Ini
rentetan dari cerpen ini.
######
![]() |
| Dia menyesal. |
Rasa cinta yang dia hadamkan pada seseorang
yang dia jatuh cinta tanpa sedar kini bertukar menjadi unsur-unsur negative.
Kembali menjadi elemen negative yang dia pernah simpan pada lelaki itu. Mungkin
rasa aneh itu kini bertukar menjadi sesuatu yang dia paling bencikan ketika
ini. Cinta. Yaaa… dia benci lelaki itu disebabkan rasa cinta yang dia pernah
ada untuk seseorang itu. Jatuh cinta pada lelaki itu tanpa dia sedar.
Dan bila dia sedar rupanya bukan lagi rasa
benci yang dia ada pada lelaki itu, tetapi rasa cinta yang digelarkan perasaan
aneh, dia tahu ia sudah terlambat sebenarnya. Melihat lelaki itu bahagia dengan
kekasih hatinya. Ah… itu benar-benar melukakan dirinya. Terlalu.
Benarlah, jangan terlampau membenci, nanti
akan wujud satu rasa aneh. Rasa aneh yang lelaki itu mahupun mana-mana manusia
akan tidak menyangka bahawasanya dia sebenarnya ‘suka’ pada lelaki itu. Mungkin
bukan ‘suka’ pada awal permulaan. Ah… balasan kah?
![]() |
| Ah... rupa-rupanya ia terlampau sakit. |
“Huda Masdiana,” Yana menoleh. Afifah
sedang memandangnya dengan senyuman. Yana mengukirkan senyuman kelat. Ah… dia
tidak mampu lagi untuk senyum dengan ikhlas. Rasa sakit dan kecewa yang dia
alami telah hilangkan rasa gembira yang ada dalam dirinya.
“It’s okey. Aku ada.” Afifah memegang bahu
kawannya. Dia tahu sahabatnya itu sedang bersedih. Sedih disebabkan cinta dalam
diam. Dia faham bagaimana perasaan cinta dalam diam itu.
“Aku… aku..” Lidah Yana kelu untuk
berkata-kata. Sekali lagi air matanya jatuh. Jatuh lagi selepas 3 tahun
‘kemarau’. Semuanya disebabkan oleh lelaki bernama Amar Asyraf. Ah… dia ingat
lagi reunion mereka beberapa minggu yang lepas.
Pertemuan semula dengan Amar Asyraf
benar-benar buat hati dia terluka lagi. Luka lama kembali berdarah. Dia cuba
untuk bersikap mesra dengan lelaki itu, namun tidak mampu. Setiap tindakan
lelaki itu sama ada sedar atau tidak akan melukakan dirinya. Sebab itu dia
menyampah dan benci lelaki itu.
Menyampah dan benci hanya untuk menghapuskan rasa aneh itu. Dia semakin
membenci Amar Asyraf disebabkan rasa aneh itu makin kuat mengalir dalam dirinya
bila dia cuba menjauhi lelaki itu. Rasa aneh itu semakin pekat setiap kali dia
senaraikan segala alasan untuk dia membenci lelaki yang bernama Amar Asyraf
itu.
![]() |
| Haruskah diluahkan rasa aneh itu hanya untuk hilangkannya? |
“Apa kata kau luahkan sahaja perasaan itu
pada dia?” Afifah memberi cadangan.
Dengan pantas Yana menggeleng. Dia tidak
sanggup untuk lakukan itu. Dia tidak sanggup membodohkan dirinya sekali lagi.
Cukuplah dengan perasaan aneh yang dia simpan pada lelaki yang dia pernah benci
dan menyampah suatu ketika dahulu. Dia tidak mahu lagi memalukan dirinya. Punya
perasaan pada Amar Asyraf, benar-benar merupakan satu kesalahan, satu
penyesalan yang pernah berlaku dalam hidupnya.
“Yana…” Afifah berusaha memujuk.
“Aku tak nak. Aku tak nak bodohkan diri aku
depan dia. Kau gila ke nak luahkan pada dia yang selama ni aku suka dia, bukan
benci dia. Takkan kau nak suruh aku beritahu dia, yang aku try elak terserempak
dengan dia sebab aku menyampah dengan dia. Sebab aku menyampah dengan dia sebab
aku suka dia? Itu yang kau nak suruh aku confess?” Yana meninggikan suaranya
sambil mengalirkan air mata.
“Itu lagi baik dari kau macam ni. Dari kau
seksa diri kau. Dari kau tipu diri kau. Sampai bila kau nak tipu diri kau? Rasa
benci yang kau ada pada dia dah bertukar menjadi…”
“Don’t ever say that words!” Yana tidak
mahu mendengar perkataan terakhir yang keluar dari mulut Afifah. Yaaa… dia tahu
perkataan itu. Walau macam mana sekalipun, dia takkan mengakui yang dia pernah
cintakan Amar Asyraf. Dia takkan pernah akui itu.
![]() |
| Dia ada rahsianya tersendiri. |
Afifah menggeleng melihat sahabatnya itu.
Masih lagi ego di saat hatinya terluka. Dia sendiri tidak menyangka yang Yana
pernah punya perasaan pada Amar Asyraf. Dengan cara Yana yang sememangnya
menunjukkan dia menyampah dengan lelaki itu, dia tidak menyangka, Yana
sebenarnya menyukai lelaki itu. Dia sendiri tidak memahami mengapa Yana
bertindak sedemikian.
“Listen here…” Afifah memegang pipi
sahabatnya. “Sampai bila kau nak macam ni? Sampai bila kau nak membenci dia?
Sampai bila? Luahkan pada dia, dan kau takkan rasa sakit sebegini setiap kali
nama dia disebut. Takkan rasa sakit setiap kali kau nampak dia…”ucap Afifah
geram.
“Dia takkan suka aku. Kau kena tahu itu!”
Yana tidak mahu mengalah. Ah… Afifah tidak memahami.
![]() |
| Dia takkan pernah suka aku. |
“Macam mana kau tahu?”Afifah menyoal. Geram
juga dengan Yana ini. Ego. Tapi dia tidak sanggup memarahi sahabatnya itu.
Bukan salah Yana pun bila dia berkeras untuk terus membenci Amar. Benar, rasa
cinta tu datang di saat kita tak terduga. Dia faham itu.
“Dia dah ada awek…” Afifah menarik nafas
mendengar jawapan Yana. Ah… dia lupa itu. Amar Asyraf sudah berpunya. Sudah
punya kekasih hati yang dia rasakan Yana akan kalah jika dibandingkan dengan
Mira, kekasih Amar.
“Yana…” Afifah berusaha menenangkan
sahabatnya itu. Yana memandang Afifah dengan senyuman sinis.
"Aku takkan rosakkan hubungan orang. Aku tak nak..." Yana tidak tahu apa lagi yang harus dijawabnya.
"Dan biarkan kau terluka disebabkan hubungan mereka?" Afifah tahu Yana terluka melihat hubungan Amar bersama kekasihnya.
![]() |
| Dia takkan pernah rosakkan hubungan mereka. |
“Biarkan aku macam ni. Satu hari nanti aku
akan dapat lupakan dia. Aku janji aku akan dapat lupakan dia. Rasa itu akan
hilang.” Yana bersuara. Benarm itulah yang dia harus lakukan. Lupakan Amar
Asyraf itu. Dia lemas bila ingat tentang lelaki itu. terlalu mengecewakan
dirinya. Ah… kalaulah dia mampu lupakan lelaki itu.
“Bila? 5 tahun dah berlalu, Yana. Even kau
asyik cakap, kau akan lupakan dia, but kau tak dapat lupakan dia bukan?
Tengoklah masa reunion hari tu, kau mungkin dingin dengan dia, tapi hati kau,
asyik sebut nama dia.” Afifah bersuara.
Yana memejamkan matanya. Benar 5 tahun
sudah berlalu saat dia sedar dia menyimpan perasaan pada Amar Asyraf. Ah…
kalaulah dia tidak bersetuju untuk menghadiri reunion itu, luka dihatinya tidak
akan pernah berdarah kembali.
![]() |
| Ah... izinkan aku hapuskan 'kau' dari minda aku. |
Yana memandang sahabatnya dengan senyuman, “Satu
hari nanti. Aku tak tahu bila. Tapi aku yakin aku akan dapat lupakan dia.
Buangkan perasaan yang pernah aku ada untuk dia. Perasaan sakit itu. Aku yakin
time will overcome it. He’s not worth to be part of my life. Benci dia itu yang
terbaik.”
Afifah mengukirkan senyuman kelat melihat
Yana kembali menconteng nama Amar Asyraf di sehelai kertas dan kemudian
mengores-gores nama itu dengan sebilah pisau kertas. Huda Masdiana benar-benar membenci
Amar Asyraf. Terlalu.
Aku bencikan kau.. Sebab aku dah ‘tersuka’
dengan kau..
Jadi. Untuk menghapuskan 'rasa' itu. Aku berusaha membenci kau. Aku semakin benci kau sebab ‘rasa’ terhadap kau semakin kuat bila aku cuba
menjauhi kau.. ‘Rasa’ itu terasa semakin pekat setiap kali aku senaraikan
segala alasan untuk aku membenci kau! Terlalu mengecewakan..
Aku lemas bila
ingat pasal kau!!
|
p/s- ayat
dalam kotak, aku pinjam dari Nong Andy







14 comments:
keep writing!!~
luv ur story.never miss it(^.^)
aku nmpak nama aku di situ
perasan
spoil la bace nme sndri
agak pelik
btw asal cmni je ending die?
aku xkire
sambung2 grrr
ini tak sweet. sile panjangkan muhahaha
kalau x aku simbah asid
botol air kosong---> heee.. thanks for reading. =)
#####
Iffah afeefah---> hahaha. memang aku tgah bayangkan kau masa aku taruk nama itu.. hehehe.
alaaaa... nak sambung lagi ke?? Akku dahlah kekangan masa.. hehehe. Yaaa.. aku cuba.. hahaha.
ahahahaha.. iffah komen kau buat aku gelak. simbah asid ker? akakakaaka..
masa baca ayat dlm kotak tu aku rasa napa aku mcm kenal ayat tu emn? oh.. bila baca ps, baru tahu ayat tu ada dlm cerpen 'Benci itu Cinta' hehehe
apasal mimie tak ada kat sini ah? kan hari tu dia ada hihihi..
Nong Andy---> pinjam ayat kau.. heheh. Mimi? next and last episod akan dtg.. hahah
masa baca nama afifah teurs minda ni teringat kak iffah kekeke..:P
teenager housemaid---> hahaha.. betullah tu.. =D
erk..sambung lagi..
xkn nak kene simbah acid kutt...
hehhehheheh :)
cik Zaitul---hahaha. AKu dah sambung dah tu... sila baca ending dia.. kekkekeek. =)
heeeeeeeeeeeeeeeee... aku dah agak dah.. tgk tajuk #end deeshum... aku terus cari bab awal.. hahahaha aum...
ok komen untuk kispen.. aku rasalahkan... genre begini sgt sononim dengan kau.. tersangat simpek aja aku tgk kau karang.. aduh.. lima tahun? aku 7 tahun kot.. hahahaha so aku dpt rasa apa yang Yana rasa..
ps: ewah... mcm nama aku..
Bidadari Syurga---> heee... eh, yeke?? Aku pun suka sebegini.. keke, Tapi idea tang gnre cam ni tak ada sangat.. hehehe.
7 tahun? Wah.. aku kagum.. =)
#memang nama Yana tu aku ambik nama kau.. heheh. Mimi dan Afifah sekali.. huhu
cerpen kedua!
sgt santai la bahasa kau reen. ni mmg penulis pro ke? hikhik.
#maaf cik blog, sy komen byk. hehe.
Noraim--
> ahahha.. biasa je. Aku tulis ikut suka hati aku je. Terima kasih sudi baca.. ehehe
Post a Comment