nuffnang

Tuesday, May 29, 2012

Cerpen: Bencinta #END




Dia terguris melihat situasi di hadapannya
Beberapa kali Huda Masdiana menarik nafas. Melihat kelibat Amar Asyraf bersama kekasihnya di Pavillion, di hadapannya kini benar-benar mengguris hatinya. Terlalu. Melihat Amar berpegangan tangan dengan kekasihnya benar-benar membuatkan Yana mahu beredar dari pusat membeli-belah itu.

Ah, sial.” Huda Masdiana bersuara tatkala melihat pasangan kekasih itu,lantas dia memalingkan tubuhnya, mengelak dari Amar melihat dirinya.

Huda Masdiana,” Yana baru sahaja mahu beredar tatkala Amar memanggilnya, lantas dia berpaling.

Oh, Hi,” Yana berlakon tatkala Amar betul-betul berada di hadapannya. Amar mengukirkan senyuman kepadanya. Yana memandang kekasih Amar, tersenyum sinis kepadanya. Pergh, ini mesti ingat aku ada hati dengan pakwe kau. Argh, blah la dengan pakwe disaster kau. Yana memarahi kekasih Amar dalam hati.

You make me feel annoying.
Kau buat apa kat sini?” soalan Amar benar-benar buat Yana jengkel. Apa bodoh punya soalan. Sudah tentu datang shopping. Yana memarahi Amar dalam hati.

Oh, aku datang sini nak bunuh orang.” Haaa… ambik kau. Yana tersenyum puas dalam hati tatkala melihat muka Mira, kekasih Amar berubah. Amar tersenyum mendengar jawapan Yana. Yana makin jengkel dengan senyuman Amar.

Kerja part-time kau eh, bunuh-bunuh orang?” Sekali lagi Amar melontarkan soalan. Ah… Yana benar-benar rasa menyampah dengan lelaki di hadapannya.

Sort of,” balas Yana dengan jengkel. Amar tersenyum lagi. Yana tahan sahaja rasa menyampah dengan senyuman Amar. Dia sedar, Mira sedang memandangnya dengan dingin. Eh, kau ingat aku nak sangat borak dengan pakwe kau? Tak hingin aku.

You, jom lah. Nanti lambat pula,” kedengaran suara Mira. Yana dan Amar menoleh ke arah Mira.

Aku pergi dululah.” Amar berkata sebelum beredar. Yana hanya mengangguk. Dia sedar, Mira sempat memberikan satu jelingan kemenangan kepadanya.

Daaa… annoying.” Yana bersuara sebelum kembali meneruskan tujuan dia datang ke situ.

############

Ah.. disaster betul.

PAPPPP… kad yang berwarna pink itu dilemparnya ke atas meja. Sekali lagi hati Yana terguris. Ah… hidupnya kini sudah menjadi satu disaster. Ah… Amar Asyraf itu satu disaster walaupun dia tidak bertemu dengannya. Disaster tahu.

Ah… apa ke bangangnya dia bagi aku kad dia. Bodoh! Bodoh! Bodoh!” Yana memarahi Amar.

Hoi!!!!.” Suara nyaring Mimi membuatkan Yana menoleh. “Kau pehal?

Pehal apa?” Yana memandang Mimi dan Afifah yang baru tiba. Afifah memandang kad yang berwarna pink itu. Dia memandang pula Yana. Afifah tahu Yana sedang menyembunyikan rasa kecewanya.

Yeelah, yang kau nak mengamuk dekat kad warna pink tu pehal? Aku tahulah kau tak suka warna pink dan Amar Asyraf tu, tak yah la kau nak mengamuk sakan dengan kad yang tak bersalah tu,” Mimi menegur.


Aku terluka tahu.
Aku benci tahu! Menyampah! Asal dia bagi kat aku kad dia? Disaster tahu! Dahlah warna pink. Tak ada warna lain ke?” Yana merungut. Amar sengaja nak sakitkan hatinya. Argh… dia benci Amar. Benci.


Yana…” Afifah memandang sahabatnya. Faham perasaan sahabatnya. Mengetahui lelaki yang disukai akan berkahwin tidak lama lagi.

Kau tahu, aku still rasa kau patut luahkan rasa tu pada Amar. Kalaulah kau bagi tahu aku awal-awal tentang ni, dah lama aku boleh tolong kau.” Mimi mengambil tempat di sebelah Yana. Kasihan pula dengan sahabatnya.

Kau gila ke? Dia dah jadi tunang orang. Dah nak kahwin tak lama lagi dengan perempuan gila tu.” Yana mengetapkan giginya bila teringat tentang Mira. Ah… Mira itu buat dia turut menyampah. Perasan aku nak sangat kat pakwe dia. Boleh pergi mampus.

Ah... dia takkan pernah luahkan rasa itu. Never.
Dari kau macam ni, baik luahkan. Tak payah la aku risau kau jadi psiko setiap kali nama Amar disebut,” Mimi memandang Yana. Yana kini tidak boleh dengar perkataan Amar. Dia masih ingat lagi, ketika mereka sedang makan bersama-sama di sebuah restoran, ada seorang perempuan di meja sebelah menyebut nama Amar, Yana terus menoleh, seolah-olah terkena renjatan elektrik. Dia tahu Amar yang dimaksudkan oleh perempuan itu mungkin bukan Amar Asyraf namun Yana seolah-olah anti dengan nama Amar. Seolah-olah nama Amar itu suatu magnet disaster pada Huda Masdiana.

Kau memang gila kan? Argh… tak nak aku!” Yana memarahi Mimi. Mimi dan Afifah menggelengkan kepala mereka. Huda Masdiana ini terlalu degil dan ego.

############


Yana baru sahaja tiba di restoran, mahu bertemu dengan tunangnya. Eh, tunangnya? Yaa… dia terpaksa menuruti kehendak keluarganya yang mahu dia berkahwin di usianya sekarang. Ah, bukannya tua sangat pun. Baru umur 27 tahun. Apala yang Mama dan Papanya kecoh. Matanya melilau mencari kelibat Haikal, si tunang yang bakal menjadi suami dalam masa beberapa bulan lagi, sebulan selepas ‘disaster’ itu berkahwin dengan tunangnya.

She found someone that can make her forget 'him'.

Yana ternampak kelibat Haikal di satu sudut di meja sedang berbual-bual dengan seorang lelaki dan seorang perempuan. Siapa entah, dia sendiri tidak tahu, hanya nampak belakang sahaja. Bila Yana mendekati Haikal, ah, mereka ini. Yana terkejut melihat Amar dan Mira. Ah… kecilnya dunia ni.

Lambat sampai,” suara Haikal menyedarkan dirinya. Yana memandang Haikal dengan senyuman tanpa menghiraukan pandangan Amar dan tunangnya. Dia mengambil tempat di sebelah Haikal. Ah… kali ini dia mampu hilangkan Amar dari hidupnya dengan kehadiran Haikal.

Sorry, meeting habis lambat. Dah order?” Haikal mengangguk. Yana menyedari pandangan Amar dan Mira. Ah… ni pehal pandang aku macam tak pernah nampak aku. Aku salah make-up ke? Eh, bila masa aku make-up? Yana mengomel dalam hati.

Kau?” Akhirnya Amar bersuara. Yana menoleh. Memandang Amar dan Mira yang sedang memandangnya dengan penuh kehairanan.

Korang kenal ke?” Haikal bersuara.

Kita orang satu UKM dulu,” Amar membalas diiringi anggukan dari Mira. 


Yana menunjukkan reaksi jengkel mendengar ayat Amar. Ah… memandai je nak mengaku kau tu coursemate aku. Dulu, kemain berlagak sombong dengan aku. Yana mengutuk Amar dalam hati.

Ah... dia ni muncul lagi.
Yana…” Haikal menyedari reaksi jengkel yang ditunjukkan oleh tunangnya. Mujur dia sahaja yang sedar reaksi itu, bukan Amar mahupun tunangnya. Yana hanya memandang tunangnya dengan senyuman.

So, korang… tunang?” Sekali lagi Amar mengeluarkan soalan. Ah.. tetiba Yana mahu saja menyepak Amar Asyraf di hadapannya. Asal soalan bodoh je kau selalu keluarkan pada aku? Yana merungut dalam hati.

Ha’ah… baru je. Haikal menjawab. Yana hanya tersenyum memandang tunangnya.

Macam mana korang kenal?” Amar mengeluarkan soalan lagi. Dia hairan bagaimana rakan sekolahnya boleh ketemu Huda Masdiana yang pendiam dan agak pelik perangainya.

Family kitaorang.” Yana mencelah.

Family korang? Tapi, as far as I know, korang punya taste not each other.” Amar memandang Haikal yang sedang tersenyum.

Aku sudah hilangkan perasaan pada kau.
Asal kau banyak sangat tanya soalan? Aku tak ada la pulak tanya asal kau end up dengan Mira?” Yana geram. Dia sedar Mira sedang merenungnya dengan tajam.

Huda Masdiana,” Haikal menegur. Yana menarik nafas. Benar, dia harus menjaga tatasusila sebagai tunang Adam Haikal.

Sorry. Bad mood hari ini. Meeting cam disaster sikit.” Yana berbohong. Haikal mengukirkan senyuman padanya. Ah… dia tenang berhadapan dengan Haikal.

It’s okey. Aku tak kisah pun. Faham bila meeting cam not so good.” Amar mengukirkan senyuman kepada Yana. Yana membalas senyuman itu dengan tidak ikhlas.

Dan mereka berbual-bual kepada kisah-kisah di zaman U, kisah-kisah Haikal dan Amar dan sebagainya. Kali ini Huda Masdiana sudah tiada lagi rasa menyampah pada Amar Asyraf. Tiada lagi. Janji yang dilakukan pada dirinya benar-benar dikotakan. Dia sudah mampu melupakan Amar Asyraf dari hidupnya. Suatu kegembiraan. Tiada lagi rasa disaster. Yang ada hanyalah rasa sweet terhadap Adam Haikal.

Yang ada hanyalah rasa sweet terhadap si tunang sahaja.



---THE END---


13 comments:

Nong Andy said...

Adam Haikal? ha.. bagus.. Dia dah jumpa org yg boleh menenangkan hatinya :)

nasib baik endingnya 'sedap' di baca :)

AdiaLuze said...

Assalammualaikum ...

Hehehe ... At last dia ngan org lain. At least takdela ngan si disaster ;)

eLL said...

jadikan novel, nak?

Iffah Afeefah said...

auw auw

aku ske ni

xsad ending pon

akhirnye de gak haikal

aaahh aku ske haikal

tenang

sweet

sopan n agak matang

#jatuh cinta hak3

reenapple said...

Nong Andy---> haaa.. bagus kan.. hahaha. Aku tumpang bahagia.. kekekeke.

#####

AdiaLuze---> hehehe. Itulah, nasib baik bukan dengan disaster. +)

######

elL---> errrr... tak nak la. Novel tgah tulis pun tak siap lagi.. kekangan masa. =)

#####

Iffah Afeefah---> jatuh cinta dengan watak Haikal lak..huhu. =)

Teenager Housemaid said...

aaaa~~
i like the whole story!!! :D
dari part 1 sampai ending ni..:)

hehe, nama kak mimi akak kak nong andy hehehe..:DDD

reenapple said...

teenager housemaid---> selamat ada orang suka.. hehehe.

#nama aku bukan Yana.. yg MImI +Afifah tu betul..kekek,

Nong Andy said...

Yana = Cik Biadari

hehehe.. Syah tak ada di sini.. dia pergi bercuti agaknya :)

reenapple said...

Nong Andy--->hahaha... Pandai kau.. kikikiki,.

botolairkosong said...

http://luluselalu.blogspot.com/2012/05/kertas-itu.html

sile komen cerpen pertama.
ngeh3.(^.^)

reenapple said...

botol airkosong---> yaaa... dah .. =)

Bidadari Syurga said...

alahhhhending dia swweeeet kemain.. bencilah bencilah... adam haikal? perghhhhhhhhhhhhhhhhh

reenapple said...

Bidadari Syurga---> hahaha. Endingnya haruslah sweet kemain.. kekeke.

Adam Haikal?? Aku suka nama itu lagi dari Adam fahmi.. gabungan 2 nama feveret aku.. huhuh