Friday, May 18, 2012

Cerpen: Disaster


Eeeeiiii... sila pergi jauh-jauh.
Kau nak aku tolong tak?” Pertanyaan Amar benar-benar buatkan Yana rasa menyampah. Dipandangnya lelaki di sebelahnya yang masih tersenyum memandangnya. Mahu saja Yana muntahkan segala isi perut yang ada. Dia teramat menyampah dengan lelaki itu.

Oh, aku tengah pegang pisau, kang tak pepasal pisau ni melayang kat kau.” Jawapan Yana benar-benar buat Amar gerun. Lantas dia menganggukkan kepala dan beredar dari situ. Yana tersenyum puas. Dia perhatikan sahaja Amar yang sedang rancak berbual dengan bekas rakan-rakan sekelasnya yang lain.

Hari ini reunion kelas mereka. 3 tahun tidak bertemu selepas menamatkan pengajian. Yana pun hairan mengapa dia bersetuju untuk sertai reunion itu sedangkan setiap kali diajukan mahu atau tidak menyertai aktiviti yang melibatkan Amar, sudah tentu dia akan menolak.

Dia jelak dengan lelaki itu.
Dia terlalu anti dengan lelaki bernama Amar itu. Terlalu. Atas sebab apa, dia sendiri tidak tahu, yang dia pasti, saat dia mengenali Amar, sudah terbit rasa menyampah dan setiap kali bertambah semester, setiap kali itulah rasa menyampahnya terhadap Amar itu akan bertambah. Dia sendiri tidak tahu. Bukannya Amar pernah lakukan sesuatu yang buruk padanya. Entah, dia sendiri tidak tahu. Kadang-kadang mahu saja dia hilangkan rasa menyampah terhadap lelaki itu, namun tak mungkin, dia akan cuba untuk menyukai sesuatu yang dia tidak pernah suka sejak azali lagi.

Kau ni kenapa?” Soal Mimi ketika datang membantu Yana.
Kenapa apa?
Yeela, takkan kau masih lagi anti dengan Amar tu.” Afifah, rakannya yang lain pula mencelah. Hanya Mimi dan Afifah sahaja yang tahu hal sebenar.

Yana hanya tersenyum tawar sahaja. Benar, di saat ini, rasa menyampah terhadap Amar Asyraf itu masih lagi berleluasa. Sukar untuk menghilangkan tabiatnya itu.
Yaa... dia suka lelaki itu sebenarnya.
 Sila percaya. Daaa..Annoying
mana mungkin!!!
Ke, kau suka dia?”Usik Mimi. Yana masih lagi tersenyum.
Ha’ah… aku suka dia. Kau tak tahu ke? Sebab tu aku anti gila dengan dia. Sebab aku suka dia aku layan dia macam tu. Korang tak tahu ke? Aku tak pernah bagi tahu korang?” Balas Yana dengan senyuman. Mimi dan Afifah saling berpandangan sebelum kembali memandang rakannya itu.

Kau biar betul?” Ucap Mimi. Ada benar juga ayat yang dikeluarkan oleh Yana itu. Mungkin Yana pernah simpan perasaan terhadap Amar dan Amar tidak pernah sedar akan hal itu. Jadi mungkin itu penyebab kepada rasa menyampah yang timbul di hati Yana terhadap lelaki bernama Amar itu.

Kau rasa?
Dia tipu je la.” Afifah mencelah. Bukan dia tidak tahu perangai rakannya yang ini. Selalu bercakap terbalik. Yana hanya tersenyum.

Kalaulah membunuh itu dia mampu lakukan.
Ah kau ni, mati-mati aku ingat kau suka si Amar tu, kalau tak, aku boleh tolong kau. Sekarang ni dia ada depan mata kau. Last-last aku kena kencing dengan kau. Sengal.” Yana dan Afifah ketawa melihat muka Mimi yang berkerut.

Tapi, asal kau menyampah gila dengan Amar tu?” Soal Afifah pula. Dia hairan mengapa Yana benar-benar menyampah dengan lelaki bernama Amar itu. Bila berhadapan dengan Amar, Yana boleh sahaja ukirkan senyuman, tapi bila di belakang Amar, dia tunjukkan reaksi jengkel. Dan bila diceritakan mengenai hal Amar, Yana akan minta tukar topic. Afifah sedar itu.

Entah, aku pun tak tahu. Ia memang dah ada saat kali pertama aku kenal dia.” Yana tersenyum lagi.
Eeee… Psiko la kau ni,” celah Mimi pula.
Dia psiko, lelaki itu disaster.
Aku psiko, dia disaster. Boleh tak?” Yana membalas. Benar, bagi dia, Amar itu suatu disaster baginya. Setiap kali melihat Amar di mana-mana, atau mendengar kisah tentangnya, ia akan membuatkan harinya berubah menjadi disaster. Dia terlalu jelak dengan Amar Asyraf itu.

Mimi dan Afifah menggelengkan kepala mendengar ayat rakan mereka itu.

##########

Weh, kau tahu tak Amar dah tak ada. Dia dah meninggal beberapa hari lepas. Orang cakap dia dibunuh. Aku pun tak tahu betul ke tak.” Ayat Afifah buatkan Yana tersenyum.

Aku tahu.” Yana bersuara sambil senyuman di bibirnya.
Kau tahu?” Yana mengangguk.
Macam mana kau tahu?
Sebab aku yang bunuh dia.” Yana tersenyum lagi.
Sebab aku yang bunuh dia.
Jawapan yang keluar dari mulut Yana, benar-benar buatkan Afifah menelan air liur. Ah… biar betul dia ni. Afifah tahu Yana, kadang-kadang hidup dalam dunianya sendiri. Yana sentiasa menyebut perkataan bunuh jika ada sesuatu yang dia tidak puas hati, lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan Amar.

Yana tersenyum lagi kepada sahabatnya. Afifah membalas senyuman rakannya itu. Mungkin Yana sengaja berkata sedemikian. Mungkin. Dia sendiri tidak tahu.

########

ha'ah, aku suka kau. Tipu je.
Aku sebenarnya suka kau.” Yana meluahkan rasa yang dia simpan bertahun-tahun kepada lelaki di hadapannya. Amar menelan air liur. Biar benar perempuan ni? Selama ni, pandang dia pun tak pernah.

Kau biar betul?” Yana mengangguk. Hatinya mengukirkan senyuman. Akhirnya, beban perasaan yang disimpan selama ini hilang. Dia tersenyum sinis.

Amar memandang gadis di hadapannya. Biar betul? Hairan dengan kenyataan yang didengarnya sebentar tadi. “Aku thought kau tak suka aku?

Taklah. Aku just terpaksa pretending macam aku benci kau. Kau tahu bukan, aku seorang yang ego?” Yana memandang lelaki di hadapannya. Berharapkan lelaki itu akan mempercayai kata-katanya.

Amar akhirnya mengangguk sambil mengukirkan senyuman. Dia juga punya perasaan pada gadis itu. Cuma, gadis itu tidak pernah benarkan dirinya mendekatinya. “I trust you.

Good. So?” Yana merapati Amar perlahan-perlahan.
Aku suka kau juga. At the beginning I think, tapi kau dingin gila dengan aku.” Amar mengukirkan senyuman ke arah gadis yang sedang melangkah ke arahnya.

Yana tersenyum sinis memandang Amar. Yana akhirnya mengeluarkan sesuatu dari belakangnya, lantas sebilah pisau ditusuk tepat ke perut Amar. Yana tersenyum lagi.

Dia puas.
Amar terkejut dengan situasi itu. Dia memandang pisau yang terlekat di perutnya. Tangan Yana masih di pisau itu. Dia pandang pula Yana yang sedang mengukirkan senyuman. Yana menarik pisau itu. Amar jatuh. Yana tersenyum sinis.

Kau!” jerit Amar. Yana tersenyum lagi.
Aku suka kau. Terlalu. Sebab tu aku buat macam ni.” Yana memandang Amar yang sedang mengerang kesakitan. Tangan Amar di perutnya, berlumuran darah.
Kenapa?” soal Amar lagi.

Kau memang ingat aku betul-betul suka kau ke? Aku menyampah gila dengan kau. Selagi kau hidup, selagi itulah aku rasa disaster tahu tak. Kau buat aku rasa disaster.” Yana memandang Amar yang masih berlumuran darah.

Kenapa kau buat macam ni?
Tapi kenapa? Kenapa perlu kau buat macam ni?” kedengaran lemah suara Amar.
Itu sahaja pilihan yang aku ada.” Yana memandang Amar. Dia tersenyum puas. Selepas in, tiada lagi ‘disaster’ itu dalam hidupnya.

Oit, Huda Masdiana.” Pisau di tangan Yana dijatuhkan. Yana tersedar dari lamunannya. Rupa-rupanya dia hanya berangan sahaja. Dia menghembuskan nafas.Dia melihat Amar sedang memandangnya.

Jom, ayam dah siap di bakar.” Amar bersuara lagi. Yana menarik nafas. Cuba menahan rasa menyampah mendengar suara lelaki ini. Yana akhirnya mengangguk sambil menuruti Amar dari belakang. Ah… bilakah saat dia tidak perlu berdepan dengan Amar lagi? Bilakah agaknya saat rasa menyampah terhadap Amar Asyraf itu hilang. Dia tak sanggup lagi menyimpan rasa menyampah terhadap lelaki itu. Membebankan dirinya. Ah… dia tunggu saat itu.

Agaknya bila rasa menyampah itu akan hilang?


p/s---- aku suka cerpen ini. Terlalu. Hahaha. Aku puas. kikiki. Sekian.

13 comments:

chemay said...

kenapa dia tak bunuh betul2 je?
muehehehe
:P

Nong Andy said...

malam karang aku baca n baru komen betul2 k :)

Iffah Afeefah said...

Dem aku tertipu
ko kjm
ko kjm

ye buat rase dsaster bile kite jatuh cinta. Lg2 takde blsn n tak mmpu nk luahkan

tp bkn itu crenye nk buang rse dsaster tu

mmg psko!

Tp aku suke

hahahahaha

a.s.m.a said...

~psiko

reenapple said...

chemay----> kalaulah membunuh itu dibenarkan.. ahahaha.


######

Nong Andy--->heeee... baik. =)

######

iffah afeefah----> heeee... aku tahu kau suka.. kekeke. Tetib aku dapat idea nk buat macam tu,,, jajajjaja.

#demn... apa kaitan dengan cinta pulak?@_@

#######

a.s.m.a-----> heeee.. meaceh...=)

fahir ahmad ishak said...

berangan jela ko ni syah nak bunuh2 org.. aku igtkan btol2 tadi.. ceh~

reenapple said...

fahir ahmad ishak----> hahaha., Aku tak sanggup nak bunuh dia.. kekeke. entah.. tak dapat idea.. heee...

Nong Andy said...

aku rasa nak suruh cik bidadari baca cerpen ni hehehehe..

cerpen ni cerpen psiko tapi apasal aku asik senyum bacanya ah..? ko ada jawapan tak cik apple hijau? :)

*aku suka cerpen ni. TERLALU :)

reenapple said...

Nong Andy----? eh.. why??? Kau senyum??? err.. sama dengan iffah... dia kaitkan dengan cinta pulak padahal ini cerpen benci.. kekeke. =)

#terima kasih.

Teenager Housemaid said...

okey dia berangan je bab tikam amar tu haha..

:D

okey baru nak baca yang next pulak..:D

reenapple said...

teenager housemaid--> hahaha. Mampu berangan je. Nak bunuh, tak mampu. =D

miss L said...

saye tertipu..egt die bunuh btol2..yana ni cam xde prasaan je...huhu...
bess...

reenapple said...

Miss L---> hahaha.. maaf. Terima kasih sudi baca.. =)