Seorang gadis bertubuh gempal , sebenarnya
tidaklah gempal sangat baru sahaja selesai kelas terakhirnya. Dia menuruni
tangga dari tingkat dua ke tingkat bawah. Kelasnya di tingkat dua hari itu. Dia
mahu berjalan ke ruang makan yang tidak jauh dari bangunan fakultinya. Dia berjalan
dengan buku di tangan. Berjalan tanpa memandang orang yang bergegas untuk ke
kelas. Kadang-kadang dia membalas senyuman orang yang dikenalinya.
Dan entah bagaimana dia ternampak lelaki
itu dari jauh. Dia mahu melarikan diri. Mahu mengambil jalan lain untuk ke
ruang makan. Tapi dia tidak tahu. Hatinya berdebar-debar. Dia memegang erat
bukunya. Ah… bagaimana mahu mengelak dari situasi ini. Dia berkata dalam hati.
Lelaki itu sedang berbual-bual dengan
seorang perempuan sambil berjalan ke arah sini. Dia pandang lelaki itu, namun
lelaki itu tidak sedar. Mungkin sebab terlalu asyik berbual dengan perempuan di
sebelahnya. Bukan kekasihnya. Yaa… dia mengenali perempuan di sebelah lelaki
itu. Coursematenya.
Dia akhirnya mengambil keputusan untuk lalu
sahaja tempat itu. Lantaklah lelaki itu sedar atau tidak kehadirannya. Dia harus
berani menghadapi situasi itu. Yaa… dia mungkin ada perasaan kecewa terhadap
lelaki itu, namun life must go on
bukan? Dia memujuk dirinya.
Dia berjalan tanpa memandang langsung
lelaki itu yang sedang berjalan ke arah sini. Mereka bertentangan. Dia tahu
lelaki itu sedar akan kehadirannya but
yet, lelaki itu berlagak seperti tidak mengenalinya. Dia tahu lelaki itu sedar
dia sedang memandangnya, but yet lelaki
itu tidak menegurnya. Apatah lagi mengukirkan senyuman. Dan situasi itu berlalu
tanpa sebarang sapaan. Berlagak seolah-olah tidak mengenali antara satu sama
lain. Ah… hatinya tiba-tiba sakit. Terlalu. Dia menarik nafas. Cuba mencari
kekuatan.
![]() |
| Hatinya sakit. |
Dia tiba di ruang makan. Menunggu kawannya
dengan sabar. Dia teringatkan insiden yang berlaku tadi. Dia tersenyum sinis. Dia
juga selalu berbuat hal sebegitu kepada lelaki itu. Berlagak seolah-olah tidak
mengenali lelaki itu. Dia sedar lelaki itu memandangnya, namun dia tidak
menegur lelaki itu. Dia selalu memalingkan muka ke arah lain setiap kali
ternampak lelaki itu di hadapannya. Ah… buat apa dia mahu rasa sakit dengan
tindakan lelaki itu sedangkan dia juga membuat perkara yang sama terhadap
lelaki itu. Dia tersenyum sinis lagi.
Beberapa minit kemudian, kawannya tiba dan
dia berbual dengan gembira bersama kawannya seolah-olah tiada apa-apa perkara
yang melukakan hatinya sebentar tadi. Dia cuba bertahan selagi dia mampu.
P/s-- based on real story.



5 comments:
terluka? sebab ada rasa yg cuba di pendam jauh-jauh.. di kubur dalam-dalam.. tapi percikan luka itu naik juga ke permukaan dan warnanya meloyakan..
eh.. apa yg aku merepek ni hehehe..
* pertempuran ego oleh dua insan :) itu kesimpulan aku utk kisah ini utk hari ini. esok x pasti lagi :D
Nong Andy---> itulah.. aku pun tak tahu apa kau merepek ni.. ahahaha.
pertempuran ego oleh dua insan.. nice statement tu... ahahah. Esok aku tunggu kesimpulan kau.. ahahaha. =p
kenapa aku rasa antara korang ada gap.. iaitu ego... huh... sepantas kilat lelaki tu sedang beraksi begitu. mungkin mahu selamatkan diri dari jatuh cinta. atau pernah putus cinta. atau apa saja.
ps: pandang2 lelama rugi tau... hahahaha
Bidadari Syurga--->ego??? mungkin kedua2 watak itu ada ego tersendiri..enth.. aku tak tahu.. hehehe. aku cuma menulis.. =)
reenapple...your story is really happened to me..yes! indeed in reality world. ntah mcmana boleh terjumpa blog awk ni, bila terbaca story by story...all the perasaan2 yg awk cuba gambarkan dlm story ni sgt2 sy rasakan..sy mengerti sgt2, semua sgt kena dgn apa yg saya rasa that time. Skrg bila masa dah terlalu lama berlalu..lelaki itu sudah pun ada family nya sendiri...dan sy masih sendiri :)
Post a Comment