nuffnang

Wednesday, May 2, 2012

Cerpen: Cinta itu Indah # END



Dia bersalah.
Sarah memandang Hakimi di hadapannya dengan perasaan bersalah. Terlalu. Bukan dia mahu lukakan hati Hakimi. Dia dapat lihat kekecewaan di wajah Hakimi. Terlalu mendalam mungkin. Semuanya disebabkan dirinya. Yaa… dia yang hancurkan perasaan Hakimi.

Saya minta maaf. Saya tak berniat nak buat begini pada awak. Tapi saya tak mampu lagi nak tipu diri saya sendiri. Saya harap awak faham.” Sarah memandang Hakimi dengan rasa bersalah.

Hakimi tersenyum tawar. Tidak tahu apa yang harus dia kata. Segala yang dia cuba buat untuk meyakinkan Sarah bahawasanya cinta itu indah tidak berjaya. Sarah masih lagi dengan pendiriannya.

Saya faham. Saya tak salahkan awak. Awak ada sebab dia. Tapi sampai bila awak nak hukum diri awak?” Hakimi memandang Sarah dengan perasaan kecewa. Mana mungkin hatinya tidak kecewa melihat gadis yang berjaya membuatkan hatinya terpaut pada kali pertama matanya bertaut menolak cintanya.

Dia dihimpit rasa bersalah.
Sarah tersenyum kelat. Bukan dia tidak mahu memberi peluang pada dirinya, tapi rasa itu tak mampu lagi hadir walau dia cuba memaksa dirinya bagaimana sekalipun. Dia sudah membuang rasa itu terlalu jauh. Jauh untuk dia kutip kembali. Walau berjuta-juta kali Hakimi memberi peluang kepadanya, memberi masa kepadanya, rasa itu tidak mampu untuk diterbitkan lagi. Ah… semuanya salah dia.

Awak baik. Sungguh. Tapi saya tak boleh terbitkan perasaan itu pada awak. Saya tak mampu walau macam mana sekalipun saya cuba. Saya minta maaf. Terlalu.” Rasa bersalah itu makin menghimpit hatinya.

Saya faham. Mungkin cinta awak bukan untuk saya. Saya faham. Walau bagaimana sekalipun saya cuba untuk menawan hati awak, kalau ALLAH sudah tetapkan yang cinta awak bukan untuk saya, tak ada gunanya awak cuba pupukkan rasa itu pada saya.” Hakimi masih cuba lagi untuk mengukirkan senyuman walaupun hatinya sudah berkecai. Hancur.

keep believing cinta itu sebenarnya indah
Dia masih lagi ingat saat dia mengetahui kewujudan perempuan di hadapannya. Bagaimana Sarah Qistina melayannya, betapa kasarnya bahasa yang digunakan oleh Sarah. Dia tahu, dari saat dia melihat anak mata Sarah itu, hati Sarah keras seperti batu.

Saya minta maaf. Bukan niat saya nak buat awak terluka. Bukan niat saya untuk layan awak sebegini, tapi mana mungkin saya mampu untuk terbitkan kembali rasa yang telah saya buang bertahun-tahun lamanya.” Sarah meminta maaf untuk kali beberapa entah. Mungkin seratus. Dari saat kebengangan dia terhadap Hakimi yang masih belum berputus asa berkurang.

Hakimi memejamkan matanya. Perit sebenarnya untuk menerima kenyataan cinta Sarah Qistina ditakdirkan bukan untuk dirinya. Dia masih ingat lagi saat Sarah menolak cintanya. Menolak cintanya hanya disebabkan alasan yang dia rasakan tidak munasabah. Cinta itu menyakitkan. Itu jawapan yang diberikan kepadanya.

Dia cuba menawan hati Sarah dengan pelbagai cara sehinggalah akhirnya terbuka hati Sarah untuk menyahut perkenalannya. Yaaa… Sarah meminta mereka menjadi sahabat dahulu. Dia turuti sahaja kerana dia yakin, satu hari nanti Sarah akan terima cintanya. Namun, apa yang diharapkan tidak menjadi. Persahabatan mereka selama 3 bulan, masih lagi belum mampu untuk Sarah terbitkan rasa cinta untuk dirinya. Hakimi mengeluh. Dia memandang Sarah.
Saya minta maaf.” Sarah meminta maaf lagi.

Hakimi memandang Sarah. Dia mengukirkan senyuman. “Awak tak pernah buat kesalahan pada saya. Awak tolak cinta saya bukan satu kesalahan. Awak ada hak awak. Mungkin ini suatu takdir, cinta awak sebenarnya bukan untuk saya. Mungkin untuk seseorang yang awak tidak tahu siapa. Tapi bukan saya mungkin.” Hakimi cuba memujuk hatinya.

Ah... di mana silapnya.
Sarah tersenyum tawar. Dia memarahi dirinya yang sukar menerima Hakimi lebih dari seorang kawan. Saban malam dia berdoa supaya hatinya dibukakan untuk lelaki yang bernama Hakimi Fazril ini, namun entah mana silapnya, rasa itu tidak mampu hadir. Yaaa… ia salah dirinya yang memilih untuk tidak percayakan cinta bertahun-tahun dahulu. Ah…  haruskah dia salahkan lelaki itu? Lelaki terakhir yang dia jatuh cinta tanpa dia sedar itu? Ah… mengapa dia tak mampu lagi untuk melupakan lelaki itu lagi? Bukankah dia sudah berjanji dia akan lupakan lelaki itu? mengapa? Mengapa? Sarah memarahi dirinya.

Kita masih boleh jadi kawan bukan?” Hakimi memandang Sarah yang sedang mendiamkan diri. Sarah mengangguk lemah. Perit untuk mengiyakannya. Dia tahu itu akan buatkan hati Hakimmi terluka.

Baguslah. Saya ingatkan awak ajak saya jumpa ini , awak mahu putuskan persahabatan sekali. Saya tahu awak akan tolak cinta saya untuk sekali lagi. Tapi persahabatan….

Saya bukan jenis orang yang sewenang-wenangnya memutuskan persahabatan.” Sarah mencelah.

Hakimi tersenyum. Dia tahu Sarah bukan seorang yang akan putuskan persahabatan dengan mudah. Katanya Huda, persahabatan bagi Sarah sama pentingnya dengan ikatan kekeluargaan.

Boleh awak janji dengan saya sesuatu?” Hakimi memandang Sarah yang sedang mendiamkan diri. Angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa dibiarkan sahaja.

Sarah memandang Hakimi dengan perasaan hairan. Apa yang dia mahu aku berjanji? Sarah tertanya-tanya dalam hati. “Apa dia?
Janjilah pada saya.
Janji pada saya yang awak akan teruskan percaya cinta. Janji yang awak akan percaya bahawasanya cinta itu indah.” Hakimi memandang Sarah.

Sarah memandang hakimi. Dia tersenyum. Tidak tahu apa yang harus dijawabnya.

Demi persahabatan kita?” Hakimi bersuara lagi.

Saya…” Sarah cuba menyusun ayat.

Saya tahu cinta itu menyakitkan awak. Tapi percayalah, cinta itu indah. Bila awak jatuh cinta sekali lagi. Walaupun bukan dengan saya, percayalah awak akan rasa cinta itu indah sebenarnya..” Hakimi mengukirkan senyuman kepada Sarah.

Sarah menelan air liur. Ah… bagaimana harus dia jawab yang ini. Cinta itu menyakitkan dia. Terlalu. Cinta itu buatkan dirinya kelihatan bodoh.

Janjilah pada saya. Demi persahabatan kita?” Hakimi merayu lagi. Sarah akhirnya mengangguk.

Saya doakan rasa cinta itu akan kembali kepada diri awak.” Hakimi berkata sebelum meninggalkan Sarah seorang diri di pantai. Sarah memejamkan matanya. Cuba mengingati sebab dia membuang rasa cinta itu dari dirinya.

Dia sendirian di situ. Cuba mengingati kisah silam

**************

Beberapa tahun yang lalu,
Sarah menyedari kehadiran lelaki itu. lelaki yang dia terlalu alert dengan kewujudannya. Entah mengapa, setiap kali melihat lelaki itu, mendengar nama lelaki itu, mengetahui tentang lelaki itu, buatkan dirinya terluka. Ah… lelaki itu bukan citarasanya. Tidak sama sekali, namun mengapa dia tidak mampu untuk lupakan tentang lelaki itu. Kadang-kadang ia terbawa-bawa ke alam mimpi.

Ah... dia masih tidak dapat lupakan
lelaki itu.
Lelaki itu sedang berjalan ke arah sini, ke arah dia sedang melangkah. Sarah meneruskan langkahnya tanpa memandang lelaki itu yang sedang berjalan ke arah sini. Mereka bertentangan. Dia tahu lelaki itu sedar akan kehadirannya but yet, lelaki itu berlagak seperti tidak mengenalinya. Dia tahu lelaki itu sedar dia sedang memandangnya, but yet lelaki itu tidak menegurnya. Apatah lagi mengukirkan senyuman. Dan situasi itu berlalu tanpa sebarang sapaan. Berlagak seolah-olah tidak mengenali antara satu sama lain. Ah… hatinya tiba-tiba sakit. Terlalu. Dia menarik nafas. Cuba mencari kekuatan.

Satu hari nanti aku akan lupakan kau. Aku janji aku akan lupakan kau.” Sarah bercakap sendirian. Bercakap kepada dirinya. Berjanji kepada dirinya bahawasanya dia akan lupakan lelaki itu. Berjanji kepada dirinya tidak akan lagi jatuh cinta itu. Rupa-rupanya jatuh cinta itu menyakitkan. Rupa-rupanya jatuh cinta itu buat dia kelihatan bodoh. Bodoh di hadapan lelaki itu. Ah… dia menyesal. Menyesal punya perasaan sebegini kepada lelaki itu.

Aku janji akan lupakan kau.

p/s--- aku tahu tentu ada orang yg tak puas hati tentang ending dia.. hahaha. Aku tak tahu. Aku tengah blur gila nak menulis cerita ni. Aku tak ada feel nak tulis. Tapi disebabkan aku hutang sambungannya, maka aku turutkan sahaja tangan aku menaip. Hahaha. 



10 comments:

Bidadari Syurga said...

endingnya menyakitkan.. cuma dari satu sudut... sarah akhirnya dapat rasa... cinta itu masih kekal sakit... mana mungkin dapat hidu dan terima cinta yg baru....

aku rasa geram aja......... kalau aku ada masa... aku cincang kispen ni... ikut ending yg aku nak...

aaarghhhhhhhhhhhh... hakimi.... *come to mama...* kah kah kah

reenapple said...

Bidadari syurga---> eeeee... kan dah kata, takkan ada punya yang setuju dengan ending ini.. hehehe.

jgan emo emo.. nanti cepat tua.. hehehe. Kalau ada masa, buatlah happy ending.. hehehe. Hahaha.

Lady Windsor said...

hallo! hallo..come to me! mwahahahaha...reen mana no tpon hakimi itu aku nak call dia...bahahaha! alahai nape la endingnya begini...mak sentap...ingatkan jadi lah..

Pok Amai-Amai said...

Cool. Suka sbb ayat2 gramatis awak. Senang fhm.

=D

Si Gile Dan KeGILAannye said...

alaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!
kesiannye org bercinte ni kan....

Iffah Afeefah said...

entah kenapa aku stuju

stuju sbb aku alami rasa ni

hati mmg tak ley pakse

even kite try hard skalipun

kawan ttp kwn

aku ske

keep it up

sad ending but not really

aku harap die temu kebahagiaan

n kembali percaya pde cinte even menyakitkan

#cinta indah untuk orang y jatuh dan bangun semula

reenapple said...

lady windsor---> err... aku tak tahu la. nanti aku try usha Hakimi tu.. hehehe.

heee... jgn marah. Aku yg mahu endingnya sebegini. Bagi aku realiti tak semestinya happy ending.. =.=


#######
pok amai-amai--->heee... terima kasih. =)

######

si gile dan kegilaannya---> itulah kesian bukan... hehehe.

jgn frust menonggeng sudaah.. kekekeke.

######
iffah afeefah---> yeay.. kau memahami.. hhuhuhuhu.

yaa... moga2 cinta itu akan kembali pada dirinya.. =)

Nong Andy said...

ahahaha.. aku lambat sikit.

yang pentingnya aku nak juga komen hehehe...

nak gak aku smnbung pagi si sarah tu 'penampar' cinta ahahaha...

kawan baik jadi cinta.. er... aku suka idea tu. tapi tak mungkin apply kat diri sendiri muahahaha..

*sedikit rasa tak puas membaca ending ni :) tapi yelah.. tak semuanya indah. yg di tekankan di sini. cinta itu indah kan? cuma sarah saja yg masih belum melihat keindahan itu saja.. cuma sarah saja yg masih mengengam 'sakit' yg dia enggan lepaskan :(

reenapple said...

nong Andy---> daaa agak. Kau takkan bersetuju dengan ending nya.. hahha.

Kalau kau ada idea nak buat happy ending, boleh je. hehehe.

*moga3 sarah memahami Cinta itu indah sebenarnya.. =)

Cik Tia said...

ikutkan hati , kenapa tak pilih Hakimi? terimalah dia.

tapi sebelah lagi hati , yeahhh .. cinta tak boleh dipaksa. serius . sebab saya juga mengalaminya ..