![]() |
| Opss. i did it again. |
Kawan aku kata… aku sebenarnya seorang yang
lembut. Tapi aku berlagak sebagai seorang yang kasar. Cuba untuk menjadi
seorang yang kasar. Cuba untuk hilangkan sifat feminism dalam diri aku. Sebab
kawan aku kata sedemikian? Dia kata sebab aku nak elak diri aku dari kena buli.
Hurm… aku rasa, betullah tu. Ataupun aku sedang ego dengan diri sendiri?
Kalau nak diikutkan masa aku zaman kecil
dulu. Masa sekolah rendah, aku selalu kena buli. Selalu kena ejek. Macam-macam
gelaran aku dapat masa tu. Aku selalu menangis bila kena buli. And then,
cikgu-cikgu akan back up aku. Yaa… aku boleh katakan yang aku menjadi
kesayangan cikgu masa sekolah rendah. Hahah.
Aku ingat lagi, masa aku darjah dua atau
darjah tiga, aku pernah baling batu pada seorang budak lelaki yang buli aku.
Budak lelaki itu ejek aku. Entah aku tak ingat sangat hal itu, yang aku ingat
baju budak lelaki tu ada darah dan aku dipanggil oleh cikgu. And then lepas tu,
aku dah tak ingat.
And then bila aku masuk matrikulasi, aku
rasa start situ kot, aku decide, aku tak nak jadi lemah lembut… aku nak jadi
tomboy. Aku nak punya perangai seperti seorang lelaki. Bangang bukan apa yang
aku fikirkan masa tu? Aku masih tahu yang mana halal dan haram. Aku masih bertudung. Aku tak boleh orang sentuh aku
even perempuan. Walaupun hanya tangan sahaja. Bukan geli, aku entah… fobia
mungkin.
Aku rasa dari zaman matrikulasi la aku
start kenal siapa aku… siapa yang aku nak jadi dan so on. Dan nasib baik, aku
jumpa kawan-kawan yang masih lagi dapat membimbing aku ke jalan yang benar. Aku
hapuskan niat aku yang kejam itu. Aku cuba jadi seorang perempuan even tak
sepenuhnya. Tambah-tambah lagi aku fall in love dengan seorang budak lelaki
yang berasal dari sekolah agama ketika itu. Aku akhirnya terima qada dan qadar
aku.
Then masa zaman matrikulasi la juga,aku
pilih untuk tak percayakan kata-kata lelaki yang bukan dari keluarga aku. But
then, aku langgar prinsip itu. Aku percaya kata-kata ex aku yang ketika itu
kawan baik aku. Aku terima dia sebagai lelaki ketiga dalam hidup aku. Akku
kapel dengan dia but then aku tak tahu aku dikecewakan lagi. Aku tak tahu dia
hanya nak uji keegoan aku sahaja.
Start dari situ, aku cuma nak kawan je dengan
lelaki. Tak nak lagi ada strange feeling itu. Bahkan budak lelaki yang aku
pernah suka masa zaman matrikulasi dulu pun, aku dah hilangkan rasa itu. Tapi
aku tak mampu… strange feeling itu masih ada lagi.
Aku
rasa aku ego dengan diri sendiri. Aku suka seseorang but then aku tak nak mengakui rasa itu. Aku rasa aku suka seseorang , but then, aku ignore perasaan itu. Aku katakan pada diri aku, ia cuma
mainan perasaan sahaja. Aku asyik katakan itu pada diri aku bilamasa aku rasa
sakit dan kecewa dengan seseorang itu. Dalam fikiran aku, hati aku cuma sunyi
sebab itu aku asyik thought aku suka seseorang itu. But then, bila masa aku
dapat kepastian yang actually aku memang ada feeling dengan seseorang itu,
seseorang itu sudah berpunya. Ah.. Aku memang ego bila melibatkan soal ini.
Mungkin, korang yang baca blog aku ni,
thought aku seorang yang lembut. Mungkin betullah tu. Aku je yang tak nak
mengaku yang aku ini lembut orangnya. Aku tak nak jadi lembut. Entah.. Bagi aku..
Menjadi lembut itu, menunjukkan aku seorang yang lemah. Sebab itu aku pilih
untuk berlagak kasar. Mungkin tak akan ada lelaki yang akan suka pada aku.Mungkin…
itulah tujuan aku buat sebegitu.






7 comments:
kdg2 ego tu perlu, perlu tuk lindungi kita dr kekecewaan ..
kadang-kadang lembut itu, bukan kita sengaja mahu tunjukkan, kadang ego dan kasar itu bukan sengaja kita mahu tunjukkan, kadang-kadang apa yg kita buat itu kerana kita rasa...
yang penting lembut atau kasar, itu adalah diri kita, sama ada kita sengaja atau tidak. tapi kita dah pun jadikan ianya sebahagian dari diri kita..
mungkin kasar itu apa yang nampak,
tapi lembut itu apa yang dirasa...
okey, napa saya rasa komen saya da melalut...er..sekian.. :D
okeh.. aku suka n3 ni. Ia lutsinar haha.. aku terima dirimu seadanya.. sekasar nya hehe.. jgn risau. aku pun lasak juga. masa budak dulu tomboy juga.. sekarang pon masih lasak walau dah jadi mak budak ahahaha... :)
hurmmm ada seorang kawan; yang pretend seperti lelaki dari cara bahasa dan gelak laku juga tingkahlaku. dari dia aku belajar yg lelaki tidak suka perempuan yang terlampau kurang sopan bahasanya. dari dia aku belajar; kalau sahaja cara dia mampu mengelakkan diri dari dibuli. aku rasa dia berjaya. kerana dia menjadi pembuli bahsa secara totaly dan aku sgt2 berterima kasih kepada DIA kerana dari dia aku belajar; tak salah jadi perempuan; tak salah jatuh cinta; tak salah kita di uji; tak salah protect diri; tak salahkalau cara kita tu bisa bikin diri kita terpelihara dari segala bentuk ketidaksedaran buli dari lelaki yang pantang lepa; tak salah jatuh cinta dan akhirnya aku cuma nak beritahu satu perkara... akan hadir seorang lelaki yang menyintai dan menjaga kehormatan kau sebagai wanita dan di masa itu, sifat kau akan kembali kepada asal. DIA punya aturan dan siapalah aku untuk menghakimi setiap aturan DIA.
ps: aku suka entry kau. setiap hari. dan ada kalanya maafkan aku ya kalau aku jarang ada masa lawat blog kegemaran aku. u one of them... insyaallah; aku sedang berperang dengan diriku sendiri yang tgh byk masalah mental skang ni... hahahahaha *idea tak dtg; so aku malam nak tgk blog even blog sendiripun... hahahahah*
cik gugu--> oh yeah.. aku setuju dengan statement kau.. kikikikikkikiki.
******
Teenager Housemaid--->kadang3 apa yang kita rasakan, lakukan, sembunyikan adalah untuk lindungi diri kita.. MUngkin. Aku dah jadikan ia sebahagian dari hidup aku. =)
* err... melalut pun aku faham juga apa yang kau mahu sampaikan.. hehehe.
*****
Nong Andy--->lutsinar??? Lutsinar tang mana?? Hahha.. Aku kompius yang itu.. heheheh.
Aku dah agak kau akan cakap macam tu... Terima aku seadanya.. Wahahaha. Aku pun terima kau seadanya.. hehehe. Kau mungkin ksar dari azali lagi kot.. eh.. @_@
*****
Bidadari Syurga--->Oh... Aku tahu tu. Tak salah bertindak sebegitu asalkan ia dapat jaga diri dari terluka again and again...Mungkin aku gembira bertindak sebegitu. Mungkin ia kadangkala mendatangkan keburukan bagi aku.. Tapi aku selesa dengan keadaan sebegitu...
Tapi...satu sahaja yang aku mahu bangkang. Life ain't a fairy tale. Entah... aku rasakan tiada lagi wujud lelaki sebegitu di dunia ini. Aku cuma mengenali seorang sahaja lelaki sebegitu. My fzvourite uncle. =). Entah... mungkin ada. Mungkin tiada. DIA itu maha mengetahui... =)
* Oh.. tak apa. Aku faham perasaan sebegitu. Aku pernah juga alami... Semoga kau baik-baik sahaja.
er... mcm mana nak xplain ah? ia seolah-olah rumah kaca yg aku boleh nampak apa di dlmnya. jadi aku telah nampak apa dlm hati/diri kau sebab n3 ni lutsinar hehe..
Nong ANdy---> Ahaaa.. baru aku faham.. Mungkin aku ceritakan tentang aku .. kan kan. kan.. siapa aku sebenarnya di zaman 'jahiliah'.. heheh
Post a Comment