nuffnang

Tuesday, April 10, 2012

Kispang Sambungan: Benci itu Cinta ~The End~



kisah #1
kisah #2kisah #3



Aku sudah dapat terima hakikat yang kau
bukan untukku
Aina Zulaikha,” satu suara memanggil Aina ketika Aina sedang berjalan ke arah keretanya. Dia baru sahaja selesai menyiapkan kerjanya di pejabat. Keadaan di kawasan parkir kereta senyap sunyi. Aina menoleh.

Kau?” Aina terkejut memandang gerangan yang memanggil namanya.

Azizi tersenyum memandang Aina. Akhirnya dia berjaya juga menjejaki Aina. Nasib baik dia terserempak dengan Irfan hari tu. Dan nasib baik juga kawannya menyimpan nombor Irfan. Jadi mudahlah dia menjejaki Aina. Hanya Irfan sahaja yang tahu kemana Aina.

Kau buat apa kat sini?”soal Aina. Hatinya sudah berdebar-debar memandang Azizi Amirul di hadapannya. Risau jika Azizi mahu melakukan sesuatu yang tidak baik terhadapnya tambahan lagi keadaan di situ senyap sunyi. Pengawal keselamatan pula sedang tidur.

Saja nak jumpa kau. Dah lama aku cari kau. Akhirnya jumpa juga aku dengan kau.” Jawapan Azizi mengejutkan Aina. Ah,… apa mamat ni nak. Aina berbisik dalam hati.

Tiba-tiba telefon bimbit Aina berbunyi. Dia memandang skrin telefon, lantas ditekan butang hijau.

Hello sayang.” Aina bersuara sambil matanya memandang Azizi. Azizi hanya memandang Aina. Hatinya melagukan irama kecewa mendengar Aina bercakap sebegitu dengan orang yang menelefonnya.

Sejak bila kau panggil aku sayang?” suara Irfan di hujung sana menyoal. Aina tersenyum.

Sorry. Saja. Asal kau telefon aku?” Aina menarik nafas. Sudah tentu Azizi tahu dia bukan sedang bercakap dengan seseorang yang istimewa. Azizi tersenyum sinis.

Ni aku nak beritahu kau something. Really urgent. Totally.” Kedengaran suara Irfan risau.

Apa dia?” Mata AIna masih pada Azizi. Dia dan Azizi saling berpandangan.
Azizi cari kau!


"Musuh" lama bersua kembali
Err… yang mana?” soal Aina. Ah.. sejak kebelakangan ni, dia banyak berjumpa dengan orang yang bernama Azizi. Sudah lupa lelaki di hadapannya kini juga bernama Azizi.

Azizi mana lagi yang kau dan aku kenal?” Kedengaran suara Irfan tidak sabar.

Oh, I got it.

Dia cari kau. Aku tak tahu dari mana dia dapat nombor aku. Dia call aku and then tanyakan tentang kau. Dia minta nombor kau and then, aku terpaksa bagi. Sorry. Aku memang tak berniat but then dia push aku. Sorry.” Irfan meminta maaf.

It’s okey. Aku faham. Dia depan aku sekarang.” Mata Aina masih pada Azizi. Azizi tersenyum sinis lagi. Sudah tentu si pemanggil itu adalah Irfan. Azizi membuat andaian.

Hah? Biar betul? Kau nak aku pergi sana ke? Aku risau la jika ada apa-apa berlaku,” suara Irfan kedengaran risau lagi.

It’s okey. Aku rasa aku boleh handle.”

Betul? Call aku tau kalau apa-apa berlaku.”

Yeah. I’m okey. Bye.” Panggilan ditamatkan. Aina memandang Azizi sambil memasukkan telefon ke dalam poket.

Aku bet that must be Irfan,” Azizi bersuara. Aina tersenyum sinis.

Kau nak apa?” Aina memandang kosong Azizi. Azizi tersenyum sinis.

Aku nak beri kau ini.” Azizi menghulurkan sebuah buku yang berwarna coklat kepada Aina.

Aina memandang buku di tangan Azizi. Dia menelan air liur. Ah… dia kenal buku itu. Itu buku diarinya yang hilang beberapa tahun yang lepas. Bagaimana buku itu ada dengan mamat ni? Minda Aina berputar-putar mencari jawapan.

Macam mana kau ada buku ini?” Aina merampas buku di tangan Azizi dengan kasar. Dia membelek-belek buku itu. betullah, itu buku diarinya yang hilang. Bagaimana ia boleh berada di tangan Azizi. Adakah Azizi yang mencurinya? Ah… jadi, Azizi baca semua yang dia tulis. Jadi, tentunya, Azizi tahu tentang perasaannya. Ah… dia bengang. Dia memandang Azizi dengan marah. Terlalu.


Ah...kau tahu semuanya.
Well, kau boleh kata yang aku pinjam for a few days. Actually for a few years I guess. Dah lama dah buku tu dengan aku, dari saat kau sedar buku tu hilang bukan?” Ayat yang keluar dari mulut Azizi benar-benar buat Aina bengang. Mahu saja dia menyepak Azizi itu.

Kau sengaja nak cari nahas bukan?” marah Aina.

Aku yang cari nahas ke kau yang cari nahas?” Azizi berkata dingin.

Of course kau. Kau yang cari aku. Bukan aku yang cari kau. Aku dah lama avoid kau. Terlalu lama. And then kau cari aku. For what? Nak cari gaduh lagi dengan aku?” Aina tidak dapat menyembunyikan rasa marahnya.

Azizi tersenyum. Dia tidak tahu sama ada Aina di hadapannya kini membencinya atau berpura-pura membencinya.

Kau benci aku?”soal Azizi dengan tenang.

Aina menelan air liur. Apa kena mamat ni. Tetiba tanya soalan sebegitu. Gila ke apa. Aina membebel dalam hatinya.

Of course I am. Kau dah tahu hal itu. Buat apa kau tanya lagi.” Aina cuba menyembunyikan rasa berdebar di hatinya.

Really really benci aku or kau just pretending kau benci aku?”soal Azizi lagi.

Aina memandang Azizi. Ah… apa permainan yang sedang dicipta oleh mamat ini. Minda Aina tertanya-tanya.

Asal kau tanya?” Kali ini giliran Aina pula menyoal.

Sebab kau dan aku tahu yang kau sebenarnya suka aku. Maybe bukan dari mula kau kenal aku but kau suka aku. Aku tahu tu. Kau just berpura-pura untuk terus membenci aku bilamasa hati kau sedar rasa benci yang kau simpan untuk aku dah bertukar kepada rasa suka. Isn’t it Aina Zulaikha?” Azizi memandang Aina.

Aina menarik nafas sedalam-dalamnya. Jadi betullah, Azizi membaca diarinya itu. Buku ditangannya digenggam kemas.

Aku… kau salah faham,” Aina cuba berdolak dalih.

yaa... memang sakit pretending membenci kau.
Kau tahu, kau boleh tipu sesiapa sahaja but not aku. Dan most important, kau tak boleh nak tipu diri kau. Rahsia kau pernah berada dalam tangan aku. Aku simpan ia bertahun-tahun. Dan aku mahu tahu hal yang sebenar, kau suka aku or kau benci aku? Or benci kau untuk aku sebenarnya suka?

Aina menarik nafas. Dia tidak tahu jawapan apa yang harus diberikannya.

Kau tahu hal yang sebenarnya. Kau baca semuanya.” Nada Aina lemah.

Azizi menghembuskan nafasnya. “Kau suka aku. I got it.” Azizi menelan air liur. Dia memandang Aina yang kini gelisah. Wajah Aina menunjukkan Aina tidak tenang. Aina sedang memikirkan sesuatu.

Kau buat benda ni complicated kau tahu tak? Kau suka aku but kau benci aku. Kau ingat dengan benci aku akan hilangkan rasa suka tu? Akan hilangkan rasa sakit dan kecewa kau tu? Kau ingat dengan terus membenci aku, kau akan dapat hilangkan rasa suka kau pada aku?” Azizi bertubi-tubi menanyakan soalan.

Aina memejamkan matanya. Ah.. mengapa dia harus hadapi situasi ini. Dia tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Tidak menyangka dia akan hadapi situasi ini.

Asal kau ungkitkan hal ini? Hal ini dah lama berlalu.” Aina masih bersikap ego.

Memang dah lama berlalu. But aku tahu kau tak dapat lupakan bukan? Everything yang berkaitan dengan aku, buat kau terluka. Even Syazril, kau reject sebab dia roommate aku. Ia melukakan kau bukan? Aku lukakan kau.” Azizi memandang Aina.

Aku… aku tak tahu bilamasa rasa benci tu bertukar jadi suka. Yang aku tahu aku benci dan menyampah dengan kau sebab nama kau sama dengan nama ex aku.” Aina cuba menyusun ayat.

Azizi menarik nafas. Dia tahu itu. Dia baca semua itu dalam diari Aina. Bagaimana ex Aina itu melukakannya, meninggalkannya dengan kata-kata yang Aina bahkan dia sendiri tidak mungkin akan dapat lupakannya.

At the beginning, everything was fine. Aku tak benci kau at the beginning. Just maybe menyampah je sebab nama kau. But then, aku selalu diperdengarkan kisah tentang kau. And semuanya negative. At one point aku thought aku obsess dengan kau. Sebab aku selalu dengar tentang kau. Rasa macam, satu tika tu aku tak dengar pasal kau, aku rasa macam disaster. Dalam hati aku, asal aku yang perlu tahu tentang kau? Aku tak minta untuk tahu tentang kau. But then aku tahu sendiri tanpa aku perlu siasat.” Azizi mendengar setiap ayat yang keluar dari mulut Aina.

And then, aku realize... yang aku maybe ada feeling pada kau, bilamasa aku terluka dengan layanan dingin kau. Bilamasa aku nampak kau bergurau senda dengan perempuan-perempuan. Bilamasa aku tahu kau dengan Miera. Aku baru sedar yang rasa benci tu dah bertukar.” Air mata Aina jatuh. Hatinya sakit bercakap tentang perasaan itu.

Sakit bila menceritakan
tentang rasa itu.
I’m sorry.” Azizi meminta maaf. Aina tersenyum kelat.

It’s not your fault at all. Aku je yang bersalah sebab ada perasaan pada kau. Aku yang bersalah sebab benci kau terlalu. I should know that,apa yang aku buat ini ada balasannya.” Aina mengesat air matanya. Ah.. dia merasakan dia perempuan lemah mengalirkan air mata di hadapan lelaki.

Aku juga bersalah. Aku tak patut…. Terlalu lukakan kau.” Aina tersenyum kelat.

It’s okey. Aku faham. So we’re done huh?” Aina memandang Azizi.

Done? Maksud kau?” Azizi memandang Aina.

Yeela… kau dah tahu hal sebenar. And then, it’s not like everything gonna change. Kau bukannya akan suka aku.” Aina cuba melangkah pergi.

Azizi tersenyum. Ah… dia lupa tujuan utama dia mencari Aina.

Aku belum habis lagi.” Azizi menarik tangan Aina. Aina menepis.

Apa yang kau buat ni? Don’t you dare touch me!” Aina melenting. Terkejut diperlakukan sebegitu. Dia paling tidak suka dirinya disentuh.

Sorry.” Kata Azizi. “Aku belum habis lagi.”

Aina memandang Azizi dengan hairan. Apa yang mamat ni nak lagi. Dah tahu hal yang sebenar, dahlah. Rungut Aina dalam hati. Azizi menarik nafas sedalam-dalamnya.

Kau tahu… lepas aku tahu yang kau ada feeling pada aku, I think I have the same feeling too.” Azizi meluahkan perkara sebenar. Dia simpan perkara itu bertahun-tahun.


I think I've fall for you.
Aina memandang Azizi. Dia mungkin tersalah dengar. Yaa… aku salah dengar. Aina berbisik dalam hatinya.

Aku rasa aku suka kau.”Azizi berkata lagi apabila melihat Aina mendiamkan diri. Mungkin cuba mencari kesahihan apa yang diakatakannya.

Aina tersenyum sinis. “Why? Sebab aku made confession kat kau?

Kau tak buat confession kat aku. Aku found out sendiri from your diary.”Azizi memandang Aina.

Sama je.”balas Aina dingin.

Tak. Tak sama. Confession bila kau sendiri yang bagitahu kat aku yang kau suka aku. tapi kau tak pernah bagitahu aku. Aku yang tahu sendiri. Itupun melalui diary kau.

Sama je. Diary itu ibarat aku. So kau baca diary aku, baca tentang feeling aku, it’s like aku unofficially made confession pada kau.”Aina tidak mahu mengalah.

Azizi tersenyum. Dia tahu Aina Zulaikha takkan pernah mengalah dengannya. Aina memang tidak faham erti confession yang sebenar.

Whatever la. It’s not like semuanya akan berubah. Kau akan berkahwin. And aku macam ni. So, better kau forget je la perasaan tu pada aku.”Aina menambah lagi apabila melihatkan Azizi mendiamkan diri.

Kahwin? Aku?” Azizi hairan.

Yeah… dengan Mira right? Congrats ah.” Aina beredar ke keretanya.


Takdir kau bukan dengan aku walau kita saling
menyukai.
Azizi mengejar Aina. Menarik tangan Aina lagi. Aina menepis. Bengang diperlakukan sebegitu.

Boleh tak kau jangan sesuka hati nak sentuh aku? Aku tak suka orang sentuh aku.” Marah Aina.

Sorry.” Azizi mengankat tangan. “Aku nak kau jelaskan apa yang kau katakan tadi.”

Aina mengeluh. “Irfan cakap kau nak kahwin dengan Mira. That’s it. Itu je yang aku dengar.Azizi tersenyum sinis. Ah… Irfan memang mudah diperdayakan.

Yup. Aku memang nak kahwin but not with Mira.” Azizi memandang Aina dengan senyuman.

What’s your game now? Aku penat gila nak fikir. Aku dengar Mira nak kahwin. So, of course Mira akan kahwin dengan kau right? So, kau tak payah nak berdolak dalih,” Aina merenung Azizi dengan pandangan tajam.

Yeah… Mira yang nak kahwin but bukan aku. Mira akan kahwin but not with me.” Azizi tersenyum.

Means?” Aina tidak dapat menangkap maksud Azizi.

Kau fikirlah sendiri.” Azizi memandang Aina.

*********

Bunyi ketukan pintu di bilik. Aina memandang pintu. Kelihatan wajah Zarina di muka pintu. Zarina tersenyum kepadanya. Aina membalas senyuman itu tapi gementar di hatinya belum dapat dihilangkan. Zarina mengambil tempat di sebelah Aina.

Kau nampak lagi cantik bila make-up.” Ujar Zarina sambil memegang tangan Aina. Sejuk. Dia faham Aina tentunya berasa gementar untuk menghadapi hari terpenting dalam hidupnya. Dia juga pernah alami situasi itu. Aina cuma mampu tersenyum.

Tak sangka aku kau akan kahwin juga. Yeelah.. kau cakap ari tu kau tak nak kahwin, kalau kahwin pun sah-sah kau akan kahwin dalam umur 30 something.” Zarina memandang Aina. Aina hanya tersenyum kelat. Yaa… dia pernah ucapkan kata-kata sebegitu. Dia terlalu berputus asa dengan rasa cinta ketika itu. Jadi dia buat azam sedemikian. Namun takdir Tuhan, jangan dipertikaikan.

Kau macam sindir aku je.” Balas Aina merajuk. Zarina hanya tersenyum.

Ala… janganlah merajuk. Tak elok tau pengantin baru masam muka di hari bahagia.” Zarina memujuk Aina. Aina ketawa mendengar pujukan Zarina.

Kau tak sempat nak couple dengan dia bukan?” soal Zarina lagi. Aina memandang Zarina, tidak faham.

Azizi. Kau tak sempat nak couple dengan dia bukan?”terang Zarina. Aina menggeleng.


Ah... kau dengan aku jua.
Tak. Dia cakap, lepas kahwin aku akan kenal dia dengan lebih mendalam.” Aina memandang Zarina yang sedang tersenyum gembira.

Which mean that aku sure, perangai dia tak sama dengan cerita-cerita tentang dia yang kau pernah dengar.” Zarina tersenyum kepada Aina. Aina hanya tersenyum.

Mungkinlah. Tapi aku rasa perangai dia sama je dengan apa yang aku dengar.” Aina membalas. Dia teringat insiden dia bertunang selama 3 bulan dengan Azizi. Macam disaster betul. Semua nak ikut kehendaknya. Nasib baik dia pandai berlakon merajuk. Akhirnya, Azizi mengikut kehendaknya.

“Kau ni.” Zarina menggeleng. “Hurm… sweet juga Azizi tu. Itulah kau, betullah apa yang orang tua kata, jangan terlampau membenci nanti jadi suka. Sekarang ni tengok, dah terkena pada batang hidung kau.

Sindir aku nampak. Yeela… aku dah terima pengajarannya. Jangan terlampau membenci.” Zarina tersenyum.

Aku doakan kau bahagia tau. Orang tua-tua cakap, cinta lepas kahwin ni kadang-kadang bahagia juga.” Aina tersenyum sambil memegang erat tangan Zarina. Dia berharap sedemikian.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka, Puan Aida, ibu Aina sedang tersenyum. “Semua dah sampai. Jom turun. Akad nikah dah nak bermula.” Aina dan Zarina mengangguk.

Aku terima nikahnya, Aina Zulaikha binti Rosli dengan mas kahwin RM1000 tunai.” Dengan sekali lafaz, Aina Zulaikha menjadi hak milik Azizi Amirul yang sah. Aina mengalirkan air mata kegembiraan ketika Azizi mencium dahinya setelah menyarungkan cincin di jari manisnya.

I love you.” Azizi berkata ketika mencium dahi Aina. Dia faham sesuatu, kadang-kadang rasa benci itu juga boleh bertukar rasa cinta. Betullah… bila orang tua kata, benci itu cinta.


In hate, there always love.


---THE END---
*officially ending dia*

p/s-aku belajar sesuatu tentang jodoh... dalam banyak-banyak manusia yang kita jumpa, mesti ada satu itu untuk kita... keep believing. =)

17 comments:

..cik gugu.. said...

amboi mas kawen rm1000 .. ehehe

reenapple said...

cik gugu---> hahahah.. Aku tak tahu sangat. Main hentam je.. kikiki. =)

Nong Andy said...

akhirnya... :)

happy ending juga. Bercinta lepas kawin? ahahaha.. bagus!!! pandai kau...

Nong Andy said...

ala.. apa aku nak sambung ah?

reenapple said...

Nong Andy--->hahahha.. mekasey... kau buat sad ending lak.. hehehe

Layyinul Harir said...

okei fine.haha..

menarik jugak.

saya suke endingnya..

dan suke quote yang last tuh..hihi..

so,keep believe ya syah.=P

reenapple said...

Layyinur harir---> heee.. terima kasih .. ^_^.

I'll try. =), But unfortunately quotes tu bukan untuk saya.. hehehe

Iffah Afeefah said...

Ok sgt sweet
aku ske

bnci ko xberat sgt
xbnci2 sampai bnoh

i like the way u write ur story

Nong Andy said...

No... i hate sad ending :p

reenapple said...

Iffah Afeefah---> hee... aku ada 1 cerpn dalam tngan aku, benci samapai bunuh.. kikiki. Tunggu nak publish je.. hahaha.

mekaseh.. =)

*****
Nong Andy---> hehehehe. tryla buat sad ending..hehehe. Aku ada idea kalau kau mahu.. hahaha. =P

AdiaLuze said...

Assalammualaikum ....

YES !!! Hepi ending !!! Sukeeee ^^

P/S : Betul tu ! There will always be somebody that meant for you out there ... Mungkin juga anda pernah berlanggar bahu tapi sebab belum masanya, makan ianya belum terjdi ... Don't stop believing kay !! ^^v

Teenager Housemaid said...

"kau suka aku. i got it." <--- tak tau nak gelak ke, atau rasa nak ketuk kepala si azizi ni bila dia cakap ayat ni..hahahah

best2..:D

reenapple said...

AdialUZe---> waalaikumussalam.. =)
heheh.. akhirnya happ ending jua.. ingat nak buat sad ending.. =)

p/s--- quotes itu bukan untuk saya... saya dah stop believing tentang itu.. hehehe. =)

*****
Teenager housemaid--->heheheh... aku tak tahu bagaimana nak ekspresikan AZizi bila tahu yang sebenar, hehehe.

*thanks..=)

ghost writer said...

terasa puas kan menulis panjang-panjang begini.. :)

reenapple said...

ghost writer---> yaa.. teramat puas sekali..=)

Bidadari Syurga said...

pergh............ korg buat kawin2 ya? siap korang,,,,,....
argjhhhhhhhhhhhh... korang main epissod byk2 ya.... arghhhhhhh... siap korang

reenapple said...

Bidadari Syurga---> hehehehe... relax3.. jangan tensen3.. kikiki.

kitaorang set nak wat happey ending . Itu ken akahwin3.. heheh. Aku je yang main episod3..heheheh.