| psycho |
And then, betullah sangkaan negative aku
terhadap dia selama ini. Well, most of it aku dengar dari mulut orang lain. Tapi
ada juga yang aku alami sendiri. Dan yang paling aku tak dapat lupa is
“DISASTER”. Oh yaa… kalau mahu cerita ketidakpuasan hati pada seseorang kepada
aku, make sure jangan sebut namanya. Aku rasa lagi better aku tak tahu siapa
namanya. Sebab ia mungkin mempengaruhi perspektif aku terhadap seseorang itu.
Even mungkin aku sudah mengetahui perangainya sebelum aku diceritakan
mengenainya. Ah… aku sukar mengubah perspektif.
Oh lupa… aku nampak dia dari jauh. So dia
tak sedar kewujudan aku. Ah… itu lagi bagus. Aku lagi selesa sebegitu. Hahha…
ah… jangan risau. Dia tak tahu apa-apa pun pasal aku mahupun tentang blog ini.
Heh. Bangang juga aku ni.
So nak dijadikan al-kisahnya, aku punya
niat jahat. Tahu tak apa yang aku fikir di saat itu? Di saat aku ternampak dia
dari jauh? Heheh… di saat inilah otak aku memainkan satu imaginasi yang jahat.
Terlalu jahat mungkin. Oh, kalau korang ada sakit jantung, lemah semangat, di
nasihatkan jangan teruskan membaca entry ini. Aku tidak akan bertanggungjawab
diatas mana-mana kesulitan yang berlaku ke atas korang setelah korang membaca
entry ini.. sekian.
So nak dijadikan cerita, entah bagaimana
aku boleh men-createkan scene didalam kepala otak aku. Aku pergi ke arahnya,
dan melayangkan satu sepakan yang
teramat kuat di kakinya. Serius, dah lama aku pendam rasa tidak puas hati.
Terlalu lama mungkin. Lebih dari setahun. Mungkin sebab itulah aku tak pernah
tegurnya setiap kali face to face dengannya. Dia buat aku rasa jengkel.
Terlalu. Dari saat namanya, kawan-kawan perempuannya, kawan-kawanya dan apa-apa
saja yang berkaitan dengannya. Semuanya membuatkan aku jengkel.
Dan kemudian, bagaimana entah, tangan aku
tiba-tiba ada sebilah pisau. Aku menikamnya bertubi-tubi dengan pisau itu. Oh…
diingatkan sekali lagi ini apa yang aku imaginasikan. So, maybe tak ada darah
kot. Heh. Apa kepeliknya imaginasi aku ini? Dan kemudian aku melayangkan satu
tumbukan ke dadanya.
Dan aku tidak berhenti setakat itu, entah
mengapa, aku terbayangkan dia seperti sehelai kertas yang mudah aku
carik-carikkan. Jadi, aku carikkan dirinya sepertimana aku mencarikkan sehelai kertas. Dengan mudah dan
tangkas aku melakukan hal itu. Dan kemudian, kertas yang telah aku carikkan
itu, aku bakar dan ia menjadi abu. Dan dengan sewenang-wenangnya aku tiup abu
itu. Aku biarkan abu itu hilang dibawa angin. Dan dia tidak akan lagi
muncul.Hahah. Ah… baru puas hati aku.
Ah… lega betul dapat berbuat demikian. Tapi
aku tahu, itu cuma dalam imaginasi aku sahaja. Di alam reality yang sebenarnya,
tidak mungkin aku dapat bertindak sedemikian. Dia lelaki dan aku perempuan.
Kekuatan aku tidak sama dengannya.
Eh… tapi mana tahu, aku mungkin dapat
peluang berbuat demikian satu hari nanti? Mungkin? Mungkin bukan sekarang. Mungkin bukan di zaman U aku
sekarang but maybe aku akan ada peluang untuk berbuat demikian. Mungkin lah.
Hahaha. Aku rasa hati aku puas bila berbuat demikian walaupun ia cuma imaginasi
aku. hahaha.
p/s-dah lama tak jadi psycho macam ni.
Hahaha.




15 comments:
sengal .. hahah
sampai mcm tu sekali ko syah sakit ati dgn die.. haha~
p/s 2 hari lepas dua kali aku dgn die berselisih..pakai baju same plak tu kaler merah..jodoh ke? ekeke~
cik gugu----> hahaha.. takdela sengal sangat. sikit je.. =D
*****
fahir ahmad ishak----> imagine dari sem 1 lagi.. hahaha.
p/s- untungla kau. Ada jodoh gamaknya. t nak naik pelamin jangan lupa jemput eh. hahaha.
Ada bakat buat kispen si 'sparrow' ko ni hehehe...
mungki ko patut try buat kispen mcm tu hehehe..
Nong Andy---> hahaha... ada ke? heee... tak apalah. Nanti aku cuba bilamasa aku ada idea.. hahaha.
herk...aku rasa ngeri ngn ko weh
sengal je imagine cmtu
jgn merepek la
amboi... serius pscyo ni... tak tahu nak kata... berani sungguh kamu berimaginasi sampai begini... hahahaha.... rasa mcm kamu menyimpan dendam...
ps: mujur imaginasi... semput akak baca... rasa semacam jugalah...
jiji yu---> sekali sekala. hahaha.
*****
Iffah Afeefah---> itulah. Aku tahu merepek je. Nak buat di alam reality aku tak berani.. hahaha.
*****
Bidadari Syurga---> mungkin dendam yang disebabkan rasa tidak puas hati yang dipendam selama beberapa tahun.. hehehe.
nasib baik imaginasi.. hehehe. Tapi agak terbaik la juga bila ia menjadi hal yang realiti.. hehehe
Assalammualaikum ..
Aduyaaiii ... Seramnya imaginasimu dik ... Ngee ..
Apapun, jgn smpai imaginasimu itu mempengaruhi emosimu ok ^^
AdiaLuza---> heee... tak. Ia hanya coretan imaginasi yang harus ditulis agar dapapt memuaskan hati ini. Dan lega selepas berbuat demikian. =)
uik..seriau woo~~
cik ika---> seram kah?? huhuhu..
hahaha sy juga suka gak jd psycho mcm ni, hihihi rse mcm diri amat kuat, padahal pretend je pon (-_-') haishh..
Lynn Damya---> herk...aku pun. Kan kan... buat kita jadi kuat semacam even merepek je lebih.. kah kah
Post a Comment