![]() |
| Aku pernah mimpi bermacam-macam.. heheh |
Ada orang kata, kalau kita asyik fikir
tentang orang tu, dia akan muncul dalam mimpi kita. Ada orang kata, kalau orang
tu muncul dalam mimpi kita, itu bermakna, orang tu rindu kita. Ada orang kata,
kalau kita mimpikan seseorang, tapi tak jelas itu mungkin bermakna orang tu
jodoh kita ataupun orang yg bakal kita jumpa. Dan ataupun, dalam banyak-banyak
alasan yang tepat is gangguan syaitan. Sebab tu orang selalu kata mimpi tu
mainan tidur.
Aku… pernah alami semua tu. Hahah. Aku
pernah mimpi aku kahwin, tapi aku tak nampak siapa orang yang lafazkan akad
nikah tu. Haha. Aku pernah mimpi perang mulut dengan orang yang selalu aku
nampak dari jauh.
Dan aku jarang gila nak ingat tentang mimpi
aku. dan bila aku ingat, ia tak masuk akal. Contohnya macam mimpi aku yang ini.
Tak masuk akal bukan? Berperang mulut dengan orang yang aku tak pernah suka
dari kali pertama aku bersua.
Dan aku asyik mimpikan orang yang sama. Ah…
mengacau betul. Setiap kali aku mimpi pasal dia, aku akan terus terjaga. Macam
mengalami mimpi ngeri. Pfft…. Dan terbaru pasal mimpi tu, aku dan dia boleh
berborak dengan mesra. Macam kawan baik. Aik… hari tu mimpi gaduh bukan kemain.
Heran aku. Dalam mimpi tu, dia sekelas dengan kawan baik aku. And then entah,
aku pun tak tahu bagaimana dia dan aku boleh berborak dengan mesra. Serius, aku
musykil sebab last aku mimpi tentang dia, kitaorang gaduh besar. Macam-macam
perkataan yang keluar dari mulut aku.
Hurm… mungkin aku sebenarnya ada sesuatu
nak kata pada orang tu? Ataupun, ia hanyalah gangguan tidur sahaja. Mungkin
gangguan syaitan? Tapi aku baca doa dan basuh kaki sebelum tidur. Entah…
mungkin tak membawa apa-apa. Mungkin aku terlalu terdedah dengan kisahnya. Mungkin.
| Maybe aku ada benda nak tanya? |
p/s-Oh… ada orang kata, jika kita ceritakan pada
seseorang tentang mimpi kita, nescaya ia takkan terjadi. Hehehe. Aku mahu
lakukan itu. kikiki.


23 comments:
bagus. dah mimpi berbaik dgn dia :p
aku harap mimpi dlm kispen aku tak jadi kat kau ahahahaha.. :p
* aku dah ready nak tidur lepas baca komik.. tik.. tak.. tik.. tak.. akhirnya aku buka pc n buka blog kau :p
Nong Andy---> hahhahaa.. mimpi je pun. Bukan realiti [un..kekekek.
*selamat malam. =)
Aku dah lama x berimpi...tapi aku kerap day dreaming..hehe
lady Windsor... heee... kau terbalik dengan aku. JOm tukar. hehehe., =)
Aku pun slalu jek mimpi tentang org yang bencikn aku..tp ku tak lgsg bencikn die..kami pernah rapt dulo..tp skg die bencikan aku dn aku kerap mimpikn die..
**i wonder why why why...
nanti citer kat saye eh..haha!=P
BIla idea datang saat kepala ku sudah berlabuh di bantal...
aku tak sanggup lepaskan peluang ahahaha... dah terjangkit viris-virus menulis dlm dingin malam lepas hujan turun hehehe..
* merapu dan menyemakkan lagi ruangan komen ko :)
si gile dan kegilaannya--> kau tnya aku, tentu aku tak dapat tafsir.. hahah. Mungkin kau dan dia ada sesuatu yg harus diselesaikan? =)
********
Layyinur Harir---> tak nak.. =)
*******
Nong Andy---> hahhaah.. sila sila.. Aku okey je. =)
puitis juga kau ni.. kekekeke.
dah lama tak mimpi mantan... rindu... hurmmmmmmmm
Bidadri Syurga---> heee... aku tak pernah. Kikiki.
*be strong bebeh.. =)
x tau la nk percaya mimpi ke tak...hehe
liza razak---> itulah.. mimpi tak boleh dipercayai.. =)
puitis? mestilah.. kan nak join tulis kispen S7W :)
Rindu akan mimpi
untung mmpi y baik2 je weh
saya pun pernah mimpi seseorang... since 2009 sampai skrg..
hoho..
sbb tak nak ianya terjadi, i told people yang rapat..kehkehkeh
Nong ANdy---> heee... memuji diri sendiri nampak.. kikikiki. Betullah kau puitis.. baca ayat3 kau pun dah tahu kau ni puitis.. hehehe.
********
Iffah Afeefah--->untung la mimpi yang baik-baik... hehehe. Selamat aku.. hehehe.
*****
TeenagerHousemaid---> heee.... mimpi sama je??Haa... ada mksud tersirat tu,,, kikikiki
aku? Masuk bakul angkat sediri? oh.. tak mungkin berat wei.. 53Kg ni tau ahahahaha...
*Lagi kasi semak ruangan komen ko :p
entah2 org yg awk mimpi tue jodoh awk kot..kata org gaduh2 lama jadi cinta ...ehhehe..(^__*)
Nong Andy---> heee...53 kg??? wahhh.. kantoi. kekekeke.
*tak apa aku alu-alukan kedatangan kau dengan tangan yang luas terbuka untuk peluk kau.. *hug you* auwww... =P
******
Terbang bersamaku--->masalahnya.. ni gaduh dalam MIMPI pun. di luar realiti, humph... haram nak bertegur sapa.. kikiki.
Errr... mintak jauh-jauh la. hehehe.=)
hahhaha..
auwwwww :)
Nong Andy---> =).. hehehe
uishh same goes to me :(
same like me
siap mimpijumpe family dia lagi huhuh
Post a Comment