nuffnang

Tuesday, April 10, 2012

Kispan Sambungan: Benci itu Cinta #3

kisah #1+ kisah #2

Aina Zulaikha,” sapa Azizi Amirul ketika terserempak dengan Aina selepas tamat waktu kuliah. Aina hanya tersenyum yang dibuat-buat sebelum menunjukkan reaksi jengkel selepas kelibat Azizi jauh darinya. Zarina di sebelahnya hanya tersenyum melihat gelagat Aina. Dia tahu betapa Azizi itu merupakan suatu benda yang paling buat Aina menyampah .
She's hurt me

Azizi mengeluh. Dia tahu Aina hanya mengukirkan senyuman palsu kepadanya. Dia tahu kemudian Aina akan menunjukkan reaksi menyampah terhadapnya di belakangnya. Ah… dia tahu itu. Setiap yang dilakukannya akan mendatangkan kebencian di hati Aina.

Azizi memerhatikan Aina yang sedang berbual dengan Irfan dan Zarina. Entah mengapa sejak kebelakangan ini, dia berasa cemburu bilamasa melihat Aina dengan lelaki lain. Walaupun dia tahu itu cuma Irfan. Ah… dia cemburu melihat kemesraan diantara Aina dan Irfan. Bergurau senda, berbual dengan mesra. Ah… dia mengharapkan Aina turut melayannya seperti itu. Bukan senyuman sinis dan kata-kata dingin. Dia tahu Aina sengaja berbuat sedemikian. Berpura-pura membencinya sepertimana dia membencinya.

Kau tahu aku dah tak benci kau dah. Sikit pun tak.” Azizi berkata sendirian sebelum berlalu pergi. Hatinya sudah tidak mampu untuk melihat situasi itu. Senyuman Aina dan ketawa Aina terngiang-ngiang di telinganya.

I didn't hate you anymore

******

Beberapa tahun telah berlalu.
Hai korang. Lama gila tak jumpa,” sapa Aina pada Irfan dan Zarina. Irfan dan Zarina tersenyum melihat gelagat Aina yang  mengambil tempat di sebelah Zarina.

So, korang apa cerita?”soal Aina setelah memesan minuman.

Cerita? Cerita apa? Macam ni la kitaorang. Irfan dah nak berkahwin, aku pula dah bertunang. So yang tinggal kau jela,” balas Zarina. Irfan tersenyum. Aina hanya tersengih. Tidak tahu apa yang harus dikatakannya.

Kau belum jumpa calon lagi ke lepas kau reject Syazril tu?”giliran Irfan bertanya.
 Aina menelan air liur. Dia teringat insiden dia menolak lamaran Syazril ketika mereka di tahun akhir.

Kau tolak aku sebab Azizi bukan?” soal Syazril tidak puas hati cintanya ditolak.

Aina yang mahu beredar ketika itu memberhentikan langkahnya. Syazril tahukah hal itu? Hal yang dia punya hati pada Azizi. Aina berpaling semula ke arah Syazril. Memandang wajah Syazril yang tegang.

Kau reject aku sebab aku ada kaitan dengan Azizi bukan? Sebab kau benci semua yang berkaitan dengan Azizi bukan?”Syazril memandang Aina. Mengharapkan jawapan yang terkeluar dari mulut Aina adalah tidak.
DO I keep hopingg?
Aina menarik nafas sedalam-dalamnya. “Kau dah tahu, buat apa kau tanya lagi.

Syazril menghembuskan nafasnya. Tidak menyangka andaiannya adalah benar. “But why? Asal aku diheret sama? Kalau kau nak benci Azizi sampai mati, bencilah but don’t drag me into your hatred. Boleh tak kau put aside kebencian kau terhadap Azizi? Be mature la Aina.

Aina menelan air liurnya lagi. Dia tahu dia tidak bersikap matang. Tapi, semua yang berkaitan dengan Azizi sememangnya buatkan dirinya terluka. Ah… bagaimana dia mampu untuk terima Syazril sedangkan Syazril akan buatkan dirinya mengingati Azizi Amirul itu.

Aku tahu kau nak kata aku ni tak mature sebab reject kau sebab Azizi Amirul yang aku teramat benci. Tapi itu bukan sebab itu sahaja. Aku dah tak boleh nak terima cinta dalam hidup aku. Walaupun aku terima kau, aku rasa itu akan buatkan diri aku jadi hipokrit. Aku akan rasa aku tak ikhlas terima cinta kau. Aku rasa aku akan lukakan hati kau. Kau akan terluka dengan aku. Percayalah. Rasa cinta itu menyakitkan aku. Aku harap kau faham itu.” Aina menghembuskan nafas. Buat pertama kalinya, dia mampu menyebut nama Azizi Amirul di hadapan orang lain.

Cinta boleh dipupuk,” Syazril tidak mahu mengaku kalah. Dia faham perasaan Aina yang pernah dipermainkan cintanya. Aina tersenyum sinis mendengar ayat Syazril.

Aku tahu kau akan cakap macam tu. Cinta boleh dipupuk. But then, bagi aku tak. Aku tak mungkin dapat pupuk rasa cinta itu. Status in relationship buat aku jengkel. Bukan dengan kau sahaja, orang lain juga.” Aina menyedari Syazril mahu mencelah. “Aku tak mahu letakkan diri aku dalam kebodohan bila melibatkan cinta itu. Cukuplah selama ini aku membodohkan diri bila melibatkan rasa cinta itu. Aku tak mahu lakukan kesilapan yang sama.

Tapi…” Syazril cuba untuk menyusun kata-kata.

I thought you will say yes

Kau carilah orang yang layak untuk kau. Aku bukan orangnya. Aku tahu kau akan jumpa orang yang selayaknya untuk kau. Kau baik. It’s just aku tak nak lukakan hati aku lagi. Maaf. Aina terus beredar meninggalkan Syazril keseorangan di situ.

Aina Zulaikha?” Lamunan Aina terhenti.

Jauh termenung nampak?” usik Irfan. Zarina turut tersenyum. Aina mengeluh.

Tak adalah.” Aina membalas.

So, kau tak jawab lagi soalan aku. Tak ada ke orang yang usha kau ke, confess kau lepas Syazril tu?”soal Irfan lagi.

Well…. Ada la seorang,” Aina cuba memikirkan lelaki yang dia reject bulan lepas. Zarina memandang Aina dengan rasa ingin tahu.

Siapa?”soal Zarina dan Irfan tidak sabar.

Adala… someone yang aku kenal kat tempat kerja but then aku reject dia.” Irfan dan Zarina mengeluh.

LOL… why? Kau ni kerja kau asyik reject orang je. Tak penat ke? sindir Irfan. Aina dan Zarina ketawa.

Well… dia baik, good looking but then it’s just nama dia je…” Aina memandang 2 orang rakannya dengan rasa takut.

Nama dia Azizi?” soal Zarina. Aina mengangguk.

Aina Zulaikha! Sampai bila kau nak anti dengan lelaki nama Azizi ni? Nasib baik nama aku bukan Azizi. Kalau tak dengan aku sekali-sekali kau menyampah dan anti bukan?” marah Irfan.
Sorry I didn't  mean to.

Alaaa… bukan salah aku pun. Dah nama dia Azizi, aku nak buat macam mana.” Aina cuba mempertahankan dirinya.

ISh kau ni… tengoklah nanti bakal suami kau nanti nama Azizi. Takpun, bila kau dapat anak lelaki nanti, mesti suami kau nak letak nama Azizi. Kau tengoklah nanti.” Marah Irfan lagi. Tidak memahami mengapa Aina begitu anti dengan lelaki yang bernama Azizi. Dia tahu bekas kekasih Aina bernama Azizi tapi takkanlah hanya disebabkan bekas teman lelakinya yang bangang itu, Aina membenci semua lelaki yang bernama Azizi.

KAU!! Mulut tu jaga sikit. Kang jadi betul. Tak nak aku. Kalau tak, aku tak nak kawan dengan kau. Aina merajuk.

Orang tua-tua kata, jangan terlalu membenci nanti punya rasa suka,” Zarina mencelah. Irfan mengangguk kepala sambil memandang Aina. Aina mencebik. Berharap hal sedemikian tidak akan terjadi. Cukup lah sekali dia mengalami hal itu.

Hurmmm… cakap pasal Azizi Azizi ni, aku ada berita.” Irfan kembali bersuara.
Apa dia?”soal Aina
Kau ingat Azizi Amirul? Kita punya ex-coursemate? Aku dengar dia dah nak kahwin dah ni,” terang Irfan.
Ah... nama itu lagi. 

Aina menelan air liur. Ah… sudah lama dia tidak mendengar nama itu disebut. Dia tidak tahu apakah perasaan yang dialaminya sekarang ini.

Congrats ah. Akhirnya,” balas Aina dengan nada jengkel. Irfan memandang Aina dengan satu perasaan yang sukar ditafsir.

Macam mana kau tahu?”soal Aina.
Err… aku dengar Mira nak kahwin, so of course Mira akan kahwin dengan Azizi bukan?” Irfan memandang Zarina. Zarina mengangguk.

Oh. Baguslah. Diorang still together eh? That’s great.” Aina menghirup minuman yang baru tiba. Cuba menyembunyikan rasa kecewa yang tiba-tiba menghurungi hatinya.

Irfan menelan air liur. Dia cuma tahu kesahihan yang Mira akan berkahwin sahaja. Dengan siapa dia tidak pasti. Begitu juga Zarina. Zarina hanya mendengar dari mulut orang lain. Yang dia cuma ingat dia terserempak dengan Azizi Amirul satu hari tu. Menyuruhnya kirim salam pada Aina dan memberitahu yang dia akan berkahwin tidak lama lagi. Azizi mahu dia sampaikan itu pada Aina. Untuk tujuan apa, dia tidak tahu. Dia risau jika Azizi itu mahu membalas dendam terhadap Aina.

Kau kenapa? Diam je? Gemuruh nak kahwin ni?” usik Aina. Zarina ketawa. Irfan tersenyum. Cuba menyembunyikan rasa gelisah dihatinya. Risau jika Aina berhadapan dengan Azizi itu. Dia tahu mereka berdua itu musuh yang saling membenci.
Masa silam mereka kembali menghantui.



p/s--- aku janji lepas ini ending dia. hehehe. Dah jadi cerpen bersiri pula.. Korang yang nak happy ending bukan? =)


6 comments:

run aziluz said...

okay kenapa nama dia azizi X(

*tetiba* ahaha

Nong Andy said...

haha.. berdebar-berdebar...

tapi Azizi tak kawin dgn Mira.. TIDAK!!!

ahahaha..

Teenager Housemaid said...

erk..alamak tetiba tiga je..hehehe..
nak baca yang mula2 dullu..:)

reenapple said...

run aziluz---> err... kenapa?? Ahahaha.. Entah.. aku pun tak tahu. Main letak je.. kekeke.

*****
Nong Andy---> tunggulah ending bagaimana.. hahaha. Aku jamin happy ending.. keiekiekei.

*****
Teengaer Housemaid--->haaa... baca dari mula.. hehehe.

Iffah Afeefah said...

Alamk aku terbace ending dlu haha

reenapple said...

Iffah Afeefah---> heee.... tak tau nak kata apa..kekekeke. =.=