Monday, April 9, 2012

Kispan Sambungan: Benci itu Cinta #2

sambungan dari sini...


She's all alone.
Azizi terpandang Aina yang tekun membaca di perpustakaan sendirian, biasanya bertemankan kembar tak seirasnya, Irfan dan Zarina. Rasa sakit di hatinya terasa mengigit-gigit bila teringat pandangan mata gadis itu. Penuh kebencian. Azizi cukup tak puas hati. Apakah punca kebencian gadis itu padanya?

Azizi mahu berjalan ke arah Aina, namun belum sempat dia tiba di meja itu, Aina sudah bergerak ke tempat lain, meninggalkan buku-buku dan kertas-kertas di atas meja. Mungkin mahu mencari buku di rak. Namun Azizi tidak berpatah balik, dia terus berjalan ke meja itu. Dia tiba di meja itu, dia memerhatikan barangan di atas meja itu. Rupa-rupanya AIna sedang menyiapkan tugasan. Dan tiba-tiba mata Azizi terpandang sebuah buku yang berwarna coklat di balik kertas-kertas yang bertimbun itu. Buku yang bersaiz sederhana dan comel itu, dicapainya.

Ini tentu buku diari minah tu.” Azizi membuat andaian sambil memegang buku itu. “Aku pinjam la sekejap. Nak tengok apa yang kau kutuk aku.” Dia tersenyum sendirian sebelum berlalu pergi dengan buku diari Aina di tangannya.

Beberapa minit kemudian, Aina kembali ke meja itu tanpa menyedari apa-apa. Menyedari bahawasanya buku yang mengandungi coretan hidupnya telah hilang. Telah jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya. Aina Zulaikha tidak sedar itu.

***********
Dalam kebenciannya ada rasa cinta.
PUPPP!!!!. Azizi meletakkan buku yang berwarna coklat itu diatas meja itu. Dia tidak tahu bagaimana perasaanya selepas membaca Diari Aina Zulaikha itu. Rupa-rupanya selama ini, Aina Zulaikha yang dibencinya menyimpan perasaan terhadapnya. Sengaja Aina Zulaikha melayannya sebegitu. Untuk melindungi hatinya dari terluka lagi. Azizi meraut mukannya. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

Kau kenapa?” soal Syazril, roommate Azizi. Dia sedari Azizi kelihatan gelisah dari tadi selepas membaca buku yang berwarna coklat itu.

Apa perasaan kau kalau ada perempuan suka pada kau?” Azizi memandang roomatenya dengan otaknya ligat memikirkan sesuatu.

Asal kau tetiba tanya? Of course la aku happy. Tu menunjukkan aku ni hot stuff,” Syazril ketawa. Azizi tersenyum mendengar gelak roomatenya itu.

Dalam senyuman sinisnya, ada luka yang mendalam
Kalau perempuan yang kau benci?” Azizi menyoal lagi.
Kau kenapa?” Syazril hairan disoal sebegitu. Dia cuba berfikir. Tiba-tiba dia menjumpai jawapan. “Ada perempuan suka kau ke? Perempuan yang kau benci? Aina?

Azizi menelan air liur. Dia tersentap pabila nama Aina dibangkitkan.

Apa yang buat kau fikir macam tu?” soal Azizi. Cuba untuk mengelak dari menjawab soalan yang dilontarkan kepadanya.
Aku teka je la. Kau asyik tanya yang bukan-bukan je. Aku assume je la macam tu,” balas Syazril

Oh. Tak adalah. Aku saja tanya. Tiba-tiba aku terfikir,” bohong Azizi.
Really?” usik Syazril. “Kalau Aina suka kau sekalipun, tak mungkin kau dengan Aina walau macam mana sekalipun.”

Azizi memandang Syazril dengan rasa hairan. Meminta penjelasan.

Maksud kau?
Yeela. Aina kan perempuan yang paling kau benci. Kau dan Aina saling membenci antara satu sama lain. Tak mungkin kau dengan dia. And plus, kau dah ada awek. So better kau focus pada si Mira tu.” Syazril menjelaskan. Dia tahu Aina menyampah dengan Azizi. Azizi pernah ceritakan tentang Aina padanya.

Betul juga... dia sudah punya kekasih.
Azizi menelan air liur. Betullah. Dia sudah punya kekasih. Lagi cantik, mesra dan baik dari Aina Zulaikha itu. Buat apa mahu difikirkan tentang Aina Zulaikha yang berpura-pura membencinya itu. Ah… dia resah.

Kau okey ke?” soal Syazril lagi. Risau dengan keadaan Azizi.
Yeah… I’m okey,” bohong Azizi.

So, Aina tu suka kau ke? Dia buat confession kat kau ke?” soal Syazril lagi. Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh roomatenya. Dia tahu Azizi punya ramai peminat tapi Azizi tidak melayan, akhirnya Azizi memilih Mira, teman baiknya yang dikenali dari semester 1 lagi.

Ish…. Tak adalah. Kau ni fikir bukan-bukan la. Nak ke Aina tu kat aku? Pandang aku pun tak. Dia menyampah dengan aku. Benci aku sebagaimana aku benci dia. Kau ni. Ada pula ke situ,” Azizi berkata sebelum beredar ke tandas.

Syazril tersenyum kelat. Entah mengapa dia juga turut gelisah. Risau jika apa yang diandaikan itu betul. Tidak mahu Aina yang diminatinya itu punya perasaan terhadap Azizi.

*********
Ah... semua yang berkaitan dengannya, turut
menyampah sama
Hai Aina…sapa Syazril apabila menyedari kelibat Aina di perpustakaan. Kali ini seorang diri. Kebiasaanya dia sedar, Aina selalu bersama Irfan dan Zarina.

Aina memandang kosong Syazril sebelum kembali memandang matanya ke buku di hadapannya. Malas dia mahu melayan Syazril. Yaa… dia tahu Syazril itu roommate Azizi. Dia menyampah dengan semua perkara yang berkaitan dengan Azizi.

Berasa malu disebabkan sapaanya tidak berjawab, Syazril terus mengambil tempat di sebelah Aina. Aina masih lagi tidak menghiraukannya. Ah… Aina betul-betul membenci Azizi. Dia juga turut terkena tempias kebencian Aina terhadap Azizi hanya disebakan dia roommate Azizi.

Kau seorang je ke?” soal Syazril memulakan perbualan.
Taklah,” balas Aina dingin.
Kau dengan siapa?” soal Syazril kehairanan.
Tadi, aku seorang… sekarang ni berdua… dengan kau,” balas AIna dengan nada yang jengkel.

Syazril hanya tersenyum mendengar jawapan Aina.
Kau nak apa?”soal Aina tidak puas hati.
Saja. Aku nak duduk sini. Takkan tak boleh kot?
Tak boleh.” Balas Aina dengan dingin.
Asal pula? Sini tempat awam. And then, aku pun bayar yuran jugak. Bukan kau seorang je.
Aina menunjukkan reaksi jengkel.

hatinya terluka bila nama itu disebut.
Takkanlah dengan aku aku sekali kau benci dan menyampah. Cukup lah Azizi je yang kau benci. Tak payah nak heret aku sekali. Aku tak bersalah.” Syazril memandang Aina yang masih matanya di buku. Dia tahu Aina mendengar walau dia seperti tidak mengambil penduli apa yang sedang dikatakannya.

Aina menelan air liur. Mendengar nama Azizi sudah cukup membuatkan hatinya gelisah tambahan pula ayat Syazril itu buatkan dirinya tersentap. Yaa… dia tahu dia yang bersalah. Mengheret sekali Syazril ke kancah kebenciannya terhadap Azizi. Ah… apa yang berkaitan dengan Azizi sememangnya membuatkan dia menyampah termasuk kos yang dipegangnya. Hanya itu sahaja yang dia cuba untuk tidak menyampah dengan kos yang diminatinya. Yang lain-lain, dia menyampah. Termasuk awek Azizi itu, kawan-kawannya, tempat dia selalu nampak Azizi, tempat asal Azizi dan semuanya. Kesimpulannya, apa yang berkaitan dengan Azizi Amirul itu membuatkan dirinya menyampah.

Kau suka Azizi ke?” Syazril terus ke soalan utama apabila melihatkan Aina mendiamkan diri.

Aina memandang Syazril dengan rasa terkejut. Ah… bagaimana dia tahu. Tak mungkin buku diari aku di tangan dia. Hati Aina berbisik.

Asal kau tanya?” Aina cuba untuk bertenang. Andaiannya mungkin salah.

Tak de. Saja tanya. Yeela… kau kan benci Azizi tahap gila ah. Biasanya, perempuan takkan benci lelaki tanpa sebab. Dan kebiasaan sebabnya, perempuan tu suka pada lelaki tu but then lelaki tu reject perempuan tu. So, kau tergolong dalam kategori perempuan yang aku sebut tadi tak?

Aina menelan air liur lagi. Ah… Syazril tahu hal sebenarnya. Tapi dia pasti itu cuma andaian kebetulan Syazril sahaja. Tak ada orang yang tahu tentang perasaanya pada Azizi Amirul itu. Aina memandang Syazril di sebelahnya dengan senyuman sinis terukir di bibirnya. Syazril hairan dengan senyuman Aina itu.

What makes you  think that aku ada perasaan pada mamat kerek tu?” Aina berkata dengan nada keras.

Saja je aku tanya. Mana tahu kau betul-betul ada perasaan kat dia ke?” Syazril mengukirkan senyuman. Dia harus tahu kesahihan tentang itu.
Ah... Aina berbohong lagi.
Impossible!” Aina terus menjawab. Syazril terkejut mendengar jawapan pantas dari Aina. Ah… Aina betul-betul marah. Dia sedar, mata-mata sedang memandang mereka. Mungkin disebabkan suara Aina yang tinggi itu.

Sorry,” Aina meminta maaf apabila menyedari semua mata memandang ke arahnya.  Dia kembali memandang Syazril.

So, kau tak suka Azizi la?” soal Syazril lagi.

Of course no.” Kali ini nada suara Aina dikawal. “Buat apa aku nak suka or keep feeling pada lelaki yang aku benci sampai mati. Macam mana kau boleh thought that aku suka pada roommate kau yang kerek tu? No way!

So kau memang tak suka dia la?”Azizi meminta kepastian sekali lagi.
Yes!
Why?
Aina menarik nafas sedalam-dalamnya.

Sebab dia bukan taste aku. Dengan perangainya yang berlagak. Suka arah orang buat itu buat ini, cerewet, bossy, perassan bagus, layan perempuan yang cantik saja. He’s soooo not my taste. Dan bila aku tak suka something, jangan harap aku akan suka sampai bila-bila.” Aina menjelaskan.

Syazril tersenyum. Dalam hatinya bukan kepalang gembira. Betullah, dia sahaja yang fikir bukan-bukan. Hatinya terlalu lega mendengar pengakuan Aina. Dia masih ada peluang.

Ah... Azizi benar-benar marah pada ayat yang keluar
dari mulut Aina.
Dan tanpa Syazril dan Aina sedari, ada satu tubuh di sebalik tiang berdekatan dengan meja yang diduduki mereka, mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Aina. Azizi mengenggam erat buku Diari Aina Zulaikha. Dia terlalu marah. Terlalu marah mendengar apa yang Aina Zulaikha katakan tentangnya. Nafasnya turun naik. Azizi kemudian mengambil keputusan beredar dari situ. Niatnya untuk menyerahkan kembali buku Diari Aina Zulaikha dibatalkan. Hatinya benar-benar marah.

So, bagaimana agaknya lelaki yang ikut taste kau?” soal Syazril lagi.

Bangang.” Aina memandang Syazril dengan rasa bengang. Dia mengemas buku-bukunya di atas meja dan beredar. Syazril tersenyum melihat kelibat Aina beredar. Di hatinya, berputar-putar perasaan yang gembira. Teramat.

Ah... dia cuba bertahan.


p/s---tetiba aku rasa ada sambungan je lagi. Hahaha.
*aku  ambik  idea  Nong Andy.. hehehe


11 comments:

  1. Iffah afeefah---> erk.. baik.. =)

    ReplyDelete
  2. syazril juga menyimpan perasaan pada aina kah?

    ReplyDelete
  3. Syafa---> dari apa yang kau baca.. Yes.. he is.. =)


    *****
    cik gugu---> erk.. betulkah? terima kasih.. hahaha. Aku rasa macma tak best.. makin ada sambungan, makin tak best.. hehehe.

    ReplyDelete
  4. haha... best! tak terfikir pula boleh terhilang diari hahaha..

    wahh. aku jatuh cinta dengan Syazril hehehe.. aku suka nama tu hehehe.. sila sambung. Aku mcm x larat nak sambung versi aku tu kuikuikui...

    bagi happy ending boleh?
    (dgn muka puss in the boots hehe)

    ReplyDelete
  5. Nong Andy---> ahahhaa.. aku pun mula3 tak terfikir juga.. masa chat dgn kau kat Fb baru dapat idea.. hehehe.

    oh.. happy ending? Aku tak tahu la.. err.. mungkin. After all it's just a story only.. =)

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum ...

    Hmmm ... Getting more n more interesting ...

    ReplyDelete
  7. AdiaLUze--> Oh.. saya pun.. rasa sebegitu.. hehehe.

    ReplyDelete
  8. lalalslsaaaaa.... gi lgi satulh... huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  9. Bidadari Syurga.===> err.. ada 2 lagi untuk habiskan.. hehehe. =)

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.