![]() |
| Asal la aku setuju nak kahwin dengan dia. |
Malam sudah menjelma. Tetamu-tetamu sudah
pulang. Setelah berbual dengan ibu dan ayah, aku terus naik ke bilik. Penat
dowh dengan acara semua. Tak faham aku, asallah nak kena buat wedding reception
yang besar-besar. Oh fine, aku anak lelaki sulung, sah-sah kena buat big event
bukan? Aku buka pintu bilik, dilihat Diana, isteri yang baru aku kahwini sedang
duduk di sofa, menonton televisyen. Ai… relaks je dia ni, tak penat ke? Aku
soal dalam hati. Tanpa pendulikan Diana, aku terus meluru ke bilik air. Diana
pun pandang aku semacam, so aku pun malas nak tegur dia.
Selesai mandi, keluar dari bilik air, aku
mahu melabuhkan diri di katil. Tiba-tiba, “Eh, dah nak tidur?” Kedengaran suara
Diana pabila melihat aku menghampiri katil. Aku tersenyum sinis.
“Yeela. Takkan nak main bola pulak.” Aku
membalas sambil duduk di hujung katil. Memandang Diana yang sedang berpeluk
tubuh sambil memandang aku
.
.
![]() |
| Dari saat aku bertunang dengan dia, gaduh dah jadi hobi kami. |
“Katil tu biar aku yang tidur di situ. Kau
tidur kat sofa.” Diana memberi arahan. Eh… sesuka hati je minah ni.
“Asal pulak? Katil ni aku punya, kau berada
dalam bilik aku, segala harta benda dalam bilik ni milik aku dan itu termasuk
kau.” Diana mencebik. Aku tersenyum sinis. Puas aku. Kau ingat kau seorang je
boleh tunjuk eksyen?
“Ah… aku tak kira. Kau tidur kat sofa. Aku
tidur kat katil. Kalau kau tu lelaki, baik kau mengaku kalah.” Diana masih
tidak mahu mengalah. Ah… dia ni. Degil nak mampus. Macam manalah Ibu suruh aku
kahwini perempuan macam ni, dahlah kasar, bukannya cantik sangat. Apalah yang
Ibu nampak kat perempuan ni? Aku pandang Diana dari atas sampai bawah.
“Apa yang kau pandang?” Marah Diana bila
dia sedar aku sedang memandangnya.
“Aii… takkan nak pandang isteri sendiri tak
boleh?” Aku cuba mengusik Diana. Aku tahu Diana akan melenting.
![]() |
| Eh, minah ni sesuka hati dia je. |
“Bangang.” Kan dah kata. Diana akan
melenting. Aku ingat lagi sepakan yang Diana bagi kat kaki aku masa kitaorang
keluar membeli-belah barang hantaran. Dek bengang dengan aku, dia sepak aku.
Ada ka patut? Kasar gila minah ni.
“Betullah. Kau yang kata kalau aku lelaki
kan? So lelaki mesti pandang perempuan yang semestinya kau. Kau je perempuan je
dalam bilik ni.” Aku menjawab dengan selamba. Aku lihat muka Diana tegang.
Menahan marah mungkin. Aku gelak dalam hati.
“Kau jangan nak buat aku bengang
malam-malam ni. Aku penat tahu.” Diana bersuara. Aku mencebik. Malas nak
bergaduh. Oh, hello, aku pun penat jugak la, bukan kau seorang. Aku merungut
dalam hati.
“La, kau penat ke? Aku baru nak ajak main
satu permainan,” aku mengusik lagi.
“Permainan apa?” Dengan pantas Diana
menyoal.
“Permainan atas katil? Mahu?” Aku ketawa.
Padan muka kau.
“Kau!” Suara Diana makin tinggi. Aku tunjuk
reaksi kosong. Lagilah Diana sakit hati.
![]() |
| malam 'pertama' aku dengan pergaduhan. |
“Jangan harap aku akan ikut kemahuan kau,”
Diana bersuara lagi. Aku mencebik.
“Eleh, kau ingat aku nak sangat ke kat kau?
Aku kahwin dengan kau pun sebab terpaksa tahu. Jangan ingat aku nak sentuh kau.
Pergh… perasan sangat orang nak sentuh dia. Hidung tak mancung, pipi tersorong.
Boleh blah ah,” Aku membalas.
Diana mengamuk. Aku dah lupa apa yang dia
kata malam tu sebab aku dah start mengantuk. Yang aku ingat, dalam asyik aku
dan Diana berperang mulut, Ibu dan Ayah tiba di bilik kitaorang. Maybe terkejut
kot dengar bunyi pertengkaran. Dan begitulah malam pertama aku dan Diana berlalu.
#####
“So, kau dengan Diana macam mana? Dah nak
dekat tiga bulan kau kahwin dengan dia? Takkan tak de cerita positif? Asyik aku
dengar pasal kau gaduh dengan dia je?” Tanya Fadhli, sahabat baik aku satu hari
tu selepas kitaorang main futsal.
![]() |
| Hari-hari kitaorang berperang. |
Ha’ah… kalau nak diikutkan, dah hampir tiga
bulan aku dengan Diana berkahwin. Aku dan Diana macam tu la. Tak pernah
langsung bercakap dengan nada yang elok. Ada saja dia buat aku bengang
dengannya. Dan aku pun sama. Nasib baik kali ini, kami dah berpindah ke rumah
yang Ibu dan Ayah kasi kat aku sempena perkahwinan kitaorang. Selamat. Jadi kat
sana, aku dan dia ada bilik masing-masing. Lagila selamat. Sebab sebelum
berpindah, aku dengan Diana kena menyamar sebagai pasangan suami isteri yang
baik depan Ibu dan Ayah, kena guna panggilan ‘Abang’, ‘Sayang’… erk… geli tekak
aku nak panggil apa semua tu. Nasib baik Ibu aku tak syak apa-apa. Ibu kalau
syak something, sah-sah akan siasat. Haa… tu sebab ibu aku ni suka sangat
tengok drama CSI.
“Entah. Kau nak cerita positif apa?” Aku
pandang Fadhli. Fadhli tahu hal sebenar diantara aku dengan Diana. Fadhli
tersenyum gatal. Aku dah agak dah. Aku mencebik. Malas nak melayan Fadhli.
#######
Aku turun ke ruang tamu. Aku lihat Diana
sedang khusyuk menonton televisyen. Aku lemparkan sehelai baju kemeja ke
arahnya. Diana memandang aku dengan pandangan tidak puas hati. Aku ketawa dalam
hati. Nampak comel pula bila Diana tunjuk muka garangnya.
![]() |
| Aku dan dia bukan macam orang lain fikir. |
“Aku nak kau gosok baju aku ni.” Arah aku
persis seorang bos di tempat kerja.
“Pehal pulak aku kena gosok baju kau?
Gosoklah sendiri. Bukan kau tak pandai. Bangang.” marah Diana.
“Argh… aku tak kira, aku nak kau gosok baju
aku juga. Kau tentu tak nak digelar isteri derhaka bukan?” Aku guna hukum
agama. Hah, baru puas hati aku.
“Malas aku. Selama ni kau tak pernah pun
suruh aku. Eh… gosoklah sendiri.” Diana melemparkan semula baju ke arah aku.
Ah… minah ni, memang tak ada toleransi sedikit pun.
“Fine, kau tentu tak nak Mama dan Papa tahu
perangai anaknya yang satu ni kan?”Aku ugut menggunakan ibu dan ayah Diana. Aku
tahu, Diana memang gerun gila dengan Papanya. Sebab itulah, dia setuju nak
kahwin dengan aku.
![]() |
| Dia sikit pun tak pernah bertoleransi pada aku. |
“Bangang,” Diana menjeling ke arah aku. Dia
mengambil baju dari tangan aku sebelum bangun dan beredar ke bilik mengosok.
Aku ketawa dalam hati. Padan muka.
15 minit kemudian, Diana datang ke arah aku
yang khusyuk menonton televisyen. Diana melemparkan baju yang telah digosoknya
ke arah aku. Aku belek-belek baju tersebut. Bagus juga hasil kerja minah ni dan
tiba-tiba, aku terlihat ada satu lubang di baju kemeja aku. Aku pandang Diana.
“Oh, kau suruh aku gosok je kan? Kau tak
cakap, guna suhu berapa nak gosok baju kau. Dan kau tak cakap, jangan buat
lubang kat baju kau kan?” Diana berkata dengan jengkel sebelum naik ke atas.
Aku ramas baju dengan perasaan geram dan marah. Cis, dia balas dendam.
#####
“Sayang,” aku merangkul pinggang Diana dari
belakang. Diana baru sahaja selesai mengemas di dapur. Diana tersenyum bila aku
buat sedemikian. Aku tahu dia suka diperlakukan sebegitu.
Aku pun hairan, bilamasa aku dan Diana dah
berbaik. Jika sebelum ni, kitaorang macam anjing dengan kucing. Asyik nak
berperang mulut je setiap kali face to
face. Entah, aku pun tak ingat sangat bagaimana aku dan dia jadi mesra
macam suami isteri yang lain.
Yang aku ingat, Diana datang kepada aku,
nangis-nangis hari itu. Dia kata dia cemburu tengok aku dengan perempuan yang
selalu dengan aku. Aku cakap la tu rakan sekerja je. Tapi Diana nangis lagi.
Aku tak tahu macam mana nak pujuk Diana supaya dia berhenti menangis. Aku cuba
la pujuk dia macam yang selalu aku buat kat adik perempuan aku, iaitu dengan
menawarkan aiskrim. Tapi Diana, aku pujuk la dengan aiskrim ke, coklat ke, dia
tak nak. Dia tak berhenti menangis. Aku dah kaget masa tu.
![]() |
| Rupa-rupanya dia dah start ada feeling pada aku. |
And then entah macam mana, aku dengar Diana
luahkan perasaannya pada aku. lagilah aku terpinga-pinga. Perempuan confess kat
aku kot? Bukannya aku tak pernah alami situasi perempuan confess, tapi Diana?
Orang yang selalu aku gaduh tetiap hari. Tetiap hari buat benda yang
menyakitkan hati masing-masing. Diana cintakan aku? Yaa… aku hairan pada
mula-mulanya.
Dan lama-lama kemudian, aku dah dapat
terima kenyataan yang Diana cintakan aku. Even aku mungkin buat donno je beberapa
hari lepas itu. Cuba berlagak yang aku tak dengar pengakuannya. Eh… aku pun ada
perasaan pada Diana juga lepas dia jaga aku masa aku jatuh sakit masa sebulan
kami berkahwin. Tapi aku ego nak mengaku. Last-last Diana yang ambil tindakan
dahulu.
So, begitulah. Aku dan Diana dah dapat
terima diri masing-masing. Eh, maksud aku, kami dah boleh hidup macam pasangan
suami isteri yang lain. Even sometimes, kadang-kadang ada juga aku selalu buat
Diana bengang dan Diana akan membalas balik. Ah.. gurau manja-manja gitu.
![]() |
| Last-last,. kitaorang dapat accept each other. |
“I love you.” Aku bisik kat telinga Diana.
Diana tersenyum lagi. Aku harap jodoh kami akan berkekalan sehingga ke akhir
hayat kami.
---THE END---
p/s--- tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni, idea untuk cerpen mencurah-curah... hahah =D









16 comments:
Mood gatal aku meluap2 ni ha
dem aku gelak bace cte ni
haha sweet sengal lawak. Semua lngkap
gaya laki mmg slmaber
xsgka ko jiwang gak sbnrnye kan? Hahaha
#reenapple sweet sgttt
Iffah Afeefah---> Ahhaaaa... ada orang cuba membodek saya.. Namun ia tidak menjadi... kikikiki.
Lawak tak? Menjadi tak lawak dan sweet aku?? Keh keh...
* aku terikut kau la. Tu yg jadi sweet ni.. keh keh. keh. =)
Diana suka sgt sebut perkataan bangang, dan aku suka!!
cerpen yg lelaki jadi watak pencerita.. wah! kelainan. Lawak? er... sikit je, sweet yang lebih :D
aku basih kemarau panjang, sorry geng.. hujan tak turun lagi :D
Nong Andy---> hehehhe, Suka sangat dengan perkataan bangang ye kau ni.. keh keh keh.
heee.. cuba untuk mencipta kelainan. Selama ni, dari sudut perempuan. hehhe.
Err... tak sengal ke?? lawak ke??? hehehe. Sweet?? yg tu memang aku pinjam sweet Iffah Afeefah.. keh keh keh.
Alaaa.. lamanya Sabah kemarau.. huk huk. =p
hahaha..
sabah ada gak hujan. tapi hujannya tak boleh basahkan idea aku yang kering ini hehehe...
er.. sengal? poyo? aku masih blur dgn maksudnya hehehe..
NONG ANDY===> errr... meh aku tolong siramkan otak kau. Sah-sah lepas ni berbunga dengan idea.. kekekek.
sengal=poyo.. hehehe. Alaaa... aku nak kata pun tak pandai sangat.. hehehe
patutnya kau buat ni biar panjang sikit... tak puaslah baca... aku bengang part gaduh tu.. ttiba dah baik... eeeeeeeeeeeeeeeee. aku suka... laki tu comel kot... hahahahahaha....
bidadari syurga---> eee... aku tak tahu idea apalagi nak kembangkan,.kikiki. Kalau kau nak kembangkan, aku okey je.. kikikiki.
#tak dapat nak bayangkan lelaki tu comel... hehehe.
terima kasih siram aku smpai basah. aku tengah karang cerita sambungan 'pls dont leave' sekarang
--> esok aku akan bermata panda ke opiz :p
*buku tu harga rm7 je. nak aku belikan? kalau nak sabtu aku g beli utk kau (inbox me FB)
Assalammualaikum ...
Ala2 cam citer Vanilla Coklat gitu ... Hehehee .. Eh, tukar layout ek .. Chantek .. :)
P/S : Setelah sekian lama, barulah berjaya curi masa berBW ^___^
Haha aku ske cerpen ni
bukan nk bodek
tp die macam the other side of you
ape lg meh sweeet mewittt bersme
AdiaLUze--->errr.. begitukah? Tak tengok sangat cerita VC tu.. hehehe.
P/s--- yaa.. faham akak bZ.. heheh. Thnks. =)
#########
Iffah Afeefah----> hahahha.. ak kan ada 2 side.. satu side good, satu side bad.. hahahah.
err... aku nak gegula pelangi dulu.. baru boleh sweet dengan kau.. keh keh keh.
aku kembangkan? heeeeeeeeeeeeeeee... aku tak sempat... arghhhhhh.... masa cemburukan aku...
Bidadari Syurga---> heee.. jadi tak yah kembangkan.. kita biarkan sahaja sebegitu.. hehehe. *aku pun malas juga.. kekeke.
aku xpuas btul bce arghhhhhhhhh bgang btul aq..
entah kenapa , perkataan "bangang" yang keluar dari mulut Diana tu macam comel! hahaa . tak menahan sungguh baju yang digosok sampai berlubang.
Post a Comment