![]() |
“Amani harus
teruskan percaya tahu.” Umi memegang pipi aku sambil mencium lembut dahi
aku. Aku suka diperlakukan sebegitu oleh Umi. Bau wangi rambut Umi itu menusuk
lembut ke rongga hidung aku. Bau tangannya yang harum itu menyenangkan aku. Ah…
aku suka semuanya berkaitan dengan Umi. Umi segala-galanya bagi aku. Aku hidup
untuk Umi dan Umi hidup untuk aku.
Aku tersenyum sambil mengingatkan kata-kata
itu 20 tahun yang lalu. Aku yang ketika itu berusia 9 tahun, mana mungkin akan
faham apa yang dikatakan oleh Umi ketika itu. Yang aku ingat, Umi pernah
menceritakan tentang ‘prince charming’.
Dalam fikiran aku ketika itu, ‘Prince
Charming’ itu seperti dalam cerita Cinderella,
mahupun kisah dongeng Bawang Merah Bawang Putih. Umi cakap setiap manusia dalam
dunia ni, Allah sudah menetapkan pasangan masing-masing sejak dalam kandungan
ibu lagi. Setiap orang ada pasangan masing-masing. Jadi aku harus percaya
bahawasanya aku juga akan punya pasangan aku. Akan berkahwin suatu hari nanti.
Akan bertemu lelaki baik suatu hari nanti yang akan jaga aku dengan penuh kasih
sayang sebagaimana Umi kasihkan aku. Itu yang Umi mahu aku percaya. Terus
percaya bahawasanya akan ada seorang manusia di muka bumi ini, diciptakan untuk
aku.
![]() |
| Aku tahu hidup bukan seperti fairy tale. |
Dan aku tertanya-tanya kisah Umi dan Abah.
Umi merupakan isteri kedua Abah. Aku lagi rapat dengan Umi dari Abah. Mungkin
sebab, Abah jarang sekali melawat kami berdua. Dan bila Abah datang melawat,
aku lagi suka menghabiskan masa dengan kawan-kawan sepermainan dari duduk
bermanja dengan Abah. Yaa… aku tidak pernah bermanja dengan Abah. Entah
mengapa, aku tidak pernah menyenangi Abah dari kecil. Even ia sebelum aku mengetahui siapa sebenarnya Umi bagi Abah.
Dari cerita Mak Su, adik Umi, Abah
berkahwin dengan Umi disebabkan rasa simpati. Abah berkahwin dengan Umi hanya
disebabkan rasa simpati. Aku rasa sebab itu Umi menjadi isteri kedua Abah. Mak
Su ceritakan lagi, Abah berkenalan dengan Umi lagi awal sebelum Abah berkenalan
dan berkahwin dengan isteri pertamanya. Tapi disebabkan kisah apa entah, mereka
berdua ‘loss contact’. Aku pernah
juga tanyakan Abah tentang itu. Dan jawapan Abah sama dengan apa yang
diceritakan oleh Mak Su. Ah… hati aku sakit mendengar pengakuan dari Abah.
![]() |
| She's my everything. |
Dan mereka bertemu kembali ketika Umi
ketika itu berusia hampir mencecah 40 tahun. Dan ketika itu Abah punya masalah
dengan isteri pertamanya. Dan begitulah kisahnya. Mak Su juga ceritakan, Umi
sebenarnya tidak boleh mengandung. Dan entah bagaimana, ditakdirkan kuasa
Allah, Umi dapat aku. Dan jadilah aku, satu-satunya permata hati Umi.
Bayangkan bagaimana perasaan aku ketika
itu. Aku yang ketika itu berusia 18 tahun yang sudah tentunya tahu yang mana
betul yang mana salah. Barulah aku faham mengapa Abah tidak pernah ada untuk
aku. Tidak pernah ada ketika guru meminta untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa
aku. Tidak pernah ada ketika aku meminta sesuatu darinya. Abah tidak pernah
dapat memberikan apa yang aku mahukan. Tidak walau sekalipun. Pada mulanya, aku
ingatkan mungkin disebabkan kawalan isteri pertama Abah terhadapnya. Dan
sekarang, barulah aku tahu hal yang sebenar. Mengapa adik beradik tiri aku dengan
mudahnya dapat apa yang pernah aku idamkan suatu ketika dulu. Yaa… dalam kepala
otak aku, kasih sayang abah terhadap aku tidak sama dengan kasih sayang
terhadap anak isteri pertamanya. Abah pilih kasih. Itu yang aku tetapkan dalam
minda aku. Dan ia berkekalan sehingga sekarang. Walaupun Umi dan Abah sudah
bercerai.
Selepas penceraian itu, cuma sekali setahun
sahaja aku bertemu Abah. Semasa hari raya. Itupun Umi yang memaksa aku. Jika diikutkan
hati aku, malas sahaja aku bersalaman dengan Abah. Meminta ampun kepadanya
sedangkan yang bersalah adalah Abah bukan aku. Tapi Umi kata, jangan pernah
menyimpan dendam pada Abah. Tanpa Abah, aku tak mungkin akan ada di dunia ini.
Umi mahu aku tanamkan itu dalam minda aku.
Dan sekarang, aku tertanya-tanya, haruskah
aku terus percaya yang suatu hari nanti akan munculnya ‘Prince Charming seperti yang pernah diceritakan oleh Umi pada aku? Aku
pernah kecewa dengan kisah cinta. Pernah kecewa dengan rasa cinta. Haruskah aku
teruskan percaya lagi? Haruskah aku keep believing?
| Haruskah aku berpegang pada kata-kata itu? |
Pernah juga Umi merajuk dengan aku bilamasa
aku mengatakan padanya yang aku tak nak kahwin. Lelaki menakutkan aku. Aku tak
mahu punya komitmen lebih dari seorang kawan dengan lelaki. Umi faham itu. Dia
tahu, aku tahu tentang kisahnya dengan Abah. Mungkin aku takut aku mungkin akan
berjumpa dengan lelaki seperti Abah. Atau menamatkan zaman bujang aku seperti
Umi.
Aku memujuk Umi. Memujuk ayat yang sama
pernah Umi lontarkan pada aku. Kalau ada jodoh, adalah bagi aku menamatkan
zaman bujang aku. Namun Umi masih tidak mahu termakan pujukan aku. Akhirnya aku
berjanji dengannya, aku akan berkahwin juga suatu hari nanti. Umi tersenyum
mendengar ayat aku itu sambil mencium dahi aku lembut. Mengusap-ngusap pipi aku
dengan lembut sepertimana dia selalu lakukan pada aku ketika kecil. Namun, Umi
tidak tahu, di sudut hati aku, aku mahu kahwin selepas kematian Abah. Itu yang
aku tanamkan dalam diri aku.
![]() |
| Aku masih ingat tangisan Umi. |
Aku mahu kahwin selepas kematian Abah.
Yaa.. aku kejam bukan? Aku tak mahu Umi dituduh sebagai perempuan yang gunakan duit Abah lagi. Umi tidak pernah meminta duit dari Abah semenjak mereka
bercerai. Walaupun aku dapat melanjutkan pelajaran ke university tempatan, Umi
tidak meminta dari Abah. Umi tahu kemampuan Abah dan masalah Abah dengan
keluarganya. Mujurlah, aku peroleh
biasiswa untuk menampung kehidupan aku ketika belajar. Sekurang-kurangnya aku
tidak meminta duit dari Umi. Umi punya pendapatan dari menjahit baju, dengan
duit sewa rumah-rumah milik arwah datuk yang diwariskan kepadanya, aku rasa itu
cukup untuk aku dan Umi menampung kehidupan kami berdua tanpa bantuan Abah. Abah hanya
sekali-sekala menghulurkan duit kepada aku. Itupun bilamasa dia ada duit lebih.
Aku faham situasi Abah. Aku sudah tidak menyalahkannya.
Abah mana pernah penduli apa yang Umi rasa.
Sebab itu, aku tidak pernah punya rasa sayang terhadap Abah. Namun aku masih
hormatkan Abah lagi. Itu yang Umi mahu aku lakukan. Hormat Abah. Walaupun Umi
dan Abah sudai tiada ikatan, Abah tetap Abah aku. Dalam tubuh aku, mengalir
darahnya. Sungguh, aku malu bergelar anak kepada Abah. Aku mengharap nama akhir
aku tidak sama dengan adik beradik tiri aku. Kejam bukan aku?
![]() |
| yeah... someday love will find you. UMi mahu aku pegang pada kata-kata itu. |
Aku mengesat air mata seusai membaca Yassin
di pusara Umi. Aku membuang rumput-rumput liar di kubur Umi. Aku memandang
kosong kubur yang ditandakan dengan nisan berwarna putih itu. Sudah 2 tahun Umi
kembali menemui pencipta-NYA. Aku mengusap-ngusap ukiran nama yang tertera di
batu nisan itu.
“Amani.”
Suara seorang lelaki menyapa aku. Aku menoleh. Arman, suami aku sedang berdiri
sambil tersenyum memandang aku. Lelaki yang aku nikahi 3 tahun lepas. Yaa… aku
kahwin akhirnya. Memenuhi hasrat terakhir Umi. Berkahwin dengan pilihan Umi. Dalam
hati aku, aku rasakan tidak perlunya seorang lelaki dalam hidup aku. Umi mampu
hidup tanpa Abah, masakan aku tidak boleh menjadi seperti Umi. Namun Umi pujuk
aku terima Arman, kenali Arman. Katanya, Arman bukan seperti Abah. Umi tahu,
aku risau jika Arman itu seperti Abah. Seperti lelaki yang aku pernah
berpacaran suatu ketika dulu. Akhirnya, aku turutkan sahaja kemahuan Umi.
“Jom balik.”
Arman menghulurkan tangannya pada aku. Aku bangun dan menyambutnya dengan
senyuman. Arman memegang erat tangan aku. Aku teringat kata-kata Umi, “Harus sentiasa percaya ia ada untuk kita dalam apa jua
perkara.”
![]() |
| And I believe she said. |
p/s--but aku stop believing
*aku hantar ini ke secret 7 writer. MUngkin ada yang akan baca sekali lagi.heheh*
.jpg)






11 comments:
Cube jdi cam amani weh
keep blving
aku tau ko bole
aku pon harap aku macam amani. Even bkan aku beradek beradik tri pon
aku nk epi ending
even ini cam cerpen but deep meaning.
entah.rasa macam entahh..~hmm..T_T
*mungkin cerita ini relate dengan kasih syg mak and anaknya..
Iffah Afeefah---> errr.. tetiba je kau kaitkan dengan aku.. hehehe.
Insyallah.. aku cuba satu hari nanti. Bukan sekarang.. =)
******
Layyinur Harir---> isn't it...??? Saya pun bila dibaca berkali-kali... =)
Aku percaya ada seseorang untuk mu :)
purple yang menawan :)
(Tiada kaitan dgn cerpen--> wajah baru yg santik)
aku suke ending die..huhu~
Nong Andy---> heheheh. Insyallah aku akan kembali percaya satu hari nanti,. Bukan sekarang.. =)
*purple yg menawan? Bnyak kali aku ubah tahu... sekejap biru sekejp hijau.. last-last aku guna yg ni, nampak gothic sikit.. kekekek.
*kau je yg puji laout aku cantik.. hehehe. Mekasey..
*****
fahir ahamd ishak---> yeah... of course kau suka. hehhehe. Ini untuk kau. =)
i dunno why i'm crying reading this..
terlalu 'masuk' dalam cerita ni mungkin....
teenager housemaid--->terlalu 'masuk'??? hurm... after alll ia cuma cerpen...hehehe.
*keep believing tau.. eh... =)
heh? untuk aku? really? thanks! huhu
fahir ahamd ishak===> err.. tak tau asal boleh p kat SPAM.. heheh.
sama-sama.. keep believing yaa.. ^_^
Post a Comment