![]() |
| Betul ke lelaki dan perempuan tidak boleh hanya menjadi sekadar kawan? |
Kawan aku kata, lelaki dan perempuan tak
mungkin akan dapat kekalkan hubungan sebagai sahabat sahaja. Kawan aku kata,
walau macam mana mereka kata, friends forever, friendship tu tak akan pernah
forever sebab sama ada di pihak lelaki atau pihak perempuan, salah seorang akan
mempunyai perasaan lebih dari seorang kawan.
kAwan aku kata, tak mungkin lelaki dan
perempuan akan menjadi sekadar kawan sahaja. Betapa, mereka berkata, “Ah, aku
takkan jatuh cinta pada sahabat sendiri” atau mereka punya prinsip, “Aku takkan
bercinta dengan sahabat sendiri.” Kadang-kadang prinsip tu akan dilanggar. Ayat
yang diucapkan akan memakan diri.
![]() |
| Hidup ini punya takdirnya bukan? |
Kawan aku kata, lelaki dan perempuan tak
boleh menjadi kawan. lelaki dan perempuan ditakdirkan untuk menjadi lebih dari
seorang kawan. Aku sebenarnya bangkang ayat ini. Yaaa… ada situasi yang di mana
lelaki dan perempuan itu menjadi kawan dan ada tidak. Hidup ini merupakan suatu
takdir bukan?
Yaaa… jatuh cinta dengan sahabat sendiri.
Mungkin sukar, mungkin ia semudah ABC. Mungkin ia melukakan, lebih-lebih lagi
mengetahui, orang yang kita suka itu, actually sudah berpunya. Sudah mempunyai
seseorang di hati. Dan mereka menganggap kita tidak lebih dari seorang kawan.
Sedih bukan?
| Don't ever fall in love with bestfriend |
Betul ke lelaki dan perempuan tidak boleh
menjadi hanya sekadar kawan? Aku tidak pernah jatuh cinta pada sahabat sendiri.
Entah… jangan tanya aku, aku tiada pengalaman itu. Kebiasaannya aku akan jatuh
cinta pada lelaki yang bukan rapat dengan aku. Sebab aku bila aku rapat dan
selesa dengan orang itu, mereka adalah sahabat aku, bukan lebih dari itu.
Mungkin sebab aku berpegang teguh dengan
prinsip aku, “Jangan jatuh hati pada sahabat sendiri.” Bila aku mahu kawan, aku
berkawan sahaja. Tak akan ada benda lain yang aku fikir. Bagi aku, kekalkan
persahabatan itu lagi penting.
Tapi aku risau jika prinsip aku ini memakan
diri aku sendiri. Mungkin aku takut aku akan jatuh cinta pada sahabat sendiri.
Yaaa… aku takut. Terlalu. Tidak tahu apa yang aku risaukan. Tapi sejujurnya aku
takut jika strange feeling itu tiba lagi, ia akan menuding ke arah kawan aku.
Ah… Tuhan, tolong elakkan perkara sebegini berlaku dalam hidup aku.
![]() |
| Ah... Tuhan. Sila jaga hati aku. |
p/s- bila aku menjauhkan diri dari kawan
lelaki itu, mengelak setiap kali aku face to face, itu tandanya, mungkin aku
sudah jatuh hati pada kawan sendiri. =)



13 comments:
Prasaan kite xley halang
tpi kite ley kwl
cre nk kawal
jauhkan hati kite dgn die
jauh skit utk jaga jarak
twkut suke.
Aku penah rase n alami
#kecewa cinta tak berbalas okey
Aku suka tulis kispen mcm ni.. fall in love dgn someone yg kita rapat-->sahabat baik.. ahahaha. tapi kalau aku ingat kawan2 lelaki aku (b4 aku kawin la) bayangkan yg aku bercinta dengan derang.. rasa nak muntah jer ahahaha.. oh! itu tidak mungkin!! hehehe... kawan adalah kawan, itu apa yg aku rasa. sebab tu aku pernah kehilangan kawan lelaki sebab dia nak tukar persahabatan jadi cinta.
lelaki n perempuan boleh sekadar kawan? ya.. boleh! tentu saja..
yup..agak setuju sebab ika dgn Mr AR dulu adalah kawan baik yg bile jpe pntang je gaduh2..hehehe..tp seyesly mse tu ta de prasaan pown..kapel pown atas bntuan kwn2..n dr hari sejak dideclarekn couple mulai syg..syg..n syg..now bertambah syg..alhamdulillah skrg da 6tahun bersama dye..:)
yup..aku setuju..
kekalkan persahabatan lagi penting.
Iffah Afeefah---> yaaa... sila jarakkan sedikit.. hehehe. Aku ingat pesanan itu.
#aku faham perasaan tu.. =)
##########
Nong Andy----> kan kan kan.. kau pun setuju. Persahabatan itu akan hilang bilamsa ia bertukar menjadi cinta.. heheh.
yaaa... ada je situasi di mana lelaki dan perempuan kekal berkawan.. hehehe
##########
cik Ika----> untung la alami situasi sebegitu.. Semoga berkekalan tahu.. =)
#######
fahir ahmad ishak----> memang la kau setuju kan, kau pernah alami ini bukan.. kawan suka pada kau.. hehehe. =P
lelaki dan pmpn boleh jadi kawan tetapi dgn syarat. masing2 tahu batas2 nya.. jgn over sgt..
salah aku dulu aku terlalu baik.. smpai tahap aku ni nak bagi harapan. padahal niat dihati nk berkawan sbb masa tu pon aku ngah cari kawan untuk berbual..
xpela mende da berlaku. i learnt from my past mistake. aku x salahkan die sbb die pon manusia jgk.punya hati dan perasaan. she very good friend dan aku x layak berkawan dgn die skrg nie sbb aku ni jahat..
sori la komen pnjg2..luahan rasa plak..huhu~
fahir ahmad ishak---> heeee... don't ever regret something that made you smile.. =)
Yaaa... aku tahu. Kau dah banyak kali cerita pada aku tntang ni.. hheheh.
Kau tak la jahat sangat.. just kena ubah sikap kau sikit.. sikit je... tak banyak.. =)
*have a nice life.. =)
yup..no regret. things happen for reason right?
kata orang jodoh dan pertemuan di tangan tuhan.. setiap pertemuan pasti ada perpisahan
aku cuba didik hati ini untuk balaj redha. =)
fahir ahmad ishak---> bagusla.. 1 day u will find yours.. =). Keep believing.
mungkinlah... aku tak berani nak cakap.. kekadang perkara yg kita nak elakkan tu sebenarnya itulah yg selalu pusing2 kat kita...
ps: kalau dah jodoh... siapalah kita nak lawan takdir dari DIA... kan kan kan
Bidadari Syurga---> itulah.. kalau dah jodoh, elak macam mana sekalipun, still akan berbalik pada diri kita. heheh
Aku akui, aku pernah rasa yg aku jatuh hati dgn kwn baik aku. Tp sbnrnya tak, aku cuma rasa kehilangan sikit bila skrg dia dh ada awek lain. Yla, kalau dlu lepak mkn sama2 tbe2 bila dia ada awek, aku dia lupakan. So aku rse mcm kosong sikit. Aku nangis, aku igtkan aku jatuh hati dgn dia. Tp bila aku terus trg dgn kwn aku tu, dia kte jgn risau, dia xkn lupakan aku sbg kwn baik dia. Skrg ktorg still kwn mcm biasa. Dia ada awek n aku ckuplah crush dkt org lain. Hehe
ninaaa...---> kadang3 rasa itu disalah tafsir bukan? Lagi baik crush dengan orang lain dari crush dengan sahabat sendiri... =)
Post a Comment