nuffnang

Tuesday, April 17, 2012

Ia menyakitkan.


Cinta itu menyakitkan.
Rupa-rupanya jatuh cinta itu menyakitkan. Rupa-rupanya jatuh cinta itu buatkan diri mereka kelihatan bodoh. Mungkin ada yang mengatakan jatuh cinta itu indah but for them, it’s not. Rasa cinta itu bagi mereka, menyakitkan. Terlalu.

Yaa… mungkin ada yang mengatakan, jatuh cinta itu sebenarnya manis. Manis seperti gula-gula kapas walaupun ia sebenarnya pahit seperti kopi. Dan mungkin, ada yang mengatakan kopi itu manis bagi yang tahu merasainya dengan betul. Yup.. that’s true. Mengikut pandangan masing-masing bukan?

Mereka kata jatuh cinta itu menyakitkan. Jatuh cinta itu buatkan mereka kelihatan bodoh. Sama ada cinta itu berbalas ataupun tidak. Bukan mereka tidak pernah jatuh cinta, banyak kali. Di saat mereka sedar diri mereka jatuh cinta, hati mereka sakit, terluka bila menyedari cinta itu bukannya milik mereka. Tidak pernah akan jadi milik mereka.

Cinta itu melukakan mereka.
Di saat mereka menerima seseorang yang ucapkan pada mereka kata-kata cinta, hati mereka dipermainkan. Dilambung-lambung, dikoyak ibarat hati itu sehelai kertas yang mudah ditulis sesuka hati dan bila tidak mahu, dibuang terus ke dalam bakul sampah. Cinta itu mudah sahaja. Bila mahu, ucapkan sahaja, bila tidak, buangkan sahaja. Yaa… definisi cinta bagi mereka. Ibarat sekeping kertas bukan?

Di saat mereka jatuh cinta pada seseorang, pada seseorang yang mereka tahu tidak mungkin akan pernah jadi milik mereka, Cinta dari satu pihak. Hati mereka lagi sakit, kecewa, terluka. Dari sakit dari dipermainkan. Yaaa.. cinta satu pihak itu lagi melukakan dari cinta yang dipermainkan. Melihat si dia gembira dengan sang kekasih hati, hati mereka terluka. Terlalu. Ah.. kalaulah hati bisa sahaja berkata-kata.

Cinta itu ibarat kertas
Dan Mereka memujuk hati mereka, mengatakan, satu hari nanti cinta yang sebenarnya akan muncul untuk mereka. Akan tiba jua satu hari nanti. Namun, diri mereka merasakan tiada gunanya untuk berharap lagi. Mereka sudah berputus asa. Putus asa dengan rasa cinta itu. Mungkin rasa cinta yang selayaknya hanyalah pada yang memahami. Pada keluarga, sahabat handai dan juga pada yang maha AGUNG.


Dear heart, I give you a break.

p/s- Dear heart, let me give you a break. =)

7 comments:

Lady Windsor said...

Kali pertama aku jatuh cinta pada tahun 1994. Kemudian cinta itu hilang. Aku nak jatuh cinta lagi..semoga Tuhan dengar bisikan hati aku...

Nong Andy said...

luahan hati?

*dear heart--> surat MC sudah di luluskan. bolehlah berehat ye :)

reenapple said...

lady Windsor---> moga-moga doa kamu dimakbulkan..=)

*****
Nong Andy---> exactly!!!!.. hehehe.
Yeay.. dahhh dapat MC.. hahaha. MC ni sampai bila eh?

Lady Windsor said...

Ya, aku tidak berhenti berdoa...semoga Tuhan dengar doa aku..

reenapple said...

Lady Windsor--->DIA mendengar.. =)

Iffah Afeefah said...

Erm sygkn hati

namun hati tu rapuh weh
sekejap je mc ko aku bg

reenapple said...

Iffah Afeefah---> err... aku nak MC lama.. hehehe. ~lalallala~