nuffnang

Monday, April 30, 2012

Cerpen: Cinta itu Indah #1


cinta itu indah tahu,
Sarah, cuba kau tengok tu, lelaki tu dari tadi pandang kau. Entah-entah dia nak usha kau?” Huda memandang temannya sebelum menunjukkan ke arah seorang lelaki yang sedang duduk di meja di hujung sana.

Entah-entah dia tengok kau.” Sarah tersenyum. Dia tahu dia bukannya cantik. Dia sedar itu. Dia tidak secantik Huda. Tidak seperti Huda yang pandai bergaya. Dia? Cuma mengenakan bedak asas dan lip balm sahaja ketika keluar. Tiada gincu mahupun alat mekap dikenakannya.

Assalamualaikum,” sapa suara seorang lelaki. Sarah memandang lelaki itu. Ah… lelaki tadi. Bilamasa entah lelaki itu berjalan ke sini dia tidak sedar. Sarah tidak menghiraukan lelaki itu. Dibiarkan sahaja Huda menjawab salam lelaki itu.

Berdosa kalau tak jawab salam,” kedengaran lagi suara lelaki itu. Sarah menoleh kembali ke arah lelaki itu. Lelaki ni pehal? Kan Huda dah jawab salam. Pekak ke apa? Sarah merungut dalam hati.

Kan dah jawab salam tu.” Sarah membalas dengan kasar. Lelaki itu tersenyum.

Tapi bukan awak.” Lelaki itu bersuara lagi. Sarah mencebik. Menyampah. Cepat-cepat berambus tu tak.

Ini kad saya. Ada nombor telefon saya dan nama saya.” Lelaki itu menghulurkan sekeping kad kepada Sarah. Sarah memandang kosong kad yang tertera  nama “Hakimi” itu. Huda sedang tersenyum ke arahnya.

So? Eh, kalau nak buat direct selling ke, nak buat promosi apa benda entah, kami tak berminat.”  Sarah berkata dengan nada sinis. Huda menjeling ke arah Sarah.

Hi, boleh berkenalan?
Tak lah. Saya nak usha awak ni.” Lelaki itu mengukirkan senyuman. Sarah mencebik.

Usha?” Sarah memandang lelaki itu. Lelaki itu mengangguk. “Kau nak suruh aku telefon kau ke apa? Eh, kau ni memang tak ada sifat gentleman. Ada ke patut suruh perempuan call.” Sarah membebel.

Sarah Qistina!” Huda menegur.

Sarah Qistina…” Hakimi mengangguk. “Cantik nama.” Sarah mencebik.

Kalau awak rasa tak gentleman lelaki suruh perempuan call, apa kata awak bagi je nombor awak dan biar saya call awak? Bagaimana?” Hakimi memandang Sarah. Mengharapkan Sarah akan membenarkan tindakannya.

Gila.” Sarah memalingkan mukanya. Huda hanya memandang kedua-dua orang di hadapannya.

Tak apalah. Saya pergi dulu. Saya dah kesuntukan masa.” Hakimi masih menghulurkan kad namanya kepada Sarah.

Biar saya yang ambil bagi pihaknya.” Huda mengambil kad di tangan Hakimi. Kasihan melihat diperlakukan sebegitu oleh Sarah.

Terima kasih. Jumpa lagi awak.” Hakimi berlalu dengan perasaan kecewa.

Huda menyerahkan kad nama yang diambilnya kepada Sarah ketika mereka tiba di pejabat. Sarah mengambil kad nama itu. Dibeleknya sebelum mencebik.

Kau ni, jual mahal betul. Orang nak usha kau pun kau marah. Bukan ke dulu kau kata nak love story macam fairy tale. Nak orang usha kau masa kau tengah tunggu bas ke, duk tengah makan ke, kat library ke?” Huda mengingatkan Sarah kembali ayat-ayatnya.

cinta itu buatkan dia kelihatan bodoh.
Sarah mengeluh. Betullah. Dia pernah mahu keadaan sebegitu. Itu sebelum dia berputus asa dengan perasaan cinta. Itu sebelum dia punya perasaan pada lelaki itu. Dia sudah tidak berminat dengan cinta.

Itu dulu. Sekarang tak. Aku dah tak berminat. Cinta itu menyakitkan aku tahu.” Sarah meramas kad nama itu sebelum melemparkannya ke dalam bakul sampah berhampiran.

Huda menggeleng. Dia tidak memahami Sarah. Mengapa Sarah benar-benar mahu membuang rasa cinta dari jiwanya. Dia tidak faham. Kalaulah dia punya kebolehan membaca hati manusia, sudah lama dia membaca hati Sarah. Apa yang Sarah rahsiakan darinya.

Sarah, why don’t you give yourself another chance to fall in love again and then you will know how beautiful world is.” Huda memandang Sarah.

Sarah tersenyum sinis. Dia sudah stop hoping. Jatuh cinta itu meletakkan dia dalam keadaan bodoh. Dia tak akan lagi meletakkan dirinya dalam situasi itu lagi. Tidak sama sekali.

Dia hilangkan rasa itu.

p/s----aku tahu korang nak cakap apa. Yaaa… ada sambungan. Cuma sekarang aku kekangan idea. Hahaha. Nanti ada idea dan masa aku cuba. Hahaha.

16 comments:

Lady Windsor said...

ahhh sweet sweet, kalau ini berlaku pada aku....pengsan!

reenapple said...

Lady windsor---> jgn pengsan sekarang, aku tak ada nombor doktor... hehehe.

Bidadari Syurga said...

aarghhhh,,, sila pastikan ada sambungan... kalau tak aku bakar blog ni..... hai abam kimi... aummmmmmmm

reenapple said...

bidadari syurga---> heee... ada sambungan. heheheh. Bakar?? Aku buat report.. kikikiki.

abam kimi said: Haiiiii =P

Iffah Afeefah said...

Name kimi? Damn cter ni buat aku teruja

letih kot mnjadi bdoh sbb cinte

Si Gile Dan KeGILAannye said...

very the jual mahal ...
hakhakhak..!

Nong Andy said...

oh.. jual mahal ye.. hehehe. sila sambung :D

reenapple said...

iffah---> rrr.. kenpa dengn nama kimi? hehehe. Tapi aku rasa ending dia tak sweet.. hahah.

kan kan.. penay jadi bodoh sebab cinta

#######
si gila dan kegilaannya---> jual mahal sebab bersebab.

##########

nong andy---> heee... baik. =)

fahir ahmad ishak said...

mcm ku kenal ayat2 dlm cite ni... hakhakhak~

reenapple said...

fahir ahmad ishak---> ha'ah... aku pinjam ayat kau.. kekekekek. =D

Iffah Afeefah said...

Haha nama kimi dlm cerpen aku tu

Yeah sweet jgkla kalo aku bace


cerpen ko lbih beremosi bg aku

Lady Windsor said...

Amboi BS,
Siap nak bakar blog ini, reen kau siap2 panggil bomba...hihi

Nur Farah Hani said...

nk nak ada kat tempat sarah.. hakimi sweet ape.. ekekke.. conti story ya..:))

reenapple said...

iffah afeefah---> laaa... yeke?? aku tak perasan.. hehehe.

*sebab aku taruk emosi aku dalam ini. =)

#######
Lady Windsor---> baik.. aku dah booking bomba kalau berlaku kebakaran.. heheh.

######

Nur farah hani---> erk? Semoga alami apa yang sarah alami.. hehehe.

//syahfiQa said...

ehh ! saya adaa novel ni .. best laa cerita ni :)) suka sangat !!!

Cik Tia said...

that Hakimi is cute :D