Monday, May 28, 2012

Cerpen: Bencinta.


Ini rentetan dari cerpen ini.

######

Dia menyesal.
Rasa cinta yang dia hadamkan pada seseorang yang dia jatuh cinta tanpa sedar kini bertukar menjadi unsur-unsur negative. Kembali menjadi elemen negative yang dia pernah simpan pada lelaki itu. Mungkin rasa aneh itu kini bertukar menjadi sesuatu yang dia paling bencikan ketika ini. Cinta. Yaaa… dia benci lelaki itu disebabkan rasa cinta yang dia pernah ada untuk seseorang itu. Jatuh cinta pada lelaki itu tanpa dia sedar.

Dan bila dia sedar rupanya bukan lagi rasa benci yang dia ada pada lelaki itu, tetapi rasa cinta yang digelarkan perasaan aneh, dia tahu ia sudah terlambat sebenarnya. Melihat lelaki itu bahagia dengan kekasih hatinya. Ah… itu benar-benar melukakan dirinya. Terlalu.

Benarlah, jangan terlampau membenci, nanti akan wujud satu rasa aneh. Rasa aneh yang lelaki itu mahupun mana-mana manusia akan tidak menyangka bahawasanya dia sebenarnya ‘suka’ pada lelaki itu. Mungkin bukan ‘suka’ pada awal permulaan. Ah… balasan kah?

Ah... rupa-rupanya ia terlampau sakit.
Huda Masdiana,” Yana menoleh. Afifah sedang memandangnya dengan senyuman. Yana mengukirkan senyuman kelat. Ah… dia tidak mampu lagi untuk senyum dengan ikhlas. Rasa sakit dan kecewa yang dia alami telah hilangkan rasa gembira yang ada dalam dirinya.

It’s okey. Aku ada.” Afifah memegang bahu kawannya. Dia tahu sahabatnya itu sedang bersedih. Sedih disebabkan cinta dalam diam. Dia faham bagaimana perasaan cinta dalam diam itu.

Aku… aku..” Lidah Yana kelu untuk berkata-kata. Sekali lagi air matanya jatuh. Jatuh lagi selepas 3 tahun ‘kemarau’. Semuanya disebabkan oleh lelaki bernama Amar Asyraf. Ah… dia ingat lagi reunion mereka beberapa minggu yang lepas.

Pertemuan semula dengan Amar Asyraf benar-benar buat hati dia terluka lagi. Luka lama kembali berdarah. Dia cuba untuk bersikap mesra dengan lelaki itu, namun tidak mampu. Setiap tindakan lelaki itu sama ada sedar atau tidak akan melukakan dirinya. Sebab itu dia menyampah dan benci lelaki itu. Menyampah dan benci hanya untuk menghapuskan rasa aneh itu. Dia semakin membenci Amar Asyraf disebabkan rasa aneh itu makin kuat mengalir dalam dirinya bila dia cuba menjauhi lelaki itu. Rasa aneh itu semakin pekat setiap kali dia senaraikan segala alasan untuk dia membenci lelaki yang bernama Amar Asyraf itu.
Haruskah diluahkan rasa aneh itu 
hanya untuk hilangkannya?
Apa kata kau luahkan sahaja perasaan itu pada dia?” Afifah memberi cadangan.

Dengan pantas Yana menggeleng. Dia tidak sanggup untuk lakukan itu. Dia tidak sanggup membodohkan dirinya sekali lagi. Cukuplah dengan perasaan aneh yang dia simpan pada lelaki yang dia pernah benci dan menyampah suatu ketika dahulu. Dia tidak mahu lagi memalukan dirinya. Punya perasaan pada Amar Asyraf, benar-benar merupakan satu kesalahan, satu penyesalan yang pernah berlaku dalam hidupnya.

Yana…” Afifah berusaha memujuk.

Aku tak nak. Aku tak nak bodohkan diri aku depan dia. Kau gila ke nak luahkan pada dia yang selama ni aku suka dia, bukan benci dia. Takkan kau nak suruh aku beritahu dia, yang aku try elak terserempak dengan dia sebab aku menyampah dengan dia. Sebab aku menyampah dengan dia sebab aku suka dia? Itu yang kau nak suruh aku confess?” Yana meninggikan suaranya sambil mengalirkan air mata.

Itu lagi baik dari kau macam ni. Dari kau seksa diri kau. Dari kau tipu diri kau. Sampai bila kau nak tipu diri kau? Rasa benci yang kau ada pada dia dah bertukar menjadi…

Don’t ever say that words!” Yana tidak mahu mendengar perkataan terakhir yang keluar dari mulut Afifah. Yaaa… dia tahu perkataan itu. Walau macam mana sekalipun, dia takkan mengakui yang dia pernah cintakan Amar Asyraf. Dia takkan pernah akui itu.

Dia ada rahsianya tersendiri.
Afifah menggeleng melihat sahabatnya itu. Masih lagi ego di saat hatinya terluka. Dia sendiri tidak menyangka yang Yana pernah punya perasaan pada Amar Asyraf. Dengan cara Yana yang sememangnya menunjukkan dia menyampah dengan lelaki itu, dia tidak menyangka, Yana sebenarnya menyukai lelaki itu. Dia sendiri tidak memahami mengapa Yana bertindak sedemikian.

Listen here…” Afifah memegang pipi sahabatnya. “Sampai bila kau nak macam ni? Sampai bila kau nak membenci dia? Sampai bila? Luahkan pada dia, dan kau takkan rasa sakit sebegini setiap kali nama dia disebut. Takkan rasa sakit setiap kali kau nampak dia”ucap Afifah geram.

Dia takkan suka aku. Kau kena tahu itu!” Yana tidak mahu mengalah. Ah… Afifah tidak memahami.
Dia takkan pernah suka aku.
Macam mana kau tahu?”Afifah menyoal. Geram juga dengan Yana ini. Ego. Tapi dia tidak sanggup memarahi sahabatnya itu. Bukan salah Yana pun bila dia berkeras untuk terus membenci Amar. Benar, rasa cinta tu datang di saat kita tak terduga. Dia faham itu.

Dia dah ada awek…” Afifah menarik nafas mendengar jawapan Yana. Ah… dia lupa itu. Amar Asyraf sudah berpunya. Sudah punya kekasih hati yang dia rasakan Yana akan kalah jika dibandingkan dengan Mira, kekasih Amar.

Yana… Afifah berusaha menenangkan sahabatnya itu. Yana memandang Afifah dengan senyuman sinis.

"Aku takkan rosakkan hubungan orang. Aku tak nak..." Yana tidak tahu apa lagi yang harus dijawabnya.

"Dan biarkan kau terluka disebabkan hubungan mereka?" Afifah tahu Yana terluka melihat hubungan Amar bersama kekasihnya.

Dia takkan pernah rosakkan hubungan mereka.
Biarkan aku macam ni. Satu hari nanti aku akan dapat lupakan dia. Aku janji aku akan dapat lupakan dia. Rasa itu akan hilang.” Yana bersuara. Benarm itulah yang dia harus lakukan. Lupakan Amar Asyraf itu. Dia lemas bila ingat tentang lelaki itu. terlalu mengecewakan dirinya. Ah… kalaulah dia mampu lupakan lelaki itu.

Bila? 5 tahun dah berlalu, Yana. Even kau asyik cakap, kau akan lupakan dia, but kau tak dapat lupakan dia bukan? Tengoklah masa reunion hari tu, kau mungkin dingin dengan dia, tapi hati kau, asyik sebut nama dia.” Afifah bersuara.

Yana memejamkan matanya. Benar 5 tahun sudah berlalu saat dia sedar dia menyimpan perasaan pada Amar Asyraf. Ah… kalaulah dia tidak bersetuju untuk menghadiri reunion itu, luka dihatinya tidak akan pernah berdarah kembali.

Ah... izinkan aku hapuskan 'kau' dari minda aku.
Yana memandang sahabatnya dengan senyuman, “Satu hari nanti. Aku tak tahu bila. Tapi aku yakin aku akan dapat lupakan dia. Buangkan perasaan yang pernah aku ada untuk dia. Perasaan sakit itu. Aku yakin time will overcome it. He’s not worth to be part of my life. Benci dia itu yang terbaik.

Afifah mengukirkan senyuman kelat melihat Yana kembali menconteng nama Amar Asyraf di sehelai kertas dan kemudian mengores-gores nama itu dengan sebilah pisau kertas. Huda Masdiana benar-benar membenci Amar Asyraf. Terlalu.

Aku bencikan kau.. Sebab aku dah ‘tersuka’ dengan kau.. 
Jadi. Untuk menghapuskan 'rasa' itu. Aku berusaha membenci kau. Aku semakin benci kau sebab ‘rasa’ terhadap kau semakin kuat bila aku cuba menjauhi kau.. ‘Rasa’ itu terasa semakin pekat setiap kali aku senaraikan segala alasan untuk aku membenci kau! Terlalu mengecewakan.. 
Aku lemas bila ingat pasal kau!! 







p/s- ayat dalam kotak, aku pinjam dari Nong Andy


14 comments:

botolairkosong said...

keep writing!!~
luv ur story.never miss it(^.^)

Iffah Afeefah said...

aku nmpak nama aku di situ

perasan

spoil la bace nme sndri

agak pelik

btw asal cmni je ending die?

aku xkire

sambung2 grrr

ini tak sweet. sile panjangkan muhahaha

kalau x aku simbah asid

reenapple said...

botol air kosong---> heee.. thanks for reading. =)

#####

Iffah afeefah---> hahaha. memang aku tgah bayangkan kau masa aku taruk nama itu.. hehehe.

alaaaa... nak sambung lagi ke?? Akku dahlah kekangan masa.. hehehe. Yaaa.. aku cuba.. hahaha.

Nong Andy said...

ahahahaha.. iffah komen kau buat aku gelak. simbah asid ker? akakakaaka..

masa baca ayat dlm kotak tu aku rasa napa aku mcm kenal ayat tu emn? oh.. bila baca ps, baru tahu ayat tu ada dlm cerpen 'Benci itu Cinta' hehehe

apasal mimie tak ada kat sini ah? kan hari tu dia ada hihihi..

reenapple said...

Nong Andy---> pinjam ayat kau.. heheh. Mimi? next and last episod akan dtg.. hahah

Teenager Housemaid said...

masa baca nama afifah teurs minda ni teringat kak iffah kekeke..:P

reenapple said...

teenager housemaid---> hahaha.. betullah tu.. =D

CikZaitul said...

erk..sambung lagi..
xkn nak kene simbah acid kutt...
hehhehheheh :)

reenapple said...

cik Zaitul---hahaha. AKu dah sambung dah tu... sila baca ending dia.. kekkekeek. =)

Bidadari Syurga said...

heeeeeeeeeeeeeeeee... aku dah agak dah.. tgk tajuk #end deeshum... aku terus cari bab awal.. hahahaha aum...

Bidadari Syurga said...

ok komen untuk kispen.. aku rasalahkan... genre begini sgt sononim dengan kau.. tersangat simpek aja aku tgk kau karang.. aduh.. lima tahun? aku 7 tahun kot.. hahahaha so aku dpt rasa apa yang Yana rasa..

ps: ewah... mcm nama aku..

reenapple said...

Bidadari Syurga---> heee... eh, yeke?? Aku pun suka sebegini.. keke, Tapi idea tang gnre cam ni tak ada sangat.. hehehe.

7 tahun? Wah.. aku kagum.. =)

#memang nama Yana tu aku ambik nama kau.. heheh. Mimi dan Afifah sekali.. huhu

Noraim said...

cerpen kedua!

sgt santai la bahasa kau reen. ni mmg penulis pro ke? hikhik.

#maaf cik blog, sy komen byk. hehe.

reenapple said...

Noraim--
> ahahha.. biasa je. Aku tulis ikut suka hati aku je. Terima kasih sudi baca.. ehehe