Monday, April 30, 2012

Cerpen: Cinta itu Indah #1


cinta itu indah tahu,
Sarah, cuba kau tengok tu, lelaki tu dari tadi pandang kau. Entah-entah dia nak usha kau?” Huda memandang temannya sebelum menunjukkan ke arah seorang lelaki yang sedang duduk di meja di hujung sana.

Entah-entah dia tengok kau.” Sarah tersenyum. Dia tahu dia bukannya cantik. Dia sedar itu. Dia tidak secantik Huda. Tidak seperti Huda yang pandai bergaya. Dia? Cuma mengenakan bedak asas dan lip balm sahaja ketika keluar. Tiada gincu mahupun alat mekap dikenakannya.

Assalamualaikum,” sapa suara seorang lelaki. Sarah memandang lelaki itu. Ah… lelaki tadi. Bilamasa entah lelaki itu berjalan ke sini dia tidak sedar. Sarah tidak menghiraukan lelaki itu. Dibiarkan sahaja Huda menjawab salam lelaki itu.

Berdosa kalau tak jawab salam,” kedengaran lagi suara lelaki itu. Sarah menoleh kembali ke arah lelaki itu. Lelaki ni pehal? Kan Huda dah jawab salam. Pekak ke apa? Sarah merungut dalam hati.

Kan dah jawab salam tu.” Sarah membalas dengan kasar. Lelaki itu tersenyum.

Tapi bukan awak.” Lelaki itu bersuara lagi. Sarah mencebik. Menyampah. Cepat-cepat berambus tu tak.

Ini kad saya. Ada nombor telefon saya dan nama saya.” Lelaki itu menghulurkan sekeping kad kepada Sarah. Sarah memandang kosong kad yang tertera  nama “Hakimi” itu. Huda sedang tersenyum ke arahnya.

So? Eh, kalau nak buat direct selling ke, nak buat promosi apa benda entah, kami tak berminat.”  Sarah berkata dengan nada sinis. Huda menjeling ke arah Sarah.

Hi, boleh berkenalan?
Tak lah. Saya nak usha awak ni.” Lelaki itu mengukirkan senyuman. Sarah mencebik.

Usha?” Sarah memandang lelaki itu. Lelaki itu mengangguk. “Kau nak suruh aku telefon kau ke apa? Eh, kau ni memang tak ada sifat gentleman. Ada ke patut suruh perempuan call.” Sarah membebel.

Sarah Qistina!” Huda menegur.

Sarah Qistina…” Hakimi mengangguk. “Cantik nama.” Sarah mencebik.

Kalau awak rasa tak gentleman lelaki suruh perempuan call, apa kata awak bagi je nombor awak dan biar saya call awak? Bagaimana?” Hakimi memandang Sarah. Mengharapkan Sarah akan membenarkan tindakannya.

Gila.” Sarah memalingkan mukanya. Huda hanya memandang kedua-dua orang di hadapannya.

Tak apalah. Saya pergi dulu. Saya dah kesuntukan masa.” Hakimi masih menghulurkan kad namanya kepada Sarah.

Biar saya yang ambil bagi pihaknya.” Huda mengambil kad di tangan Hakimi. Kasihan melihat diperlakukan sebegitu oleh Sarah.

Terima kasih. Jumpa lagi awak.” Hakimi berlalu dengan perasaan kecewa.

Huda menyerahkan kad nama yang diambilnya kepada Sarah ketika mereka tiba di pejabat. Sarah mengambil kad nama itu. Dibeleknya sebelum mencebik.

Kau ni, jual mahal betul. Orang nak usha kau pun kau marah. Bukan ke dulu kau kata nak love story macam fairy tale. Nak orang usha kau masa kau tengah tunggu bas ke, duk tengah makan ke, kat library ke?” Huda mengingatkan Sarah kembali ayat-ayatnya.

cinta itu buatkan dia kelihatan bodoh.
Sarah mengeluh. Betullah. Dia pernah mahu keadaan sebegitu. Itu sebelum dia berputus asa dengan perasaan cinta. Itu sebelum dia punya perasaan pada lelaki itu. Dia sudah tidak berminat dengan cinta.

Itu dulu. Sekarang tak. Aku dah tak berminat. Cinta itu menyakitkan aku tahu.” Sarah meramas kad nama itu sebelum melemparkannya ke dalam bakul sampah berhampiran.

Huda menggeleng. Dia tidak memahami Sarah. Mengapa Sarah benar-benar mahu membuang rasa cinta dari jiwanya. Dia tidak faham. Kalaulah dia punya kebolehan membaca hati manusia, sudah lama dia membaca hati Sarah. Apa yang Sarah rahsiakan darinya.

Sarah, why don’t you give yourself another chance to fall in love again and then you will know how beautiful world is.” Huda memandang Sarah.

Sarah tersenyum sinis. Dia sudah stop hoping. Jatuh cinta itu meletakkan dia dalam keadaan bodoh. Dia tak akan lagi meletakkan dirinya dalam situasi itu lagi. Tidak sama sekali.

Dia hilangkan rasa itu.

p/s----aku tahu korang nak cakap apa. Yaaa… ada sambungan. Cuma sekarang aku kekangan idea. Hahaha. Nanti ada idea dan masa aku cuba. Hahaha.

Saturday, April 28, 2012

Disebabkan seekor kumbang.


Kumbang itu buat aku fobia tahu.
Aku trauma dengan kumbang. Eh ini kumbang yang betul-betul tahu. Hahaha. Entah, ia sama macam aku trauma dan fobia dengan lipas.. keh keh.

Aku ingat lagi kisah itu, ia berlaku ketika aku d semester 3.. heheh. Waktu tu, waktu pagi, aku bersiap sedia nak pergi kelas. Yes… hari itu aku tak pakai baju kurung since aku malas nak gosok baju kurung. Hahaha. So, aku just wear blouse with slack.

So, dalam nak turun tangga lepas aku keluar dari bilik, serius, aku tak sedar pun ada kumbang kat situ. And then bila aku sedar macam ada something je yang melekat kat kaki seluar aku, aku pun pandang bawah, and then, believe that, it’s a beetle. A big, black beetle.  Yes… aku menjerit. Tapi tak adalah kuat sangat sebab kalau aku menjerit kuat-kuat, sah-sah semua orang kat paras aku akan tersedar bukan? Aku rasa itu pertama kali aku menjerit sebab ketakutan.. hehehe.

A big black beetle..
And untuk make sure, kumbang tu berambus dari kaki seluar aku, aku cuba goncang-goncangkan kaki aku. Aku cuba banyak kali but then kumbang tu tak nak berambus dari kaki seluar aku. Dalam hati aku dah bengang, yeela, aku hari tu ada presentation. Sah-sah kena datang awal.

And then, entah macam mana, kumbang tu pergi tukar posisi. Kumbang tu bergerak ke dalam kaki seluar aku. masa tu, aku dah tahap seriau. Wargh… dalam hati aku dah berdebar tahu. Dan entah la macam mana, aku dapat kekuatan nak halang kumbang tu dari terus naik ke atas. Aku pegang kain seluar tu, nasib baik kumbang tu melekat kat kain. Hehehe.

Even aku alas pegangan tu dengan kain, aku still rasa punya kumbang tu punya gerakan. Wargh… ngeri wooh. And then, out of sudden, aku tak tahu macam mana aku dapat kekuatan nak jentik kumbang. Yes.. aku jentik dia. Dan mujurlah, kumbang tu terpelanting jauh dari aku. haha. Selamat aku even debaran di dada masih belum hilang.
cupcakes ini kelihatan menarik.
Dan selepas itu, aku turun tangga. And then, ada mak cik cleaner kat bawah tu, dia tegur aku. Dia tanya kenapa aku menjerit. Eh eh… mak cik tu cam tahu-tahu je aku yang menjerit.. kikikiki. Aku senyum jela.. lepas tu, dia tanya kena kejar dengan Kera ke?? Aku pun cakap kumbang je and then lepas tu, aku blah. Hehehe. Dah lambat nak p kelas…

And then, bila aku mandi waktu malam tu, tetiba je aku rasa kaki aku pedih kena air. Aku pun check. Masyallah, ada calar-calar kot. Nie mesti terkena kaki kumbang tu. Entah-entah dia gigit aku tak? Err… entah. Yang pasti ada kesan calar berwarna merah.. hehehe.

And then, sampai sekarang aku still fobia dengan kumbang. Sama ada kumbang yang betul-betul mahupun yang kiasan sahaja.. hehehe.

Aku fobia tahu.

Friday, April 27, 2012

Betul ke lelaki dan perempuan tidak boleh hanya menjadi sekadar kawan?


Betul ke lelaki dan perempuan tidak boleh
 hanya menjadi sekadar kawan?
Kawan aku kata, lelaki dan perempuan tak mungkin akan dapat kekalkan hubungan sebagai sahabat sahaja. Kawan aku kata, walau macam mana mereka kata, friends forever, friendship tu tak akan pernah forever sebab sama ada di pihak lelaki atau pihak perempuan, salah seorang akan mempunyai perasaan lebih dari seorang kawan.

kAwan aku kata, tak mungkin lelaki dan perempuan akan menjadi sekadar kawan sahaja. Betapa, mereka berkata, “Ah, aku takkan jatuh cinta pada sahabat sendiri” atau mereka punya prinsip, “Aku takkan bercinta dengan sahabat sendiri.” Kadang-kadang prinsip tu akan dilanggar. Ayat yang diucapkan akan memakan diri.

Hidup ini punya takdirnya bukan?
Kawan aku kata, lelaki dan perempuan tak boleh menjadi kawan. lelaki dan perempuan ditakdirkan untuk menjadi lebih dari seorang kawan. Aku sebenarnya bangkang ayat ini. Yaaa… ada situasi yang di mana lelaki dan perempuan itu menjadi kawan dan ada tidak. Hidup ini merupakan suatu takdir bukan?

Yaaa… jatuh cinta dengan sahabat sendiri. Mungkin sukar, mungkin ia semudah ABC. Mungkin ia melukakan, lebih-lebih lagi mengetahui, orang yang kita suka itu, actually sudah berpunya. Sudah mempunyai seseorang di hati. Dan mereka menganggap kita tidak lebih dari seorang kawan. Sedih bukan?

Don't ever fall in love with
bestfriend
Betul ke lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi hanya sekadar kawan? Aku tidak pernah jatuh cinta pada sahabat sendiri. Entah… jangan tanya aku, aku tiada pengalaman itu. Kebiasaannya aku akan jatuh cinta pada lelaki yang bukan rapat dengan aku. Sebab aku bila aku rapat dan selesa dengan orang itu, mereka adalah sahabat aku, bukan lebih dari itu.

Mungkin sebab aku berpegang teguh dengan prinsip aku, “Jangan jatuh hati pada sahabat sendiri.” Bila aku mahu kawan, aku berkawan sahaja. Tak akan ada benda lain yang aku fikir. Bagi aku, kekalkan persahabatan itu lagi penting.

Tapi aku risau jika prinsip aku ini memakan diri aku sendiri. Mungkin aku takut aku akan jatuh cinta pada sahabat sendiri. Yaaa… aku takut. Terlalu. Tidak tahu apa yang aku risaukan. Tapi sejujurnya aku takut jika strange feeling itu tiba lagi, ia akan menuding ke arah kawan aku. Ah… Tuhan, tolong elakkan perkara sebegini berlaku dalam hidup aku.

Ah... Tuhan. Sila jaga hati aku.


p/s- bila aku menjauhkan diri dari kawan lelaki itu, mengelak setiap kali aku face to face, itu tandanya, mungkin aku sudah jatuh hati pada kawan sendiri. =)



Thursday, April 26, 2012

Cerpen: Kau dan Aku


Asal la aku setuju nak kahwin dengan dia.
Malam sudah menjelma. Tetamu-tetamu sudah pulang. Setelah berbual dengan ibu dan ayah, aku terus naik ke bilik. Penat dowh dengan acara semua. Tak faham aku, asallah nak kena buat wedding receptionyang besar-besar. Oh fine, aku anak lelaki sulung, sah-sah kena buat big eventbukan? Aku buka pintu bilik, dilihat Diana, isteri yang baru aku kahwini sedang duduk di sofa, menonton televisyen. Ai… relaks je dia ni, tak penat ke? Aku soal dalam hati. Tanpa pendulikan Diana, aku terus meluru ke bilik air. Diana pun pandang aku semacam, so aku pun malas nak tegur dia.

Selesai mandi, keluar dari bilik air, aku mahu melabuhkan diri di katil. Tiba-tiba, “Eh, dah nak tidur?” Kedengaran suara Diana pabila melihat aku menghampiri katil. Aku tersenyum sinis.

Yeela. Takkan nak main bola pulak.” Aku membalas sambil duduk di hujung katil. Memandang Diana yang sedang berpeluk tubuh sambil memandang aku
.
Dari saat aku bertunang dengan dia, gaduh dah
jadi hobi kami.
Katil tu biar aku yang tidur di situ. Kau tidur kat sofa.” Diana memberi arahan. Eh… sesuka hati je minah ni.

Asal pulak? Katil ni aku punya, kau berada dalam bilik aku, segala harta benda dalam bilik ni milik aku dan itu termasuk kau.” Diana mencebik. Aku tersenyum sinis. Puas aku. Kau ingat kau seorang je boleh tunjuk eksyen?

Ah… aku tak kira. Kau tidur kat sofa. Aku tidur kat katil. Kalau kau tu lelaki, baik kau mengaku kalah.” Diana masih tidak mahu mengalah. Ah… dia ni. Degil nak mampus. Macam manalah Ibu suruh aku kahwini perempuan macam ni, dahlah kasar, bukannya cantik sangat. Apalah yang Ibu nampak kat perempuan ni? Aku pandang Diana dari atas sampai bawah.

Apa yang kau pandang?” Marah Diana bila dia sedar aku sedang memandangnya.

Aii… takkan nak pandang isteri sendiri tak boleh?” Aku cuba mengusik Diana. Aku tahu Diana akan melenting.
Eh, minah ni sesuka hati dia je.
Bangang.” Kan dah kata. Diana akan melenting. Aku ingat lagi sepakan yang Diana bagi kat kaki aku masa kitaorang keluar membeli-belah barang hantaran. Dek bengang dengan aku, dia sepak aku. Ada ka patut? Kasar gila minah ni.

Betullah. Kau yang kata kalau aku lelaki kan? So lelaki mesti pandang perempuan yang semestinya kau. Kau je perempuan je dalam bilik ni.” Aku menjawab dengan selamba. Aku lihat muka Diana tegang. Menahan marah mungkin. Aku gelak dalam hati.

Kau jangan nak buat aku bengang malam-malam ni. Aku penat tahu.” Diana bersuara. Aku mencebik. Malas nak bergaduh. Oh, hello, aku pun penat jugak la, bukan kau seorang. Aku merungut dalam hati.

La, kau penat ke? Aku baru nak ajak main satu permainan,” aku mengusik lagi.

Permainan apa?” Dengan pantas Diana menyoal.

Permainan atas katil? Mahu?” Aku ketawa. Padan muka kau.

Kau!” Suara Diana makin tinggi. Aku tunjuk reaksi kosong. Lagilah Diana sakit hati.
malam 'pertama' aku dengan pergaduhan. 
Jangan harap aku akan ikut kemahuan kau,” Diana bersuara lagi. Aku mencebik.

Eleh, kau ingat aku nak sangat ke kat kau? Aku kahwin dengan kau pun sebab terpaksa tahu. Jangan ingat aku nak sentuh kau. Pergh… perasan sangat orang nak sentuh dia. Hidung tak mancung, pipi tersorong. Boleh blah ah,” Aku membalas.

Diana mengamuk. Aku dah lupa apa yang dia kata malam tu sebab aku dah start mengantuk. Yang aku ingat, dalam asyik aku dan Diana berperang mulut, Ibu dan Ayah tiba di bilik kitaorang. Maybe terkejut kot dengar bunyi pertengkaran. Dan begitulah malam pertama aku dan Diana berlalu.

#####

So, kau dengan Diana macam mana? Dah nak dekat tiga bulan kau kahwin dengan dia? Takkan tak de cerita positif? Asyik aku dengar pasal kau gaduh dengan dia je?” Tanya Fadhli, sahabat baik aku satu hari tu selepas kitaorang main futsal.

Hari-hari kitaorang berperang.
Ha’ah… kalau nak diikutkan, dah hampir tiga bulan aku dengan Diana berkahwin. Aku dan Diana macam tu la. Tak pernah langsung bercakap dengan nada yang elok. Ada saja dia buat aku bengang dengannya. Dan aku pun sama. Nasib baik kali ini, kami dah berpindah ke rumah yang Ibu dan Ayah kasi kat aku sempena perkahwinan kitaorang. Selamat. Jadi kat sana, aku dan dia ada bilik masing-masing. Lagila selamat. Sebab sebelum berpindah, aku dengan Diana kena menyamar sebagai pasangan suami isteri yang baik depan Ibu dan Ayah, kena guna panggilan ‘Abang’, ‘Sayang’… erk… geli tekak aku nak panggil apa semua tu. Nasib baik Ibu aku tak syak apa-apa. Ibu kalau syak something, sah-sah akan siasat. Haa… tu sebab ibu aku ni suka sangat tengok drama CSI.

Entah. Kau nak cerita positif apa?” Aku pandang Fadhli. Fadhli tahu hal sebenar diantara aku dengan Diana. Fadhli tersenyum gatal. Aku dah agak dah. Aku mencebik. Malas nak melayan Fadhli.

#######

Aku turun ke ruang tamu. Aku lihat Diana sedang khusyuk menonton televisyen. Aku lemparkan sehelai baju kemeja ke arahnya. Diana memandang aku dengan pandangan tidak puas hati. Aku ketawa dalam hati. Nampak comel pula bila Diana tunjuk muka garangnya.

Aku dan dia bukan macam orang lain fikir.
Aku nak kau gosok baju aku ni.” Arah aku persis seorang bos di tempat kerja.

Pehal pulak aku kena gosok baju kau? Gosoklah sendiri. Bukan kau tak pandai. Bangang.” marah Diana.

Argh… aku tak kira, aku nak kau gosok baju aku juga. Kau tentu tak nak digelar isteri derhaka bukan?” Aku guna hukum agama. Hah, baru puas hati aku.

Malas aku. Selama ni kau tak pernah pun suruh aku. Eh… gosoklah sendiri.” Diana melemparkan semula baju ke arah aku. Ah… minah ni, memang tak ada toleransi sedikit pun.

Fine, kau tentu tak nak Mama dan Papa tahu perangai anaknya yang satu ni kan?”Aku ugut menggunakan ibu dan ayah Diana. Aku tahu, Diana memang gerun gila dengan Papanya. Sebab itulah, dia setuju nak kahwin dengan aku.
Dia sikit pun tak pernah bertoleransi pada aku.
Bangang,” Diana menjeling ke arah aku. Dia mengambil baju dari tangan aku sebelum bangun dan beredar ke bilik mengosok. Aku ketawa dalam hati. Padan muka.

15 minit kemudian, Diana datang ke arah aku yang khusyuk menonton televisyen. Diana melemparkan baju yang telah digosoknya ke arah aku. Aku belek-belek baju tersebut. Bagus juga hasil kerja minah ni dan tiba-tiba, aku terlihat ada satu lubang di baju kemeja aku. Aku pandang Diana.

Oh, kau suruh aku gosok je kan? Kau tak cakap, guna suhu berapa nak gosok baju kau. Dan kau tak cakap, jangan buat lubang kat baju kau kan?” Diana berkata dengan jengkel sebelum naik ke atas. Aku ramas baju dengan perasaan geram dan marah. Cis, dia balas dendam.

#####

Sayang,” aku merangkul pinggang Diana dari belakang. Diana baru sahaja selesai mengemas di dapur. Diana tersenyum bila aku buat sedemikian. Aku tahu dia suka diperlakukan sebegitu.

Aku pun hairan, bilamasa aku dan Diana dah berbaik. Jika sebelum ni, kitaorang macam anjing dengan kucing. Asyik nak berperang mulut je setiap kali face to face. Entah, aku pun tak ingat sangat bagaimana aku dan dia jadi mesra macam suami isteri yang lain.

Yang aku ingat, Diana datang kepada aku, nangis-nangis hari itu. Dia kata dia cemburu tengok aku dengan perempuan yang selalu dengan aku. Aku cakap la tu rakan sekerja je. Tapi Diana nangis lagi. Aku tak tahu macam mana nak pujuk Diana supaya dia berhenti menangis. Aku cuba la pujuk dia macam yang selalu aku buat kat adik perempuan aku, iaitu dengan menawarkan aiskrim. Tapi Diana, aku pujuk la dengan aiskrim ke, coklat ke, dia tak nak. Dia tak berhenti menangis. Aku dah kaget masa tu.

Rupa-rupanya dia dah start ada feeling pada aku.
And then entah macam mana, aku dengar Diana luahkan perasaannya pada aku. lagilah aku terpinga-pinga. Perempuan confess kat aku kot? Bukannya aku tak pernah alami situasi perempuan confess, tapi Diana? Orang yang selalu aku gaduh tetiap hari. Tetiap hari buat benda yang menyakitkan hati masing-masing. Diana cintakan aku? Yaa… aku hairan pada mula-mulanya.

Dan lama-lama kemudian, aku dah dapat terima kenyataan yang Diana cintakan aku. Even aku mungkin buat donno je beberapa hari lepas itu. Cuba berlagak yang aku tak dengar pengakuannya. Eh… aku pun ada perasaan pada Diana juga lepas dia jaga aku masa aku jatuh sakit masa sebulan kami berkahwin. Tapi aku ego nak mengaku. Last-last Diana yang ambil tindakan dahulu.

So, begitulah. Aku dan Diana dah dapat terima diri masing-masing. Eh, maksud aku, kami dah boleh hidup macam pasangan suami isteri yang lain. Even sometimes, kadang-kadang ada juga aku selalu buat Diana bengang dan Diana akan membalas balik. Ah.. gurau manja-manja gitu.

Last-last,. kitaorang dapat accept each other.
I love you.” Aku bisik kat telinga Diana. Diana tersenyum lagi. Aku harap jodoh kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kami.

---THE END---

p/s--- tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni, idea untuk cerpen mencurah-curah... hahah =D

Wednesday, April 25, 2012

golden age.



Aku sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni. Tapi entah, aku pun tak tahu asal aku asyik delay je benda ni.. hehehe. Bunyi macam penting je kan??? Kekkeke. Tapi bagi aku penting and maybe bagi korang tak penting.

Dekat ‘kafe’ U aku, ada seseorang yang ditugaskan untuk mengutip pinggan kotor yang ditinggalkan di atas meja. Pekerja tu akan kutip dan sususn di satu tempat. And then lepas tu, aku tak tahu. Aku tak pernah nak tanya bagaimana sistemnya.. hehehe.

Semoga mereka sihat sentiasa.
Tapi yang menjadi persoalan-persoalan bagi aku is, pekerja-pekerja tu adalah mak cik-mak cik. Means aku bayangkan umur mereka dalam 40-50 something la. Maybe 50 la.. and then entah bagaimana, terfikirkan tentang diorang, setiap kali aku tengok mak cik tu kutip pinggan kotor. Kadang dia duduk je di satu tempat tunggu orang habis makan and then kutip terus pinggan kotor tu. Yes… aku kasihankan mak cik tu.

Sungguh, aku selalu tertanya-tanya, apa yang mak cik ni buat kat sini dalam usianya sebegini. Isn’t it she suppose sit at home and play with her grandchildren? Why dia perlu untuk kerja lagi? Isn’t it dia supposedly dijaga oleh anak-anak dia? Entah… aku tak pernah nak tanya pulak. Takut nanti jadi isu lain.

Mereka sepatutnya berada di rumah.

Kadang-kadang kasihan juga, tengok dia p jalan sana jalan sini, aku tahu penat. Yes, ia penat. Aku yang tengok pun dah penat. Samalah macam cleaner-cleaner kat U aku ni, semuanya wanita berusia around 50 something. Aku tertanya-tanya , usia mereka sepatutnya mereka kat rumah jaga cucu, main dengan cucu but mereka kerja.

Hurm… mungkin ada sebab la tu? Ya… masing-masing ada sebab. Yeela… imagine, kalau mak cik-mak cik sekalian tak nak kerja sebagai cleaner, siapa lagi yang nak? Yes… ia kerja yang halal tapi dengan keadaan zaman orang semua sekolah tinggi-tinggi, aku rasa impossible nak ambil orang muda kerja sebegitu bukan? Aku tahu orang zaman sekarang agak cerewet dalam memilih kerjaya. Dan kalau ditanyakan pada aku, belum tentu aku nak kerja macam tu bukan?
Sayangilah ibu bapa anda selagi masa mengizinkan.


P/s-aku tak tahu nak letak tajuk apa.



Tuesday, April 24, 2012

Cerpen: Kakak


Saya nak kakak
Adik nak kakak?” Maya ingat lagi soalan Mamanya ketika itu. Maya hanya hanya mengangguk sambil tersenyum. Yaa… sudah lama dia impikan seorang kakak. Kakak yang boleh menjadi teman sepermainannya. Kakak yang akan menjadi teman berbualnya. Dia mahu seorang kakak. Itu yang dia mahu setiap kali melihat rakan-rakan setadikanya dijemput oleh kakak. Dia cemburu.

Beberapa bulan selepas pertanyaan itu diajukan kepadanya, Mama telah berkahwin dengan duda seorang anak. Anak perempuan. Yaaa… akhirnya Mama memakbulkan hasratnya yang mahu seorang kakak. Nama anak perempuan ayah tirinya ialah Mellyana, namun Mama suruh dia memanggil Kak Melly. Dia cuma menurut. Hatinya benar-benar gembira.

******
Siapa yang pecahkan pasu bunga ni?” jerit Mama suatu hari. Puan Adilah memandang Maya dan Melly silih berganti. Hatinya panas melihat pasu kesayangannya pecah.

Maya,” dengan pantas Melly menjawab.

Bukan Maya,”Maya cuba pertahankan dirinya. Dia sendiri tidak tahu bilamasa pasu bunga Mamanya pecah. Yang dia tahu, dia asyik bermain dengan kawan-kawannya di taman permainan.

Puan Adilah terus mencapai rotan dan memukul Maya. Tangisan dan jeritan Maya tidak dihiraukan. Melly memerhatikan Maya dengan senyuman sinis. Akhirnya dia selamat.

******
Ah... sakit melihat situasi itu.
Maya terkejut memandang drama di hadapannya, Kak Melly sedang bersama dengan seorang lelaki. Dia kenal lelaki itu. lelaki itu Hairi, bekas kekasihnya. Mereka berpisah sebulan yang lepas. Katanya Hairi, Maya bukan tastenya. Maya tidak cantik. Maya itu ini dan berbagai lagi tuduhan dilemparkan oleh Hairi kepada Maya. Dalam erti kata lain, Maya tidak layak dengan lelaki sekacak Hairi.

You dah tak contact dengan Maya?” kedengaran suara Kak Melly. Maya mendengar perbualan pasangan kekasih itu dari belakang.

Tak adalah. Buat apa nak contact dengan dia. She’s so not my taste. You lagi cantik dari dia.”Hairi memuji. Maya mengepal tangannya erat-erat. Rasa mahu ditumbuk sahaja si Hairi tu. Maya masih lagi mengekori pasangan kekasih itu. Lagaknya persis seorang penyiasat.

Yaaa… kalau mahu dibandingkan, Kak Melly lagi cantik darinya. Kulit Kak Melly lagi putih darinya. Rambut Kak Melly lagi panjang dari rambutnya. Kak Melly lagi disayangi oleh Mamanya. Segala yang Kak Melly buat, sentiasa mendapat perhatian dan pujian. Pernah lagi dia ingat bilamasa Kak Melly gagal dalam SPM, Mama langsung tidak memarahinya bahkan membeli apa yang Kak Melly mahu.  Bilamasa Ayah mahu memarahi Kak Melly, Mama akan cuba mempertahankan Kak Melly.

Maya cemburu. Dia merasakan Mama sudah alihkan kasih sayang untuknya kepada Kak Mel. Dia masih ingat lagi, walaupun dia mendapat 12A1, Mama tidak kisah tentang itu. Mama selalu memarahinya bilamasa Kak Melly mengadu itu ini tentangnya. Pada mata Mama, semua yang dilakukannya tidak baik. Ah.. dia cemburu.

******

PANGG!!! Satu tamparan hinggap di pipi Melly. Maya tersenyum sinis. ‘Padan muka kau’. Maya berbisik dalam hati. Dia lihat air mata Melly jatuh. Dia tersenyum sinis lagi. Melly menjeling ke arahnya.

Ayah tak sangka kau sanggup buat macam ni! Kau memang tak ada maruah kau tahu. Ayah malu tahu tak!” Marah Encik Baharuddin pada anak tunggalnya. Hati ayah mana yang tidak marah, kecewa bilamasa anaknya menconteng arang ke mukanya. Dia hampir terkena serangan sakit jantung bila menerima panggilan daripada JAIS yang mengatakan anak perempuannya ditangkap khalwat dengan teman lelakinya.

Cuba kau jadi macam Maya tu. Tak pernah langsung menyakitkan hati Ayah. Apa yang kau nak, Ayah bagi dan ini balasan kau pada Ayah?” Encik Baharuddin memandang anaknya.

Melly mencebik bilamasa nama Maya dibangkitkan. Dia cemburu dengan Maya. Ayah selalu memuji Maya. Maya itulah, Maya inilah. Yaa… kalau nak diikutkan, Maya lagi baik darinya. Maya tidak pernah berperangai sepertinya. Maya lagi pendiam darinya.Dia cemburu melihat kecantikan Maya. Sebab itulah dia selalu sakiti Maya. Selalu menuding jari ke Maya diatas kesalahannya dan hasilnya, Maya selalu dimarahi oleh Mama. Dia puas bila dapat sakiti Maya.

Ayah ni, biasalah. Orang zaman sekarang, apa yang Ayah tahu? Ayah tu old fashion tahu tak.” Melly berkata dengan nada jengkel.

ibarat musuh yang sembunyi.
Hati Encik Baharuddin makin membara. Dia mahu saja memberi tamparan untuk kali kedua, namun dihalang isterinya. Ah… isterinya terlalu memanjakan Mellyana. Kadangkala dia berasa kasihan dengan Maya, diabaikan oleh ibu kandung sendiri.

Biarlah bang. Bagi dia masa. Kita uruskan hal perkahwinannya ya,” Puan Adilah cuba memujuk suaminya. Dia memerhatikan sahaja kelibat Melly berlari naik ke atas. Dia memandang pula Maya. Maya sedang menunjukkan reaksi kosong. Terbit rasa bersalah di hatinya. Selama ini dia terlalu mengabaikan Maya disebabkan mahu mencurahkan kasih sayang kepada Melly yang tida sempat merasai kasih sayang seorang ibu sejak lahir.

Maya tersenyum sinis. Hatinya berjoget keriangan. Dia puas. Akhirnya ‘what goes around comes around’.

******

Maya tiba di rumah tepat jam 5 petang. Dia pulang kerja awal hari itu. Suaminya, Adam masih belum pulang. Di saat dia melangkah masuk ke dalan rumah, sebuah kereta masuk ke perkarangan rumahnya. Melly keluar dari kereta tersebut dan meluru ke arah Maya.

Mana laki aku?”soal Melly dengan nada tinggi. Maya memandang kosong kakak tirinya.

Kau nak apa?”soal Maya sambil melangkah ke arah ruang tamu. Dia melabuhkan punggungnya di salah sebuah sofa di situ. Melly berang dengan tindakan selamba Maya. Dia memandang Maya.

Mana laki aku?” soal Melly lagi.

Maya mengeluh. “Manalah aku tahu mana laki kau. Bukannya aku jaga dia pun. Maybe dia tengah kerja ke?” Maya menjawab dengan malas. Ah… Melly tahu cari masalah dengannya dari dulu sampailah sekarang. Maya mengerling jam tangannya. Sudah tentu Hairi berada di tempat kerja. Takkanlah Melly tak tahu. Melly tahu cemburu buta sahaja.


Keep calm no matter what.
Kau jangan nak tipu aku. Aku pergi ofis dia tadi, dia tak ada. Tentu dia dengan kau.” Maya berdiri sambil mengeluh. “Semalam pun dia tak balik. Tentu dia dengan kau bukan?” Melly bersuara tinggi lagi.

For what dia dengan aku? Weh, aku pun ada laki la. Buat apa aku nak care pasal laki orang. Lebih-lebih lagi laki kau. None of my business okey.” Melly tersentap dengan jawapan Maya.

Kau jangan nak kurang ajar dengan aku. Mana laki aku?” Melly menjerit. Maya mengankat bahu.

Hairi! Hairi!” suara Melly kedengaran seluruh rumah. Maya memerhatikan saja gelagat Melly. Dia malas melayan. Urusan Melly bukan urusan dia lagi. Sudah lama dia tidak dengar tentang Melly. Semenjak Melly berkahwin dengan Hairi. Pernah juga Hairi mencarinya, menceritakan masalahnya dengan Melly yang kuat cemburu semenjak mereka berkahwin. Dan pernah juga Hairi mengatakan kekesalannya memperlakukan Maya sedemikian. Maya cuma tersenyum mendengar pengakuan Hairi itu. Dia sudah tahu.

Apa yang bising ni?” kedengaran suara Adam di muka pintu.

Dah balik?” Maya bersalaman dengan suaminya.
You're not my sister
Melly tiba dari tangga. “Mana laki aku?” Melly bersuara lagi.

Adam memandang kakak iparnya sebelum memandang isterinya. “Hairi tak ada pun kat sini. Mana kau sorokkan dia?” Melly menyoal lagi.

Buat apa Maya nak sorokkan laki kau? Bukannya dia care pun pasal laki kau.” Adam membalas. Hatinya berang dengan perangai Melly yang cemburu buta. Pernah sekali tu ketika dia bergelar tunangan Maya, Melly datang menyerang Maya, menuduhnya cuba merampas Hairi.

Kau mana tahu. Entah-entah depan kau je dia tunjuk baik. Belakang kau, macam pelacur.” Maya mengankat tangan mahu menampar Melly. Tuduhan Melly sudah buatkan dia tidak mampu bersabar, namun Adam menahannya. Tangan dijatuhkan.

Aku rasa baik kau berambus.” Adam bersuara kasar. Melly mencebik sebelum melangkah keluar dari rumah itu. Dia memandang telefonnya, ada mesej dari Hairi mengajak dirinya makan malam bersama. Mellyana tersenyum.

Maya mengeluh. Dia mengalirkan air matanya. Adam memeluk isterinya. Mengusap rambut Maya. Mengesat air mata Maya. Cuba menangkan isterinya. Faham apa yang dialami isterinya. Sudah bertahun-tahun Maya bersabar dengan Melly. Bersabar bilamasa ditindas Melly.

It’s okey. Adam ada.” Adam memujuk. Tangisan Maya makin deras.

Beberapa tahun telah berlalu, kali terakhir Maya mendengar tentang Melly ialah Melly menjadi gila setelah mengalami keguguran.

---THE END---

p/s--- tak tahu mengapa, at the beginning nak buat cam love story but then tak dapat. Feeling love tu hilang.. (T.T)

Monday, April 23, 2012

Pilih yang menyenangkan kita


Susah kan nak buat pilihan?
Oh… Entah, ada seorang kawan aku, tanya apa yang akan berlaku bila berada di persimpangan. Perlu memilih di antara dua. Bila dia tanya tentang ini, sah-sah aku rasa ia melibatkan soal cinta. Cinta lagi. Aku ni asyik dengar pasal cinta je sedangkan aku dah tak berminat dengan rasa itu. Kekekeke.

Kemudian, aku jawab, pilih yang menyenangkan kita. Yaa… itu yang aku  terus jawab. Hehehehe. Tak terfikir dah sama ada perlu atau tidak buat solat Istikharah. Pilih yang menyenangkan kita. Itu yang aku kata pada kawan aku. But then dia kata, kedua-duanya menyenangkan dia. Aiyoook… susah ini maa. Then aku kata, diantara kedua-dua itu tentu ada yang berat sikit bukan??? Dan begitulah.

Eh, kalau nak dimbas kembali, Mak aku pernah kata, pilih yang suka kat kita, bukan kita suka kat dia. Aku sebenarnya tak setuju dengan ayat mak aku. Heheh. Heee…yaaa sila kata aku anak yang tak baik sebab selalu bangkang mak. Hahaha.
Kadang-kadang pilih yang suka kita menyakitkan.
Yeela… sebab yang pertama, is aku cakap based on pengalaman aku. Orang luahkan perasaan cinta pada korang and then tanpa korang sedari, dia sebenarnya tidak begitu ikhlas nak kat kita. So, ayat yang pilih orang yang suka kat kita aku rasa not relevant at all.

And then pilih yang kita suka? Err… entah la. Yang ni aku tak tahu sangat. Maybe yang kita suka lagi baik dari yang suka kita. *harap korang faham ayat aku*. Tapi mungkin yang kita suka, tak suka kita sebagaimana kita suka dia. Yaaa… kita bertepuk sebelah tangan. Tapi kalau tepukan tangan berbalas???

Hurm… susah bukan? Yang satu yang kita suka, yang satu lagi yang suka kita. Kalau nak ikut pendapat mak aku, sah-sah dia kata pilih yang suka kat kita sebab yang suka kita sudah tentunya akan jaga kita dengan lebih baik. Akan sayang kita dengan lebih baik dari yang kita suka.

Pilih yang menyenangkan kita. =)
Tapi bagi aku tak. Semua tu tak semestinya. Sebab aku kata pilih yang menyenangkan kita. Aku pernah juga tanya kawan lelaki aku, and then dia jawab, dia akan tengok balik criteria-kriteria tu. Yang mana menyenangkan dia. Yang dia yakin mampu akan jadi ibu yang baik untuk anak-anaknya. Dan so on. Hehehe.

So bagi aku, yes.... Pilih yang menyenangkan diri.  Itu yang aku akan buat. Hahaha. Itu pun kalau aku dah kembali keep believing. Hehehe. Tapi apa-apa pun lagi baik minta petunjuk dari DIA. DIA maha mengetahui yang mana terbaik untuk kita. =)

Kadang-kadang hidup aku rasa tenang je
tanpa perlu memikirkan soal cinta itu lagi. =)

Cintailah orang yang kau cintai sekedarnya saja….
siapa tahu pada suatu hari kelak
ia akan berbalik menjadi orang yang kau benci….

dan bencilah orang yang kau benci sekedarnya saja….
siapa tahu pada suatu hari kelak
ia akan menjadi orang yang kau cintai....~ Edith Wharton ~

*aku jumpa ini. Soundss good. HEhehe*


P/s- rasa tu buat aku sakit dan kelihatan bodoh.


Sunday, April 22, 2012

Gerak hati,.



Oh… aku tengah study pasal conscience.. which means gerak hati.. Dari apa yang aku baca, tak tahu la betul ke tak… tapi buku tu mengtakan, following our heart is not really good advice. Sebab yang pertama, gerak hati tak semestinya betul. Bila kita berada dalam persimpangan, perlu buat pilihan, sudah tentunya kita akan bertanya pada hati kita, should we do it or not? Yes… that’s the first questions that we gonna ask. Dan sometimes, jawapan yang kita dapat dari gerak hati ni, no help at all. Dan gerak hati tidak mampu memberi jawapan yang tepat kepada persoalan kita bukan?


follow your heart
Second thought, mengikut gerak hati sememangnya bukan satu tindakan yang baik tahu. Well, yang ini depends on apa yang hati kita kata. Baik atau buruk gerak hati itu, kita tak tahu. Sometimes, orang yang mengikut gerak hati ini, dia tak fikir tentang implikasi yang dia mungkin dapat. Sama ada baik atau buruk kesan itu, diorang tak dapat kenal pasti.

Dan sometimes, gerak hati seseorang mungkin menganggu dirinyatentang apa yang sebenarnya adalah betul. Kadang-kadang apa yang kita punya gerak hati mengatakan ia adalah salah, sebenarnya ia adalah sesuatu yang betul. Yeah… gerak hati sometimes berlawanan dengan keputusan. Sebab itu perkataan menyesal wujud. Hahaha. Eh… apa kaitan pulak.
Kadang-kadang kita menyesal bila ikut  kata hati.
Hurm… dah lama aku tak ikut gerak hati. Sebab aku sejak kebelakangan ini, aku ikut logik dek akal… sama ada benda tu bawa kebaikan atau keburukan. Hehehe. Dan mostly, kalau diingatkan situasi aku ikut gerak hati, yes, ia buat aku menyesal. Patutla bila aku baca buku tu, ia kata, mengikut gerak hati is no help at all. Hurm… asal la aku tak jumpa buku ni awal-awal. =.=

Well, the point here is, is not that korang harus ignore gerak hati. Tak semua gerak hati tu salah tahu. Dan tak semua gerak hati itu betul. Ia depends on situation. It’s just, sometimes, gerak hati itu boleh dipertikaikan. Dan buku itu juga mengatakan, gerak hati sometimes boleh juga menjadi tanda amaran. Yang ini aku tak tahu apa benda… hahaha.

Agak-agak korang, bila korang buat keputusan, korang ikut gerak hati atau logik dek akal????
Aku belaajr benda baru kali ini.

p/s--- aku belajar benda baru kali ini. Hidup dengan orang yang buat aku bahagia bukan dengan orang yang perlu aku banggakan,.



Cerpen: Psiko


Dia keseorangan di situ.
Di satu malam yang sunyi, pukul 3 pagi, kelihatan seorang gadis di perhentian bus. Yaa… she’s all alone. Dan entah bagaimana, datang tiga orang lelaki. Sila bayangkan muka ketiga-tiga lelaki itu adalah jahat. Punya wajah persis seorang pembunuh bersiri, perogol bersiri. Yaa… sila assume yang ketiga-tiga lelaki itu punya niat yang tidak baik terhadap gadis itu.

Sorang je ke Cik Adik?” soal lelaki pertama kepada gadis itu. Gadis itu yang sedang asyik dengan buku di tangannya, tidak membalas pertanyaan lelaki pertama itu. lelaki itu memandang kawan-kawannya. Mereka saling berpandangan. Akhirnya, lelaki kedua pula mengambil tempat di sebelah gadis itu. Gadis itu masih mendiamkan diri.

Sorang je? Nak abang-abang temankan ke?” lelaki kedua itu ketawa bersama-sama kawan-kawannya yang lain. Gadis itu kemudian menutup buku di tangannya dan mengalihkan earphone di telinganya. Gadis itu tersenyum sinis memandang lelaki-lelaki di hadapannya.

Laa… awak dengar lagu ke? Patutla abang panggil tadi awak tak dengar. Awak dengar lagu apa?” lelaki pertama bersuara. Gadis itu masih tersenyum. Akhirnya dia menyarungkan beg di bahunya dan bangun namun di halang lelaki ketiga.

Eh, mana awak nak pergi. Sesi berkenalan belum habis lagi,” lelaki ketiga bersuara. Gadis itu tersenyum lagi.
Dia tersenyum sinis melihat lelaki di hadapannya.
Awak ni bisu ke? Tak ada suara? Asyik senyum je. Cantik senyuman awak,” lelaki kedua bersuara. Gadis itu tersenyum sinis. Dia cuba untuk melarikan diri dari situ, namun dia dikellilingi ketiga-tiga lelaki itu.

Boleh tak jangan halang laluan?” Akhirnya gadis tu bersuara.

La… ada suara rupanya. Sedap suara awak.” Lelaki ketiga itu menyentuh rambut panjang gadis itu.

Awak nak pergi mana? Biarla kami bertiga temankan.” Lelaki pertama bersuara disusuli gelak ketawa rakan-rakannya.

Berani ke?”ujar gadis itu. Ketiga-tiga lelaki itu berpadangan sesama sendiri sambil tersenyum.

Tentulah berani. Kalau awak sanggup bagi balasan,” lelaki kedua mendekati gadis itu.

Gadis itu tersenyum. Dia tahu, dia seharusnya melarikan diri sekarang namun dia tidak mampu. Dia dikelilingi ketiga-tiga lelaki keparat itu. Akhirnya gadis itu cuba melarikan diri dengan melalui celah-celah yang mampu dia lalui, namun dia tidak berjaya. Lelaki-lelaki itu berjaya memeluknya. Lalu ditarik gadis itu ke dalam semak yang berdekatan. Gadis itu cuba menjerit, namun tiada bunyi jeritan yang kedengaran, mulutnya ditekup oleh lelaki pertama.

***********
Dia puas.
Berita melaporkan polis menemui mayat 3 orang lelaki yang separuh bogel di dalam satu semak samun. Mangsa-mangsa terbabit dikelar dan ditikam bertubi-tubi dengan senjata tajam yang dipercayai sebilah pisau namun tiada kelihatan objek tersebut berdekatan tempat kejadian. Polis masih lagi menyiasat lagi kes pembunuhan itu.

Televisyen ditutup. Gadis itu tersenyum. “Padan muka kau”. Dia tersenyum sendirian sambil memegang pisau di tangannya. Dia memandang tangannya yang berbalut akibat pergelutan semalam.  Dia tersenyum lagi.

*********
Kisah zaman kanak-kanak menghantuinya.
Tolong bang. Sakit. Tolong lepas.” Dia dengar suara ibunya menjerit dari bilik ketika dia pulang dari sekolah. Tahulah dia, ayahnya sudah pulang.

Sakit bang.” Kedengaran lagi suara Mama. “Kau ada jantan lain belakang aku. Nah ambik ni,” Papa memberikan sepakan kepada Mama. Dia saksikan itu. Di sebalik pintu bilik yang terbuka. Tiba-tiba Papa menyedari kehadirannya. Papa meluru ke arahnya.

Sayang dah makan?” Dia menggeleng. Papa tersenyum sambil mengusap-ngusap rambut panjangnya. Dia tahu Papa sayang kepadanya lebih dari Mama. Papa tidak pernah sesekali menyakiti dirinya. Bahkan tidak pernah membenarkan seekor nyamuk mengigitnya.

Nanti kita keluar makan ya? Papa belanja aiskrim?” Dia mengangguk. Papa tersenyum sebelum kembali melangkah ke bilik.

Kedengaran lagi tangisan dan jeritan Mamanya. Bunyi sepakan dan tumbukan kedengaran lagi. Benda sebegitu sudah biasa dia dengar. Setiap hari, setiap kali Papa pulang. Setiap kali itulah situasi itu akan berlaku.
Dia menangis tanpa suara
Dia menutup telinganya dan berlari ke dapur. Dia menyorokkan diri di suatu sudut. Dia menangis tanpa bunyi. Jeritan Mama makin kuat. Tiba-tiba dia ternampak sebilah pisau di atas meja. Lalu dia mencapai pisau itu dan berlari ke bilik tidur utama.

Setibanya di bilik, dia terus meluru ke arah Papanya yang sedang ralit menumbuk Mamanya. Menikam Papanya bertubi-tubi dari belakang. Bila Papa jatuh terbaring, dia menikam lagi di dada Papa, di perut Papa. Darah yang mengalir kelihatan menarik baginya.  Jeritan dan lolongan Papanya dia tidak hiraukan.

Darah mengalir buat dia puas.
Sayang,” kedengaran lemah suara Papanya. Dia tersenyum. Akhirnya dia mengalihkan pisau ke arah leher Papanya. ZASSSS, dengan satu kelaran, Papanya terkulai di situ. Dia tersenyum.

Sayang,” Mama memanggilnya. Dia menoleh. Dia tersenyum dengan pisau di tangannya. Dengan darah yang berlumuran di bajunya.

Lepas ni Papa tak akan lagi sakiti Mama,” dia tersenyum kepada Mama. Mama  menghampirinya. Memeluknya erat. Mama mengambil pisau di tangannya dan membuangnya jauh dari mereka. Mama menangis teresak-esak sambil memeluknya. Dia hanya tersenyum sambil memandang mayat Papanya. Dia puas. Terlalu.

Dia puas.

---THE END---

p/s-- aku suka cerpen ni sebab aku tak perlu susah-susah nak fikir nama watak. Hahaha. Oh dan ini cubaan pertama buat cerpen bergenre sebegini. Pandangan korang?