![]() |
| Terikut-ikut dengan Iffah Afeefah dan Nong Andy punya cerpen bertemakan gambar ini. |
Aqila melilau di shopping mall seorang diri. Tidak menyinggah mana-mana kedai yang terdapat di situ. Matanya galak memerhatikan keadaan sekeliling. Terdapat ramai orang di situ. Lebih-lebih lagi pasangan kekasih. Masing-masing berjalan berpegangan tangan. Ah… dia cemburu melihat situasi itu. Terlalu. Mengharapkan tangannya juga akan dipegang sebegitu. Dengan erat dan penuh kelembutan. Ah… dia rindu zaman itu. Zaman dia berkasihan dengan lelaki itu. Ah… kini semuanya tinggal kenangan. Lelaki itu kini bukan lagi menjadi miliknya. Lelaki yang dikenali dari zaman kecil. Ah… hatinya kecewa. Terlalu.
Janji diantara dia dan lelaki itu yang mahu menghabiskan hidup bersama-sama tidak mungkin dapat ditunaikan. Betullah bila ada orang mengatakan, 2 orang mungkin ditakdirkan untuk jatuh cinta antara satu sama lain tapi tidak ditakdirkan untuk hidup bersama. Yaa… dia tahu dia tidak ditakdirkan untuk bersama lelaki itu. Menghabiskan hidupnya bersama lelaki itu. Menghabiskan zaman emasnya bersama lelaki itu.
Dia mengeluh. Dia teringatkan lelaki itu. Lelaki yang diberi nama Amir itu. Amir akan berkahwin dengan seseorang pada hari ini. Dia tidak mengenali perempuan yang bakal berkahwin dengan Amir itu. Ah… dia teringat di saat Amir mahu memutuskan perhubungan mereka sebagai kekasih dan mahu kembali kepada ketika mereka bersahabat. Dia menerima sahaja keputusan itu walaupun hal yang sebenar, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Dan mereka kembali berkawan seperti biasa. Dia tahu Amir memutuskan perhubungan mereka sebagai kekasih kerana Amir telah berjumpa dengan gadis lain. Gadis yang dirasakannya lebih layak untuk berada di hatinya. Dia hanya mampu mendoakan kegembiraan untuk Amir. Satu-satunya lelaki yang bertakhta di hatinya selepas ayahnya.
Dia akhirnya tiba di satu kedai yang memaparkan gambar kartun 2 orang kanak-kanak sedang bercium. Dia teringat kisah kanak-kanaknya. Pertama kali bibirnya dicium oleh lelaki. Dia ingat lagi, ketika itu usia baru sahaja 5 tahun. Apalah kanak-kanak seusia 5 tahun memahami maksud itu.
"Awak!" Marah Aqila 5 tahun bila Amir 5 tahun menciumnya.
"Bibir awak manis. Manis macam gula-gula kapas." Amir 5 tahun tidak menghiraukan marah Aqila 5 tahun.
"Memanglah. Saya kan manis. Mama cakap saya manis," balas Aqila 5 tahun.
“Saya nak kahwin dengan awak.” Amir 5 tahun berkata lagi.
“Awak mana boleh kahwin dengan saya,” Aqila 5 tahun memuncungkan bibirnya.
“Kenapa? Ibu cakap saya boleh kahwin dengan awak bila saya dah besar dan kuat macam ayah,” Amir 5 tahun itu membalas.
“Sebab kita kawan. Kawan mana boleh kahwin sesama sendiri,” Aqila 5 tahun berkata sambil mengingat tentang kata-kata Mak Sunya yang mengatakan kawan lelaki dan perempuan tak boleh kahwin.
“Eleh. Saya akan buktikan satu hari nanti apa yang awak cakap itu salah.” Amir yang berusia 5 tahun itu menciumnya lagi sebelum berlari pergi meninggalkannya keseorangan di tebing sungai itu.
Aqila kini berada di luar pintu shopping mall. Hujan turun dengan lebat. Seolah-olah memahami hatinya yang sedang menangis dengan laju. Ah… dia berasa bersalah tidak bersama dengan Amir di saat hari bahagianya menjelma. Yaa… dia tahu dia patut berada di sana sebagai seorang sahabat bukan sebagai seorang bekas kekasih. Dia patut gembira bila melihatkan Amir gembira.
![]() |
| Hujan turut bersimpati dengannya. |
Dia memandang hujan yang turun dengan lebat. Niat di hatinya mahu saja meredah hujan itu dan membiarkan dirinya basah supaya dia turut menangis dalam tangisan awan itu. Dan entah bagaimana, dia berpaling ke kiri dan melihat seorang lelaki sedang memandangnya dengan senyuman. Dengan sebuah payung yang berwarna putih di tangannya. Dia tersenyum ke arah Aqila.
“Amir.” Aqila masih memandang lelaki di hadapannya. Ah.. mungkin dia hanya bermimpi.
Amir masih tersenyum memandangnya. Amir kemudian berjalan ke arahnya. Mahu menumpangkan dirinya di bawah payung putih itu.
“Bukankah awak berkahwin hari ini?”soal Aqila lagi.
“Panjang ceritanya. Terlalu. Ada banyak masa untuk ceritakan hal itu. Awak mahu dengar tak?” Amir menghulurkan tangannya kepada Aqila. Aqila memandang huluran tangan Amir. Berfikir sama ada mahu atau tidak menyambut huluran tangan itu.
"Tapi, bagaimana awak tahu saya ada di sini?" soal Aqila lagi.
"Saya ekori awak. Satu hari ini." Amir masih menghulurkan tangannya.
Aqila memandang wajah Amir. Amir masih tersenyum memandangnya. Menantinya dengan sabar. Akhirnya Aqila menyambut huluran tangan itu. Terasa panas tangan Amir.
“Jomlah saya hantarkan awak pulang. Awak pun dah basah.” Amir membetulkan rambut Aqila yang basah itu. Aqila mengangguk.
***********
Aqila sedang berdiri di jendela. Membiarkan angin malam menyentuh dirinya. Terasa lega diperlakukan sebegitu. Majlis akad nikah yang berlangsung semalam dan kenduri yang baru selesai tadi melegakannya. Dengan sekali lafaz, dia, Aqila Farhana sah bergelar isteri kepada Amir Hafiz. Lelaki yang dikenalinya dari zaman kecil lagi.
![]() |
| Happily Married |
Rupa-rupanya Amir telah memutuskan pertunangannya dengan gadis yang dia bakal berkahwin pada hari itu sebulan sebelum tarikh perkahwinannya. Katanya Amir, dia tidak boleh hidup tanpa dirinya, Aqila Farhana. Dia tersenyum sendirian. Merasakan dialah perempuan yang paling bahagia di dunia ini.
Pintu bilik terbuka. Aqila menoleh ke arah pintu. Dilihatnya Amir sedang berjalan masuk ke arahnya. Amir merangkul pinggangnya dari belakang.
“Fikir apa?”soal Amir.
“Tak ada fikir apa-apa pun. Saja nak ambil angin malam.” Aqila memusingkan badannya ke arah Amir.
![]() |
| I met you for reason |
“Saya kotakan apa yang saya cakap pada awak 25 tahun yang lepas.” Amir mencium dahi Aqila dengan lembut.
“Saya tahu.” Aqila tersenyum.
Dan tiba-tiba Amir mencium bibirnya. Aqila terkejut diperlakukan sebegitu.
“Eh,” Aqila menelan air liurnya.
“Kali ini saya boleh cium awak dengan cara yang halal. Bibir ni masih lembut seperti dahulu. Masih rasa manis masa bibir saya sentuh 25 tahun dulu.” Jari Amir mengusap-ngusap bibir Aqila yang merah itu.
Aqila tersenyum. Dan malam berlalu membawa kisah tersendiri.
![]() |
| I love you. |
--- THE END---






wah2.. arif mane??
ReplyDeleteHani Ayira---> Ariff ada je. Malam esok pula. Ini kispen immediately. hehehe
ReplyDeletetat is sooooo fast!! mana korek idea? best gila.. kata sedih.. happy ending yeay...!
ReplyDeleteaku jeles mcm nak mampus!!!
bermula huruf A lagi..
er.. aku teringat Ezad Amir si minda kronik tu pula hehehe..
*serius jeles!!
kagum sebab pakai nama yang awak tak suke..tahniah!!~~
ReplyDeletetetibe awak ingatkan saya satu kisah masa saya usia 5 tahun..hehehehhe~~
kawan laki saya tuh pegang tangan saya,dia main pipi saya.tapi,saya tak tau mane lelaki tuh pergi skang..
dia cakap kat saya
"takpe,kita kecik lagi"
masa tuh saya naik buai dengan dia.
saya tak faham ape2 ketika itu,haha!!~
eh,saya suke citer ini..hehe..~~
Nong Andy---> entah. Aku pun tak tahu,,, hehehe. Mula3 aku karang memang sedih.. hehehe. Pastu terfikir nak ubah jadi hapy ending. kikiiki.
ReplyDelete*terima kasih membacanya. Kamu juga best juga. =)
*****
Layyinul Harir---> terima kasih. Mungkin dah anti dengan lelaki nama Amir. Kikiki.
oh.. bagusnya ada kawan lelaki masa kecik. Saya tak ada.. =(
saya pun suka juga cerita ini.. sweet.. =)
eh,saya memang suke kawan dengan lelaki,dari kecik lagi..maybe,sebab rapat2 dengan abang saye kot mmbuatkan sy suke kwn dengan lelaki.haha~~
ReplyDeleteeh,wat sambungan.hehe~
amir .. bg aku org name amir ni hensem taw ;)
ReplyDeleteLayyinul Harir---> yang ini tak ada sambungan. hehehe. faham-faham sajalah. Saya tahan je rasa annoying tu.. heheh. =)
ReplyDelete*ujtunglah ramai kawan lelaki. =)
:)
ReplyDeletei'm glad it happy ending wat :)
cik gugu---> heee... bagi aku orang nama Amir ni, err... entah aku punya perspektif negatif dgn lelaki nama Amir ni.. hehehe.
ReplyDelete*****
Nong Andy---> so do I.. hehehehe. Mahu buat sambungan tak yang kamu punya? hehehehe
ish..dalam menaip pun awak rase annoying gak?=_=
ReplyDeleteramai2 pun kwn lelaki,takde special pun.kan mase kecik,xreti nak feeling2.haha.
awk,smbung publish yg ariff..hehe
oh.. pasti tidak :)
ReplyDeletemana nak korek idea o.. lainlah mcm kamu. Baru tadi invite.. mcm magik dah publish.. wah! kagumlah..
* Aku nak gi betapa utk tingkatkan aura menulis nih hihihihi..
layyinul Harir----> of course. Still ada rasa annoying. Nak taip pun fikir 2 3 kkali.. heheh. By the way I think I'm okey with that name now. =)
ReplyDeleteNong Andy---> heee,,, kamu punya pun best juga. Huhuhu... kiki. Maybe kebteulan hari ni hujan Tu yang aku dapat idea.. hahaha
ReplyDelete*selamat bertapa. T share la ilmu bertapa itu. =)
akak suka part amir ikut dia sehari suntuk... betapa penatnya hati dan tubuh aqila... begitu juga amir...
ReplyDeleteps: jodoh dan pertemuan di tangan dia... tapi mcm kesian gak kat tunang si amir tukan..? hahahahahahha....
nice..kamu punya bakat menulis...keep it up okeyh.. :)
ReplyDeleteohh sangat cumil ini kispen.
ReplyDeletehehe^^
suka suka sukaaa.
ReplyDeleterasa nak kahwin cepat2.
hehe
:P
Bidadari Syurga--->heeeee.. itulah . Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. itulah. Aku juga kesian. Last-last minit cancel wedding.
ReplyDelete*terima kasih membaca. hehehe
*******
bila blog bercerita----> Do I? heee... malu. =.=...
*thanks dropping by.
******
chemay----> wah... dah simpan angan nak kahwin... hehehe.
aku sejak knl ko
ReplyDeleteaku da nmpak bakat menulis ko tu
then skng makin best penulisannya
aku hayati satu2 perkataan tau
satu pun tak tinggal
ayat ko bikin aku cair
masih xsehebat ko dlm bermain emosi
gudjob
mmg tajuk ngn isi sangat sweeeeettttt
*nnti jom wat kispen lain..ajak nadh, nong andy
iffah afeefah---> wahhhh.. kau terlalu memuji aku. Aku biasa je. menulis sesuatu yang bisa memuaskan hati aku.. itu sahaja tujuan aku.. kikiki.
ReplyDelete*thanks... kau punya pun best juga.. hehehe. =)
cerpen ni best..
ReplyDeletedia ada bagi perasaan roller coaster sikit..
ade sedih happy and sweet..:D
amir...:)
Teenager Housemaid----> heee... thanks. =)
ReplyDeletemacam mana perasaan roller coaster tu?@_@..
suka akhirnya dorg kawin jugak..suwit la amir ni hihi
ReplyDeleteps:salam kenal..follow cni ^^
Eeera Shera---> amir ni sweet. Dalam cerpen ni je la.. hehehe
ReplyDeleteyang ni pun terbaekkk!!!abang bro like...
ReplyDeleteEl MAriachi--->heee.. terima kasih. =)
ReplyDelete