Saturday, April 28, 2012

Hilang Ingatan.


Dia mahu hilangkan ingatannya.
Dia meminta ingatannya dihilangkan. Katanya, dia sudah tidak mampu untuk teruskan hidupnya. Dia sudah penat untuk menenangkan hatinya yang kecewa. Dia terlalu penat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Dia penat untuk memujuk dirinya dengan ayat “Everything Happens for a reason.” Dia terlalu penat untuk pujuk dirinya dengan kata-kata itu.

Keep believing, bagaimana harus dia keep believing sedangkan setiap kali dia mahu teruskan percaya, kepercayaan itu mengkhianati dirinya. Believing itu membuatkan dirinya kecewa. Bukan sekali, berpuluh-puluh kali, mungkin berjuta-juta kali. DIa tidak mampu mengira lagi berapa kali dia kecewa, berapa kali dia terluka.  Dia cuma mampu mengira berapa kali dia bangkit semula. Sendirian. Hanya Tuhan yang menjadi penemannya di saat itu. Di saat tiada manusia yang mahu hulurkan tangan mereka.

Sampai bila dia mahu berpegang pada kata-kata ini.
Dia mahu menangis. Mereka kata, menangis itu akan dapat legakan hatinya. Jadi malam itu, dia memilih untuk menangis. Menangis semahu-mahunya. Menangis seorang diri. Mungkin dia harapkan akan ada seseorang memujuknya, menenangkan dirinya, namun mana  mungkin ia akan berlaku. Sebab mengapa dia menangis tidak mampu dibocorkan. Itu rahsia dia dan Tuhan saja.

Sungguh, dia punya terlalu banyak penyesalan dalam hidup ini. Dia tertanya-tanya tujuan dia hidup. Yaa.. dia tahu tujuan dia hidup. Membalas jasa-jasa manusia-manusia yang membenarkan dirinya hidup. Dia tahu itu. Jadi, dia tidak boleh meminta dirinya dimatikan di saat ini. Pernah, suatu ketika dulu, dia meminta dirinya dimatikan. Banyak kali juga. Namun, Tuhan tidak pernah memakbulkan doanya.

keep hoping itu buat dia kecewa.
Never regret on something that made you smile. Dia ucap ayat itu pada dirinya. Dia tersenyum. Kelat. Senyuman ikhlas tidak mampu lagi terukir. Ah… jujur, dia mahu ingatannya dihilangkan. Dia mahu bila dia bangun keesokan harinya, dia berada dalam dunia yang baru. Dunia yang asing. Tapi mana mungkin, ini adalah takdirnya. Yaaa… baginya pahit. Terlalu. Hidup bukan semudah yang kau sangkakan tahu. Hidup bukan seperti ‘fairy tale’ tahu. Hidup bukan seperti kisah dalam drama mahupun cerpen yang mana semuanya punya happy ending. Hidup di alam reality bukan seperti yang dia baca dalam cerpen, mahupun novel atau mahupun yang dia tonton di TV.

Dia mahu hidup dalam dunia yang asing baginya. Tidak mengenali sesiapa. Mungkin itu lagi baik. Pernah dia berangan punya seorang kembar lelaki yang akan jaganya. Namun dia sedar. Itu hanyalah impian kosong. DIa tidak mungkin akan punya seorang kembar lelaki walau sudah bertahun-tahun dia meminta Tuhan makbulkan doanya itu. Dia tahu ia sudah terlambat sebenarnya untuk Tuhan memakbulkan hasratnya itu.

Reality itu menyakitkan tahu.
Yaa… hidup bagi dia pahit. Life is not like a fairy tale. Mungkin dia mengharapkan akan ada seseorang yang akan lindungi dia. Semua yang dia pernah impikan, angankan, hanyalah impian kosong. Impian yang tidak akan pernah dia capai. Dia sedar itu.

Oh Tuhan, sila hilangkan ingatan aku”. Dia merayu lagi dengan air mata mengalir deras di pipinya. Pahit sebenarnya untuk menenangkan dirinya lagi. Secara sendirian. Sampai bila dia harus menjadi tabah? Berlagak perkara sebegitu tidak membuat hatinya terguris?

Sampai bila dia harus kekal dan berlagak tabah.


p/s- something happened to my heart. (T.T)



9 comments:

Eera Shera said...

sedih T_T

sekali jatuh, 2 kali bangkit ;)

Nong Andy said...

Biasanya MASA adalah ubat yang mujarab. Ia hampir boleh menyembuhkan semua kesakitan/kelukaan HATI. Tapi bukan semua org, terdpt sebilangannya.. MASA pun tak dapat menyembuhkan LUKA yang terus mengalirkan darah kelukaan.

Pasti akan merasakan keLEGAan bila dpt meninggalkan FASA kelukaan itu. Yakinlah boleh melaluinya makan ia akan sembuh. tapi kalau memikirkan yang ianya tak akan pernah sembuh.. maka ia pasti tidak boleh sembuh..

er.. panjangnya ceramah free ini muahahahaha.. ini cuma pendapat peribadi :)

reenapple said...

eera shera---> Kuat tahu.. =)


######
Nong Andy--->panjang... dan mendalam maknanya.. heheh. =)

Aku faham. =)

Terbang Bersamaku said...

belajar dari kesilapan, pengalaman lalu bira dijadikan sbgai penguat semangat utk hadapi masa akan dtg..

smoga terus tabah..be strong my frenz..

reenapple said...

terbang bersamaku---> I will .. =)

Iffah Afeefah said...

Aku tekesima

kalo aku jadi die aku pon nk hlangkan ingtn aku. Tpi bkn care tragisla

#mane cerpen br weh

reenapple said...

Iffah Afeefah---> kan kan kan... terkesima.. heee... =)

# cerpen baru? Entah... aku takde idea nak menulis sekarang ni.. =(

Si Gile Dan KeGILAannye said...

ni namenye monolog ke ape ni..

reenapple said...

si gila dan kegilaannya---* entah.. aku pun tak tahu.. heheh. Kau faham kah??