![]() |
| Dia keseorangan di situ. |
Di satu malam yang sunyi, pukul 3 pagi, kelihatan seorang gadis di perhentian bus. Yaa… she’s all alone. Dan entah bagaimana, datang tiga orang lelaki. Sila bayangkan muka ketiga-tiga lelaki itu adalah jahat. Punya wajah persis seorang pembunuh bersiri, perogol bersiri. Yaa… sila assume yang ketiga-tiga lelaki itu punya niat yang tidak baik terhadap gadis itu.
“Sorang je ke Cik Adik?” soal lelaki pertama kepada gadis itu. Gadis itu yang sedang asyik dengan buku di tangannya, tidak membalas pertanyaan lelaki pertama itu. lelaki itu memandang kawan-kawannya. Mereka saling berpandangan. Akhirnya, lelaki kedua pula mengambil tempat di sebelah gadis itu. Gadis itu masih mendiamkan diri.
“Sorang je? Nak abang-abang temankan ke?” lelaki kedua itu ketawa bersama-sama kawan-kawannya yang lain. Gadis itu kemudian menutup buku di tangannya dan mengalihkan earphone di telinganya. Gadis itu tersenyum sinis memandang lelaki-lelaki di hadapannya.
“Laa… awak dengar lagu ke? Patutla abang panggil tadi awak tak dengar. Awak dengar lagu apa?” lelaki pertama bersuara. Gadis itu masih tersenyum. Akhirnya dia menyarungkan beg di bahunya dan bangun namun di halang lelaki ketiga.
“Eh, mana awak nak pergi. Sesi berkenalan belum habis lagi,” lelaki ketiga bersuara. Gadis itu tersenyum lagi.
![]() |
| Dia tersenyum sinis melihat lelaki di hadapannya. |
“Awak ni bisu ke? Tak ada suara? Asyik senyum je. Cantik senyuman awak,” lelaki kedua bersuara. Gadis itu tersenyum sinis. Dia cuba untuk melarikan diri dari situ, namun dia dikellilingi ketiga-tiga lelaki itu.
“Boleh tak jangan halang laluan?” Akhirnya gadis tu bersuara.
“La… ada suara rupanya. Sedap suara awak.” Lelaki ketiga itu menyentuh rambut panjang gadis itu.
“Awak nak pergi mana? Biarla kami bertiga temankan.” Lelaki pertama bersuara disusuli gelak ketawa rakan-rakannya.
“Berani ke?”ujar gadis itu. Ketiga-tiga lelaki itu berpadangan sesama sendiri sambil tersenyum.
“Tentulah berani. Kalau awak sanggup bagi balasan,” lelaki kedua mendekati gadis itu.
Gadis itu tersenyum. Dia tahu, dia seharusnya melarikan diri sekarang namun dia tidak mampu. Dia dikelilingi ketiga-tiga lelaki keparat itu. Akhirnya gadis itu cuba melarikan diri dengan melalui celah-celah yang mampu dia lalui, namun dia tidak berjaya. Lelaki-lelaki itu berjaya memeluknya. Lalu ditarik gadis itu ke dalam semak yang berdekatan. Gadis itu cuba menjerit, namun tiada bunyi jeritan yang kedengaran, mulutnya ditekup oleh lelaki pertama.
***********
![]() |
| Dia puas. |
“Berita melaporkan polis menemui mayat 3 orang lelaki yang separuh bogel di dalam satu semak samun. Mangsa-mangsa terbabit dikelar dan ditikam bertubi-tubi dengan senjata tajam yang dipercayai sebilah pisau namun tiada kelihatan objek tersebut berdekatan tempat kejadian. Polis masih lagi menyiasat lagi kes pembunuhan itu.”
Televisyen ditutup. Gadis itu tersenyum. “Padan muka kau”. Dia tersenyum sendirian sambil memegang pisau di tangannya. Dia memandang tangannya yang berbalut akibat pergelutan semalam. Dia tersenyum lagi.
*********
![]() |
| Kisah zaman kanak-kanak menghantuinya. |
“Tolong bang. Sakit. Tolong lepas.” Dia dengar suara ibunya menjerit dari bilik ketika dia pulang dari sekolah. Tahulah dia, ayahnya sudah pulang.
“Sakit bang.” Kedengaran lagi suara Mama. “Kau ada jantan lain belakang aku. Nah ambik ni,” Papa memberikan sepakan kepada Mama. Dia saksikan itu. Di sebalik pintu bilik yang terbuka. Tiba-tiba Papa menyedari kehadirannya. Papa meluru ke arahnya.
“Sayang dah makan?” Dia menggeleng. Papa tersenyum sambil mengusap-ngusap rambut panjangnya. Dia tahu Papa sayang kepadanya lebih dari Mama. Papa tidak pernah sesekali menyakiti dirinya. Bahkan tidak pernah membenarkan seekor nyamuk mengigitnya.
“Nanti kita keluar makan ya? Papa belanja aiskrim?” Dia mengangguk. Papa tersenyum sebelum kembali melangkah ke bilik.
Kedengaran lagi tangisan dan jeritan Mamanya. Bunyi sepakan dan tumbukan kedengaran lagi. Benda sebegitu sudah biasa dia dengar. Setiap hari, setiap kali Papa pulang. Setiap kali itulah situasi itu akan berlaku.
![]() |
| Dia menangis tanpa suara |
Dia menutup telinganya dan berlari ke dapur. Dia menyorokkan diri di suatu sudut. Dia menangis tanpa bunyi. Jeritan Mama makin kuat. Tiba-tiba dia ternampak sebilah pisau di atas meja. Lalu dia mencapai pisau itu dan berlari ke bilik tidur utama.
Setibanya di bilik, dia terus meluru ke arah Papanya yang sedang ralit menumbuk Mamanya. Menikam Papanya bertubi-tubi dari belakang. Bila Papa jatuh terbaring, dia menikam lagi di dada Papa, di perut Papa. Darah yang mengalir kelihatan menarik baginya. Jeritan dan lolongan Papanya dia tidak hiraukan.
![]() |
| Darah mengalir buat dia puas. |
“Sayang,” kedengaran lemah suara Papanya. Dia tersenyum. Akhirnya dia mengalihkan pisau ke arah leher Papanya. ZASSSS, dengan satu kelaran, Papanya terkulai di situ. Dia tersenyum.
“Sayang,” Mama memanggilnya. Dia menoleh. Dia tersenyum dengan pisau di tangannya. Dengan darah yang berlumuran di bajunya.
“Lepas ni Papa tak akan lagi sakiti Mama,” dia tersenyum kepada Mama. Mama menghampirinya. Memeluknya erat. Mama mengambil pisau di tangannya dan membuangnya jauh dari mereka. Mama menangis teresak-esak sambil memeluknya. Dia hanya tersenyum sambil memandang mayat Papanya. Dia puas. Terlalu.
![]() |
| Dia puas. |
---THE END---
p/s-- aku suka cerpen ni sebab aku tak perlu susah-susah nak fikir nama watak. Hahaha. Oh dan ini cubaan pertama buat cerpen bergenre sebegini. Pandangan korang?







jam brpa kau type ni. semalam aku pulun sampai jam 1am tapi n3 ni xde? heee...
ReplyDeletekomen: er... aku suka ketiga-tiga lelaki itu dapat ganjaran yang setimpal. Dan paling pnting dia tak sesuka hati bunuh org hanya bunuh org yg layak di bunuh saja.
er.. dlm dahboard aku nmpak 'gerak hati' eh.. mana ia?
ReplyDeletehahahahaha!!
ReplyDeletesaya imagine la pasal cinta ke ape kan,alaa..yang macam selalu awak buat tuh.
rupanya mengerikan jugee.
bab bunuh2 plak tuh..
keep it up!
menarik.tapi masih buat saya tersenyum.
kenapa entah,mungkin sebab saya tak sangka awak boleh punya idea wat genre macamnie..
teruskan lagi..
gudluck!!=)
sedap molek cite ni.tragis.
ReplyDeleteNong Andy---> haaa... aku daaa lama tulis cerita ni tapi belum publish.. kekekeke. Malas.. hahaha.
ReplyDeleteaku bayangkan perempuan tu seorang yg psiko bilamasa dia berhadapan dengan lelaki-lelaki sebegitu.. hahaha.
*oh entry tu, nanti aku publish esok lusa.. heheheh. Maaf ya.. Aku tersalah publish.. =.=
*****
Layinur hArir---> daaa lama nak buat cerpen genre sebegini but tak de idea sangat..hahaha. Lepas ni nak buat cerita hantu lak.. =)
*******
Botolairkosong---->eh??? Tragis kah???
*thanks dropping by. =)
Haha aku suke
ReplyDeleteaku rase ssuai ngn ko genre gni
xgtu nong nady?
Aku ske. Lg panjang lg ngeri weh gaggaga
Iffah Afeefah---> hahaha.. asal?? Sebab aku kejam?? kekekekek.
ReplyDeleteingat nak buat panjg tapi aku tak ada idea.. hahaha.
hehe.. betul tu Iffah. Canttik jer dia tulis.. tak tersekat-sekat :)
ReplyDeleteaku sokong ko wat cite hantu...huhu.
ReplyDeletecerpen ko ni ber'genre' triller..
wat mcm ala2 CSI cikit. huhu~
Nong Andy---> heeee...auwww... aku malu dipuji.. hehehehe. =D
ReplyDelete*******
Fahir ahamd ishak---> errr... sila bagi idea untuk cerita hantu.. kekeke.
CSI??? Aku belum habis belajar forensik lagi.. =D
pergh aku klu bab2 bagi idea cite hantu ni mmg bernas ckit. 6ti kite jmpe ak cite kat ko k..huhu
ReplyDeletefahir ahmad ishak---> oohooooo.. aku takut aku lak yang seram...tengokla... hahaha.
ReplyDelete