![]() |
| Benci itu cinta. |
Aina sedang berbual bersama rakan-rakannya
di sebuah kafe apabila dia terpandangkan Azizi di hujung kafe itu. Mengambil tempat
di sebuah meja di situ. Tidak jauh dari tempat Aina dan rakan-rakannya. Cukup
untuk Aina perhatikan Azizi dari jauh tanpa disedari.
“Kau tengok tu,” Zarina bersuara. “Hot guy
dah tiba.”
“Maksud kau guy yang perasan hot?” Irfan
menyampuk.
Aina dan Zarina ketawa mendengar ayat Irfan.
“Kau tahu, hari tu aku ada dengar pasal Azizi
ni…” Irfan kembali bersuara.
“Boleh guna panggilan lain tak?” Aina
mencelah.
![]() |
| Ah... dia terluka setiap kali nama itu disebut. |
Irfan dan Zarina saling berpandangan.
Mereka tahu Aina teramat tidak menyukai lelaki yang bernama Azizi itu. Mungkin
disebabkan nama Azizi. Katanya Aina, bekas kekasihnya bernama Azizi suatu
ketika dahulu. Menduakannya dan meninggalkannya dengan penuh parut di hati yang
tak mungkin akan hilang untuk selamanya. Agaknya dari situlah Aina mula
menyampah dengan lelaki yang bernama Azizi. Termasuk Azizi yang mereka sedang
katakan ini.
“Okeyla,” Irfan menurut perintah. Zarina
tersenyum sambil memandang Aina yang turut tersenyum.
“Apa cerita yang kau nak sampaikan?”soal
Aina tidak sabar.
“Well… macam ni. Ada kawan aku cerita pasal
mamat kerek ni.” Irfan menggunakan panggilan yang selalu Aina gunakan untuk bahasakan
Azizi itu. “Kawan aku ini satu group assingment dengan dia. Dan kau nak tahu
dia still memerintah macam dulu-dulu dia pegang jawatan besar dalam persatuan
kita.”
Aina mendengar dengan teliti setiap cerita
yang disampaikan oleh Irfan itu. Yaa… dia tahu Azizi itu agak ‘bossy’.
Tambah-tambah lagi dia memegang jawatan pengerusi dalam persatuan yang dia juga
pernah memegang jawatan dalam persatuan itu. Yaa… dia menjadi orang bawahan
Azizi itu. Namun dia meletakkan jawatan sebelum tempoh perkhidmatannya
berakhir disebabkan tidak tahan dengan perangai Azizi itu. Dia masih ingat lagi bagaimana dia dan Azizi itu bertikam lidah di hadapan
AJK-AJK lain disebabkan dia tidak bersetuju dengan arahan yang diberikan. Dan
keputusannya, dia beredar dari mesyuarat itu sebelum tiba masanya.
![]() |
| She's acting cool. |
“Alaa… dah memang perangai dia macam itu.
Normallah, dia dah biasa bagi arahan. So sekarang dia apply dalam group assingment.”
Aina menyindir.
“Yaaa.. but tak rasa dia tu macam over je?
Dia punya jawatan as president dah tamat kan? So, sekarang ni group assingment.
Means leader perlu pantau bukan bagi arahan. Aku rasa dia tak boleh bezakan
diantara leading dengan monitoring,” Irfan berkata panjang lebar.
Zarina di sebelah Aina hanya tersenyum. Dia
juga turut faham bahawasanya Irfan juga tidak menyukai lelaki bernama Azizi itu.
bukan disebabkan namanya tapi disebabkan perangainya. 1 tahun menjadi orang
bawahannya memang bagi Irfan adalah disaster.
“Dia ada rupa, ada bakat but then aku boleh
bagi kosong sahaja pada perangai dia. Betullah Aina bila kau kata dia just
layan perempuan cantik je. Aku akhirnya dah percaya apa yang kau kata,” tambah Irfan
lagi.
Aina tersenyum sinis. Dia tahu perangai Azizi
itu.
“Ha'ah... Ada 1 hari tu, masa aku pergi keluar
dengan member-member aku, aku nampak dia. Yang, kau blah awal tu? Kau tak terserempak
dengan dia ke? Risau juga aku kalau kau terserempak dengan dia” Irfan bersuara
lagi.
Aina menelan air liur. Ah… betulkah hari
itu, Azizi itu turut berada di tempat yang sama dengannya? Ah… dia paling
takut dengan situasi akan face to face dengan mamat kerek itu. Aina menggeleng.
![]() |
| I did wrong to you. |
“Selamat kau. Aku nampak dia. Dan aku for
sure dia nampak aku tapi dia buat donno je dengan aku. Berlagak seolah-olah tak
nampak aku dan tak kenal aku. Dia buat-buat tengah belek baju-baju kat situ.
Sengal betul,” Irfan mengeluarkan ketidakpuasan hatinya.
“Dah kau pun berlagak macam tak kenal dia,
so dia pun buat juga macam itu,” balas Aina selamba.
Zarina tersenyum mendengar ayat Aina. Mahu
saja digelaknya tapi ditahan risau jika Irfan berkecil hati.
“Yeaa… but takkanlah sampai macam tu
sekali. Aku just about nak senyum kat dia but then dia boleh palingkan muka dia
dan buat belek-belek baju kat situ. Eh, ada duit ke nak beli baju,” Irfan
menyindir.
“Geez… kejam la kau. Tak baik tau kutuk dia
sampai macam tu. Dia tak buat apa-apa salah pun kat kau,” Aina cuba membela
Azizi.
“Kau ni, sejak bila kau side dia? Aku rasa
kau lah manusia dalam muka bumi ni yang paling benci dan menyampah dengan dia,”
Irfan membalas.
“Hurm… menyindir nampak?” Aina merenung Irfan
di depannya. Zarina hanya tersenyum sambil menghirup minumannya.
“Tak adalah. Sebab dia tu bukan kawan aku.
Senangla aku nak kutuk dia. Kalau kau lain… sebab kau kawan aku. Aku bukannya
orang yang senang kutuk kawan tau.” Irfan cuba bergurau. Dia risau jika Aina
marah padanya.
Aina tersenyum.
![]() |
| All of us have our own secret. |
“And then, sejak bila kau defend dia?
Hairan aku?” soal Irfan lagi.
“Ha’ah… betullah. Sejak bila kau defend
dia? Selama ni bilamasa Irfan cerita pasal dia, kau just setuju je, tak pernah
sikit pun kau bangkang dia.”soal Zarina pula.
“Tak adalah. Dia pernah tolong aku satu
ketika dulu. Kadang-kadang kesian juga tau dengar kau asyik kutuk dia.” Aina
memandang Irfan. Irfan hanya tersengih.
“Aku bukan kutuk. Aku just ceritakan balik,
apa yang orang ceritakan tentang dia pada aku. Dan semuanya adalah negative dan
aku tak boleh nak elak bilamasa cerita yang aku dengar tentang dia semuanya negative.”
Irfan cuba mempertahankan dirinya.
“Yeela. Aku just kadang-kadang kesian jugak
bila kisah yang aku dengar tentang dia semuanya negative. Bukan salah dia pun. Maybe
dia tak sedar itu. Dan kau kena ingat tak ada manusia yang sempurna dalam dunia
ni tau. And then, dia pernah tolong aku satu ketika dulu. Walau macam benci dan
menyampahnya aku pada dia, aku tak boleh nak lupa yang dia pernah tolong aku. So,
aku tak boleh nak terlalu benci dia” Aina menghirup minumannya. Cuba menghilangkan
resah ketika mulutnya bercakap tentang mamat
kerek itu.
“Yeela… yeela… yeela… lepas ni aku dah tak
kutuk dah dia depan kau,” Irfan memberi janji.
Zarina dan Aina hanya tersenyum melihat
raut wajah pasrah Irfan itu.
“So, apa yang dia pernah tolong kau?” soal Irfan
lagi.
Belum sempat Aina menjawab soalan Irfan,
tiba-tiba kedengaran seseorang memangil namanya.
“Aina
Zulaikha,” sapa Azizi dengan senyuman sinis.
![]() |
| I can't say how I feel. |
Aina menelan air liur. Azizi sedang tersenyum sinis ke arahnya. Dia memandang
kanan lelaki itu, ada seorang lelaki di sebelah Azizi. Dia kenal lelaki itu,
sahabat baik Azizi. Aina menyedari Irfan sedang memandangnya.
“Azizi Amirul,” balas Aina sambil turut
mengukirkan senyuman sinis. Dia tahu lelaki yang menyebut namanya membencinya
sepertimana dia membenci lelaki itu.
“Lama tak nampak kau. Ingatkan kau tukar
kos ke. Sebab aku dah lama tak nampak kau kat fakulti.” Azizi memandang Aina
dengan pandangan sinis.
“Maksud kau?” soal Aina.
“Yeela… sebab nak avoid aku sangat, mana
tahu kau tukar kos. Kau kan terlalu menyampah dengan aku.” Azizi mengukirkan
senyuman kepada Aina. Aina menarik nafas. Dia tahu senyuman itu, senyuman
palsu.
![]() |
| Ah... you hurt me. |
“Aku tak dela bodoh sangat nak tukar kos
just only nak avoid kau. Besides, bukannya aku akan terserempak dengan kau.
Aku rasa cuma hari ini je, nasib aku disaster nampak kau.” Aina membalas. Irfan
dan Zarina memandang Aina. Risau jika Aina akan melempiaskan marahnya di sini.
“Aku tahu kau tak bodoh. Sebab tu kau boleh
survive dengan kos ni.” Azizi mengukirkan senyuman sinis sebelum beredar
bersama-sama kawannya.
Aina menarik nafas sedalam-dalamnya selepas
menunjukkan reaksi annoying. “Ah… bangang. Ada juga orang macam ni dalam dunia
ni.”
Irfan dan Zarina hanya memandang wajah Aina
yang merah itu. Mungkin sedang menahan marah.
**************
Setibanya di bilik, Aina menangis
semahu-mahunya. Dia teringatkan insiden tadi. Benar-benar buat dia bengang. Ah…
dia benci Azizi. Terlalu. Aina mencapai buku diari yang diletaknya dalam laci
meja. Menulis sesuatu untuk hilangkan rasa sedihnya itu.
"Ah… aku
jatuh cinta pada lelaki bernama Azizi lagi. Ah… takdir kah ini? Aku benci kau Azizi
Amirul. Terlalu."
Aina meletakkan pen di atas meja. Dia biarkan
air matanya menitik. Dia tahu dia lemah, bodoh kerana mengalirkan air mata
kerana seorang lelaki. Lelaki yang dibencinya suatu ketika dulu. Ah… biarkan
saja. Satu hari nanti, rasa itu akan hilang. Tiada gunanya memikirkan lagi
tentang lelaki itu. Azizi Amirul kini membenci Aina Zulaikha sepertimana Aina
Zulaikha membenci Azizi Amirul suatu ketika dahulu.
![]() |
| I wish I could forget you. |
---THE
END---
p/s- payah dowh nak cari nama watak-watak
ni. @_@
-tak tahu nak buat sambungan ke tidak.. kekekeke
-tak tahu nak buat sambungan ke tidak.. kekekeke








17 comments:
eheheheh..finally!!~
saya selalu rasa2 watak heroin ini awak..
macam awak bencik A itu..hihi~
baguslah,dapat awak applykan dalam versi cerpen.menarik!
pengajarannya..jangan terlalu bencikan seseorang 2..mungkin akan ada perasaan syg satu masa nt..dan jangan pula terlalu syg kan seseorang,nt takut hati terluka dan membenci <3
Layyinur Harir---> entah... maybe cerpen yang ini je.. hahahah. Cerpen3 yang lain tak.. Saya cuma masukkan rasa yang pernah saya alami dulu.. kekeke.
*****
Mawaddah Iman--->yup.. betul... =) Jangan terlelu membenci, nanti ada perasaan sayang terbit.. thanks for dropping by.. =)
Assalammualaikum ...
Uit ... Abis camtu je ke? Isshhkk .... @_@
Apalah rasanya membenci tapi merindu itu yer :)
rasa benci tu.. sebab kita x boleh terima kehadiran rasa yg satu lagi yg kita x boleh kawal.. gitu ke? hehehe..
*Kisah ni terlalu dekat... dekat dgn diri kau kan? :)
Azizi Amirul? hurm.. huruf A lagi :)
aku suka nama Irfan :)
AdiaLuze---> heeee... tak tahu camne nak explain lagi.. Maybe ada sambungan kot.. tunggu jelah.. hehehe.
*****
Nong Andy--->errr... mungkin. rasa rindu itu rasa benci.. dan rasa benci itu rasa rindu.. err.. tak tahu aku melalut apa ni.. hehehhe.
err..ko boleh cakap sebegitu.. tapi aku ubah sedikit mengikut citarasa aku.. heheheh. Aku suka taruk nama A.. hehehe. yee.. sila bayangkan irfan itu seorang yang baik.. hehehe
hahaha.. aku tertarik pada tawaran suruh buat sambungan tu ahahaha...
kena kaji Azizi Amirul ni hahaha...!
Nong ANdy---> hahahha. Silalah kaji Azizi Amirul tu sebaik-baiknya. Aku tunggu sambungan dari kau. heheh. kalau kau nak buat ending dia benci sehingga akhir hayat, aku setuju.. hahaha.
hahaha irfan !!!
Azizi macam nme jiji geli2 tu je
aku harap endingnye lain
serius
nk smbungan pliz
kalo x aku y smbg bg happy ending wakaka
cik gugu---> ha'ah.. pakai idea kau.. kikikiki.
******
Iffah Afeefah--> err.. silalahnak buat sambungan.. Aku dan Nong Andy tgah blur part sambung2 ni.. heheh
yer iffah.. aku teringin tgk sambungan ko hehehe...
reenapple,
aku tido dgn x puas ati mlm ni hehehe...
Nong Andy---> eheheh.. sama lah aku. kekeke. Agaknya cerpen aku ini susah nak buat ending.. hahahah.
\ha'ah.. lupa nak ajak Iffah.. hehehe.
Aku pun tido dengan tak puas hati malam in.. =)
dalam kispen2 reen ni memang banyak tema benci lelaki eh..
err..
teenager housemaid..----> eh.. betulkah? Aku pun tak perasan.. hehehe.
sepanjang aku mengenali entry2 kamu... kebanyakkannya aku kenal teramat sgt... then... bila kita apllykan dalam kispen... ke semua watak yang sinonim dengan kita... ia akan beri jiwa...
heeeeeeeeeeeeeeeeeeee... aku rasalah aina tu kamu.
aku rasa azizi suka amirul... cuma dia tak yakin dia jatuh cinta pada aina yang dia rasa biasa2 bukan dari kalangan cantik seksi gedik... cuma aina yang sopan, innocent, pendiam dan byk memandang dari membebel...
ps: aku tak tau nak sambung cenggana ni... hahahaha...
guest writer---> oh... begitukah. Aku masukkan sedirkit situasi yang aku pernah alami.. hahaha.
Oh.. kau fikir sedemikian kah? Tapi ending aku tak. Hahaha. Sila baca yg ending.. andaian kau salah. hehehe.
p/s---kau mahu sambung kah? Sila.. aku tunggu versi kau.. =)
Post a Comment