nuffnang

Thursday, May 31, 2012

Cerpen: Awak cinta saya tak?

Rentetan dari cerpen ini.

Awak cinta saya tak?
Awak cinta saya tak?” soalan Hani petang itu benar-benar buat Hisyam kehairanan. Belum pernah Hani mengutarakan soalan sebegitu pada dirinya.

Kenapa awak tanya?

Jawablah dulu,” Hani memujuk.

Awak ni dah macam budak-budak tahu. Even awak dah boleh jadi mak budak.” Hisyam mencubit pipi isterinya.  Hani hanya tersengih.

Alaaa…

Tak nak jawab soalan ini.” Hani mencebik. Merajuk dengan Hisyam.

Please….” Hani cuba memujuk lagi.

Nope. I won’t answer it.” Hisyam masih dengan keputusannya. Hani menunjukkan muka seposen. Merajuk.

Tak nak kawan dengan awak.” Hani bangun, Hisyam lantas merentap lengan isterinya
.
Duduk.” Hisyam memberi arahan. Hani mengikuti sahaja arahan suaminya. Hani masih merajuk. Langsung tidak memandang wajah si suami yang dicintainya.

Awak kenapa? Kalau saya cakap saya cinta awak sekali pun, awak akan kata saya tipu awak lah, itulah,inilah.” Hisyam membebel. Hani memuncungkan bibirnya. Berkecil hati dengan ayat Hisyam.

Saya dah lama tak dengar awak ucap ayat itu pada saya.” Benar, sudah lama Hani tidak mendengar Hisyam menyebut 3 perkataan itu pada dirinya. Semenjak mereka berkahwin sebulan yang lepas. Tiada lagi dia mendengar 3 perkataan itu. Saat, dia menjadi hak milik Hisyam yang sah.

Saya nak awak macam dulu.
Hisyam tersenyum mendengar jawapan isterinya. Benar, kalau difikirkan, sudah lama dia tidak menyebut perkataan itu pada si isteri. Tidak seperti zaman mereka bercinta dahulu. Setiap malam sebelum tidur, 3 perkataan itu akan diucapnya kepada Hani sebagai penamat kepada hari mereka. Dia tersenyum lagi mengingatkan ketika mereka bercinta. Rasa aneh pun ada, mengimbau kisah 2 insan yang berbeza minat dan peribadi.

Hani memandang Hisyam, menanti jawapan yang terkeluar dari mulut Hisyam. Lama dia menanti, Hisyam hanya tersenyum sahaja. Hani mengeluh. Akhirnya dia bangun sekali lagi, namun Hisyam menyuruhnya dia duduk kembali.

Saya tak ucap tak bermaksud saya tak cinta kan?” Hisyam memandang Hani. Hani kembali memandang suaminya. Meminta penjelasan lanjut.

Saya tahu awak hope saya akan still ucap ayat tu macam zaman kita bercinta, but keadaan sekarang dah berbeza, awak tahu kan?” Hisyam memandang Hani. Masih merajuk.

Saya nak kita macam dulu-dulu
Tapi, Diana dan suaminya still buat macam tu, even mereka dah berkahwin.” Hani teringat sahabat baiknya yang kahwin dahulu darinya.

Hisyam tersenyum. “Sejak bila awak suka saya jadi romantic ni? Dulu, masa bercinta, bukan kemain awak kata, tak suka saya jadi romantic, nanti akan ada perempuan lain yang ‘culik’ saya dari awak. Dan bila saya ucap kata-kata tu, awak sikit pun tak de bagi respon.” Hani memuncung bibirnya. Kecil hati dengan jawapan Hisyam.

Benar, dia langsung tak pernah beri respon setiap kali Hisyam mengucapkan 3 perkataan itu padanya. Baginya, masa bercinta, apa-apa boleh diucapkan, sebab itu dia simpan sahaja 3 perkataan itu untuk sang suami yang bakal menjadi raja yang sah di hatinya. Namun, dia sendiri tidak tahu, hubungan dia dan Hisyam akan berakhir ke alam perkahwinan. Hisyam raja yang sah di hatinya sekarang.

Tapi, setiap kali dia menyebut 3 perkataan itu kepada Hisyam selepas Hisyam menjadi suaminya, Hisyam hanya tersenyum sahaja. Tiada balasan. Itu yang dia berkecil hati. Seakan-akan dia sahaja yang membodohkan dirinya untuk ucapkan kata-kata itu pada sang suami.

Tapi tu dulu… sekarang dah lain.” Hani membalas dengan lemah. Masih merajuk. Hisyam tersenyum.

Apa yang lainnya?” Hisyam tahu apa yang Hani akan jawab selepas itu.

Sekarang, awak dah jadi suami saya yang sah… jadi, saya boleh…

Ayat itu hanya untuk awak sahaja tahu.
Ucapkan perkataan itu pada saya?” Hani mengangguk sambil mengukirkan senyuman.

Awak ucap pada saya dah memandai. So, tak perlu lah saya nak membazirkan air liur saya nak ucap pada awak. Kita bertukar. Dulu saya yang selalu sebut pada awak, dan sekarang biar awak yang sebut pada saya, boleh?” Hisyam mengukirkan senyuman.

Satu tamparan hinggap di lengan si suami. Hisyam ketawa. “Awak!” Marah Hani. Hisyam ketawa lagi.

Meh sini,” Hisyam menyuruh Hani mendekatkan diri kepadanya.

Kenapa?”soal Hani hairan.

Ikut je.” Hani mendekatkan dirinya ke Hisyam.

CHUPP. Satu ciuman diberikan di bibir Hani. Hani tergaman. Lantas ditolak Hisyam jauh darinya.

Apa ni!” Hani melenting. Hisyam ketawa melihat reaksi isterinya.

Satu ciuman cinta diberikan sebagai bukti.
Saya tak ucap tak bermakna saya tak cinta tahu. Sometimes, actions speak louder than words. Dan itu tadi, bukti saya masih cintakan awak tahu.” Hisyam memegang erat tangan Hani. Hani tersenyum mendengar ayat Hisyam. Ah… Hisyam masih cintakannya.

Dan, bibir awak... rasa macam coklat. Awak minum coklat tadi?” Hisyam mengusap bibir Hani. Hani mengangguk tersenyum.

Ermmm… boleh buatkan saya kopi?” Hisyam tersenyum memandang Hani. Hani mengangguk sebelum bangun.

Saya cinta awak tahu.” Hani berbisik di telinga suaminya sebelum melangkah ke dapur. Hisyam tersenyum mendengarnya.

I love you always.” Balas Hisyam setelah melihat kelibat Hani menghilang ke dapur. Hisyam tersenyum lagi.

I always love you.


p/s--- Yaaa.. aku tahu korang nak kata aku tengah sweet. Memang pun.. hahaha.  Masa aku tulis ni, entah, mood sweet sedang menerjah. Haha. Ah, lupa, ini cerpen terakhir untuk bulan Mei. Saja nak bagi korang sweet sebagai penamat bulan Mei sebab Jun aku kena berperang ... heheh. Good Luck!!!




17 comments:

Iffah Afeefah said...

AHHHH kau

kau kate kau nk berehat kan

ini ape

cisss

aku tersweet sme

guess what?

i think im fall in love with hisyam lah3

CikZaitul said...

cinta cokelat dan kopi :)

aku sukeeeeeeeww..

auwwwww....sweett...


nak minum nescafe lah... hikhikhik..

reenapple said...

Iffah AFeefah---> hahaha. Entah, tetiba nak habiskan tepat3 hujung bulan 5..kekeke.

Aku pun.. hahah. Aku fall in love dengan dia..

reenapple said...

cik Zaitul---> hahahha, aku pun suka juga...

eh, tolong buat mocha untuk aku.. kekeke.

botolairkosong said...

yawwww~
swit sngat.
sengih smpai kat tinge.
ending may yg snagt2 swit.(^.^)

reenapple said...

botolairkosong---> heee... yeah.. sweet menjadi.. HUHUU

Nong Andy said...

ala.. aku jeles la kalau mcm ni.. ni karang nak gi mengatal kat hubby ni.. nak cakap kat dia..

" Sila cakap I Love You Sekarang.. kalau tidak aku tak mau masak malam ni"

Gitu boleh? hehehehe..

reenapple said...

Nong Andy---> hahaha,... boleh3.. dan tentu hubby kau akan kata macam ni " Okey, awak tak nak masak, saya ajak Shinta makan kat luar"... ngeh ngeh

Nong Andy said...

ahahahaha. kalau gitu aku tukar dialog lah..

tapi dialognya rasia akakakakaka...

18sx punya dialog hehehe

reenapple said...

Nong Andy---> Amboi... hahha. Aku tak tahu nak jawab apa.. heheh. Tak apa, aku dah melepasi umur 18 tahun. Jadi aku faham..ngeh ngeh.

Nur Farah Hani said...

sambil baca sambil berangan berada ditempat hani.. huhuhu.. sweet romantic semua ada.. i just love it.. nak nak hahaha..

reenapple said...

Nur Farah Hani---> yea... silakan berangan.. mana tahu ia akan menjadi satu kenyataan di masa hadapan. =)

Iffah Afeefah said...

aku aku nak kawen skng

akibat bace cite ni kali kedua kah3

reenapple said...

Iffah Afeefah---> hahaha. Sila sila.. t jgn lupa jmput aku nanti.. Hahah.

#err...kau dah ada calon kah?? =)

CikZaitul said...

sila cakap i love u sekarang kat aku..baru aku buat mocha :)

reenapple said...

cik zaitul---> ok.. I love you.. =P

#mana Mocha nya??? hahaha

Cik Tia said...

terfeeling kejap. adik2 bawah umur tak boleh baca ni .. bahaya .. terutama ayat nak last tu .. hahaa .. suka ini ..