Thursday, May 24, 2012

Cerpen: Dendam


Dia merayu.
Berkali-kali wajahnya ditolak ke dalam tab mandi yang berisi air itu. Berkali-kali diminta supaya berhenti melakukan perkara sebegitu kepadanya namun tidak dilayan. Dia hampir lemas. Dia sehabis daya bernafas. Meminta oksigen memasuki tubuh badannya.

Kan aku dah kata, jangan pergi jumpa dia. Yang kau degil sangat kenapa! Azami memarahi isterinya.
Saya tak pergi jumpa dia. Sumpah.” Azila bersuara lemah. Azami menolak isterinya ke dinding bilik air. Dahi Azila berdarah, namun Azami tidak hiraukannya.
Kau jangan nak tipu aku. Fatin sendiri yang bagitahu aku, kau pergi jumpa dia.” Azila menggelengkan kepalanya. Jujur dia langsung tidak berjumpa dengan kekasih suaminya.

Saya tak.” Entah kali ke berapa Azila menidakkan tuduhan suaminya. Dia mengensot perlahan-lahan ke arah suaminya. Darah yang mengalir di dahinya dibiarkannya. Azila mendongak, memandang wajah bengis suami yang dinikahi selama 3 tahun itu. Lelaki yang dikahwininya atas dasar cinta. Lelaki yang dikenalinya bukan berperangai sebegini.

Azami lelaki yang baik. Tidak pernah sedikitpun meninggikan suara kepada Azila. Hubungan yang direstui kedua-dua belah pihak membawa kebahagian selama 2 tahun sahaja. Segala-galanya berubah dengan sekelip mata selepas Azami bertemu Fatin, staff baru di tempat kerjanya setahun yang lepas.

Awak macam ini dulu.
Azila tahu mengenai perhubungan sulit suaminya, namun didiamkan sahaja. Pernah jua, Azila mencadangkan Azami supaya berkahwin seorang lagi, jika itu yang Azami mahu. Namun Azami melenting bila soal itu diajukan. Dan sejak hari itu, hubungan mereka bukan lagi seperti suami isteri.. Azami hanya melayannya dengan baik bila di hadapan keluarga mereka. Di belakang keluarga mereka, seperti orang asing.

Kau jangan nak tipu aku. Asal kau pergi cari dia? Nak mintak dia tinggalkan aku? Itu yang kau mahu? Cubalah fikir apa kekurangan kau berbanding Fatin.
Azila mengalirkan air mata. Benar, jika mahu diikutkan, Fatin lebih cantik darinya. Fatin lebih muda darinya, seksi dan sebagainya. Dalam erti kata lain, lelaki mana yang akan menolak Hot Chick seperti Fatin.

Then, lepaskan saya.” Azila sedar apa yang dia katakan. Bukan dia mahu menambah dosanya. Tapi itu yang terbaik untuk dirinya. Tiada lagi cinta untuk Azami. Begitu juga Azami. Buat apa mahu kekalkan perkahwinan ini jika cinta tidak lagi wujud diantara mereka.

OOOO… kau dah pandai sekarang ni!” Azami memegang pipi Azila dengan kuat. Terlalu kuat sehingga mampu mematahkan rahang Azila. “Kau ingat kau ada hak nak suruh aku buat apa yang patut?” Azami melepaskan genggamannya.
Dia hadamkan sahaja rasa kecewa itu.
Azila memegang pipinya. Terasa sakit. Dia akhirnya bangun memandang wajah Azami yang pernah dicintainya 5 tahun yang lepas. “Sebab awak bukan diri awak lagi. Awak dah tak cintakan saya lagi. Untuk apa awak simpan saya lagi. Lebih baik awak lepaskan saya supaya awak boleh bersama dengan Fatin.” Azila pasrah. Mengharapkan Azami akan bersetuju. Lagipun, itulah permintaan Fatin yang datang berjumpanya beberapa hari lepas. Memintanya untuk bercerai dengan Azami.

PANGG. Satu tamparan hinggap di pipi Azila. Azila menelan air liur. Sudah menjangka itu yang akan berlaku. Bukan sekali tamparan dari Azami hinggap di pipinya. Berkali-kali.
Kau! Kau memang kurang ajar! Kau memang nak jadi isteri derhaka kan!
Awak memang dah anggap saya isteri derhaka walau saya bukan.” Ayat Azila sekali lagi membuatkan Azami bengang. Dia akhirnya menolak tubuh isterinya ke dinding bilik air sebelum melangkah keluar.

Azila jatuh terduduk sambil memegang perutnya. Terasa sakit yang dialami kali ini luar biasa. Sakitnya terlalu jika dibanding dengan tamparan dan pukulan Azami. Azila dapat rasakan ada cecair pekat sedang mengalir di celah pahanya.



######


Awak dah balik?” Azila menyambut kepulangan suaminya dengan penuh senyuman. Azami membalas senyuman walaupun hatinya masih dihimpit dengan rasa serba salah.

Selesai makan malam bersama, Azami mendekati isterinya yang khusyuk dengan buku di tangannya. Azila mengukirkan senyuman. Azami memejamkan mata. DIa menyesal dengan apa yang dilakukannya. Berkali-kali dia memohon maaf kepada Azila walaupun Azila sudah lama memaafkannya.

Saya minta maaf.” Azami bersuara. Azila mengukirkan senyuman. Azami mengeluh. Itu sahaja yang Azila mampu lakukan setiap kali kata maaf terkeluar dari bibirnya.

Saya menyesal.
Azami menyesal. Terlalu. Dia tidak sepatutnya bertindak kasar terhadap Azila. Disebabkan tindakannya itu, satu nyawa telah dibunuhnya tanpa niat. Dia membunuh darah dagingnya sendiri. Dia menyesal. Selepas hal itu, dia telah memutuskan perhubungannya dengan Fatin. Tambahan lagi, Fatin bukan inginkan dirinya sangat, cuma mahu harta kekayaan yang dimilikinya.

Saya benar-benar minta maaf.” Ujar Azami lagi. Dan seperti biasa Azila akan tersenyum. Azami tahu Azila sedang berlagak tiada apa-apa berlaku. Doktor menasihatinya supaya meluangkan lebih banyak masa dengan Azila di saat ini. Emosi perempuan yang baru keguguran mudah terganggu.

Saya beli buah tadi. Nanti saya ambilkan eh?” Azila bersuara sebelum ke dapur. 5 minit kemudian, Azila datang dengan sepinggan buah-buahan yang dibelinya dan sebilah pisau. Azami hanya memandang sahaja isterinya.

Kita pergi bercuti nak?” Azami bersuara lagi. Azila tidak mendengar, dia asyik dengan pisau di tangannya, memotong buah.
Azila Umairah?” Azami memandang isterinya. Cuba mencapai tangan isterinya. Azila memandang Azami dengan senyuman sebelum… sebelum pisau di tangannya ditusuk ke perut suaminya.
Azami terkejut dengan tindakan Azila. Dia memandang pisau yang terlekat di perutnya. Azila menarik perlahan-lahan pisau itu. Azami menelan air liur. Sakitnya tidak terhingga.
Sakit bukan?
Sakit kan?Azila bangun dan memerhatikan keadaan suaminya yang sedang menahan kesakitan. Azami memandang isterinya.
Kenapa?
Jawablah sakit ke tak?” Azila tidak menghiraukan pertanyaan suaminya. Azami memandang isterinya sambil tangannya menahan darah yang mengalir di perutnya.
Itu yang aku rasa bila kau buat pada aku!” Azila bersuara lagi dengan senyuman sinis terukir di bibirnya. Azami menelan air liur.
Tapi kenapa? Saya dah minta maaf.” Azami bersuara lemah.

Kau bunuh anak aku! Kau ingat dengan minta maaf tu, semua akan kembali seperti biasa?” Azila tidak mampu berfikir dengan tenang. Saban hari dia mimpi ngeri tentang bayi yang selalu menangis. Emosinya tidak terkawal. Setiap kali dia terlihat bayi, dia akan menangis.

kau hancurkan impian aku.
Saya tahu saya yang bersalah. Saya menyesal. Terlalu. Saya tak patut buat macam tu pada awak. Saya cuba baiki diri saya semula. Saya nak kita jadi macam dulu.
Azila mengalirkan air mata. Entah mengapa, ayat suaminya benar-benar buat dia tersentuh.
Sayang,please. Kita mula semula?” Azami masih memujuk walaupun dia tahu, dia mungkin akan menghembuskan nafasnya terakhir tidak lama lagi.

Azila memejamkan matanya. Dia akhirnya kembali duduk di sebelah suaminya. Memandang darah yang sedang mengalir di badan suaminya. “Saya… saya minta maaf. Saya…” Azila tidak tahu apa yang harus dikatakannya. Dia akhirnya sedar apa yang dia buatnya. Seingatnya, dengan membunuh Azami, dendam akan terbalas namun tidak. Dia tidak sanggup kehilangan Azami.

Tak apa…” Azami membiarkan Azila menangis dalam dakapannya. Dia sudah tiada kudrat untuk bersuara lagi. Perlahan-lahan dia cuba untuk memejamkan matanya.

#####


Dia masih tidak dapat lupakan kejadian itu.

Azila memandang jauh pemandangan yang menghijau di hadapannya. Dia benar-benar menyesal dengan apa yang dibuatnya. Ah… dia sudah menjadi isteri derhaka. Dia tahu itu. Ah… kalaulah masa boleh diputar kembali.

Tiba-tiba mug yang berisi coklat panas diletakkan di hadapannya. Azila tersentak. Dipandangnya ke arah pelayan di hadapannya.
Saya tak order pun ini.
Oh, ada seorang lelaki minta saya bawakan ini untuk cik,” ujar pelayan tersebut sebelum beredar.
Azila menarik nafas. Dia menolak mug di hadapannya. Tiada selera untuk menjamahnya.

Kenapa tak minum coklat panas tu?” kedengaran suara seorang lelaki. Azila menoleh. Lelaki itu mengambil tempat di sebelahnya. Azila mengukirkan senyuman.
Entah, waiter kata, ada orang belanja saya ini.” Azila memandang Azami. Azami tersenyum.
Sayalah. Awak kan suka ini. Jadi saya suruh waiter tu bawakan untuk awak sementara saya pergi tandas. Awak asyik muram je sejak kebelakangan ini. Saya tak nak lihat awak muram tahu. Kita datang sini nak bergembira bukan nak bersedih.” Azami memegang erat tangan isterinya.

Mereka memulakan semula.
Entah, saya… saya berasa bersalah dengan awak. Saya…
Saya dah kata, saya tak nak bincangkan hal ini lagi. Yang berlalu biarkan ia berlalu, yang penting, kita mulakan hidup baru, boleh?
Tapi, saya hampir-hampir…” Azila tidak mampu menghabiskan ayatnya. Hatinya sebak bila ingat kembali kejadian itu.
Dahlah. Sekurang-kurangnya saya dapat pengajaran kali ini. Saya takkan lukakan awak lagi.Azila tersenyum mendengar ayat suaminya.
Minumlah, nanti sejuk tak best.” Azami menambah lagi.
Boleh saya request sesuatu tak?” Azila bersuara dengan senyuman di bibirnya.
Apa dia?
Saya nampak ada kek coklat kat satu kedai kat sini and ia macam sedap je, boleh tak kita…
Boleh awak belanja saya kek coklat?
Boleh je. Lepas ni eh?” Azami mencelah. Memahami isterinya yang gemarkan coklat. Azila tersenyum sambil menghirup minuman coklatnya sambil tangannya memegang erat tangan Azami. Dia tak mahu kehilangan Azami untuk kali ketiga dan selama-lamanya. 



p/s--- errr... tetiba mengidam nk makan kek coklat.. hhuhuhu



13 comments:

  1. saya ingatkan si suami itu meninggal,dan azila kawen dengan ex dia ke.heee

    ReplyDelete
  2. Okey ni sgt sweet

    dendm campor jiwang

    ken jiwa ko ngn aku

    nong andy juga sbb sal ank mati kan

    aku br nk ngis

    ingt laki tu mati

    mjur aku xcengeng

    ReplyDelete
  3. Layyinur Harir--> errr... ini tiada kaitan dengan ex.. hehehe.

    ####

    Iffah Afeefah---> semua emosi aku taruk dalam ini.. heheh.

    Heeee.. saja nak buat suspen.. kekeke.

    ReplyDelete
  4. alalala.. sweetnya walau sedikit sadis dihaaapn.. konklusinya bile hati terluke kite bagi die rasa balik luke tu barulah die akan indaf.. lelaki emmang semua macam tu kan.. huhuhu..

    ReplyDelete
  5. nur farah Hani--->ee... lelaki memang macam tu??hahaha. Tak tahu pulak..lalalala

    ReplyDelete
  6. gile!! dendam ni best..ape yang aku hrpkan xde dlm cite nih..
    pheww..meneka-neka sapai habes cite..

    ReplyDelete
  7. cikZaitul---> heee.. main teka-teka yaa.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. wah.. terbaiklah reenapple.

    ya iffah. memang best..

    cinta memang hebat.. tapi lebih hebat lagi kalau ada kekuatan untuk memaafkan... itulah cinta azila :)

    *sedang berusaha siapkan satu cerpen. tapi entah.. mcm nak nangis nak habiskan sebab idea kering kontang :(

    ReplyDelete
  9. Nong Andy---> heee.. mekasih.. kekekke. Heran aku, hebat kah?? Aku baca biasa3 je.. huuuu. Papepom terima kasih atas pujian itu.. hehehhe.

    #aku tunggu cerpen kau pula.. heee

    ReplyDelete
  10. buat sendiri eh...boleh jual tu...hehe

    ReplyDelete
  11. wow!!! besttttttttttt .... jantung dup dap je rasa ...

    ReplyDelete
  12. Jasman--> =)

    #####

    Ini kisah Tia---> terima kasih sudi baca. =)

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.