jom baca Versi Nong Andy...
| She's all alone. |
Azizi terpandang Aina yang tekun membaca di
perpustakaan sendirian, biasanya bertemankan kembar tak seirasnya, Irfan dan
Zarina. Rasa sakit di hatinya terasa mengigit-gigit bila teringat pandangan
mata gadis itu. Penuh kebencian. Azizi cukup tak puas hati. Apakah punca
kebencian gadis itu padanya?
Azizi mahu berjalan ke arah Aina, namun
belum sempat dia tiba di meja itu, Aina sudah bergerak ke tempat lain,
meninggalkan buku-buku dan kertas-kertas di atas meja. Mungkin mahu mencari
buku di rak. Namun Azizi tidak berpatah balik, dia terus berjalan ke meja itu.
Dia tiba di meja itu, dia memerhatikan barangan di atas meja itu. Rupa-rupanya
AIna sedang menyiapkan tugasan. Dan tiba-tiba mata Azizi terpandang sebuah buku
yang berwarna coklat di balik kertas-kertas yang bertimbun itu. Buku yang
bersaiz sederhana dan comel itu, dicapainya.
“Ini tentu buku diari minah tu.”
Azizi membuat andaian sambil memegang buku itu. “Aku pinjam la sekejap. Nak tengok apa
yang kau kutuk aku.” Dia tersenyum sendirian sebelum
berlalu pergi dengan buku diari Aina di tangannya.
Beberapa minit kemudian, Aina kembali ke
meja itu tanpa menyedari apa-apa. Menyedari bahawasanya buku yang mengandungi
coretan hidupnya telah hilang. Telah jatuh ke tangan orang yang tidak
sepatutnya. Aina Zulaikha tidak sedar itu.
***********
![]() |
| Dalam kebenciannya ada rasa cinta. |
PUPPP!!!!. Azizi meletakkan buku yang
berwarna coklat itu diatas meja itu. Dia tidak tahu bagaimana perasaanya selepas
membaca Diari Aina Zulaikha itu. Rupa-rupanya selama ini, Aina Zulaikha yang
dibencinya menyimpan perasaan terhadapnya. Sengaja Aina Zulaikha melayannya
sebegitu. Untuk melindungi hatinya dari terluka lagi. Azizi meraut mukannya.
Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
“Kau kenapa?” soal Syazril, roommate Azizi.
Dia sedari Azizi kelihatan gelisah dari tadi selepas membaca buku yang berwarna
coklat itu.
“Apa perasaan kau kalau ada perempuan suka pada kau?” Azizi memandang roomatenya dengan otaknya ligat memikirkan
sesuatu.
“Asal kau tetiba tanya? Of course la aku happy. Tu
menunjukkan aku ni hot stuff,” Syazril ketawa. Azizi
tersenyum mendengar gelak roomatenya itu.
![]() |
| Dalam senyuman sinisnya, ada luka yang mendalam |
“Kalau perempuan yang kau benci?”
Azizi menyoal lagi.
“Kau kenapa?” Syazril hairan disoal
sebegitu. Dia cuba berfikir. Tiba-tiba dia menjumpai jawapan. “Ada perempuan suka kau ke?
Perempuan yang kau benci? Aina?”
Azizi menelan air liur. Dia tersentap
pabila nama Aina dibangkitkan.
“Apa yang buat kau fikir macam tu?” soal Azizi. Cuba
untuk mengelak dari menjawab soalan yang dilontarkan kepadanya.
“Aku teka je la. Kau asyik tanya yang bukan-bukan je. Aku
assume je la macam tu,” balas Syazril
“Oh. Tak adalah. Aku saja tanya. Tiba-tiba aku terfikir,” bohong Azizi.
“Really?” usik Syazril. “Kalau Aina suka kau sekalipun,
tak mungkin kau dengan Aina walau macam mana sekalipun.”
Azizi memandang Syazril dengan rasa hairan.
Meminta penjelasan.
“Maksud kau?”
“Yeela. Aina kan perempuan yang paling kau benci. Kau dan
Aina saling membenci antara satu sama lain. Tak mungkin kau dengan dia. And
plus, kau dah ada awek. So better kau focus pada si Mira tu.” Syazril menjelaskan. Dia tahu Aina menyampah dengan Azizi. Azizi
pernah ceritakan tentang Aina padanya.
| Betul juga... dia sudah punya kekasih. |
Azizi menelan air liur. Betullah. Dia sudah
punya kekasih. Lagi cantik, mesra dan baik dari Aina Zulaikha itu. Buat apa
mahu difikirkan tentang Aina Zulaikha yang berpura-pura membencinya itu. Ah…
dia resah.
“Kau okey ke?” soal Syazril lagi. Risau
dengan keadaan Azizi.
“Yeah… I’m okey,” bohong Azizi.
“So, Aina tu suka kau ke? Dia buat confession kat kau ke?” soal Syazril lagi. Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan
oleh roomatenya. Dia tahu Azizi punya ramai peminat tapi Azizi tidak melayan, akhirnya Azizi memilih
Mira, teman baiknya yang dikenali dari semester 1 lagi.
“Ish…. Tak adalah. Kau ni fikir bukan-bukan la. Nak ke Aina
tu kat aku? Pandang aku pun tak. Dia menyampah dengan aku. Benci aku
sebagaimana aku benci dia. Kau ni. Ada pula ke situ,”
Azizi berkata sebelum beredar ke tandas.
Syazril tersenyum kelat. Entah mengapa dia
juga turut gelisah. Risau jika apa yang diandaikan itu betul. Tidak mahu Aina yang
diminatinya itu punya perasaan terhadap Azizi.
*********
![]() |
| Ah... semua yang berkaitan dengannya, turut menyampah sama |
“Hai Aina…” sapa Syazril apabila
menyedari kelibat Aina di perpustakaan. Kali ini seorang diri. Kebiasaanya dia
sedar, Aina selalu bersama Irfan dan Zarina.
Aina memandang kosong Syazril sebelum
kembali memandang matanya ke buku di hadapannya. Malas dia mahu melayan Syazril.
Yaa… dia tahu Syazril itu roommate Azizi. Dia menyampah dengan semua perkara
yang berkaitan dengan Azizi.
Berasa malu disebabkan sapaanya tidak
berjawab, Syazril terus mengambil tempat di sebelah Aina. Aina masih lagi tidak
menghiraukannya. Ah… Aina betul-betul membenci Azizi. Dia juga turut terkena
tempias kebencian Aina terhadap Azizi hanya disebakan dia roommate Azizi.
“Kau seorang je ke?” soal Syazril
memulakan perbualan.
“Taklah,” balas Aina dingin.
“Kau dengan siapa?” soal Syazril
kehairanan.
“Tadi, aku seorang… sekarang ni berdua… dengan kau,” balas AIna dengan nada yang jengkel.
Syazril hanya tersenyum mendengar jawapan
Aina.
“Kau nak apa?”soal Aina tidak puas
hati.
“Saja. Aku nak duduk sini. Takkan tak boleh kot?”
“Tak boleh.” Balas Aina dengan
dingin.
“Asal pula? Sini tempat awam. And then, aku pun bayar yuran jugak.
Bukan kau seorang je.”
Aina menunjukkan reaksi jengkel.
![]() |
| hatinya terluka bila nama itu disebut. |
“Takkanlah dengan aku aku sekali kau benci dan menyampah.
Cukup lah Azizi je yang kau benci. Tak payah nak heret aku sekali. Aku tak
bersalah.” Syazril memandang Aina yang masih matanya di
buku. Dia tahu Aina mendengar walau dia seperti tidak mengambil penduli apa
yang sedang dikatakannya.
Aina menelan air liur. Mendengar nama Azizi
sudah cukup membuatkan hatinya gelisah tambahan pula ayat Syazril itu buatkan
dirinya tersentap. Yaa… dia tahu dia yang bersalah. Mengheret sekali Syazril ke
kancah kebenciannya terhadap Azizi. Ah… apa yang berkaitan dengan Azizi
sememangnya membuatkan dia menyampah termasuk kos yang dipegangnya. Hanya itu
sahaja yang dia cuba untuk tidak menyampah dengan kos yang diminatinya. Yang
lain-lain, dia menyampah. Termasuk awek Azizi itu, kawan-kawannya, tempat dia
selalu nampak Azizi, tempat asal Azizi dan semuanya. Kesimpulannya, apa yang
berkaitan dengan Azizi Amirul itu membuatkan dirinya menyampah.
“Kau suka Azizi ke?” Syazril terus ke
soalan utama apabila melihatkan Aina mendiamkan diri.
Aina memandang Syazril dengan rasa terkejut.
Ah… bagaimana dia tahu. Tak mungkin buku diari aku di tangan dia. Hati Aina
berbisik.
“Asal kau tanya?” Aina cuba untuk
bertenang. Andaiannya mungkin salah.
“Tak de. Saja tanya. Yeela… kau kan benci Azizi tahap gila
ah. Biasanya, perempuan takkan benci lelaki tanpa sebab. Dan kebiasaan
sebabnya, perempuan tu suka pada lelaki tu but then lelaki tu reject perempuan
tu. So, kau tergolong dalam kategori perempuan yang aku sebut tadi tak?”
Aina menelan air liur lagi. Ah… Syazril
tahu hal sebenarnya. Tapi dia pasti itu cuma andaian kebetulan Syazril sahaja. Tak
ada orang yang tahu tentang perasaanya pada Azizi Amirul itu. Aina memandang
Syazril di sebelahnya dengan senyuman sinis terukir di bibirnya. Syazril hairan
dengan senyuman Aina itu.
“What makes you think
that aku ada perasaan pada mamat kerek tu?” Aina
berkata dengan nada keras.
“Saja je aku tanya. Mana tahu kau betul-betul ada perasaan
kat dia ke?” Syazril mengukirkan senyuman. Dia harus
tahu kesahihan tentang itu.
![]() |
| Ah... Aina berbohong lagi. |
“Impossible!” Aina terus menjawab.
Syazril terkejut mendengar jawapan pantas dari Aina. Ah… Aina betul-betul
marah. Dia sedar, mata-mata sedang memandang mereka. Mungkin disebabkan suara
Aina yang tinggi itu.
“Sorry,” Aina meminta maaf apabila
menyedari semua mata memandang ke arahnya.
Dia kembali memandang Syazril.
“So, kau tak suka Azizi la?” soal
Syazril lagi.
“Of course no.” Kali ini nada suara
Aina dikawal. “Buat
apa aku nak suka or keep feeling pada lelaki yang aku benci sampai mati. Macam
mana kau boleh thought that aku suka pada roommate kau yang kerek tu? No way!”
“So kau memang tak suka dia la?”Azizi
meminta kepastian sekali lagi.
“Yes!”
“Why?”
Aina menarik nafas sedalam-dalamnya.
“Sebab dia bukan taste aku. Dengan perangainya yang berlagak.
Suka arah orang buat itu buat ini, cerewet, bossy, perassan bagus, layan
perempuan yang cantik saja. He’s soooo not my taste. Dan bila aku tak suka
something, jangan harap aku akan suka sampai bila-bila.”
Aina menjelaskan.
Syazril tersenyum. Dalam hatinya bukan
kepalang gembira. Betullah, dia sahaja yang fikir bukan-bukan. Hatinya terlalu lega
mendengar pengakuan Aina. Dia masih ada peluang.
![]() |
| Ah... Azizi benar-benar marah pada ayat yang keluar dari mulut Aina. |
Dan tanpa Syazril dan Aina sedari, ada satu
tubuh di sebalik tiang berdekatan dengan meja yang diduduki mereka, mendengar
setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Aina. Azizi mengenggam erat buku
Diari Aina Zulaikha. Dia terlalu marah. Terlalu marah mendengar apa yang Aina
Zulaikha katakan tentangnya. Nafasnya turun naik. Azizi kemudian mengambil
keputusan beredar dari situ. Niatnya untuk menyerahkan kembali buku Diari Aina
Zulaikha dibatalkan. Hatinya benar-benar marah.
“So, bagaimana agaknya lelaki yang ikut taste kau?” soal Syazril lagi.
“Bangang.” Aina memandang Syazril
dengan rasa bengang. Dia mengemas buku-bukunya di atas meja dan beredar.
Syazril tersenyum melihat kelibat Aina beredar. Di hatinya, berputar-putar
perasaan yang gembira. Teramat.
![]() |
| Ah... dia cuba bertahan. |
p/s---tetiba
aku rasa ada sambungan je lagi. Hahaha.
*aku ambik idea Nong Andy.. hehehe







11 comments:
Sile smbng okey
Iffah afeefah---> erk.. baik.. =)
syazril juga menyimpan perasaan pada aina kah?
syok weyh !
Syafa---> dari apa yang kau baca.. Yes.. he is.. =)
*****
cik gugu---> erk.. betulkah? terima kasih.. hahaha. Aku rasa macma tak best.. makin ada sambungan, makin tak best.. hehehe.
haha... best! tak terfikir pula boleh terhilang diari hahaha..
wahh. aku jatuh cinta dengan Syazril hehehe.. aku suka nama tu hehehe.. sila sambung. Aku mcm x larat nak sambung versi aku tu kuikuikui...
bagi happy ending boleh?
(dgn muka puss in the boots hehe)
Nong Andy---> ahahhaa.. aku pun mula3 tak terfikir juga.. masa chat dgn kau kat Fb baru dapat idea.. hehehe.
oh.. happy ending? Aku tak tahu la.. err.. mungkin. After all it's just a story only.. =)
Assalammualaikum ...
Hmmm ... Getting more n more interesting ...
AdiaLUze--> Oh.. saya pun.. rasa sebegitu.. hehehe.
lalalslsaaaaa.... gi lgi satulh... huhuhuhuhu
Bidadari Syurga.===> err.. ada 2 lagi untuk habiskan.. hehehe. =)
Post a Comment