![]() |
| Susah kan nak buat pilihan? |
Oh… Entah, ada seorang kawan aku, tanya apa
yang akan berlaku bila berada di persimpangan. Perlu memilih di antara dua.
Bila dia tanya tentang ini, sah-sah aku rasa ia melibatkan soal cinta. Cinta
lagi. Aku ni asyik dengar pasal cinta je sedangkan aku dah tak berminat dengan rasa itu. Kekekeke.
Kemudian, aku jawab, pilih yang
menyenangkan kita. Yaa… itu yang aku
terus jawab. Hehehehe. Tak terfikir dah sama ada perlu atau tidak buat
solat Istikharah. Pilih yang menyenangkan kita. Itu yang aku kata pada kawan
aku. But then dia kata, kedua-duanya menyenangkan dia. Aiyoook… susah ini maa.
Then aku kata, diantara kedua-dua itu tentu ada yang berat sikit bukan??? Dan begitulah.
Eh, kalau nak dimbas kembali, Mak aku pernah
kata, pilih yang suka kat kita, bukan kita suka kat dia. Aku sebenarnya tak
setuju dengan ayat mak aku. Heheh. Heee…yaaa sila kata aku anak yang tak baik
sebab selalu bangkang mak. Hahaha.
![]() |
| Kadang-kadang pilih yang suka kita menyakitkan. |
Yeela… sebab yang pertama, is aku cakap
based on pengalaman aku. Orang luahkan perasaan cinta pada korang and then
tanpa korang sedari, dia sebenarnya tidak begitu ikhlas nak kat kita. So, ayat
yang pilih orang yang suka kat kita aku rasa not relevant at all.
And then pilih yang kita suka? Err… entah
la. Yang ni aku tak tahu sangat. Maybe yang kita suka lagi baik dari yang suka
kita. *harap korang faham ayat aku*. Tapi mungkin yang kita suka, tak suka kita
sebagaimana kita suka dia. Yaaa… kita bertepuk sebelah tangan. Tapi kalau
tepukan tangan berbalas???
Hurm… susah bukan? Yang satu yang kita
suka, yang satu lagi yang suka kita. Kalau nak ikut pendapat mak aku, sah-sah
dia kata pilih yang suka kat kita sebab yang suka kita sudah tentunya akan jaga
kita dengan lebih baik. Akan sayang kita dengan lebih baik dari yang kita suka.
![]() |
| Pilih yang menyenangkan kita. =) |
Tapi bagi aku tak. Semua tu tak semestinya.
Sebab aku kata pilih yang menyenangkan kita. Aku pernah juga tanya kawan lelaki
aku, and then dia jawab, dia akan tengok balik criteria-kriteria tu. Yang mana
menyenangkan dia. Yang dia yakin mampu akan jadi ibu yang baik untuk
anak-anaknya. Dan so on. Hehehe.
So bagi aku, yes.... Pilih yang menyenangkan
diri. Itu yang aku akan buat. Hahaha.
Itu pun kalau aku dah kembali keep believing. Hehehe. Tapi apa-apa pun lagi
baik minta petunjuk dari DIA. DIA maha mengetahui yang mana terbaik untuk kita.
=)
![]() |
| Kadang-kadang hidup aku rasa tenang je tanpa perlu memikirkan soal cinta itu lagi. =) |
Cintailah
orang yang kau cintai sekedarnya saja….
siapa
tahu pada suatu hari kelak
ia
akan berbalik menjadi orang yang kau benci….
dan
bencilah orang yang kau benci sekedarnya saja….
siapa
tahu pada suatu hari kelak
ia
akan menjadi orang yang kau cintai....~ Edith Wharton ~
*aku
jumpa ini. Soundss good. HEhehe*
P/s- rasa tu buat aku sakit dan kelihatan
bodoh.




20 comments:
betul tu. kat sini banyak pasal cinta. hmmmm, bilalah nak smpai masa ada dua org berebutkan kita. nak juga merasa membuat pilihan antara dua huahuahua
yesss!!~
saya dah tau macamane.saya dah jumpa 1 jalan disini.=)
thanks!^__^
bunbun---> heee... itulah kan. Ak rasa dalam mimpi je semua tu akan berlaku.. tehehehehe.
******
Layinur harir--> heee.. samaa-sama..=)
pilih yg menyenangkan... sokong!!!
tak senang tak jd lg..
Prinsip saya, kalau dah bergaduh macam pasangan yang dah berkahwin, berkomunikasi macam kawan baik, flirt like first loves and sentiasa melindungi sesama sendiri seperti abang/kakak dan adik; obviously, it's meant to be.
But sometimes, apa yang kita hajati itu tak selalunya dapat. Allah Knows Best.
HanIAsyira---> heee.. kan kan... heheh. Tak jadi lagi??? Nanti jadi lah satu hari nanti, =)
Nisa---> hurm.. aku tidak memahami dengan begitu mendalam prinsip kamu tapi ia bunyi menarik.. =)
*yes... DIA maha mengetahui apa yang lagi terbaik untuk hambaNYA. =)
Reen,
Aku tersuka kepada seseorang yg tidak pernah tahu bahawa aku menyimpan suka kepadanya...adehhh sakitnya rasa...Dan aku tiada pilihan...
LAdy Windsor---> aaaaaaa... aku tahu rasa itu.Dan aku tahu betapa ia menyakitkan..
Dan aku tahu kita mungkin ada pilihan untuk suka pada orang lain, tapi kita tersuka pada orang yang tidak pernah langsung mengetahui perasaan itu... dan hanya kita sahaja yang menanggung rasa sakit itu seorang diri.. tidak mampu untuk berbicara dengan teman-teman betapa sakitnya rasa itu.. kan kan.,.
*sob sob.. pinjam bahu.. (T.T)
aku selalu nasihatkan org yg tanya soal cinta pada aku..
nak pilih yg suka kita ke atau yg kita suka.? kalau kau kau pilih yang cintakan kau ke atau dia cintakan kau...
aku jawab aku pilih yg cintakan aku... sebab dia tahu macamana nak tawan hati aku. sebagai perempuan, kita selalu over dalam tawan hati org... itu kata akulah... aku tak mahirpun... byk juga kecundang... pasal barangkali betul agaknya... dulu aku byk pilih yang aku suka... makanya dia agak berat sebelah...
now... yg sukakan kita... aku rasaa heaven... tak payah nak jadi org lain... hormat dan respect... paling penting dia selalu ingatkan aku dahulukan keluarga baru dia... then.. dia dah tawan hati aku.... tanpa aku sedari...
bidadari Syurga---> hurm.. pandangan kau sama macam pandangan mak aku.. heheh. Yeah..maybe ada betul juga. Sebab yang suka kita lagi memahami kita dengan lebih baik. Mungkin ia seperti yang kau katakan..
Ah... rasa macam sweet je cerita kau.. =)
pilih yang mampu menjadi teman juga mungkin..yang senang untk meluahkan..hehe
si ngok ngek--->heee.. betul betul.. =)
hehehe.. best topik ni. lain org lain pandangan kan? aku suka pilih yg aku suka. yang aku mahu. aku tak mahu terima org sebab dia sayangkan aku. aku pernah rasa.. bila aku terima org yg suka aku. dan lepaskan org yg aku suka.. akhirnya.. akhirnya.. aku lukakan hati org saja! benar aku terjatuh cinta juga akhirnya dgn dia.. tapi rasa itu rapuh. tidak kuat.. dan mudah patah. dan ia berakhir melukakan!! jadi aku pilih org yg aku benar-benar suka, benar-benar cinta.. haha!!!! baru best.. :D
Nong Andy---> heee.. yaaa aku setuju. Kadang2 pilih yg suka kita tak sekuat yang kita suka kan kan.. memang la akan jatuh cinta jua but rasa tu tak sekuat mana. Aku pernah alami... hehhehe
betul tu..buat apa nak pilih yang susah2..pilih yang menyenangkan hati kita supaya tak pening kepala di kemudian hari :)
Aku dilema dan aku plih y sngkn hati aku
iffah afeefah---> betul3.. pilih yang sayangkan hati kau.. Semoga kau jumpa yang sebegitu. Or dah jumpa??? hehehe
lizarazak--->kan kan? Pilih yg menyenangkan hati.. =)
Lofty bye, considerate alternative other :)
Post a Comment