia rasa cemburu. Cemburu yang aku telah menjumpai lelaki yang berjuta kali lebih baik dari dirinya. Mungkin dia akan menyesal. Mungkin. Tapi aku tak akan ubah apa-apa. Aku suka keadaan ini walaupun kata-kata maaf yang aku tunggu dari dia hanya tinggal harapan. 

Ah… biarkan sahaja. Persetankan semua  yang berkaitan dengan dia. Aku sepatutnya ucapkan terima kasih pada dirinya. Jika bukan sikapnya beberapa tahun lepas, aku takkan pernah jumpa kebahagian aku sekarang. Aku masih lagi berlagak tidak menyedari dia walaupun aku tahu matanya masih tertumpu pada aku. Ah.. biarkan sahaja. Aku telah buang dia dari hidup aku. Untuk selama-lamanya.

Adam mengenggam tangan aku dengan erat. Aku ukirkan senyuman. Aku pandang pegangan tangan itu. Inai merah masih lagi kelihatan di jari kami berdua. Aku senyum. Aku jumpa kebahagiaan aku.

I found my own my happines

p/s---based on a true story. Tapi aku ubah biar ada happy ending. Haha. 


10 comments:

Layyinul Harir said...

hmm..menarik jugak.sebab happy ending..

kan disetiap kesakitan,kekecewaan, pasti ada kebahagiaan walaupun kita tak tahu bila bahagia itu akan datang.

hakikatnya,setiap orang berhak bahagia.

terima kasih Adamm..hehe~

Teenager Housemaid said...

:)

aku hanya mampu senyum membaca cerpen ini....:)
terasa lukanya masih disitu...:)

Lady Windsor said...

Reen,
kalau yang true story, sad ending ke? aku suka lagi kalau sad ending..ntah nape..

Iffah Afeefah said...

Ahakkk makin sweet kwn aku sorg ni

bangga aku

tetap ade adam dimana2

#clap2 utk aisyah

chemay said...

happyyy.
akhirnya dia jumpa kebahagian diaa.

hope chemay jugak mmpu jumpa kebahagian chemay lepas ni.
serik dah bila kena tipu.
:'(

*reenn.
cerpen2 kat sni semua tulis sendiri?
awesome!
chemay suka sangat bacaaaa
<3

reenapple said...

Layyinur Harir---> yaaa... that's true..=)

#####

ttenager housemaid---> yaaa... lukanya masih lagi ada di situ.. huhu.


#####

LadyWindsor---? yg sebenarnya, sad ending... tapi aku ubah biar happy ending. Aku pun suka sad ending sebab itu realiti kehidupan..Tapi ada orang bgithu aku, kadang3 menulis hppy ending itu, suatu doa. Berharap kita akan ketemu happy ending kita juga...=)

#####

Iffah Afeefah---->ahaaa... aku belajar dari kau. Cuba untuk jadi sweet.. hehehe.

Yeah... Adam waalau macm mana sekalipun. =)

#oh... kantoi nama aku di situ.. kekeke.(sambil balas tepukan)

#########

chemay----> semoga chemay pun akan jumpa kebahagian Chemay juga. =)

aku doakan itu.

#ha'ah... aku karang sendiri. hehehe. Terima kasih sudi baca. =)

fahir ahmad ishak said...

xpe syah.. what goes around comes around.

berangan sampai ke bulan bintang nmpak..amboi.. semoga impian ko jadi kenyataan. =)

reenapple said...

fahir ahmad ishak---> heee... life should have happy ending right? Not all will end up with sad ending forever... =)

Nong Andy said...

memula baca aku dah rasa adanya perencah asli dalam cerpen ni hehehe..

*Adam tetap jadi pilihan :)

reenapple said...

Nong Andy----> heee... wahhhh.. terbaik.. heheheh. Kau tahu aku letakkan perencah asli. Tak ada perencah tambahan.. hehehe.

#yaaa... Adam tetap di hati ku..=)