nuffnang

Friday, March 2, 2012

Pieces of life


Selalu 'keseorangan'

Dia bukannya tidak pernah berseorangan.
Dia selalu ‘ditinggalkan keseorangan’
Mungkin berseorangan itu sudah menjadi rutin hidupnya.
Mungkin rasa keseorangan itu sudah sebati dalam jiwanya
Mungkin rasa sunyi dalam jiwanya sudah menjadi darah daging dalam hidupnya.

Dan sekarang, entah mengapa, dia takut untuk berseorangan lagi.
Dia takut untuk menghadapi rasa sunyi itu lagi.
Dia takut untuk bersendirian lagi.
Kemana-mana dia pergi, dia rasakan perlu ada ‘peneman’.
Bila masa dia menjadi seorang yang penakut dia sendiri tidak sedar.
Dia takut untuk berhadapan dengan manusia-manusia lain
Dia takut untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Dia di khalayak ramai tapi masih keseorangan
Dia mungkin selalu berada di khalayak ramai, tapi dia merasakan dia keseorangan.
Dia hanyut dalam dunianya.
Mencipta imaginasinya tersendiri.
Imaginasi yang membuatkan dirinya bahagia
Yaaa… dia hidup dalam dunianya tersendiri
Aneh bukan dirinya?

Dia perhatikan mereka-mereka di hadapannya.
Memerhatikan setiap perilaku mereka-mereka itu
Sungguh dia rasa sunyi.
Jiwanya terlalu kosong berada di samping mereka-mereka itu.
Merasakan dirinya tidak layak untuk bersama-sama mereka-mereka itu.
Terlalu.

Mahu menangis di sudut itu
Dan kadang-kadang, mahu saja dia menyorokkan dirinya di suatu sudut
Dan berharap tiada sesiapa akan menjumpainya
Dia mahu membiarkan dirinya keseorangan
Mungkin mahu menurutkan kata hatinya yang mahu bersendirian.
Mahu saja dia menangis semahu-mahunya di sudut itu.
Menangis dan terus menangis tanpa mengharapkan ada sesiapa menyedari tangisannya itu.
Yaa… dia benar-benar mahu mengalirkan air mata yang telah lama dihadamkannya.

Mungkin, keseorangan itu baik untuk dirinya.
Dan mungkin tidak.
Mungkin dia harus mengimbangkan kedua-duanya.
Diantara bersendirian dan lawan bagi bersendirian itu.
Mungkin berseorangan itu sudah menjadi sebahagian dari hidupnya.
Dia punya pieces of life.



10 comments:

aku HaniAsyira said...

siapakah dia tu??
nangis lah kalau boleh hilang kan rasa sekejap... tak salahkan.. =)

reenapple said...

hani---> =). betul.. tak salah kalau mahu menangis.

..cik gugu.. said...

aku bc n3 kau ta msuk otak la ..

mgkin sbb kepala aku tgh serabut .. pape pon aku msti tgl komen ;)

reenapple said...

cik gugu---> terima kasih sudi tinggal komen. hehehe

Nong Andy said...

Janganlah menyendiri..
keseorangan itu adakala perlu
tapi bukan utk selalu..

sepi itu indah
tapi menyakitkan..

" tak kan mungkin kita bertahan,
hidup dalam bersedirian"- lagu Datuk siti hehehe (tapi aku bukan peminat siti hehehe)

reenapple said...

Nong Andy---> yaa.. aku bersetuju. =)

aku pun. Bukan peminat siti.. haha

Iffah Afeefah said...

die seperti kau

reenapple said...

Iffah Afeefah---> dia itu aku. =)

AdiaLuze said...

Assalammualaikum ..

Sesungguhnya, kita tak pernah berseorangan kerana Allah sentiasa bersama kita ... ^^

reenapple said...

Adia Luze---> betul.. =)