nuffnang

Sunday, April 8, 2012

Kispang: Benci itu cinta


Benci itu cinta.
Aina sedang berbual bersama rakan-rakannya di sebuah kafe apabila dia terpandangkan Azizi di hujung kafe itu. Mengambil tempat di sebuah meja di situ. Tidak jauh dari tempat Aina dan rakan-rakannya. Cukup untuk Aina perhatikan Azizi dari jauh tanpa disedari.

Kau tengok tu,” Zarina bersuara. “Hot guy dah tiba.”

Maksud kau guy yang perasan hot?” Irfan menyampuk.

Aina dan Zarina ketawa mendengar ayat Irfan.

Kau tahu, hari tu aku ada dengar pasal Azizi ni…” Irfan kembali bersuara.

Boleh guna panggilan lain tak?” Aina mencelah.

Ah... dia terluka setiap kali nama itu
disebut.

Irfan dan Zarina saling berpandangan. Mereka tahu Aina teramat tidak menyukai lelaki yang bernama Azizi itu. Mungkin disebabkan nama Azizi. Katanya Aina, bekas kekasihnya bernama Azizi suatu ketika dahulu. Menduakannya dan meninggalkannya dengan penuh parut di hati yang tak mungkin akan hilang untuk selamanya. Agaknya dari situlah Aina mula menyampah dengan lelaki yang bernama Azizi. Termasuk Azizi yang mereka sedang katakan ini.

Okeyla,” Irfan menurut perintah. Zarina tersenyum sambil memandang Aina yang turut tersenyum.

Apa cerita yang kau nak sampaikan?”soal Aina tidak sabar.

Well… macam ni. Ada kawan aku cerita pasal mamat kerek ni.” Irfan menggunakan panggilan yang selalu Aina gunakan untuk bahasakan Azizi itu. “Kawan aku ini satu group assingment dengan dia. Dan kau nak tahu dia still memerintah macam dulu-dulu dia pegang jawatan besar dalam persatuan kita.

Aina mendengar dengan teliti setiap cerita yang disampaikan oleh Irfan itu. Yaa… dia tahu Azizi itu agak ‘bossy’. Tambah-tambah lagi dia memegang jawatan pengerusi dalam persatuan yang dia juga pernah memegang jawatan dalam persatuan itu. Yaa… dia menjadi orang bawahan Azizi itu. Namun dia meletakkan jawatan sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir disebabkan tidak tahan dengan perangai Azizi itu. Dia masih ingat lagi bagaimana dia dan Azizi itu bertikam lidah di hadapan AJK-AJK lain disebabkan dia tidak bersetuju dengan arahan yang diberikan. Dan keputusannya, dia beredar dari mesyuarat itu sebelum tiba masanya.
She's acting cool.
Alaa… dah memang perangai dia macam itu. Normallah, dia dah biasa bagi arahan. So sekarang dia apply dalam group assingment.” Aina menyindir.

Yaaa.. but tak rasa dia tu macam over je? Dia punya jawatan as president dah tamat kan? So, sekarang ni group assingment. Means leader perlu pantau bukan bagi arahan. Aku rasa dia tak boleh bezakan diantara leading dengan monitoring,” Irfan berkata panjang lebar.

Zarina di sebelah Aina hanya tersenyum. Dia juga turut faham bahawasanya Irfan juga tidak menyukai lelaki bernama Azizi itu. bukan disebabkan namanya tapi disebabkan perangainya. 1 tahun menjadi orang bawahannya memang bagi Irfan adalah disaster.

Dia ada rupa, ada bakat but then aku boleh bagi kosong sahaja pada perangai dia. Betullah Aina bila kau kata dia just layan perempuan cantik je. Aku akhirnya dah percaya apa yang kau kata,” tambah Irfan lagi.

Aina tersenyum sinis. Dia tahu perangai Azizi itu.

Ha'ah... Ada 1 hari tu, masa aku pergi keluar dengan member-member aku, aku nampak dia. Yang, kau blah awal tu? Kau tak terserempak dengan dia ke? Risau juga aku kalau kau terserempak dengan dia” Irfan bersuara lagi.

Aina menelan air liur. Ah… betulkah hari itu, Azizi itu turut berada di tempat yang sama dengannya? Ah… dia paling takut dengan situasi akan face to face dengan mamat kerek itu. Aina menggeleng.

I did wrong to you.
Selamat kau. Aku nampak dia. Dan aku for sure dia nampak aku tapi dia buat donno je dengan aku. Berlagak seolah-olah tak nampak aku dan tak kenal aku. Dia buat-buat tengah belek baju-baju kat situ. Sengal betul,” Irfan mengeluarkan ketidakpuasan hatinya.

Dah kau pun berlagak macam tak kenal dia, so dia pun buat juga macam itu,” balas Aina selamba.

Zarina tersenyum mendengar ayat Aina. Mahu saja digelaknya tapi ditahan risau jika Irfan berkecil hati.

Yeaa… but takkanlah sampai macam tu sekali. Aku just about nak senyum kat dia but then dia boleh palingkan muka dia dan buat belek-belek baju kat situ. Eh, ada duit ke nak beli baju,” Irfan menyindir.

Geez… kejam la kau. Tak baik tau kutuk dia sampai macam tu. Dia tak buat apa-apa salah pun kat kau,” Aina cuba membela Azizi.

Kau ni, sejak bila kau side dia? Aku rasa kau lah manusia dalam muka bumi ni yang paling benci dan menyampah dengan dia,” Irfan membalas.

Hurm… menyindir nampak?” Aina merenung Irfan di depannya. Zarina hanya tersenyum sambil menghirup minumannya.

Tak adalah. Sebab dia tu bukan kawan aku. Senangla aku nak kutuk dia. Kalau kau lain… sebab kau kawan aku. Aku bukannya orang yang senang kutuk kawan tau.” Irfan cuba bergurau. Dia risau jika Aina marah padanya.

Aina tersenyum.

All of us have our own secret.

And then, sejak bila kau defend dia? Hairan aku?” soal Irfan lagi.

Ha’ah… betullah. Sejak bila kau defend dia? Selama ni bilamasa Irfan cerita pasal dia, kau just setuju je, tak pernah sikit pun kau bangkang dia.”soal Zarina pula.

Tak adalah. Dia pernah tolong aku satu ketika dulu. Kadang-kadang kesian juga tau dengar kau asyik kutuk dia.” Aina memandang Irfan. Irfan hanya tersengih.

Aku bukan kutuk. Aku just ceritakan balik, apa yang orang ceritakan tentang dia pada aku. Dan semuanya adalah negative dan aku tak boleh nak elak bilamasa cerita yang aku dengar tentang dia semuanya negative.” Irfan cuba mempertahankan dirinya.

Yeela. Aku just kadang-kadang kesian jugak bila kisah yang aku dengar tentang dia semuanya negative. Bukan salah dia pun. Maybe dia tak sedar itu. Dan kau kena ingat tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni tau. And then, dia pernah tolong aku satu ketika dulu. Walau macam benci dan menyampahnya aku pada dia, aku tak boleh nak lupa yang dia pernah tolong aku. So, aku tak boleh nak terlalu benci dia” Aina menghirup minumannya. Cuba menghilangkan resah ketika mulutnya bercakap tentang mamat  kerek itu.

Yeela… yeela… yeela… lepas ni aku dah tak kutuk dah dia depan kau,” Irfan memberi janji.

Zarina dan Aina hanya tersenyum melihat raut wajah pasrah Irfan itu.

So, apa yang dia pernah tolong kau?” soal Irfan lagi.

Belum sempat Aina menjawab soalan Irfan, tiba-tiba kedengaran seseorang memangil namanya.

 “Aina Zulaikha,” sapa Azizi dengan senyuman sinis.

I can't say how I feel.
Aina menelan air liur.  Azizi sedang tersenyum sinis ke arahnya. Dia memandang kanan lelaki itu, ada seorang lelaki di sebelah Azizi. Dia kenal lelaki itu, sahabat baik Azizi. Aina menyedari Irfan sedang memandangnya.

Azizi Amirul,” balas Aina sambil turut mengukirkan senyuman sinis. Dia tahu lelaki yang menyebut namanya membencinya sepertimana dia membenci lelaki itu.

Lama tak nampak kau. Ingatkan kau tukar kos ke. Sebab aku dah lama tak nampak kau kat fakulti.” Azizi memandang Aina dengan pandangan sinis.

Maksud kau?” soal Aina.

Yeela… sebab nak avoid aku sangat, mana tahu kau tukar kos. Kau kan terlalu menyampah dengan aku.” Azizi mengukirkan senyuman kepada Aina. Aina menarik nafas. Dia tahu senyuman itu, senyuman palsu.
Ah... you hurt me.
Aku tak dela bodoh sangat nak tukar kos just only nak avoid kau. Besides, bukannya aku akan terserempak dengan kau. Aku rasa cuma hari ini je, nasib aku disaster nampak kau.” Aina membalas. Irfan dan Zarina memandang Aina. Risau jika Aina akan melempiaskan marahnya di sini.

Aku tahu kau tak bodoh. Sebab tu kau boleh survive dengan kos ni.” Azizi mengukirkan senyuman sinis sebelum beredar bersama-sama kawannya.

Aina menarik nafas sedalam-dalamnya selepas menunjukkan reaksi annoying. “Ah… bangang. Ada juga orang macam ni dalam dunia ni.

Irfan dan Zarina hanya memandang wajah Aina yang merah itu. Mungkin sedang menahan marah.

**************

Setibanya di bilik, Aina menangis semahu-mahunya. Dia teringatkan insiden tadi. Benar-benar buat dia bengang. Ah… dia benci Azizi. Terlalu. Aina mencapai buku diari yang diletaknya dalam laci meja. Menulis sesuatu untuk hilangkan rasa sedihnya itu.

"Ah… aku jatuh cinta pada lelaki bernama Azizi lagi. Ah… takdir kah ini? Aku benci kau Azizi Amirul. Terlalu."

Aina meletakkan pen di atas meja. Dia biarkan air matanya menitik. Dia tahu dia lemah, bodoh kerana mengalirkan air mata kerana seorang lelaki. Lelaki yang dibencinya suatu ketika dulu. Ah… biarkan saja. Satu hari nanti, rasa itu akan hilang. Tiada gunanya memikirkan lagi tentang lelaki itu. Azizi Amirul kini membenci Aina Zulaikha sepertimana Aina Zulaikha membenci Azizi Amirul suatu ketika dahulu.

I wish I could forget you.

---THE END---


p/s- payah dowh nak cari nama watak-watak ni. @_@
-tak tahu nak buat sambungan ke tidak.. kekekeke


17 comments:

Layyinul Harir said...

eheheheh..finally!!~

saya selalu rasa2 watak heroin ini awak..

macam awak bencik A itu..hihi~

baguslah,dapat awak applykan dalam versi cerpen.menarik!

mawaddah iman said...

pengajarannya..jangan terlalu bencikan seseorang 2..mungkin akan ada perasaan syg satu masa nt..dan jangan pula terlalu syg kan seseorang,nt takut hati terluka dan membenci <3

reenapple said...

Layyinur Harir---> entah... maybe cerpen yang ini je.. hahahah. Cerpen3 yang lain tak.. Saya cuma masukkan rasa yang pernah saya alami dulu.. kekeke.

*****
Mawaddah Iman--->yup.. betul... =) Jangan terlelu membenci, nanti ada perasaan sayang terbit.. thanks for dropping by.. =)

AdiaLuze said...

Assalammualaikum ...

Uit ... Abis camtu je ke? Isshhkk .... @_@

Nong Andy said...

Apalah rasanya membenci tapi merindu itu yer :)

rasa benci tu.. sebab kita x boleh terima kehadiran rasa yg satu lagi yg kita x boleh kawal.. gitu ke? hehehe..

*Kisah ni terlalu dekat... dekat dgn diri kau kan? :)
Azizi Amirul? hurm.. huruf A lagi :)
aku suka nama Irfan :)

reenapple said...

AdiaLuze---> heeee... tak tahu camne nak explain lagi.. Maybe ada sambungan kot.. tunggu jelah.. hehehe.

*****
Nong Andy--->errr... mungkin. rasa rindu itu rasa benci.. dan rasa benci itu rasa rindu.. err.. tak tahu aku melalut apa ni.. hehehhe.

err..ko boleh cakap sebegitu.. tapi aku ubah sedikit mengikut citarasa aku.. heheheh. Aku suka taruk nama A.. hehehe. yee.. sila bayangkan irfan itu seorang yang baik.. hehehe

Nong Andy said...

hahaha.. aku tertarik pada tawaran suruh buat sambungan tu ahahaha...

kena kaji Azizi Amirul ni hahaha...!

reenapple said...

Nong ANdy---> hahahha. Silalah kaji Azizi Amirul tu sebaik-baiknya. Aku tunggu sambungan dari kau. heheh. kalau kau nak buat ending dia benci sehingga akhir hayat, aku setuju.. hahaha.

..cik gugu.. said...

hahaha irfan !!!

Iffah Afeefah said...

Azizi macam nme jiji geli2 tu je

aku harap endingnye lain

serius

nk smbungan pliz

kalo x aku y smbg bg happy ending wakaka

reenapple said...

cik gugu---> ha'ah.. pakai idea kau.. kikikiki.

******
Iffah Afeefah--> err.. silalahnak buat sambungan.. Aku dan Nong Andy tgah blur part sambung2 ni.. heheh

Nong Andy said...

yer iffah.. aku teringin tgk sambungan ko hehehe...

reenapple,

aku tido dgn x puas ati mlm ni hehehe...

reenapple said...

Nong Andy---> eheheh.. sama lah aku. kekeke. Agaknya cerpen aku ini susah nak buat ending.. hahahah.

\ha'ah.. lupa nak ajak Iffah.. hehehe.

Aku pun tido dengan tak puas hati malam in.. =)

Teenager Housemaid said...

dalam kispen2 reen ni memang banyak tema benci lelaki eh..
err..

reenapple said...

teenager housemaid..----> eh.. betulkah? Aku pun tak perasan.. hehehe.

guest writer said...

sepanjang aku mengenali entry2 kamu... kebanyakkannya aku kenal teramat sgt... then... bila kita apllykan dalam kispen... ke semua watak yang sinonim dengan kita... ia akan beri jiwa...

heeeeeeeeeeeeeeeeeeee... aku rasalah aina tu kamu.
aku rasa azizi suka amirul... cuma dia tak yakin dia jatuh cinta pada aina yang dia rasa biasa2 bukan dari kalangan cantik seksi gedik... cuma aina yang sopan, innocent, pendiam dan byk memandang dari membebel...

ps: aku tak tau nak sambung cenggana ni... hahahaha...

reenapple said...

guest writer---> oh... begitukah. Aku masukkan sedirkit situasi yang aku pernah alami.. hahaha.

Oh.. kau fikir sedemikian kah? Tapi ending aku tak. Hahaha. Sila baca yg ending.. andaian kau salah. hehehe.

p/s---kau mahu sambung kah? Sila.. aku tunggu versi kau.. =)